Sunday, November 16, 2014

Jadilah The Next ChiChi & ChaCha Star

Hi Korang,


Ada berita baik untuk anak-anak comel ni ek


proPassion, Taylor’s University’s student PR consultancy bekerjasama dengan Kyanite TV dan Big Fish Media untuk menganjurkan “Be The Next ChiChi & ChaCha Star”, carian bintang untuk kanak-kanak dan remaja berusia antara 6 hingga 18 tahun untuk memjadi sebahagian daripada team rancangan TV, Chichi & Chacha (CC2) pada tahun 2015.


Acara ini akan diadakan pada 15-16th November 2014 di The Place Utama, USJ 21 untuk mencari lelaki yang paling berbakat dan gadis yang akan membawa pulang wang tunai RM 1,000 setiap satu, yang dipaparkan di YouTube dan menyertai pelancongan 2015 dengan hos selebriti Chichi & Chacha (CC2). 


Kedua-dua pemenang akan dijemput untuk berlatih, menari dan menjadi pengacara bersama-sama kelima-lima ahli Chichi & Chacha yang lain iatu - Sweet, Afeiq, Farisha, Leen dan Harris untuk membuka peluang dan memperbaiki potensi masa depan mereka.

Challenge Round (15th November)

30 peserta akan dipilih di mana mereka akan diberi 90 saat untuk mempamerkan bakat mereka

Grand Final (16th November)

Dari kumpulan ini, Top 10 akan dipilih untuk meneruskan ke Grand Final pada 16 November. 



Mereka akan diuji berdasarkan 3P - Prestasi, Potensi dan Personaliti. Semua peserta akhir akan diberikan maksimum 4 minit untuk mempamerkan bakat mereka dan menari untuk lagu CC2.

So korang,

Ingin untuk mendidik anak-anak korang melalui lagu, tarian, masa cerita, seni dan kraf dan penyelesaian masalah interaktif? 



Pastikan untuk menonton 30 minit chichi & Chacha persembahan setiap hari Sabtu pada pukul 10.30 pagi dan tiga kali sehari, setiap hari Isnin hingga Jumaat di Astro Ceria dan Astro MayaHD.

Untuk info lanjut, meh klik ke http://www.chichiandchacha.com/

COCA-COLA® Lancar Koleksi Pakaian Di MAalaysia

Hi Korang,

Untuk mereka yang fashionista, meh tengok koleksi terbaru dari Coke ni


Segala-galanya bermula dari tahun 1886. Demi memenuhi perasaan ingin tahunya, seorang ahli farmasi di Atlanta telah menghasilkan sejenis minuman - gabungan air sirap dan air bergas sehingga mendapat pujian daripada mereka yang telah merasainya. Semenjak itu, minuman Coca-Cola sudah berjaya menambat hati ribuan juta pengguna di serata dunia. 

Maka tidak hairanlah mengapa populariti Coca-Cola kini merangkumi segenap peringkat umur. Jadi, tiada yang lebih bermakna kecuali meraikan keriangan ini dengan memperkenalkan koleksi pakaian Coca-Cola yang pertama di Malaysia. Malaysia merupakan negara pertama di rantau Asia Pasifik yang melancarkan rangkaian fesyen Coca-Cola dengan koleksi utama yang kini boleh didapati di gedung beli-belah Parkson di Pavilion, Kuala Lumpur.


Bertemakan gaya preppy (ala pelajar), koleksi ini mengembalikan semula memori terindah yang tercipta sewaktu di bangku sekolah. Tampil dengan gaya trendy, riang-ria dan berwarna-warni, koleksi pakaian ini diperbuat daripada gabungan kain jaket dan kulit yang bergaya. Malah, ia juga diperkayakan dengan warna-warna asas seperti biru, kelabu, perang, merah dan hijau beserta corak petak dan garisan kain gingham. 

Koleksi Coca-Cola Preppy ini amat sesuai dengan golongan individu yang meminati gaya fesyen retro dan ini merangkumi semua jenis pakaian.


Bagi wanita pula, koleksi ini menawarkan seluar denim dalam dua pilihan warna iaitu merah manggis dan putih yang sesuai dipakai di negara beriklim tropika.

Anda juga boleh tampil berbeza menerusi padanan seluar denim ini dengan baju-T 


Coca-Cola edisi khas daripada koleksi ini. Cukup sinonim dengan slogan-slogan utama Coca-Cola seperti “It’s The Real Thing” dan “to Always Coca-Cola” yang didukung sejak 128 tahun lalu, penampilan anda dalam koleksi pakaian ini sudah pastinya menarik perhatian ramai. 

Selain itu, koleksi ini juga menampilkan blaus bercorak polka dot, singlet, baju blaus bercorak kain gingham dan shirt dress yang cantik serta sesuai dipakai untuk bersantai. 

Rangkaian baju panas dan hoodie yang memaparkan logo Coca-Cola pula sesuai dipakai untuk aktiviti sukan, bersiar-siar pada waktu pagi mahupun pada hari petang yang dingin. 


Koleksi ini juga akan menawarkan satu rangkaian hoodie, baju panas sarung, baju berlengan panjang, baju berlengan pendek, baju polo, kemeja-T leher bulat, singlet, gaun, seluar pendek, seluar Bermuda, seluar chinos, seluar jean, legging, sweatpant, seluar pendek santai dan seluar boxer. Bagi melengkapkan penampilan anda, pelbagai aksesori lain seperti beg sling (simpang pada bahu), beg jinjing, beg galas, topi juga telah direka khas. 

Berharga dalam lingkungan RM49.90 sehingga RM299.90, harga mampu milik ini sememangnya berbaloi bagi koleksi pakaian yang selesa dengan hasil rekaan serta penggunaan kain yang berkualiti tinggi.

Ingin mencuba atau melihat koleksi pakaian ini dengan lebih dekat? Sila berkunjung ke butik Coca-Cola Apparels di Parkson Pavilion dan di semua gedung beli-belah di seluruh negara.

Saturday, November 15, 2014

Penyampai THR Gegar berjalan bersama Pak Majid, Hogoh Pahang hogoh!

Hi Korang,

Sedikit cerita mengenai Pak Majid, penyokong tegar pasukan Pahang ni


Para penyampai THR Gegar telah berkumpul di Tol Sungai Besi, Kuala Lumpur bagi menyambut kedatangan Pak Majid!

Pak Majid atau nama sebenar, Abd Majid Abd Hamid merupakan seorang penyokong tegar pasukan Pahang yang telah bernazar untuk berjalan kaki mengelilingi semananjung Malaysia atas kemenangan pasukan bola sepak Pahang di perlawanan Piala Malaysia tempoh hari.


Kedatangan Pak Majid di sambut meriah oleh para penyampai THR Gegar dan juga penyokong-penyokong pasukan Pahang yang turut hadir memberikan sokongan kepada Pak Majid untuk meneruskan perjalananya.


Daripada Tol Sungai Besi, Pak Majid telah berjalan kaki di iringi oleh para penyampai THR Gegar ke studio Gegar yang bertempat di Astro, Bukit Jalil. Pak Majid dilihat sangat bersemangat berjalan sambil menyanyikan lagu sorakan negeri Pahang ‘Go Ale Ale’ bersama dengan para penyampai sepanjang perjalanan mereka.

Apabila ditanyakan tentang misinya untuk berjalan mengelilingi semenanjung negara, Pak Majid mengungkapkan rasa bersyukur kepada Allah S.W.A. kerana telah dikurniakan kesihatan dan kekuatan untuk meneruskan perjalanannya dan sekali gus menamatkan misi beliau. 


“Antara halangan yang saya hadapi semasa perjalanan adalah keadaan cuaca hujan lebat yang agak menyukarkan perjalanan saya, tetapi saya turut berasa berterima kasih dan sangat berbesar hati kepada mereka yang memberikan sokongan kepada saya untuk meneruskan perjalanan ini”. Tambahan Pak Majid.

Menurut Pengurus Kandungan THR Gegar, Azaari Atan pihak THR Gegar turut mengekori jejak perjalanan Pak Majid dan memberikan maklumat dari masa ke semasa kepada para pendengar siaran THR Gegar. “Kami di THR Gegar sangat berbanga dengan apa yang dilakukan oleh Pak Majid, seorang anak jati Pahang dalam misinya yang sangat bermakna ini”. Tambahannya lagi, misi Pak Majid sekali gus telah mengharungkan nama negeri Pahang dan turut memberi semangat kepada rakyat di Pantai Timur.

Pak Majid telah menjadi tetamu istimewa THR Gegar yang mengadakan temu bual eksklusif bersamanya. Sebelum beliau meneruskan perjalananya.


Dijangkakan perjalanan Pak Majid untuk mengeliling seluruh semenanjung negara akan mengambil masa dalam lingkungan 60 hari. Diharapkan Pak Majid kekal bersemangat dan gigih dalam misinya untuk berjalan kaki mengelilingi semenanjung Malaysia.

Hogoh Pahang hogoh!