Monday, October 27, 2014

Its Carl’s Jr Burger Time With OFFPEAK.MY Discount

Hi Korang,

Burger burger burger!


Lama betul tak makan fastfood burger ni, rasanya lebih 2-3 bulan agaknya. Maybe tak rasa ngidam lagi kot hehehehe.

Jadi hari tuh, bebudak ni ajak pi makan burger Carl’s Jr ni, ermm ikut jelah. Ktorang pi kat Pavilion outlet, lepas kerja. Ok duduk dulu jap, bincang nak makan apa then baru pi order kat kaunter.


"Carl Karcher of Anaheim, California, launched Carl’s Jr in 1956. They were mini versions of the restaurant he already owned and, hence, he called them Carl’s Jr."


Korang boleh pilih pelbagai jenis minuman soft drinks, pi je kat beverage machine ni, tekan je yang mana satu jadi pilihan korang. Segala soft drinks ni bottomless refill. Minum je seberapa yang korang larat minum ek.

Di antara menu burger special di Carl’s Jr yang ktorang cuba adalah:-

Teriyaki Burger (RM23.70 Combo set)

Mushroom Beef Burger (RM23.70 Combo set)

Chicken Club Low Carb

Sesuai untuk mereka yang diet sebab rotinya di gantikan dengan sayuran sebagai bun. Sedap gak tau, sayurnya rasa cruncy bila masuk mulut.

Western Cheese Burger (RM23.70 Combo set)

Famous Star (RM14.70 Combo set)

Superstar (RM18.70 Combo set)

Chili Cheese Fries

Kentang goreng yang di siram dengan daging cincang bercili di atasnya, tak lah pedas pun malah sedap lagi ada lah.

Hand-Scooped Ice Cream Shakes (RM8.90)

Terdiri daripada 3 perisa iaitu vanilla, chocolate dan strawberry. Kemain lagi memasing sedut kan, sedap, creamy dan milky.


Hah ambik korang makan sampai senak perut kan. Yelah saiznya yang besar daripada burger yang sedia ada, kemudian di tambah plak dengan hidangan side dish kentang goreng dan drinks.


Nasib baik ada diskaun daripada Offpeak.MY ni, so hidangan ktorang semua ni jadi murah sket. Itu yang boleh order banyak.

Cari website link OFFPEAK.MY ni kat google


Pilih restoran mana yang korang nak makan dan isikan segala details pasal reservation korang tuh.

pilih masa yang korang nak pi nanti kan, senang sket

Tada confirmation pun keluar kat website dan di email jugak, hah terus print bawak pi restoran yang korang nak pi makan tuh.


Yang ni pulak senarai outlets Carl’s Jr sekitar Kuala Lumpur, so senanglah korang nak buat pilihan nak makan burger Carl’s Jr ni ek..

Carl's Jr. Mid Valley Megamall
Carl's Jr Sunway Pyramid Shopping Mall
Carl's Jr. The Mines Shopping Fair
Carl's Jr Pavilion Kuala Lumpur
Carl's Jr. 1 Utama Shopping Centre
Carl's Jr Subang Parade

Meh LIKE social media Offpeak seperti berikut ek

Facebook: Offpeak.my
Instagram: Offpeak.my
Google+: Offpeak.my
Twitter: Offpeak_my

Pencarian Penyampai Top Malaysia ERA fm

Hi Korang,

Ramai dah tau pasal ujibakat yang tengah duk meletops kat Era.FM kan, ini aku citer sket details mengenai ujibakat ni ek.


Ujibakat pencarian Penyampai Top Malaysia, ERA fm sudahpun berakhir, namun perjalanan bagi 9 orang calon yang terpilih ke peringkat terakhir baru sahaja bermula! Sesi temuduga yang berlangsung pada hari Sabtu 18 Oktober lalu menyaksikan 50 orang calon yang terpilih daripada lebih 1000 penyertaan hadir mencuba nasib dan menampilkan bakat masing-masing untuk tampil sebagai Penyampai Top Malaysia.


Peserta di uji dari pelbagai sudut termasuk perwatakan, penampilan, dan gaya penyampaian yang menarik. Daripada yang hadir, 25 orang telah disenarai pendek oleh panel juri yang terdiri daripada Nazri Noran selaku Pengurus Kandungan ERA fm , Shac , Eksekutif Muzik dan Adly selaku Penerbit Eksekutif Hlive.

25 orang calon yang terpilih pada temuduga hari Sabtu pula, dikehendaki melalui satu lagi sesi ujibakat pada Isnin 20 Oktober dimana para calon akan diuji dengan lebih mendalam dalam kebolehan dan keupayaan mereka untuk berbahasa dan menyampaikan maklumat secara kreatif, padat dan spontan. Tamat sahaja sesi berkenaan, 9 orang calon yang berjaya mempamirkan bakat dan ketrampilan masing telah pun terpilih untuk menjadi antara Top 9 yang bakal menduduki pusingan akhir Penyampai Top Malaysia. 


Kata Nazri Noran selaku Pengurus Kandungan ERA fm, 

“Setiap peserta nampak sungguh bersemangat dan ghairah dalam menunjukkan bakat dan keunikan yang ada dalam diri mereka. Kami di ERA sangat teruja dengan minat yang ada pada peserta-peserta yang terpilih untuk peringat seterusnya. Kepada mereka yang hadir mahupun yang telah mencuba nasib untuk pencarian ini, jutaan terima kasih dan tahniah diucapkan terutamanya kepada mereka yang telah terpilih ke Top 9”

Tambah Nazri,

“Ketika ini, beberapa tugasan telah diberikan kepada mereka, contoh-contoh tugasan seperti mereka dikehendaki membuat kajian mengenai industri hiburan tanahair, menyediakan soalan-soalan untuk dikemukakan kepada artis-artis jemputan, membuat lintas langsung bersama Skuad ERA, melibatkan diri dalam aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di Pagoh, memahami secara lanjut rangka promosi yang dijalankan di stesen ERA dan perlu mengikuti wartawan-wartawan Hlive ke lokasi.” 


Top 9 finalis yang terpilih bakal menjalani program latihan intensif di ERA fm di mana para calon akan diberikan beberapa tugasan bagi mengemukakan idea-idea kreatif dan diberi peluang untuk keudara secara langsung bagi menguji kebolehan dan beupayaan mereka untuk mara ke peringat kemuncak bergelar Penyampai Top Malaysia.

Dapatkan maklumat lanjut tentang ERA fm di www.era.fm, laman Facebook dan Twitter ERA, serta frekuensi:

103.3FM Lembah Klang, 103.6FM Pulau Pinang, 103.7FM Ipoh, 98.0FM Kuantan, 103.3FM, Kota Bharu, 102.4FM Kota Kinabalu, 103.6FM Seremban, 90.3FM Melaka, 104.5FM Johor Bahru, 102.8FM Terengganu, 96.1FM Kuching, 90.7FM Langkawi, 102.0FM Tapah, 101.3FM Miri, dan Saluran Astro (856)

Sunday, October 26, 2014

Majlis Penghormatan Ulangtahun Ke-100 Peperangan Pulau Pinang

Hi Korang,

Sedikit info mengenai sejarah Russia ye sempena Majlis Penghormatan Ulangtahun Ke-100 Peperangan Pulau Pinang yang akan berlangsung pada 28 Oktober 2014 nanti ni.


Menurut buku nukilan Dr. J. R. Robertson yang bertajuk ‘The Battle of Penang – 1914’, kapal British bernama ‘HRM Yarmouth’ cuba mengesan kapal Jerman bernama ‘SMS Emden’. Ketika itu, Great Britain, France dan Rusia menjalin Perikatan Bersekutu semasa Perang Dunia Pertama. Ramai yang beranggapan ‘Emden’ berada di Perairan Arab berikutan ketiadaan berita terbaharu tentang kapal Jerman yang diketuai oleh Kapten Karl von Mueller tersebut.

Kapal Rusia ‘Zhemchug’ pula berlabuh di Pulau Pinang untuk penyelenggaraan. Kapten Zhemchug, Baron Ivan Alexandrovich Cherkasov telah diyakinkan oleh Jeneral Gabenor di Rangoon tentang keselamatan kapal beliau dan mengambil keputusan untuk menginap di Hotel E & O, Georgetown bersama isterinya yang baru tiba dari Rusia, Baroness Varvara Cherkasova. 

Kapten Von Mueller sebenarnya sangat arif dengan perairan di situ dan kedudukan pelabuhan kerana sering melawat Pulau Pinang sebelum peperangan tercetus. Beliau dipercayai memilih untuk menyerang Pulau Pinang kerana terdapat kapal perang dari pihak Perikatan Bersekutu. Menurutnya, tiga kuasa besar tersebut setanding dengan kekuatan tentera Nazi Jerman dan peperangan seperti ini akan mencatat sejarah yang menjadi sebutan sampai bila-bila.

Emden dikatakan mula belayar secara senyap dari pukul 2 am pada tarikh 28 Oktober 1914 itu. Kapten Von Mueller memilih untuk belayar secara perlahan sementara menunggu air pasang pada pukul 5 pagi. Malah beliau dikatakan sangat arif dengan kawasan cetek dan beg pasir yang boleh memerangkap Emden sekiranya tersalah haluan dalam pelayaran.

Pada kira-kira pukul 4.30 pagi, Emden telah pun memasuki kawasan luar pelabuhan Pulau Pinang dengan kelajuan 11 knot. Dengan menyamar sebagai kapal British, ‘HRM Yarmouth’, Endem berjaya mendekati kawasan pelabuhan. Malah terdapat laporan mengatakan, bot kecil yang berada di perairan terdengar Kapten Von Mueller memberitahu yang beliau dari kapal Yarmouth. 

Pihak Jerman berjaya mendekati Zhemchug dan pada kira-kira pukul 5:18 pagi, Emden memulakan serangan dengan melepaskan meriam kea rah Zhemchug. Akibat serangan Emden, kapal Zhemchug tidak berada dalam kedudukan optimum untuk melepaskan serang balas. Dengan keadaan sedikit terjongket dan kedudukan sangat dekat dengan Emden, Zhemchug melepaskan tembakan tetapi tidak menepati sasaran. 

Kapal Perancis ‘Mousquet’ pula baru tiba dari rondaan turut diserang oleh Emden. Menurut laporan, Mousquet tidak melepaskan sebarang tembakan ke arah Emden atas sebab yang tidak diketahui, Akhirnya, Zhemchug dan Mousquet tenggelam dalam perairan Pulau Pinang. 

Sementara itu, Baron Cherkasov yang berada di hotel bersama isterinya terbangun dan tidak dapat melakukan apa-apa. Beliau hanya mampu melihat dari tingkap bilik hotelnya. Peperangan tersebut telah meragut nyawa 88 kelasi Rusia dan mencederakan 121 yang lain. Ketika kejadian berlaku, nelayan Pulau Pinang yang berada berhampiran pelabuhan terus menaiki bot masing-masing dan menyelamatkan kelasi Rusia yang berada di laut. 

Baron Cherkasov dan orang kanannya, Lt Kulibin telah dikenakan tindakan ketenteraan atas kecuaian mereka. Baron Cherkasov dipenjarakan selama 3 ½ tahun, dilucut pangkat dan dibuang dari Tentera Laut Rusia. Manakala Lt Kulibin dipenjara selama 1 ½ tahun. Bagaimanapun atas jasa dan sumbangan mereka sepanjang perkhidmatan, Tsar Nicholas Kedua telah mengubah hukuman tersebut dan memutuskan supaya mereka berkhidmat sebagai tentera biasa tanpa sebarang pangkat.


Kejadian ini sebenarnya merupakan titik tolak hubungan baik antara Rusia dan Malaysia yang jarang diperkatakan orang. Dalam jumlah yang terkorban itu, 12 disemadikan di Pulau Pinang, termasuk 2 di Pulau Jerejak. Setiap tahun, Kedutaan Rusia di Malaysia akan mengadakan majlis penghormatan sempena Peperangan Pulau Pinang sebagai tanda menghargai jasa baik rakyat Malaysia yang pernah satu ketika menyelamatkan kelasi Rusia yang hampir lemas.


Tidak hairanlah, semakin ramai pelancong dari Rusia datang ke Malaysia terutama semasa cuti musim sejuk. Selepas melawat Pulau Pinang, mereka akan meneruskan percutian ke Pulau Langkawi. Selain destinasi utara Semenanjung Malaysia, pelancong Rusia juga tertarik dengan keindahan di Sabah dan Sarawak.