Tuesday, November 11, 2014

BMON Cafe, Seronok Lepak-Lepak Kat Sini

Hi Korang,


Rasa cam lama plak tak berjalan-jalan ke Kota Damansara lebih-lebih lagi area The Strand ni. Hari tu, masa opening The Picnic Table tak sempat kemana pun. Abis event terus balik kan.




Pagi sabtu lepas ktorang ke sini lagi, untuk projek makan sedap bersama blogger-blogger lain. 


Of courselah top malay food blogger Hazman yang ajak, Madi mahu makan, si daddy dayyan dan si artis youtube Kifli Mally pun ada sekali uolls.






Rupanya kalau nak tau cerita BMON Cafe ni baru beroperasi seminggu yang lalu dan ktorang adalah merupakan golongan food blogger pertama yang dapat buat food review tasting ni.

Udah, meh kita tinjau dekorasi di BMON Cafe ni ek




Kenapa 'BMON' ek?

Kalau korang nak tau yang “BMON” adalah suatu karektor kartun yang diilhamkan oleh abang kepada tuan punya kafe di mana beliau juga seorang pelukis animasi online. Idea mengenai susun atur dan penampilan “karektor” telah diinspirasikan dengan watak kartun “BMON” tersebut.Sesuai dengan trend masa kini – Bmon Cafe menerapkan suasana relaks dan santai buat pelanggan (info dari Hazmanfadzil.com)

Di antara menu-menu yang menjadi pilihan para pelanggan yang datang kemari adalah



Mushroom dan Tuna Sandwich (RM10.90)



Tuna dan Mushroom Wraps (RM9.90)


Hawaiian Chicken dan Mushroom Pizza (RM1.90)

All Day Breakfast (RM15.90)


Spaghetti Bolognese (Chicken dan Beef) (RM11.90)

Spaghetti Cabornara Chicken (RM11.90)


Hippo In the Pond (RM12.90)
Hippo in the pond ni adalah kentang russett yang rebus dan di goreng bersalut breadcrumbs seketika dan dihidangkan dengan jagung dan sosej bersama sos khas ciptaan Bmon Cafe sendiri. Sedap uolls makan panas-panas plak kan.

Bagi dessert atau pemanis mulut plak, BMON Cafe menghidangkan 2 signature dish mereka iaitu


Chocolate Mud

Waffle Chocolate (RM8.90)

Mereka juga memperkenalkan minuman signature mereka iaitu

Bmon Plants (RM13.00)

Gabungan kopi dan coklat yang disertakan dengan kekacang halus, sambil minum korang boleh kunyah-kunyah manja kacang dalam minuman tuh.

Cappucinno

honey lemon tea

Cappucinno lagi

Hot chocolate

Americano ni of coursela aku punye

Of courselah aku mesti pekena kopi kan. Tengoklah coffee art yang diorang hidangkan ni ek.


Ktorang juga dihidangkan dengan seteko Jasmine Blooming Tea panas selepas makan tuh, rasanya unik tak seperti jasmine tea yang selalu aku minum kat luar tuh. Rasa bunganya tak kuat langsung. Abis seteko di tambah lagi seteko kan


Jadi….

Korang yang mana dah meleleh air liur tuh tengok gambar makanan ni, mehlah ke sini

BMON CAFE 
No 8-1, Jalan PJU 5/20B,
The Strand, Kota Damansara
Selangor 

Tel : 03-61589993
Waktu operasi : 11pagi – 10malam


Facebook: 




Monday, November 10, 2014

Giveaway Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk Di Mialiana.com



Sekitar 2 juta orang dilaporkan meninggal akibat malaria setiap tahun. Sebab utamanya adalah peningkatan jumlah nyamuk akibat pemanasan global dan kemusnahan alam semula jadi. Pembiakan nyamuk semakin meningkat dan jangka hayat nyamuk semakin panjang disebabkan keadaan persekitaran semakin kondusif untuk hidup. Dengan kes-kes denggi semakin meningkat di negara ini, ia adalah penting untuk melindungi diri dan anak anda daripada nyamuk aedes. Untuk tidak terus merosakkan alam semulajadi melalui penggunaan pelbagai jenis racun serangga dengan kandungan bahan kimia di samping mengekalkan keberkesanannya menghalau gigitan nyamuk, satu produk baru Bugslock - gelang penghalau nyamuk yang inovatif telah dihasilkan di Korea dan kini boleh didapati di Malaysia dan boleh dibeli secara talian (online) di << SINI >>.

Syarikat X Cube Enterprise adalah sebuah syarikat yang diberi kuasa oleh Syarikat Bugslock di Korea Selatan untuk mengedar Bugslock - gelang penghalau nyamuk di Malaysia. Bugslock yang dijual oleh syarikat X Cube Enterprise adalah 100% original yang diimport dari Korea Selatan. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.malaysiabugslock.com

Bugslock - gelang penghalau nyamuk menghalau nyamuk dengan aroma semula jadi 100% citronella oil (serai wangi). Ia adalah produk yang kreatif dan dalam bentuk gelang, yang menghalang nyamuk dari menghampiri dengan memakai di atas pergelangan tangan atau pergelangan kaki, Bugslock akan memancarkan aroma yang membuatkan serangga tidak boleh tahan dengan baunya. Rekabentuknya yang kecil dan mudah dibawa ke mana-mana danboleh digunakan pada bila-bila masa. Selain itu, ia adalah produk yang selamat, dan boleh juga digunakan oleh semua peringkat umur termasuk bayi kerana diperbuat daripada bahan-bahan bukan toksik.

Bahan-Bahan :-
  1. 100% semulajadi penting termasuk minyak lavender, dan lain-lain (30%)
  2. Lengai (70%)
  3. Berat Bersih (3g)

Jangka Masa Penggunaan :-
Bugslock boleh digunakan untuk masa terkumpul sehingga 240 jam, bukan 10 hari. Contohnya jika anda menggunakannya selama 10 jam, selepas 1 bulan, ia masih mempunyai baki 230 jam. Sila simpan kembali ke dalam pek asal selepas anda menggunakannya.

Bugslock boleh digunakan semasa :-
  • Berkebun
  • Makan angin
  • Aktiviti luar untuk ibu bapa dengan anak-anak
  • Sukan luar (outdoor) seperti memancing, mendaki, perkhemahan dan lain-lain
  • Aktiviti luar yang tidak melibatkan air

Di mana boleh dipakai :-
  • pergelangan kaki (dicadangkan untuk bayi)
  • pergelangan tangan
  • kerusi bayi

Ujian keselamatan bahan Bugslock - Gelang Penghalau Nyamuk


Perhatian :-
Berhati-hati dengan produk tiruan Bugslock - gelang penghalau nyamuk yang dijual di pasaran. Walaupun harganya adalah lebih murah, tetapi ia tidak mendatangkan berkesan, malah berbahaya bagi anak anda kerana ia mungkin mengandungi bahan kimia. Manakala Bugslock - gelang penghalau nyamuk yang tulen mempunyai sijil oleh Korea Environment & Merchandise Testing Institute bagi membuktikan bahawa ianya tidak berbahaya dan telah didaftarkan di bawah  Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat.




Elakkan nyamuk mendekati bayi dan diri anda !
Elakkan Demam Denggi !
Mengandungi bahan semulajadi dan tiada risiko bahan kimia pada bayi anda.



WhatsApp & Line : 016 4858235



Sila nyatakan sebab anda perlukan Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk :

( Saya perlukan Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk ni kerana untuk hindari nyamuk daripada menghampiri kami sekeluarga. Tambahan pula, kawansan rumah kami ketika telah ditandakan sebagai kawasan hitam untuk kes demam denggi ni. Sekarang ni asal berada di rumah je, memang pasang ubat nyamuk untuk pre-caution kan.
Seharusnya kami sekeluarga amat memerlukan untuk melindungi diri di mana jua kami berada )



Giveaway Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk Di Mialiana.com ini dianjurkan pada 11 hingga 14 November 2014 oleh blogger Mia Liana dengan kerjasama Malaysia Bugslock - Syarikat X Cube Enterprise dalam mencari 30 orang blogger. Kepada blogger yang berminat nak join, sila klik SINI. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.

Zespri 14-Day Challenge: Day13 – Jom Buat Mask Muka Dengan Kiwi

Hi Korang,


Ini merupakan hari ke 13 dalam cabaran Zespri 14-Day Challenge ni tau.

janganlah amik kite punye ni lah

Sekejapan dah dekat nak 2 minggu ek, seriously tak perasan pun tau.

Ermm rasa-rasa cam nak cuba buat masker dengan menggunakan buah kiwi la plak. Tapi nak guna bahan apa ek, alah guna apa yang ada kat rumah ni je lah kan

Meh aku kongsikan resipi cara buat mask mudah

Bahan-bahan:-


Sebiji buah kiwi
Sedikit gula pasir

Cara-cara:-

Potong buah kiwi kecil-kecil


Kemudian lenyekkan sehingga halus, sampai tak de ketulan cam tu lah


Masukkan gula pasir sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati.

Ok dah siap!


Meh tepek kat muka secara rata-rata dan biarkan selama 15-20 minit. Lepas tu basuh lah ye, kalau malas jilat je terus masuk dalam mulut. Eeeee tak senonoh ek


Aku masa first time tepek tuh, rasa menda sejuk tepek kat muka. Betul-betul sejuk, memang cooling dan refreshing sungguh. Lepas cuci tuh, kulit muka rasa licin, bersih dan lembut je.

Boleh nak buat tiap-tiap tapi berpada-pada la ye, aku takut tak sempat nak buat mask dah masuk dalam mulut plak

Hehehhehe…

Korang boleh ikuti perjalanan aku bersama Zespri Kiwi ni di media social aku selain daripada di blog comel aku ek ni.

Korang boleh klik ke

Instagram : 

Facebook : 

Twitter : 


Kat sini nanti aku akan update segala aktiviti aku kan. Nak senang lagi cari je hashtag #ZespriMY dan #FibreBoost.


Dan kalau nak tau lebih lanjut mengenai Zespri, klik kat link bawah nie k

Facebook: 

Twitter: 

Instagram: