Wednesday, December 17, 2014
Tuesday, December 16, 2014
Makan Sedap Di ONDE-ONDE Citta Mall, Ara Damansara
Hi Korang,
Bab makan memang laju je aku menaip.
Kali ni nak story kat korang kedai makan menarik di Citta Mall. Ntahlah cakap cam ne pun tak tau pun sebab kedai ni famous dengan makanan melayu tradisional.
Ktorang singgah ke sini minggu lepas abis je event kat One Utama, lagi plak petang tu hujan lebat so nak balik Jalan Lapangan Terbang Subang tu jem teruk sebab air naik, sudahnya berjalan-jalanlah ke Citta Mall ni.
Tup-tup nampak plak kedai makan Onde-Onde ni.
Dari nama dapat dah membayangkan makanan yang di hidangkan, of course makanan melayu kan. Yesza memang pun, walaupun purely makanan melayu but ada jugak noodles dan western sket ek.
Ni ada sedikit info mengenai Onde-Onde ye
Onde Onde is Sharing Malaysian Flavours to different ethnicity and nationalities. At Onde Onde, our aim is to bring back a sense of nostalgia with each dining experience.
Placing strong emphasis on delivering great taste and food quality are the business’ laurels. Onde Onde believes that when serving local food to the Malaysian public, one has to deliver results, by surpassing consumer expectations, as Malaysians know their food well.
Onde Onde shares all-time local favourites, with ingredients sourced from specialty towns throughout Malaysia. With some ingredients sourced from household suppliers whom only produce and supply exclusively to the establishment. Its ‘Cincalok’ and ‘Gula Melaka’ are sourced from none other than Melaka.
kaunter buat minuman
nampak tak semua pinggan mangkuk yang lama lagi antik
atas tu ada jaja-jaja time kite kecik-kecik dulu
time ni hujan plak
nampak dari parking boleh tau kedai kat mane
Tengok suasana restoran ni, boleh pilih nak makan kat dalam ataupun kat luar. Sana boleh sini boleh, dekorasinya style kedai kopi yang lelama dulu. Pinggan mangkuk yang di gunakan pun sebahagiannya barangan lama yang sekarang ni aku rasa payah nak jumpa balik.
Malam tu ktorang makan,
Set Tea-time Tiffins @ RM22.90
Dalam set mangkuk tingkat ni, ktorang dihidangkan dengan pelbagai jenis kuih muih tradisional melayu yang aku rasa sekarang ni payah sket nak dapat kecuali korang singgah gerai-gerai tepi jalan kan. Kekadang tuh ada yang ada dan tidak. Tengok sendiri, ada kuih lapis, onde-onde, goreng pisang, keropok lekor, cucur udang, kuih nyonya dan pulut panggang
Komen Cik Lily: sangat menarik konsep cam ni, sesuai untuk minum petang. Tapi ktorang makan je malam tuh. Pelbagai jenis kuih dalam satu hidangan, sedap rasanya kuihnya specially pisang goreng tu cicah gula melaka.
Pamelo Salad (seasonal) RM15.90
Limau bali yang dijadikan salad ala Thai berserta homemade kicap dan condiments
Komen Cik Lily: sesuatu yang lain daripada lain. Limau bali manis di campurkan beberapa bahan masakan. Rasa sejuk je bila masuk ke tekak. Sedap langsung tak de rasa pahit pun limau tuh.
Nasi Lemak Istimewa Supreme RM18.90
Comes with our signature chicken berempah, sambal prawn dan otak-otak amongst other condiments
Komen Mr Big: sebab dia yang makan. Ayamnya crispy dan sambalnya enak. Banyak betul bahan-bahan dalam sepinggan nasi, otak-otak pun ada sekali.
Curry Laksa RM10.90
Komen Cik Lily: kuahnya sangat pekat sebab guna kepala santan asli, isi kandungannya banyak jugak.
Minuman plak, ktorang pilih
3 Layer Coffee RM6.50
Kedondong (Amplar) Asam Boi (RM5.50)
Nampak cam sket kan tapi sebenarnya letih jugak nak menghabiskan semua sekali ni coz portionnya besar. So makan secara berhemah dan santai je, lagipun nak balik jalan still jem lagi.
Nak ke mari? Ni alamatnya
Onde-Onde Restaurant
G-49, Ground Floor, CITTA MALL,
No.1 Jalan PJU 1A/48 Jalan PJU 1
Ara Damansara.
GPS: 3.112670, 101.578494
(ikut jalan nak ke Subang Airport, nanti nampaklah Citta Mall sebelah kanan)
Onde-Onde ini dibuka dari 7 pagi hingga 11 malam setiap hari, kekadang kalau weekend tu boleh mencecah hingga ke 1 pagi sebab orang senantiasa ada je. Aku yang duduk lama ni boleh perasan orang keluar masuk but dont worry mesti ada tempat duduk punya.
Apa lagi jom pi ek..
p/s: ini adalah apa yang aku makan dan rasa, so pandangan aku. Kalau korang rasa lain jangan salahkan aku plak coz citarasa kita berbeza-beza ye..
Ditulis Oleh
Cik Lily Putih
Labels:
CikLilyReview
,
Food
,
kedai makan di Citta Mall
,
kuih muih melayu
,
malay traditional food
,
pakar kuih onde onde
,
restoran di Ara Damansara
,
set mangkuk tingkat
,
tempat makan best di Subang
at
1:13 PM
3 comments
:
Semalam Di Neeza Chalet, Cameron Highlands
Hi Korang,
Banyak plak citer pasal konvoi Alza Cameron Highlands aku ni.
Padahal perginya sekejapnya, citer berjela-jela hendaknya.
Disebabkan ktorang pi sana secara konvoi agak susahlah nak booked satu bangunan hotel. Yelah ko 60 biji kereta Alza tuh. So Kajang Crew ni pilih untuk duduk chalet biasa-biasa saje, yang menyenangkan ktorang jugak lah.
Ktorang di bahagikan kepada 3 group ikut zon masing-masing, Mr Big team Kajang tapi dia nampak team Seri Kembangan cam tak ramai orang dia join lah sekali, jadinya ktorang dapatlah Neeza Chalet ni.
Neeza Chalet ni terletak di dalam Kg Taman Sedia dekat Tanah Rata.
Memang betul-betul kawasan perkampungan tapi rumah besar-besar ek. Rasanya sebahagian penduduk mengusahakan ladang strawberry. Ktorang pi ladang strawberry senang sangat, jalan sampai depan terus dah nampak banyak giler ladang strawberry.
Chalet ni tak delah bertaraf 5 bintang pun, but sangat selesa dan luas.
Tengok ni, ktorang berdua ni dapat bilik yang ada 1 katil queen dan 1 katil single. Bilik besar sampai Mr Big cakap main kejar-kejar dalam bilik pun boleh.
Cukuplah ada tv comel janji ada siaran tv kan. Cuma ada kipas dinding sahaja but no air-con. Sebab apa, wei sejuklah Cameron Highland. Bila kat luar memang tak rasa sejuk, masuk je dalam bilik menggigil wei.
Selain daripada tuh, ada kemudahan lain seperti tempat BBQ, laman berehat, dapur untuk masak, fridge pun hado. Kira macam duduk kat umah semua ada. Mereka menyediakan satu ruang dapur yg lengkap ngan perkakasnya, siap gula, milo, susu pun ada. Kalau nak masak utensil semua lengkap tinggal nak beli barang untuk di masak je. Alah pasar malam Brichang kan dekat
Bebudak Alza ni, pagi nak balik tu siap masak sardine lagi makan-makan kan.
Tak silap aku harga untuk bilik 2-3 orang dalam RM120 dan harga bilik untuk 4-5 orang dalam RM160. Agaknya kalau booking banyak bilik boleh diskaun kot. Aku pun tak sure sebab ktorang bayar lumpsum RM250 pada Alza Committee sebab termasuk dengan BBQ dinner dan t-shirt event kan. Kira murah lah tu kan
Ok korang boleh check it out pasal Neeza Chalet ni di https://www.facebook.com/pages/Neeza-Chalet/373490592709586?fref=ts
Ini alamatnya,
Neeza Chalet
No 45
Kg Taman Sedia
Tanah Rata
Cameron Highlands
Telefon : 012 – 2677287 dan 05-4911932
Ok itu je.
Don't worry, kat atas ni tak hujan berpanjangan pun masa aku kat sana. Hujan sekejap-sekejap je, pagi plak cantik je cuacanya.
Selamat memetik strawberry...