Fazura yang dalam gambar tu ek, bukan yang tepi tuh
Dapatlah pi event dengan hati tenang dan langsung tak kelam kabut nak balik. I like..
Aku dapat jemputan dari LUX Malaysia untuk mengikuti intimate session dengan duta LUX iaitu pelakon gorjes Nur Fazura. Majlis di adakan di Bora Asmara kat Sg Penchala tuh, ni first time ke mari dan nasib baik dengan adanya bantuan WAZE so tak sesat langsung.
Majlis ini di adakan adalah untuk pelancaran peraduan LUX FABULOUS yang mana kita semua boleh memenangi sebuah Perodua Myvi atau salah sebuah daripada lima Vespa selain daripada beberapa hadiah lain yang sedang berlangsung daripada 1 Oktober sehingga 30 November 2014.
Berucap pada majlis pelancaran, Siti Suhaila Abd Hamid, Pengurus Jenama, Unilever (M) Holdings Sdn Bhd. berkata, “Kami mahu setiap orang menikmati pengalaman mandian yang hebat dan indah menerusi rangkaian Koleksi Klasik Lux Yang Baru Dengan Wangian Eksklusif, yang diadun dengan nota haruman bunga-bungaan yang indah dan SilkEssence™ yang melembutkan. Di samping itu, kami juga mahu menggalakkan para pengguna kami untuk mencuba rangkaian sabun klasik dan mandian badan yang diperbaharui menerusi peraduan ini. Mereka boleh memilih sama ada untuk menyertainya menerusi halaman Lux Facebook kami atau menggunakan borang penyertaan yang boleh didapati di kedai terpilih berhampiran.”
Ok lets hear a few words from si gorjes Fazura ni ek , “Saya sememangnya peminat haruman menawan Lux dan seronok menikmati pengalaman mandian dengannya. Ia juga memberikan saya keyakinan yang membantu saya untuk menggayakan gaun menawan yang anda saksikan menerusi peraduan Lux Fabulous ini.”
Ermm haruslah seronok kan.
Dahlah aku duk sebelah Fazura lagi, heheheh jangan jeles.
ni masa photoshoot ni, aku pun sibuk nak ambil gambar jugak kan
Abis je launching ada press conference dan photoshoot, hah sebelum si Fazura ni hilang, sempat jugak aku snap gambar bersama dia ek. Hehehehe ramai gak orang jeles dengan gambar ni. Rasanya, cam selalu dah jumpa Fazura dalam tahun ni tapi still tak puas-puas nak bergambar dengan dia la. Cantik sungguh…
macam adik beradik tak? puiiiii
Kalau korang pun nak beramah mesra dengan Fazura, ermm boleh jugak. Just sertai Peraduan LUX FABULOUS ni ye.
Langkahnya mudah sahaja.
isi detail korang ye
kemudian pilih gaun yang menjadi pilihan hati korang
hah karang ayat memikat jiwa lah ek, baru lah boleh terpilih kan
Korang hanya perlu memilih dan menyusun gaun Fazura yang begitu cantik dan mempesona mengikut turutan berdasarkan apa yang dirasakan paling popular. Penyertaan yang sepadan dengan turutan paling tepat berserta catatan mengenai detik haruman yang paling hebat akan berpeluang untuk memenangi Perodua Myvi.
Apabila semua keputusan sudah diperoleh dan dikira, para peserta dengan padanan paling hampir kepada keputusan keseluruhan dan mempunyai jawapan paling unik dan kreatif tentang detik haruman yang paling hebat akan memenangi hadiah utama iaitu sebuah Perodua Myvi yang baru!
Pemenang hadiah pertama pula akan memenangi salah sebuah daripada lima Vespa, manakala tempat kedua berpeluang untuk menonton tayangan filem ‘Manisnya Cinta’ bersama Nur Fazura, yang dijadualkan ditayangkan pada 11 Disember 2014. Akhir sekali, 50 pemenang tempat ketiga akan membawa pulang bekalan produk Lux selama setahun.
Koleksi Klasik Lux Yang Baru Dengan Wangian Eksklusif telah dilancarkan pada awal tahun ini dan kini boleh didapati di semua rangkaian kedai utama. Lux 950ml berharga RM17.90 dan 220ml berharga RM6.00 manakala pek isian semula 600ml berharga RM8.90.