Thursday, November 27, 2014

Gambar | MAHA2014 - Sekitar Pameran Pokok & Buah-Buahan Tempatan

Hi Korang,

Entry ni tak nak citer bebanyak coz nak kasi korang tengok gambar-gambar je.

Aku ke MAHA 2014 ni semalam tengahari time lunch, bos garang tak de pi JB so dapatlah balik lunch lambat sket kan. 


Don't worry parking memang banyak coz dari tempat parking di sediakan shuttle bus untuk ke pintu utama MAHA yang berlangsung di MAEPS ni. 

Aku cuma sempat ke pameran pokok-pokok dan buah-buahan tempatan je sebab masa tak mengizinkan. 

Ni tengoklah sendiri

Ini di bahagian buah-buahan tempatan, alah under FAMA gituh ek

rock melon


limau boom

pisang montel

nenas johor

durian belanda

labu


Ini kat bahagian jualan pokok-pokok plak, daripada anak pokok sampai ke bapak pokok pun ada. Segar je mata bila tengok semua hijau-hijau je depan mata lah.




pokok limau

besarkan buah mangga ni

cam rumput pun ado

besar betul cili hijau ni ek

Ini bahagian bunga orkid plak, ermm kalau mak aku ada ni mesti kereta penuh dengan pokok bungan orkid ni. Yelah ada pelbagai jenis baka. Yang mahal ada, yang murah ada, yang rare pun ada jugak














Ok ni aku nak tunjukkan sket beberapa jenis anak-anak pokok yang aku rasa  korang cam terkejut sket bila baca nama-namanya ek

pokok gajus


durian belanda

kundang

ciku mega vietnam

jambu madu Thailand

kurma Thailand

epal bidara

ceri barbados

nona king

asam gelugor kahwin

durian duri hitam

cempaka putih

pokok kesidang

longan berlian

Hah, rasanya dah banyak benar letak gambar kan. Mesti korang rambang mata dibuatnya.  Sangat-sangat meriah tau. Kalau boleh bawak duit banyak sket coz kat bahagian ni je, aku berjaya habiskan hampir RM60 ringgit membeli-belah buah, sayur dan anak pokok comel-comel. Eh yang pokok tuh untuk mak aku lah.

Orang memang sangat ramai, cuti sekolah kan.


Ini baru suku bahagian yang sempat di cover selama 2 jam, belum naik ke dewan pameran lelain lagi. Seelok-eloknya aku cadangkan datang awal-awal pagi so boleh cover seluruh kawasan pameran MAHA 2014 ni.

Jangan lupa bawak payung sebab standby hujan, guna bagpack sebab senang nak simpan barang, pakai kasut yang selesa untuk berjalan jauh dan please tenaga yang cukup untuk berjalan. 

Selamat mengabiskan duit korang....



Wednesday, November 26, 2014

Dinner di Terazza Brasserie, Grand Dorsett Hotel Subang Jaya

Hi Korang,

Rasanya dah lebih 5 tahun kot aku tak ke Grand Dorsett Subang.


Bayangkan daripada nama asalnya Sheraton Subang dah bertukar nama, inilah kali pertama setelah sekian lama. Ermm tak up to date langsung, camne boleh jadi food blogger ni kan.


Aku ikut lagi projek makan dengan #bloggerfoodmarathon punya geng hari tuh dan akhir sekali ktorang ke mari untuk merasai dinner buffet yang dihidangkan oleh Terazza Brasserie yang merupakan salah satu tempat makan di dalam Grand Dorsett Hotel Subang ni.

Terazza Brasserie, one of the hotel's most popular dining venues with breakfast, lunch and dinner buffets. In addition to a delectable all-day dining menu, Terazza Brasserie offers contemporary dining in a relaxing atmosphere with outdoor terrace and influences in a trendy Mediterranean setting.
 


Memang betul pun, bila ktorang masuk je ke ruangan makan dah boleh nampak ciri-ciri dekorasinya berkonsepkan ala Mediterranean. Simple yet stylish.

So pelbagai makanan di sajikan untuk International Buffet ni di sini, di antaranya adalah

makanan tempatan








makanan antarabangsa









ini dessert plak










Memang banyak betul makanan yang di hidangkan, sampai ktorang sendiri pun tak larat nak makan.

kami kuat makan

pinggan terakhir

Ermm bila sebut makan dihotel je korang dah mengeluh kan.

Alah dont worry, kan ada OFFPEAK.MY.

Cari website link OFFPEAK.MY ni kat google



Register dulu kalau boleh, sebab bukan setakat makanan secara buffet je boleh, malah pelbagai jenis menu makanan yang korang boleh pilih dan dapat diskaun.


Pilih tarikh, berapa orang dan masa yang sesuai nak pi.

Dah dapat confirmation email, apa lagi terus print dan redeem lah ye. Jangan plak korang lupa nak bawak masa korang nak pi makan tuh. 20% diskaun tuh, banyak tuh bagi aku kan.

Jom kita ke,


DORSETT GRAND SUBANG

Address:
Jalan SS12/1,
Subang Jaya 47500, Malaysia 

Email:

Telephone:


Nak tau pasal offpeak lebih lanjut, korang boleh ke:-

Facebook : 

Twitter : 

Instagram : 

Pizza Hut ‘JAM-PACKED’ Party Blogger Party

Hi Korang,


Yeah makan Pizza plak.


Last week memang penuh acara makan-makan aku dengan bebudak geng kaki makan.

Kali ini, Pizza Hut adakan party di Maju Junction outlet KL. Hah ko nasib baik boleh sampai on time dari preview drama Seludup hari tuh.


Di sebabkan yang datang ni semua, geng-geng kaki makan yang biasa so haruslah riuh sekampung dibuatnya restaurant tuh. Masuk-masuk je terus berselfie bagai sebab ktorang di berikan monopod as door gift. Seronok sungguh memasing berselfie kan.

Ok dah event start dah ni.



En. Yusof Ishak selaku wakil dari Pizza Hut Malaysia memberikan sepatah dua kata ye. Comey gak En Yusof ni ek hehehhehe



Sementara tunggu Pizza Jam-Packed ni siap, ktorang dihidangkan dulu dengan simple games dari Pizza Hut. Alah ada 2 je game pun iaitu ‘Wefie Jam-Packed’ dan ‘Twitter Jam-Packed’. Hah kemain memasing berselfie/wefie dengan pizza jam-packed yang terbaru ni.


Yelah apa tagline untuk pizza terbaru ni “Piza dua lapisan, keju 3 rasa, dan inti berganda” adalah ungkapan yang jelas menggambarkan piza terbaru daripada Pizza Hut, menawarkan pelbagai cetusan rasa hebat dalam satu piza!

Ok ok its makan time,


Inilah dia ‘Jam-Packed’ Pizza, menu terbaru dari Pizza Hut

Sesuai dengan namanya, piza Jam-packed, padat dengan segala rasa yang anda inginkan, seperti sos, inti dan juga keju 3 rasa, memberikan anda dua kali kenikmatan dalam setiap gigitan!



Piza Jam-packed baharu ini adalah dua lapisan inti disusun bertingkat dengan dua kelazatan dalam setiap sajian. Kerak limpahan keju yang dilapisi tortilla rangup bersama kepingan pepperoni ayam dan sensasi sos pesto, chicken pepperoni florets, lada benggala, serta hirisan daging ayam lazat. Pizza lapisan bawah melengkapi piza lapisan atas dengan kepingan pepperoni ayam dan bahan-bahan segar lain yang sememangnya menyelerakan. Kehebatan piza ini terletak pada kepadatannya dengan pelbagai rasa yang pastinya menawan setiap selera.

ishk diorang ni memang kaki makan sungguh tau

makan lagi

nuar, ko dah kenape ek? nak buat urut cakar harimau ke

Hahahahah tengoklah diorang ni, bila dapat makan pizza ni kan. Terus berganda-ganda sedapannya.




Piza Jam-Packed boleh didapati secara makan di restoran, bawa pulang atau khidmat penghantaran. Dengan tambahan hanya RM6.00, anda boleh menikmati piza Jam-Packed ini melalui kombo Huts Delight Meal, Big Double Box dan Big Variety Box.

Apa lagi jom ke Pizza Hut la ek..