Sunday, October 26, 2014

Majlis Penghormatan Ulangtahun Ke-100 Peperangan Pulau Pinang

Hi Korang,

Sedikit info mengenai sejarah Russia ye sempena Majlis Penghormatan Ulangtahun Ke-100 Peperangan Pulau Pinang yang akan berlangsung pada 28 Oktober 2014 nanti ni.


Menurut buku nukilan Dr. J. R. Robertson yang bertajuk ‘The Battle of Penang – 1914’, kapal British bernama ‘HRM Yarmouth’ cuba mengesan kapal Jerman bernama ‘SMS Emden’. Ketika itu, Great Britain, France dan Rusia menjalin Perikatan Bersekutu semasa Perang Dunia Pertama. Ramai yang beranggapan ‘Emden’ berada di Perairan Arab berikutan ketiadaan berita terbaharu tentang kapal Jerman yang diketuai oleh Kapten Karl von Mueller tersebut.

Kapal Rusia ‘Zhemchug’ pula berlabuh di Pulau Pinang untuk penyelenggaraan. Kapten Zhemchug, Baron Ivan Alexandrovich Cherkasov telah diyakinkan oleh Jeneral Gabenor di Rangoon tentang keselamatan kapal beliau dan mengambil keputusan untuk menginap di Hotel E & O, Georgetown bersama isterinya yang baru tiba dari Rusia, Baroness Varvara Cherkasova. 

Kapten Von Mueller sebenarnya sangat arif dengan perairan di situ dan kedudukan pelabuhan kerana sering melawat Pulau Pinang sebelum peperangan tercetus. Beliau dipercayai memilih untuk menyerang Pulau Pinang kerana terdapat kapal perang dari pihak Perikatan Bersekutu. Menurutnya, tiga kuasa besar tersebut setanding dengan kekuatan tentera Nazi Jerman dan peperangan seperti ini akan mencatat sejarah yang menjadi sebutan sampai bila-bila.

Emden dikatakan mula belayar secara senyap dari pukul 2 am pada tarikh 28 Oktober 1914 itu. Kapten Von Mueller memilih untuk belayar secara perlahan sementara menunggu air pasang pada pukul 5 pagi. Malah beliau dikatakan sangat arif dengan kawasan cetek dan beg pasir yang boleh memerangkap Emden sekiranya tersalah haluan dalam pelayaran.

Pada kira-kira pukul 4.30 pagi, Emden telah pun memasuki kawasan luar pelabuhan Pulau Pinang dengan kelajuan 11 knot. Dengan menyamar sebagai kapal British, ‘HRM Yarmouth’, Endem berjaya mendekati kawasan pelabuhan. Malah terdapat laporan mengatakan, bot kecil yang berada di perairan terdengar Kapten Von Mueller memberitahu yang beliau dari kapal Yarmouth. 

Pihak Jerman berjaya mendekati Zhemchug dan pada kira-kira pukul 5:18 pagi, Emden memulakan serangan dengan melepaskan meriam kea rah Zhemchug. Akibat serangan Emden, kapal Zhemchug tidak berada dalam kedudukan optimum untuk melepaskan serang balas. Dengan keadaan sedikit terjongket dan kedudukan sangat dekat dengan Emden, Zhemchug melepaskan tembakan tetapi tidak menepati sasaran. 

Kapal Perancis ‘Mousquet’ pula baru tiba dari rondaan turut diserang oleh Emden. Menurut laporan, Mousquet tidak melepaskan sebarang tembakan ke arah Emden atas sebab yang tidak diketahui, Akhirnya, Zhemchug dan Mousquet tenggelam dalam perairan Pulau Pinang. 

Sementara itu, Baron Cherkasov yang berada di hotel bersama isterinya terbangun dan tidak dapat melakukan apa-apa. Beliau hanya mampu melihat dari tingkap bilik hotelnya. Peperangan tersebut telah meragut nyawa 88 kelasi Rusia dan mencederakan 121 yang lain. Ketika kejadian berlaku, nelayan Pulau Pinang yang berada berhampiran pelabuhan terus menaiki bot masing-masing dan menyelamatkan kelasi Rusia yang berada di laut. 

Baron Cherkasov dan orang kanannya, Lt Kulibin telah dikenakan tindakan ketenteraan atas kecuaian mereka. Baron Cherkasov dipenjarakan selama 3 ½ tahun, dilucut pangkat dan dibuang dari Tentera Laut Rusia. Manakala Lt Kulibin dipenjara selama 1 ½ tahun. Bagaimanapun atas jasa dan sumbangan mereka sepanjang perkhidmatan, Tsar Nicholas Kedua telah mengubah hukuman tersebut dan memutuskan supaya mereka berkhidmat sebagai tentera biasa tanpa sebarang pangkat.


Kejadian ini sebenarnya merupakan titik tolak hubungan baik antara Rusia dan Malaysia yang jarang diperkatakan orang. Dalam jumlah yang terkorban itu, 12 disemadikan di Pulau Pinang, termasuk 2 di Pulau Jerejak. Setiap tahun, Kedutaan Rusia di Malaysia akan mengadakan majlis penghormatan sempena Peperangan Pulau Pinang sebagai tanda menghargai jasa baik rakyat Malaysia yang pernah satu ketika menyelamatkan kelasi Rusia yang hampir lemas.


Tidak hairanlah, semakin ramai pelancong dari Rusia datang ke Malaysia terutama semasa cuti musim sejuk. Selepas melawat Pulau Pinang, mereka akan meneruskan percutian ke Pulau Langkawi. Selain destinasi utara Semenanjung Malaysia, pelancong Rusia juga tertarik dengan keindahan di Sabah dan Sarawak.

Friday, October 24, 2014

Sertai Ceramah & Zikir Perdana Hijrah Rohani Hujung Minggu Ini Sempena Maal Hijrah

Assalamualaikum 

Sedikit info menarik sempena hari Jumaat yang indah ni ye..

Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah, marilah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam tahun baru bagi Takwim Hijrah.


Bersempena dengan itu, pihak Astro akan mengadakan JELAJAH ASTRO KASIH, Ceramah & Zikir Perdana Maal Hijrah bertema ‘HIJRAH ROHANI’. Program ini berlangsung pada 25 Oktober 2014 di Padang SMK Tengku Temenggong Ahmad, Kundang Ulu, Ledang, Johor. 

Ceramah & Zikir Perdana ini juga akan di hadiri oleh Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri.

Antara barisan selebriti yang turut serta adalah:

 Pencetus Ummah / Imam Muda / Ustaz

1. Ustaz Kazim Elias
2. Ustaz Haslin Baharim
3. Ustaz Amaluddin
4. Ustaz Zulkifli Hamat
5. IM Hizbur
6. PU Rahmat
7. PU Yeop
8. PU Fakhrul
9. PU Suffian
10. PU Hafiz 

Para Artis Jemputan:

1. Mawi
2. Fizo Omar
3. Iwan Syahman
4. Ayai Ilusi
5. Daqmie
6. Haziq AF
7. Silah KE3

Sekiranya korang berada di kawasan berdekatan dan ada masa, jom datang beramai-ramai di majlis ilmu ini.

Thursday, October 23, 2014

Camping Day Out With MAOC Alza Club Di Bagan Lalang, Sepang

Hi Korang,


Bagan lalang lagi!


Ishkk tak sudah-sudah kemari kan. Memang Mr Big gemar betul pantai bagan lalang ni lah. Bukan apa, tempatnya tak crowded macam PD. Jalan pun tak jem, orang tak berapa ramai, tempat makan seafood senang, toilet bersih, pendek kata semuanya elok je lah.



Masa bebudak My Alza Owner Club (MAOC) suggest outing bulanan diorang berkhemah di Sepang terus je Mr Big kata confirm dan sejak dari tu lah diaorang sibuk heret aku ke sana kemari cari barang untuk camping macam khemah, fly sheet, mastin dan memacam lah.

So on that day itself ktorang tak ikut convoi pun coz nak sampai awal.



Kononnya dapatlah aku buat photoshot dulu kan ermm nan adonya coz pagi sabtu tuh, hujan bukan main lebat lagi once kitaorang jejak kaki ke kawasan Sepang ni. Sedey oooo sudahnya, hujan pun berhenti group convoy pun sampai.

siap bekal tau

siap tilam angin, sorang satu

dah macam lori dibuatnya

Setup jelah khemah kan. Semuanya Mr Big buat sendiri aku tolong-tolong je, tolong pegang, tolong cucuk, tolong ikat kan. 


geng bangi lambat sampai, kerja hakiki katanya

Siap khemah baru lah kemas barang-barang lain pam tilam angin, kuarkan dapur BBQ semua lah.


Petang tu, kitaorang ada aktiviti sukaneka sesame MAOC club.


comey kan dak nisa ni


nampak tak wife-wife yang bergaya ni ek

span tu tak serap air, tipu sungguh

aku dah la takut belon pecah, kena tiup plak





comeynya abam ni

masuk keje kul 9 ye mak..


Ada je pertandingan untuk setiap setiap, kanak-kanak, suami-suami, isteri-isteri kan. Memang sangat seronok. Time nilah ktorang dapat kenali dengan lebih dekat lagi ahli-ahli yang lain. Aktiviti sukannya plak simple-simple je tapi nak abiskan azab jugaklah..


Abis je aktiviti, ktorang just lepak tepi pantai sambil tunggu matahari terbenam. Wah sweet nya, mesti korang fikir cam tu kan. Tak sweet pun coz ktorang layan bebudak ni main bola sepak pantai sambil makan ikan patin masak asam kan. Yeah makan lagi tak ingat.



awek-awek dara cun ni, sapa nak berkenalan


Malamnya sambung lagi sesi makan, kali ni BBQ plak. Siap ada karaoke lagi, so ramai jugak yang sumbangkan lagu, nasib baik tak hujan. Ada majlis penyampaian hadiah untuk aktiviti sukaneka petangnya tuh. Aku tak menang apa pun cuma group Mr Big menang hamper. Its ok lah just for fun, tak kisah pun menang kalah hehhehe..

okla nak tidur dulu ek

Abis event, ktorang lepak-lepak kat tepi pantai lagi. Kengkonon hirup udara malam plak, air laut pulak dah mula pasang, percik-percik kena muka. Ermm potong sungguh, sudahnya masuk khemah dan tidur je. Mr Big je yang sambung lepak dengan bebudak lain ni.

Bangun esoknya best giler coz, celik mata je nampak laut. Rasa aman damai dan bahagia je tengok laut tuh, ada 15 minit duk pandang laut ni sampai Mr Big tegur bangunlah orang lain semua dah bangun kan. Alah spoil sungguh ek.


Nasib baik Mr Big dah siapkan breakfast, hah terus duduk dan makan jelah sambil borak-borak. Panaskan ayam BBQ dan kambing tu jelah, siap buat air kopi lagi.

Ktorang lah yang paling last sekali kuar dari tapak camping tuh, buat spotcheck kat tempat lain mana tau ada barang tertinggal kan then baru gerak balik.


Ermm memang weekend yang menyeronokkan lah. Penat tapi worth it dapat spend time dengan yang tersayang kan.

So stay tune untuk next trip, most probably akan ke Cameron Highlands hujung bulan november nanti dengan bebudak ni lagi. 

ermmm mesti lagi best kan..