Thursday, December 4, 2014

L'OREAL PARIS BEAUTY COUNTDOWN CONTEST

Hi Korang,

Di saat-saat akhir ni, rasanye sempat lagi kalau korang nak join contest paling mudah daripada L’oreal Paris ni kan.


Ini aku citer sket detailsnya

L'Oreal Paris is having a contest now over at www.lorealbeautycountdown.com.my for shopaholics out there starting from now until 31st December, 2014. Get ready to shop your way to a grand prize of a car worth more than RM100,000 or win daily and weekly prizes. Christmas is around the corner so this is the best time and reason to shop for your girlfriends!. 

Nampak tak? 

Contest yang sangat mudah.

Sesiapa pun boleh turut serta. Tak kiralah lelaki ke perempuan ke kan

Cara-cara untuk menyertai contest ini
 
1. Spend over RM20 on L'Oréal Paris products 
2. Upload a photo of your receipt 
3. Answer the questions on the website 
4. Shop more to increase your chances of winning 

Ini plak hadiah-hadiah menarik yang menanti pemenang.


Grand Prize 


A CAR WORTH OVER RM100K
(ntah kereta apa, aku just letak gambo je ni hehehe)

Weekly Prizes


a mystery prize will be revealed every week on


Daily Prizes for Shoppers!


3 X L'Oreal Paris Hampers worth over RM100



Ok faham dah semua.


Hah apa tunggu lagi, cer-cepat buat ek sebab contest ini berakhir pada 31hb Disember 2014. Tak sampai sebulan lagi pun wei…

info & photo from : www.plusizekitten.com

Wednesday, December 3, 2014

Ke Cameron Highlands Kita

Hi Korang,

Tajuk kemain lagi ek..


Ko ingat macam rancangan TV ke Korea kita ke? alah yang Wak Doyok dengan Mior yang jadi host tuh. ermm no no tidak sekali-sekali ek.

Ok ni quick entry ek.


Last week, ikut bebudak #gengAlza ke Cameron Highlands sempena Fundrive event anjuran Kajang crew kan. Mr Big hanya pemerhati je melalui lensa camera dia. La of courselah dia jadi official cameraman which putting me as assistant dia untuk event ni.

banjer gambo strawberry satu ek

cantik tak baju kite? hehehhe

Sangat seronok dapat kenal dengan ramai giler orang especially golongan mak-mak yang hot lagi awesome. Cuma diorang cam pelik-pelik sket bile tengok aku amik gambar pokok lah, bungalah, jalanlah, awanlah kan, biasalah diorang bukan tau keje-keje blogger kan.

hehehehhe..

Mana boleh kasi tau kat diorang yang aku ni tuan punye www.ciklilyputih.com kan, biar diorang tau sendiri lah. Tapi kebanyakan bebudak Alza dah tau pun sebab diorang google pasal Alza, terus keluar blog aku di first page google rank. 

Bagus diorang ni, buat selalu ek


Nanti sambung lagi la ek, coz ade keja lain nak kene siapkan ni.

Banyak nak citer ni, pasal nasi ayam percik, sate tulang Jelebu, jalan ikut tapah, shopping beli sayur, petik buah strawberry kan...


hahahahhahaa... tunggu la ek...


Tuesday, December 2, 2014

Hair Treatment ala Spa bersama Loreal L’Oréal Paris Keratin Smooth 72H

Hi Korang,


Aku memang jarang bawak bebudak blogger pi event yang aku attend kan. So bila ada kesempatan dari Client yang mengatakan aku boleh bawak girlfrens seramai 3 orang, jadi janganlah lepaskan peluang kan. 


So Cik Lily, Suria Amanda, Ayu Rafikah dan Zurie, ktorang datang berempatlah. Aku sampai dulu dengan SA kan. Bebudak berdua tu lambat sket, coz sesat katanya nak ke Scott Garden di Jalan Klang Lama ni. Maklumlah bukan tempat kita-kita kan. 

Rambut, mahkota wanita. 

Daripada rambut tulah, orang boleh tahu personality kita cam ne. Untung orang yang bertudung sebab rambut tak Nampak tapi kalau tak reti jaga berbau kuat pun orang tau jugak kan. Sebab tu lah keluar terms “bad hair day” or “good hair day” kan kalau kita pandai mengenai rambut ni


Memahami kepentingan rambut untuk kecantikan seorang wanita, L'Oréal Paris, jenama rawatan yang terkemuka,yang telah pun mempunyai pengalaman daripada 40 tahun, memastikan korang mendapat apa yang di perlukan rambut paling pada bila-bila masa, L'Oréal Paris sentiasa membuat pembaharuan dan berkembang untuk merangkumi bukan sahaja canggih trend baru tetapi juga teknologi maju dari segi gaya dan penjagaan. 


Untuk itu, L'Oréal Paris memperkenalkan pelbagai rawatan rumah DIY dan pelbagai penjagaan rambut yang memenuhi untuk keperluan yang berbeza untuk menawarkan hasil yang hampir sama dengan apa yang korang akan mendapat dari salon. Rangkaian yang sedia ada - Fall Repair 3X, Total Repair 5, Extraordinary Oil, Smooth-Intense, Re-Nutrition, Nutri Gloss Light and Color-Vive - meliputi semua isu rambut daripada kerosakan kepada kebodohan, keguguran rambut dan juga menjaga rambut berwarna.

A NEW SENSE OF SMOOTHNESS

Bagi meningkatkan lagi pelbagai rawatan yang sedia ada, L'Oréal Paris memperkenalkan satu penyelesaian baru untuk rambut yang sihat iaitu L'Oréal Paris Keratin 72H Smooth baru. Ini rangkaian baru menawarkan kelancaran yang bukan sahaja untuk mengurangkna rebellious frizziness tetapi meninggalkan rambut dalam keadaan licin dan berseri di mana ianya tampak secara semula jadi dan cantik.


Bagi menangani masalah ini, Keratin-Smooth 72H akan melembutkan serat rambut dan licin dari akar hingga ke hujungnya dan berita baiknya rambut akan lembut bak sutera sehingga 3 hari.

Ermm untuk mengetahui rahsia kelembutan L’Oreal Keratin-Smooth 72H hair treatment set ni, ktorang di beri peluang untuk merasai sendiri di event tu jugak tau.


Habis je presentation, kitorang di berikan sepersalinan outfit ala spa gituh. Ada bathrobe, bath slipper, disposable bra and panties. Manalah tau tup-tup baju terbasah ke kan. 


Once dah tukar baju semua, ktorang di sapukan treatment pada rambut dulu. Alah guna minyak Extraordinary Oil dari L’oreal ni gak. Biarkan seketika.




Sempat jugak ktorang pakai mask untuk sejukkan muka, sementara nak tunggu turn untuk dibelai manja oleh team L’Oreal kan. Hehheheheh poyo sungguh ayat ek..





Ok makan dulu jap, tengoklah hidangannya simple but marbeles wokeh.




Barulah bermula treatment, rambut di cuci dengan L’Oreal Keratin-Smooth 72H shampoo dan conditioner sekali. Lega rasanya, harum plak tu kan.





Hah inilah masa yang ditunggu, masa untuk styling our hair. Blow rambut, buat rambut bagai kan. Macam nak pi dating gamaknya, padahal nak balik umah je. 



Bersama-sama geng sekutu. Lihatlah rambut kami yang cantik menawan ni. Yang pakai tudung, jangan harap korang nak tengok ek. Ktorang je yang nampak hehehehhehe

Rahsia Rambut Cantik Menawan Setelah guna L’Oreal Keratin-Smooth 72H nie?

Buat kali pertama, L'Oréal Penyelidikan Advanced memperkenalkan MICRO-Keratin TEKNOLOGI dalam 72H Keratin-Smooth, satu teknologi baru yang digunakan oleh profesional yang terdiri daripada dua asid amino dan polimer khusus. Teknologi ini bertindak dengan cara yang tepat untuk melicinkan permukaan setiap serat rambut di seluruh panjang untuk memulihkan rambut itu kelembutan, sifat berubah-ubah dan kesihatan tanpa berat ke bawah.

Camellia EXTRACT, untuk melembutkan lagi rambut.

Kaya dengan oleic acids, Camelia Extract yang dipilih oleh makmal L'Oréal ini untuk pembaikan rangkaian penjagaan rambut rambut dengan penghidratan dan sifat lemah. Rambut tidak hanya licin; ia adalah lembut dan berseri pada masa yang sama.

Korang pun boleh baca pengalaman mereka bertiga ni ek, di event spa hari tuh

Blogger Suria Amanda :

Blogger Ayu Rafikah :

Blogger Zuriey:


Thank you pada L’Oreal Paris kerana sudi memanjakan ktorang pada petang tuh. Sesungguh set penjagaan rambut L’Oreal Keratin-Smooth 72H amat menggembirakan buat kami yang ada masalah rambut ni kan.

Beli the whole set terus buat treatment di rumah je