Friday, November 14, 2014

Diskaun 30% Dari OFFPEAK.MY Bila Makan Di Kenny Rogers Roasters

Hi Korang,


Lama sungguh tak pi makan di Kenny Rogers ni. Last sekali masa diorang ada promotion 3-4 bulan lepas, oit memang lama betul tuh.


Hari tu macam biasa, geng blogger kaki makan ajak aku lagi ke sini

fikir dulu nak makan apa ek blogger shakiddo dengan team explorasa ni

aksi mengambil gambar makanan kan..

Of courselah makanan utamanya ayam tapi ayam yang di grill tau, so sangat-sangat menyihatkan badan dan dapat kurangkan kolestrol bagi mereka-mereka yang sedang berdiet ni. Kita pun bagus jugak makan lah.

Mehlah kita tengok apa yang selalunya menjadi hidangan pilihan mereka-mereka yang datang ke restoran ni kan.

Red Hot Meal (RM18.90) 

Hidangan ini mengandungi 1/4 bahagian ayam bersama dengan Coleslaw, Mashed Potato dan BB Baked Beans iaitu kacang merah dan juga 1 home-made Muffin. Gravy atau kuahnya kita boleh pilih samaada perisa blackpepper, BBQ dan original. Kalau Muffin plak korang boleh pilih dengan pelbagai perisa dan rasa yg sedap.


Kenny Chicken &Pasta Meal (RM23.50) 

Kita juga boleh makan hidangan ayam bersama pasta meal yang mengandungi 1/4 bahagian ayam panggang, Tantalizing Spaghetti yang boleh korang pilih iaitu Spaghetti Beef Bolognaise, Tangy Chicken, Cheezy Chicken dan Marinara Chicken. Ia juga mempunyai satu hidangan sampingan dan juga 1 home-made Muffin.


Kenny's Chicken & Soup Meal (RM17.50) 

Mr Big memang suka hidangan yang sebegini iaitu ada ayam dan juga sup. Ada juga 1/4 bahagian ayam panggang, nasi aromatic, dan juga 1 Kenny Home-made sup iaitu boleh pilih antara Mushroom Chicken Soup atau Kenny Chicken Porridge. Termasuk 1 Home-made Muffin. 


Texas Tortilla Wrap 

Kalau yg makan sayur lebih boleh order Toasted Tortilla Wrap. Bagi hidangan ini akan di sediakan setelah korang order untuk kekalkan kesegaran dan kerangupan Tortilla yg di bakar tu. Untuk hidangan ini ada 3 jenis yg berbeza iaitu 

Texas Tortilla Wrap mengandungi daging ayam, sayuran dan sos di dalamnya.
Island Tortilla Wrap ada daging ayam, sayur dan sos Thousand Island di dalamnya
Vegelicious Tortilla Wrap yg sesuai untuk mereka yg hanya makan sayur sahaja.



Ok meh tengok hidangan minuman plak,


Cappuccino Iced Blends, Fruit Jelly Delight, Minty Passion Mocktail, Breezy Island, Caramel dan Chocolate Iced Blends 

Ini adalah sebahagian daripada minuman yang boleh korang cuba, kira macam signature drinks gituh lah. Selain daripada tuh, ada juga hidangan minuman panas dan juga soft drinks.

But not least,

Hot Chic Tenders

Fiery Flaming Wings

Korang boleh tambah juga hidangan makanan sampingan or side dish. Sedap, panas dan pedas menyengat. Walaupun pedas tapi tetap abis jugak licin ktorang makan kan.

yang ktorang makan hari tuh

La mahal ke harga hidangan ni semua, ermm tak lah. 

Ktorang book guna service www.offpeak.my ni je.


Dapat 30% diskaun tau, pilih mana outlet yang korang nak pi then terus buat booking kan. Untuk Kenny Rogers Roasted ini hanya 5 cawangan ada promosi ini iaituSubang Parade, Cheras Leisure Mall, KL Sentral, Tropicana City Mall dan Setia City Mall sahaja.



Dah dapat confirmation email, apa lagi terus print dan redeem lah ye. Jangan plak korang lupa nak bawak masa korang nak pi makan tuh. 30% diskaun tuh, banyak tuh bagi aku kan.


Sekali sekala tukar selera makan makanan kesihatan pun not bad jugak, rasa macam sihat je bila makan banyak ayam grill tu kan.


Nak tau pasal offpeak lebih lanjut, korang boleh ke:-







Blogger Food Marathon

Hi Korang,

Semalam aku tak keja.

Bukan sebab malas hehehehe tapi ada kerja lain plak.

Hidup sebagai freelance blogger ni memang cam ni lah, kerja-kerja review yang terbengkalai haruslah kena disiapkan secepat mungkin, kang Client marah plak kata tak beri komitmen.


Semalam sekali harung ktorang kena siapkan projek makan-makan ni punya kerja. 

Jawabnya Food Marathon la kan.

Bermula dari Empire Damansara hingga ke Subang.

Ya ampun, perut sampai mintak nyawa sebab sakit kena sumbat dengan pelbagai jenis makanan. 


Itulah rasa bersyukur sangat di beri peluang sebegini. Sampai Mr Big cakap orang kat Somalia tu mati tak makan, kita kat sini boleh mati sebab kekenyangan yang amat sangat. 

Sudahnya balik malam tadi, terus minum teh kurus untuk keluarkan lebihan makanan yang tak sepatutnya di sumbat sekali gus.

So stay tune untuk citer project makan-makan ni ek.

Nak nak bagitau, sebenarnya ada lagi tempat ktorang tak abis cover lagi. Maybe akan ada lagi blogger food marathon ni dalam masa terdekat.

p/s : cuba cari menda tersembunyi dalam kedua-dua gambar tuh. Kalau sesiap boleh bagitau, aku bagi hadiah. 
Korang yang dalam gambar tuh tak yah nak sibuk ek... hahahaha




Thursday, November 13, 2014

5 Cara Untuk Menyelamatkan Korang Dari Kerugian Akibat Kecurian

Hi Korang,


Itulah bila dah time dekat-dekat cuti sekolah ni, of courselah ramai yang tak de kat umah.

Pergi bercuti lah gamaknya kan.

Abis tu rumah korang? 

Sapa plak nak jaga kan. Memanglah tak de orang tapi kalau ada kes kecurian ke, pecah rumah ke cam ner plak kan. Ishkk takut aku dibuatnya kalau terjadi kat aku sekeluarga.

Macam-macam lah si pencuri ni cuba masuk kan, ikut tingkap, pecah pintu, masuk ikut bumbung dan lain-lain teknik yang kita sendiri tak boleh sangka.

So, melihat situasi kecurian semakin meruncing di negara kita ini. Saya nak cadangkan 5 cara bagaimana untuk menyelamatkan diri kita dari mengalami kerugian melampau akibat dari kecurian yang berlaku.


1. Beritahu Jiran Tentang Korang Yang Tiada Di Rumah

Of courselah jiran sebelah rumah lah, sebab yang paling dekat dengan korang. Macam mak aku dulu, jiran dia boleh siap siramkan pokok sekali tau masa ktorang tak de kat umah. At least diorang ni jadi mata dan telinga kita kan bila kita tak de kat umah.


2. Pondok Pengawal Keselamatan

Di sebabkan aku duduk rumah burung merpati ni, condominium of courselah ktorang ada guard kan. So rasa senang hati sket lah coz ada yang meronda kat depan rumah. Penting tau tugas diaorang ni kepada kita. Haruslah inform kepada pegawal yang bertugas yang kita lama tak de di rumah jadi diorang pun akan ronda sekerap mungkin gak.


3. Pasang Alarm di Seluruh Kawasan Rumah

Memang mahal tapi worth it sebab kosnya hanya untuk 1 kali sahaja. Bila dah pasang ni, if anything happen pihak kontraktor dan tuan rumah akan dapat notification on the spot so tuan rumah boleh call pihak tertentu untuk datang ke rumah dan check apa yang berlaku di rumahnya kan.

4. SMS Balik Kampung Rakan COP


SMS ke Rakan COP ketika korang hendak berjalan jauh seperti pulang ke kampong, pi bercuti, ada hal kecemasan yang kena tinggalkan rumah lama kan. Ini bagi memberitahu balai polis paling berdekatan dengan rumah anda, tentang status rumah anda yang tiada orang menghuni untuk sesuatu tempoh.

5. Mengambil Pelan AIG "Snatch Theft Insurans"


Terdapat 3 perkara boleh insurans-kan dalam AIG "Snatch Theft Insurans"

Samada ianya adalah:-

Cash Recovery, including ATM Withdrawal 

Personal Valuables 

Medical Expenses


Satu langkah terbaik untuk jangka masa pendek dan panjang. Apabila kita mengambil insurans ini, secara tidak langsung kita telah menginsuranskan semua barangan yang dicuri, dan memberi jaminan kepada kita agar tidak mengalami kerugian yang melampau.

Yang menariknya tentang AIG Snatch Theft insurans ini antaranya :)

Hassle Free Claim Process - Hanya buat laporan polis 

Safeguard Cash & Personal Valuables - Termasuklah "wang", barangan kemas, jam, telefon pintar dan lain-lain

Feel Safe Withdrawing Your Money From the ATM - Penggantian semula wang yang hilang yang dikeluarkan ketika berlakunya kecurian.

Flexible Packages - Termasuk "monthly packages" & pemberian diskaun "family packages" 

Protect Yourself & Your Spouse - Penjimatan premium sehingga 25%

Fraudulent charges - Sehingga RM15,000 (coverage for any monetary loss suffered by you as a result of identity fraud) 

Identity theft - Sehingga RM30,000 legal fees ( coverage to resolve the identity fraud )

* Coverage adalah berbeza mengikut pelan dan polisi.

Dengan kadar yang dikenakan serendah 83 sen setiap hari untuk perlindungan 24 jam..

Melindungi anda dari kerugian ketika berlaku keCURIan ketika berada didalam rumah mahupun di luar rumah. Dengan kadar insurans yang tetap setiap bulan tanpa kenaikan secara tiba-tiba. Senang dan mudah, tanpa perlu anda mengisytiharkan pemilikan harta yang ada didalam rumah.

Nak tau lebih details meh layari..


ataupun terus ke...

AIG Malaysia Insurance Berhad
Level 18, Menara Worldwide
198 Jalan Bukit Bintang
55100 Kuala Lumpur

Walk In -Kaunter servis : Level 17 

Talian boleh dihubungi:

Toll Free 1800-88-8811 (within Malaysia)
General Line 603-21180188
Fax 603-2118 0288

Waktu Operasi
Isnin - Jumaat, 9pagi hingga 5petang (kecuali cuti umum)

Itu cara aku, korang boleh jadikan panduan la ye