Friday, November 21, 2014

Jangan Berkira Ek

Hi Korang,

Quick update di pagi jumaat yang indah ni.


Di petik dari blog http://namio-oo.blogspot.com/2012/06/11-berkira-dengan-ibu-bapa.html. Terima kasih daun keladi kat tuan punye entry ek.

Hah, betul kan kata-kata ni kan

Itulah, bila ada rezeki tuh kongsi-kongsilah dengan yang tersayang. Tak kira ibu, bapa, abang, adik, kakak, atuk, nenek, makcik, pakcik, sedara-mara, kengkawan, jiran sebelah kan. 

Bukan apa,

Tangan yang memberi tuh, lebih baik daripada tangan yang menerima. Lagi banyak memberi, lagi banyak rezeki yang masuk kan.

Ok da....




Thursday, November 20, 2014

Makan Tengahari Di Swez Brasserie, Eastin Hotel Petaling Jaya

Hi Korang,

Ermm kalau citer bab makan kat blog Cik Lily Putih ni memang senantiasa tak kan abis, la sebab hobi kan. So seronoklah citer bab makan ni.


Masa ikut geng kaki makan dalam #bloggerfoodmarathon last week, next pit stop iaitu di Swez Brasserie, Eastin Hotel PJ.

Swez Brasserie ini menghidangkan pelbagai jenis makanan ‘all day dining’ secara buffet dan juga ala-carte.

Voted “Top 10 Best All Day Dining Restaurant” by Hospitality Asia, Swez Brasserie is a friendly international buffet restaurant swathed in natural light. Lofty floor-to-ceiling windows and soft landscaping provide a bright, cheerful atmosphere that will both kick-start appetites and conversations.

Dah nama pun international buffet kan, so of course macam-macam makanan ada, ni aku perlihatkan untuk korang ek

Menu masakan melayu










Menu makanan antarabangsa







Ada juga ‘LIVE STATION’ cooking sekali tau, tengok ni siap demo kat aku cara nak buat Vietnamese popia dan kari kepala ikan.

chef tengah masak kari kepala ikan

chef tengah buat Vietnamese popia

Selain itu, tak ketinggalan, hidangan pencuci mulut.












Ermm makan sampai tak ingat dunia, punya sedap sangat kan.

Ini di antara yang sempat aku rasa masa preview malam hari tuh. Aduiyai sampai senak-senak perut dibuatnya sebab banyak kan..

nasi lemak pandan

Vietnamese popia

Kari kepala ikan

ais krim

kuih muih

appetizer

fruit cocktail

buah-buahan

bubur nasi telur masin

Semakan halal di www.halal.gov.my Sijil Halal Eastin Hotel didaftarkan di bawah Syarikat DAMANSARA INDAH SDN BHD (EASTIN HOTEL)

Ermm bila sebut makan dihotel je korang dah mengeluh kan.

Alah dont worry, kan ada OFFPEAK.MY.

Cari website link OFFPEAK.MY ni kat google


Register dulu kalau boleh, sebab bukan setakat makanan secara buffet je boleh, malah pelbagai jenis menu makanan yang korang boleh pilih dan dapat diskaun.


Pilih tarikh, berapa orang dan masa yang sesuai nak pi.

Dah dapat confirmation email, apa lagi terus print dan redeem lah ye. Jangan plak korang lupa nak bawak masa korang nak pi makan tuh. 15% diskaun tuh, banyak tuh bagi aku kan.


Jom kita ke :-

EASTIN HOTEL PETALING JAYA
13, Jalan 16/11, Pusat Dagang Seksyen 16, 
46350 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.




Ermm sekali sekala apa salahnye kan…


Nak tau pasal offpeak lebih lanjut, korang boleh ke:-

Facebook : 

Twitter : 

Intagram : 



Wednesday, November 19, 2014

Gambar Terkini Banjir Di Terengganu

Hi Korang,

Aku saje nak share beberapa keping gambar ni kat korang.

sampai tak nampak jalan ek

tengok stesyen minyak Shell ni

langsung tak nampak jalan dah ni

Musim tengkujuh dah bermula dah ni, tempat yang paling terjejas teruk adalah di kawasan Pantai Timur macam Kelantan, Terengganu dan Pahang. 

Aku dapat gambar-gambar ni kawan aku yang sekarang ni duk Kuala Terrenganu.

dah main air plak bebudak ni ek

Ini gambar petang semalam, semasa dia nak amik anaknya pulang dari sekolah. Dia terpaksa berpatah balik untuk tukar kereta yang tinggi dan besar sket untuk melalui jalanraya ni.

Ermm seram jugak kan.

Takut kereta tersangkut plak tak boleh nak jalan.

So far area rumah dia tak pernah di naiki air tapi manalah tau so kena berjaga-jaga dan berhati-hati di sepanjang musim banjir ni.

Kepada mereka-mereka yang duduk di kawasan yang senantiasa setiap tahun di naiki air bah so berwaspada ni. Packing siap-siap barang-barang penting yang perlu di bawa ke pusat pemindahan banjir nanti. 

Tapi tak yah nak bawak semua barang, selamatkan nyawa dulu baru fikirkan harta benda ek.

Saya Cik Lily Putih melaporkan dari bilik berita blog saya ni hahahahahhaha tak sesuai langsung nak jadi pemberita kan. Ayat pun tunggang langgang…