Hi Korang,
Ramai dah tau pasal ujibakat yang tengah duk meletops kat Era.FM kan, ini aku citer sket details mengenai ujibakat ni ek.
Ujibakat pencarian Penyampai Top Malaysia, ERA fm sudahpun berakhir, namun perjalanan bagi 9 orang calon yang terpilih ke peringkat terakhir baru sahaja bermula! Sesi temuduga yang berlangsung pada hari Sabtu 18 Oktober lalu menyaksikan 50 orang calon yang terpilih daripada lebih 1000 penyertaan hadir mencuba nasib dan menampilkan bakat masing-masing untuk tampil sebagai Penyampai Top Malaysia.
Peserta di uji dari pelbagai sudut termasuk perwatakan, penampilan, dan gaya penyampaian yang menarik. Daripada yang hadir, 25 orang telah disenarai pendek oleh panel juri yang terdiri daripada Nazri Noran selaku Pengurus Kandungan ERA fm , Shac , Eksekutif Muzik dan Adly selaku Penerbit Eksekutif Hlive.
25 orang calon yang terpilih pada temuduga hari Sabtu pula, dikehendaki melalui satu lagi sesi ujibakat pada Isnin 20 Oktober dimana para calon akan diuji dengan lebih mendalam dalam kebolehan dan keupayaan mereka untuk berbahasa dan menyampaikan maklumat secara kreatif, padat dan spontan. Tamat sahaja sesi berkenaan, 9 orang calon yang berjaya mempamirkan bakat dan ketrampilan masing telah pun terpilih untuk menjadi antara Top 9 yang bakal menduduki pusingan akhir Penyampai Top Malaysia.
Kata Nazri Noran selaku Pengurus Kandungan ERA fm,
“Setiap peserta nampak sungguh bersemangat dan ghairah dalam menunjukkan bakat dan keunikan yang ada dalam diri mereka. Kami di ERA sangat teruja dengan minat yang ada pada peserta-peserta yang terpilih untuk peringat seterusnya. Kepada mereka yang hadir mahupun yang telah mencuba nasib untuk pencarian ini, jutaan terima kasih dan tahniah diucapkan terutamanya kepada mereka yang telah terpilih ke Top 9”
Tambah Nazri,
“Ketika ini, beberapa tugasan telah diberikan kepada mereka, contoh-contoh tugasan seperti mereka dikehendaki membuat kajian mengenai industri hiburan tanahair, menyediakan soalan-soalan untuk dikemukakan kepada artis-artis jemputan, membuat lintas langsung bersama Skuad ERA, melibatkan diri dalam aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di Pagoh, memahami secara lanjut rangka promosi yang dijalankan di stesen ERA dan perlu mengikuti wartawan-wartawan Hlive ke lokasi.”
Top 9 finalis yang terpilih bakal menjalani program latihan intensif di ERA fm di mana para calon akan diberikan beberapa tugasan bagi mengemukakan idea-idea kreatif dan diberi peluang untuk keudara secara langsung bagi menguji kebolehan dan beupayaan mereka untuk mara ke peringat kemuncak bergelar Penyampai Top Malaysia.
Dapatkan maklumat lanjut tentang ERA fm di www.era.fm, laman Facebook dan Twitter ERA, serta frekuensi:
103.3FM Lembah Klang, 103.6FM Pulau Pinang, 103.7FM Ipoh, 98.0FM Kuantan, 103.3FM, Kota Bharu, 102.4FM Kota Kinabalu, 103.6FM Seremban, 90.3FM Melaka, 104.5FM Johor Bahru, 102.8FM Terengganu, 96.1FM Kuching, 90.7FM Langkawi, 102.0FM Tapah, 101.3FM Miri, dan Saluran Astro (856)