Monday, December 8, 2014

Konvoi My Alza Owner Club (MAOC) Ke Cameron Highlands

Hi Korang,

Aktiviti geng Alza kali ni ke Cameron Highlands

kumpul dulu ek, tepek sticker

Rasanya lama betul tak ke sini, agak-agak ada 4 tahun lepas family day ktorang kat rumah peranginan DBKL tuh. Bila Mr Big cakap geng MAOC Alza ni anjuran Bangi Crew ni nak ke sana, haruslah lompat-lompat katak kan.

Segala urusan aku tak ambil tahu pun coz semuanya Mr Big buat. Aku cuma packing barang untuk 2 hari 1 malam tu je.

sebelum sampai Tapah

Sabtu pagi tuh, kul 6 pagi ktorang dah standby kat tempat biasa depan UNITEN ni. Kira-kira 60 biji kereta Alza untuk konvoi kali ni. Ktorang yang pakai handy ni seronoklah coz boleh dengar perbualan bebudak yang jaga konvoi ni kan.

Biasalah jalan tak jem naik ke atas coz kitaorang ikut Jalan Tapah, ermm mencabar tapi seronoklah kan.


Sampai kat area Tanah Rata kul 12 tghari cam tuh. Tak berapa sejuk sangat lagi but berangin je lah. Gather semua sekali untuk pembahagian bilik. Ktorang tak kisah memana pun janji boleh tidur dan happy dan dapat shopping.


ok beratur dulu ek

Ktorang di tempatkan di Neeza Chalet kat area Kampung Taman Sedia, area Tanah Rata gak.

Ya ampun dekat dengan ladang strawberry, jalan kaki je dah sampai. Bukan 1 ladang strawberry tapi lebih dari 5 tempat dekat dengan chalet ktorang ni. Haruslah seronok kan.

bawah chalet je kedai makan ni

sate tulang Jelebu

sejuk+lapo =sate tulang jelebu la sedappp

Lepas pekena nasi ayam percik dan sate tulang Jelebu kat depan chalet ni, terus masuk bilik dulu. Kengkononnya nak rehat sekejap sebelum jalan-jalan ke Brinchang dan Kea Farm ermm sudahnya tertidur terus. Yelah dah kenyang, sejuk plak tuh apa lagi lena di ulit intan lah kan.



Dah kul 6 petang cam tu, baru ktorang keluar dari bilik. Dapatlah jejalan sket area Tanah Rata dan Brinchang ni, tapi hujan renyai tak syiok jalan. Sudahnya pekena kopi je kat Tanah Rata. Settle petang tuh, acara minum kopi di tanah tinggi kan.

Malam plak, of course ada BBQ dan Karaoke.

Tapi gambo BBQ kat computer mr Big plak, ishkk mencikkk


Time nilah nak get together dengan team members yang lelain. Kali ni kira aku dah ada geng sket lah, coz dah 2-3 jumpa so dah mula boleh beramah mesra. Lagi pun diorang kena bebaik dengan aku, kalau tak abis semua gambar tak de kan hehehehhehe acah jelah.

Abis event dalam kul 1 pagi cam tuh.

Balik bilik bantai tidur lagi sebab sejuk dan tak de apa nak buat kan.





cantiknya bunga daisy, nak beli cam membazir plak kan


muka tak mandi lagi ni tau

Esoknya, pepagi dah bangun coz pagi ni lah nak berjalan shopping coz acktiviti bebas sebelum check out. Ktorang merayau satu Cameron ni. Semua tempat singgah kecuali ladang Teh Boh Sg Palas, ermm tak dapat nak minum-minum teh sambil cicah scones kan. Nyesal jugak lah..

Lepas check out berkumpul balik tempat yang semalamnya.


Kat sini lah, nak amik gambar lah. Nak camwhore lah, nak last minute shopping semua kat sini lah. Sebelum ktorang balik tuh, wakil MAOC dari Cameron ajak ke taman MARDI sebab dia kerja kat situ so boleh la adjust masuk free.

lead car dengan last car, sampai glove pun tak bukak lagi ni

makan ais krim strawberry ek

tengok gambo tomato pun nak amik, bini suruh ni kan

melayan kerenah orang bujang

melayan kerenah orang sedang bercinta plak

Hah, jejalan reramai kat sana. Melayan kerenah anak-anak, kerenah orang bercinta, kerenah orang bujang, kerenah laki bini kan, its really fun

Sebenarnya ada lagi sambungan trip untuk kali ni tapi ktorang berdua tak dapat nak join ke Sungai Klah tu coz dah petang sangat. Lagipun DakUban ni buat perangai plak, kata jiran aku so nak tak nak kena balik awal jugak lah.

Nanti aku akan sambung tulis pasal pasar malam Brinchang, KEA Farm, Cactus Point dan Taman Pertanian MARDI ek. Nanti lah…

Anyway, memang ikut konvoi Alza ni sangat best.


Sebab apa best? 

Korang yang ada keta Alza tuh aku suggest baiklah join kan. Selain daripada bergembira dapat jugak buat aktiviti kemasyarakatan di samping dapat buat networking lagi. Eh penting ni semua untuk aku tau.

Sunday, December 7, 2014

REVIEW | Bugslock - Gelang Penghalau Nyamuk

Hi Korang,


Syukur kerana still ada masa untuk join giveaway anjuran rakan-rakan blogger ni kan. 


Aku rasa cam happy sangat coz terpilih di antara 34 blogger yang dapat menyertai projek review gelang penghalau nyamuk ‘Bugslock’ di blog www.mialiana.com ni.

Ok seterusnya,


Apa Itu Bugslock?




"Bugslock" adalah gelang penghalau nyamuk yang menghalau nyamuk dengan aroma semula jadi 100%. citronella oil (serai wangi). Ia adalah produk yang kreatif dan band berbentuk, yang menghalang nyamuk dari menghampiri dengan memakai di atas pergelangan tangan atau pergelangan kaki, bugslock akan memancarkan aroma yang serangga tidak boleh tahan. (100% selamat untuk tulen bugslock)

Di antara ciri-ciri yang ada di dalam Gelang Bugslock ini adalah


1. 100% semula jadi penting termasuk minyak lavender, dan lain-lain (30%) 
2. lengai (70%) 
3. Berat Bersih (3g)


Bagaimana untuk menggunakan 
1.Koyak bungkus Bugslock bersama-sama dengan garis putus-putus atas. 
2.Buka zip dan mengambil produk. 
3.Pakai pada buku lali atau pergelangan tangan atau mana-mana tempat. 
4.Letak kembali ke dalam pakej asal apabila anda tidak menggunakannya. (Ingat untuk memeterai zip) 
5.Letak di tempat yang kering. 


Keberkesanan produk anti-nyamuk ini

Kebetulan aku ada outing travel bersama Geng Alza baru-baru ni ke Cameron Highlands. Ktorang menginap di salah sebuah chalet di bawah bukit. Bila menjelang senja sahaja, nyamuk boleh di katakana banyak jugak di kawasan tuh dan ramai jugak yang komplen dan siap pi beli ubat nyamuk sekali. Untuk kitorang berdua, just rileks sahaja sebab siang-siang aku dah bukak dan letak gelang Bugslock ni di dalam bilik kitorang dan satu lagi Mr Big pakai kemana saja dia pergi. Kira aku dapat tumpang sekali la so tak delah bertemankan nyamuk ktorang tidur malam tuh. 


Sekarang ni bila kat rumah time senja, terus gunakan gelang Bugslock masing-masing. Dengan cara ini rasanya dapat mengusir nyamuk dengan berkesan tanpa tepuk tangan sana sini untuk tangkap nyamuk. So tak de dengar kes demam denggi yang merbahaya ni ek.


Jangka hayat penggunaan Bugslock ini: 

Bugslock boleh digunakan untuk terkumpul sehingga 240 jam, bukan 10 hari. Contoh jika anda menggunakannya selama 10 jam, selepas 1 bulan, ia masih mempunyai baki 230 jam. Meletakkannya kembali kepada beg asal dan memeterai selepas anda mengguna. 

So excited tak?

Itulah cam best je produk ni kan


Korang boleh dapatkan Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk yang ORIGINAL dari Korea boleh dibeli secara online di :- 



Hah cuba dulu baru tau.

Aku rasa sesuai untuk mereka yang ada anak kecil, bawak pi travel, main-main kat taman permainan bila waktu petang. Kan time-time tuh nyamuk dah mulakan aktiviti diorang kan.




Giveaway Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk Di Mialiana.com ini dianjurkan oleh blogger Mia Liana dan ditaja sepenuhnya oleh Malaysia Bugslock - Syarikat X Cube Enterprise. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.



Saturday, December 6, 2014

Rezeki Suami Isteri Bergaduh Kerana ZALORA Malaysia

Hi Korang,

Rasanya kecoh minggu ni di FB pasal mereka berdua ni. 

Yang tak tau meh baca ni ek




ZALORA teruskan membalas maklum kepada pasangan suami isteri berikutan pengakuan suami tersebut kepada ZALORA supaya melarang isterinya dari membeli-belah dalam laman web ZALORA.com.my pada hari Isnin yang lepas. 


Lima anggota pasukan dari Destinasi Talian Fesyen Asia telah melawat pasangan tersebut , Muhamad Radzi Ali dan Nuzaimah Ideris , awal hari ini. Pasangan tersebut telah dikejutkan dengan hadiah khas dari ZALORA di kediaman mereka.



"Kami tidak menyangka kejutan ini . Kami hanya bermain-main," kata si suami, Radzi. Beliau tidak menyangka akan mendapatkan responsi yang baik melalui perkhidmatan pelanggan daripada ZALORA. Nuzaimah, isterinya, pula berkata bahawa dia amat kagum kerana mendapat balasan yang interaktif daripada pihak perkhidmatan pelanggan ZALORA.

"Kami amat berbesar hati untuk melayan pelanggan-pelanggan seperti Radzi dan Nuzaimah di halaman Facebook kami. Maklumlah, membeli-belah dalam talian kekal popular dan terus berkembang di kalangan masyarakat Malaysia. Kami percaya bahawa kenyataan suami dan isteri dalam laman media sosial itu adalah satu refleksi dari masyarakat kita yang sedia dan sanggup memeluk gaya hidup yang lebih digital," kata Pengarah Urusan ZALORA Malaysia , Giulio Xiloyannis . 


Katanya, ZALORA ingin memberikan sokongan penuh kami kepada pasangan ini yang bakal menjadi ibu dan bapa. Pihak ZALORA berasa amat gembira untuk menghadiahkan Radzi dan Nuzaimah dengan hadiah-hadiah yang dipilih khas untuk mereka. "Kami ingin memberi Nuzaimah pengalaman kehamilan yang tidak akan dilupai dengan pakaian dari jenama ZALORA dan ZALIA," tambah Xiloyannis.


Nuzaimah telah menerima bekalan pakaian dan kasut selama setahun dari ZALORA serta baucar bernilai RM400. Baucar ini dapat digunakan untuk memulakan aktiviti membeli-belah dalam talian yang pertama mereka di ZALORA.com.my. ZALORA berharap untuk kekal menghasilkan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan mereka.

Untung ek. Itu namanya rezeki terpijak.

Dengar-dengar plak si suami ni duk kenen-kene kat IKEA plak request shoe rack untuk si isterinya..

Nampak tak permainannya di situ..