Tuesday, November 4, 2014

Zespri 14-Day Challenge: Day7 – Resipi Ikan Talapia Sawah Masak Lemak Cili Padi Bersama Zespri Green KIWI

Hi Korang,


Ini merupakan hari ke 7 dalam cabaran Zespri 14-Day Challenge ni tau. Dah seminggu rupanya aku jalankan aktiviti berfaedah ni.

paksa dak kecik ni jadi model ek

So hari ni meh aku nak kongsikan resipi yang menggunakan buah KIWI hijau ni ek.

Idea ni aku dapat masa kat umah mak aku.

Orang kampung kan, haruslah masak untuk lunch lauk kampung. Kebetulan ada pakcik ni bagi mak aku ikan talapia sawah (ikan putih mak aku panggil) ni, so tak tau nak buat apa. Apa lagi idea pun tercetus, so jadilah resipi simple dan sedap ni.

Nak resipi, ni copy dan paste je kat bawah ni tapi jangan lupa letak credit nama blog ciklilyputih.com tau.

Resepi : 
Ikan Talapia Sawah Masak Lemak Cili Padi Bersama Buah KIWI

Bahan-bahan:-

Ikan tilapia sawah beberapa ekor 
1 biji bawang besar-saiz sederhana-dikisar
1 biji cili merah-dikisar
6 biji cili api-dikisar(loptional,, suka hati kalau tak mahu pedas,,huhu)
2 batang serai diketuk
sedikit serbuk kunyit
1 keping asam keping
1 cwn santan pekat
2 cawan air
garam, gula
1 biji buah KIWI yang di belah empat dan dihiris kasar


Cara-cara:-

1. Campur semua bahan dalam periuk kecuali ikan dan asam keping.
2. Kacau sekali sekala dan tunggu hingga mendidih.
3. Masukkan ikan dan asam keping. Kacau dan perlahankan api. Biarkan sehingga ikan masak. Kacau sekali skala.
4. Perasakan dengan garam dan gula. 
5. Biarkan mendidih. Bila ikan hampir masak, masukkan buah kiwi tu tau

Siap!


Actually ikan tu, korang boleh tukar dengan ikan lain. Terpulang kepada individu. Kalau nak pedas tambah lebih cili padi. Bergantung kepada kesesuaian tekak. Macam aku dengan Mr Big, ktorang cuba nak kurangkan makan pedas takut perut sakit nanti..

Selamat mencuba! :)

Itu saje untuk hari kelapan ni, insyallah the rest of the day aku akan menggayakan buah kiwi ni bersungguh-sungguh ek.

Korang boleh ikuti perjalanan aku bersama Zespri Kiwi ni di media social aku selain daripada di blog comel aku ek ni.

Korang boleh klik ke

Instagram : 

Facebook : 

Twitter : 

Kat sini nanti aku akan update segala aktiviti aku kan. Nak senang lagi cari je hashtag #ZespriMY dan #FiberBoost.

Dan kalau nak tau lebih lanjut mengenai Zespri, klik kat link bawah nie k

Facebook: 

Twitter: 

Instagram:







Monday, November 3, 2014

Zespri 14-Day Challenge: Day8 – Makan KIWI Untuk Redakan Perut Kembung

Hi Korang,

Ini merupakan hari ke 8 dalam cabaran Zespri 14-Day Challenge ni tau.

Meh aku nak citer pasal masalah bloated atau perut kembung ni.


Bila weekend ni, dah nama pun cuti kan so haruslah tekak tu nak makan macam-macam. Apa lagi kita pun sumbat mulut kita dengan pelbagai jenis makanan. Pantang orang offer je terus nak pi makan kan. Akibatnya terus jadi kembung perut.

Ni aku elobrate lagi mengenai Perut Kembung ni ek. 
(Info dari google.com)

Punca Perut Kembung

Perut kembung boleh dikategorikan dalam sindrom masalah pada bahagian usus. Kelahiran anak, proses penuaan, pil perancang, pengambilan serat yang terlalu banyak dan mendadak juga penyebab kepada perut kembung. Stress dan pengambilan antibiotik adalah situasi yang menjadi punca kepad msalah kembung perut ini. Ia boleh dikenalpasti apabila perut membengkak atau bertambah beberapa inci. Tetapi bagi sesetengah orang saiznya boleh berganda daripada biasa. 


Bagaimana Masalah Perut Kembung Berlaku

Ketika proses pencernaan di dalam usus, makanan dipecahkan kepada komponen nutrien untuk diserap semula sebagai tenaga. Bahan yang tertinggal ini bergerak ke dalam usus besar dan dibuang sebagai najis. Sesetengah bahan sisa ini menghasilkan gas metana, oksigen dan nitrogen. Namun sekiranya gas dihasilkan secara berlebihan, ia akan menoloak usus ang menyebabkan perut kembung serta tidak selesa sama sekali.

Cara Mudah Mengatasi Masalah Perut Kembung

Tak kanlah setiap kali kembung perut nak jumpa doktor kan, kenalah berjimat jugak. So cara yang mudah dan senang, makan je buah KIWI setiap hari. Sebab buah KIWI ada actinidin dan fiber yang membantu memudahkan penghadaman perut dan ketidakselesaan usus.


Jadi sekarang korang dah tau apa nak buat bila perut kembung melanda la kan.

Itu saje untuk hari kelapan ni, insyallah the rest of the day aku akan menggayakan buah kiwi ni bersungguh-sungguh ek.

Korang boleh ikuti perjalanan aku bersama Zespri Kiwi ni di media social aku selain daripada di blog comel aku ek ni.

Korang boleh klik ke

Instagram : 

Facebook : 

Twitter : 

Kat sini nanti aku akan update segala aktiviti aku kan. Nak senang lagi cari je hashtag #ZespriMY dan #FibreBoost.

Dan kalau nak tau lebih lanjut mengenai Zespri, klik kat link bawah nie k

Facebook: 

Twitter: 

Instagram:



Saturday, November 1, 2014

Aik Kosongnya Train Komuter Ni Ek



Hi Korang,

Public transport memang last option untuk aku travel kan, yelah sebab ada kereta so tak pandang ni semua.

Tapi di saat kereta tak de, rasa macam patah kaki sungguh. Payah betul nak bergerak ke sama ke mari. So weekend ni memang terasa dah kepayahannya, yelah memasing ade aktiviti sendiri, malas nak bising so aku mengalah je. 

Case closed!

Jadi travellah aku sendiri balik Melaka, alah apa ade hal coz dah biasa semua buat sendiri.


Pagi semalam naik train komuter untuk balik kampung tapi separuh jalan jelah coz train tu sampai Sg Gadut je, dari situ nanti cousin aku amiklah.

Naik train dari stesyen UKM, alah tempat yang selalu kena banjir kilat tuh. Kalau parking kereta kat situ, jaga-jagalah musim hujan ni ye.

Beli tiket dan terus belari ke seberang, yelah tup-tup train sampai plak kan. Uishkk nasib baik sempat masuk.


Pandang kiri kanan, aik kosong sekosongnya.

Boleh kira berapa orang je yang ada dalam train ni, yelah ko menghala balik ke Seremban pepagi haruslah kosong kan, semua orang ke KL keja. Cuba tengok waktu petang karang, confirm tak dapat tempat duduk kan.




Pemandangan luar sewaktu train bergerak, ermm nampak hijau je. Lalu hutan-hutan kan, nak nampak apa lagi takkan nak nampak binatang-binatang dalam safari pulak kan.


Aku kira-kira 8 stesyen jugaklah dari UKM ke Sg Gadut ni. Dengar macam jauh tapi sekejap je, jarak station dari satu tempat ke tempat lain tak jauh but memacam tempat lalu yang tak pernah aku dengar la macam Station Batang Benar dan Station Tiroi ek. Pelik plak bunyinya kan.


Dalam 45 minit cam tuh, aku dah sampai ke last station komuter ni iaitu Sg Gadut. Memang baru betul stesyen ni, ade kerusi still berplastik lagi. Ramai gak orang naik dari stesyen last ni, agaknya malas nak drive pi KL kot.



Anyway, sekali sekala naik public transport ni not bad jugak kan, dapat jimat perbelanjaan seharian kita kan. Tapi letihnya ya ampun tak boleh nak cakap walaupun aku just duduk dan berjalan naik turun stesyen kan.

Ermm nampak sangat ko dah gemuk balik Cik Lily oit, so apa lagi sila bersenam ek...

Write by iPad..