Thursday, October 23, 2014

Muhammad Kamal Asyraf Dinobatkan Juara Cabaran SHELL FuelSave 2014

Hi Korang,

Perasan tak beberapa minggu lepas aku ada citer pasal Shell FuelSave Challenge 2014 ni kan. Aku rasa ramai yang turut serta join contest ni, tapi apakan daya tak terpilih kan.

tengok blogger shakiddo.com kemain lagi ek

So cabaran Shell FuelSave 2014 telah tamat secara rasmi. Kali ini, Muhammad Kamal Asyraf dinobatkan sebagai juara setelah mencatatkan jarak sejauh 20.64 km bagi seliter Shell FuelSave 95 di Pusingan Akhir.


Acara tahunan ini merupakan antara inisiatif Shell Malaysia terpenting untuk menyampaikan mesej berhubung mobiliti bijak kepada beribu-ribu pemandu Malaysia, di samping menunjuk kepada mereka betapa senangnya mereka boleh meningkatkan kecekapan penggunaan bahan api dengan membuat pilihan pemanduan lebih bijak.


Cabaran ini telah kembali bagi tahun keenam dan menunjuk kepada rakyat Malaysia bahawa penjimatan bahan api bukannya sesukar yang dibayangkan dan dapat dicapai menerusi pengamalan Petua Shell FuelSave serta penggunaan bahan-bahan api Shell yang direka untuk tahan lebih lama.

Dalam Pusingan Akhir yang diadakan di Saujana Hotel minggu lepas, Muhammad Kamal yang juga merupakan pemenang wilayah Pantai Timur bertarung dengan tiga lagi pemenang wilayah, dan akhirnya dinobatkan sebagai juara selepas mengharungi perjalanan berjarak 90km yang ditetapkan. Keempat-empat finalis telah mengamalkan tip pemanduan bijak yang dipelajari di cabaran wilayah dalam Pusingan Akhir dengan memandu kereta Hyundai-Inokom Elantra 1.6 Sport, kereta rasmi Cabaran Shell FuelSave 2014 yang ditajakan oleh Hyundai-Sime Darby Motors Sdn. Bhd. 


“Saya teruja apabila diumumkan sebagai pemenang Cabaran Shell FuelSave 2014. Bagi saya, cabaran ini sangat bermakna kerana telah menunjuk kepada saya berapa senangnya untuk menjadi pemandu yang lebih bijak dan cekap. Kini, saya sekeluarga mengamalkan Tip Shell FuelSave dan menggunakan bahan-bahan api Shell dalam pemanduan kami setiap hari,” kata Muhammad Asyraf sambil tersenyum-senyum.

tak per blogger hafizrahim.com dapat tempat ketiga ok jadilah

Cabaran yang bermatlamat mencari pemandu yang paling cekap ini bermula pada Julai tahun ini dengan cabaran wilayah di Johor, dan diikuti dengan Penang, Kuala Lumpur dan akhirnya Kuantan.

Dalam ucapan beliau di acara tersebut, Tuan Haji Azman, Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd berkata, “Cabaran Shell FuelSave adalah diantara agenda penting Shell yang memberi tumpuan kepada mobiliti bijak. Dengan ini, kami berpeluang membimbing para pemandu di Malaysia untuk menggalak perubahan yang mudah kepada tabiat memandu serta menggunakan bahan api yang sesuai demi meningkatkan kecekapan, lantas memupuk pengguna bahan api yang bijak. Apatah lagi, inisiatif mobiliti bijak ini juga merupakan satu lagi usaha kami demi mengurangkan potensi impak terhadap alam sekitat.”

Shell telah sekian lama menggerakkan usaha untuk mewujudkan masa depan yang mengutamakan kemampanan. Komitmen ini boleh dilihat dari segi kegigihannya untuk membantu para pemandu menjadi lebih cekap menggunakan bahan api dengan membekalkan bahan-bahan api bermutu tinggi. Bahan-bahan api ini dihasikan selepas kajian selama bertahun-tahun untuk menjamin kecekapannya, misalnya, Shell FuelSave mengandungi Ramuan Active Efficiency yang direka untuk meningkatkan kecekapan bahan api, enjin dan tenaga.

Selain itu, Tuan Haji Azman turut gembira kerana cabaran Shell FuelSave tahun ini mendapat sambutan memberangsangkan dengan mencatatkan hampir 10,000 pendaftaran dari empat wilayah.


“Kami berasa teruja kerana ramai pemandu Malaysia menunjukkan minat mereka untuk mempelajari kecekapan bahan api. Semangat yang ditunjukkan mereka di bengkel bergerak serta cabaran wilayah dapat dirasai. Mereka telah mengkuasai Petua Shell FuelSave dan telah mengambil inisiatif untuk menjadi pemandu yang lebih bijak menggunakan bahan api,” kata beliau.

Shell juga telah memperkenalkan Shell FuelSave Journey, satu aktiviti di laman web yang menyeronokkan demi menggiatkan lagi penglibatan para peserta. Menerusi aktiviti ini, mereka berpeluang memenangi pelbagai hadiah dan ganjaran yang eksklusif. Di samping itu, mereka dapat meningkatkan pengetahuan mereka dari segi kecekapan bahan api dengan menyertai pelbagai permainan interaktif di laman web yang menggalakkan mereka membuat pilihan lebih cekap berhubung penggunaan bahan api serta mengamalkan Petua Shell FuelSave.

Mengikut Tuan Haji Azman, Shell FuelSave Journey merupakan platform yang amat sesuai untuk menggalakkan para peserta meneruskan penglibatan mereka serta memberi peluang kepada kami untuk mendampingi generasi pemandu yang muda.


Shell FuelSave Journey turut mendapat sambutan hangat. Para peserta telah menyahut cabaran dengan menyempurnakan lebih 25,000 misi yang ditetapkan dan menghantar gambar-gambar serta video-video yang menarik berhubung pandangan serta tip mereka mengenai kecekapan bahan api.

Turut hadir di acara tersebut, Duta Shell FuelSave, Fahrin Ahmad dan artis tanah air terkemuka, Lisa Surihani, yang memberi sokongan moral serta bersorak bagi keempat-empat finalis.


“Semangat tinggi para peserta menandakan kejayaan acara kali ini. Saya berbagga kerana diberi peluang membabitkan diri dalam acara ini dan berkongsi Petua FuelSave serta pengalaman saya berkaitan penjimatan bahan api dengan semua peserta. Sebagai duta Shell FuelSave dan pendukung penjimatan bahan api, saya yakin bahawa semua orang akan mengecapi manfaat dengan mengamalkan Petua FuelSave dalam pemanduan mereka. Saya berazam untuk menyampaikan mesej Shell mengenai pilihan pemanduan yang lebih bijak untuk menggalakkan penjimatan bahan api,” kata Fahrin.

Korang pun boleh berkongsi pandangan korang mengenai pilihan pemanduan yang bijak di #ShellFSC.

Sila layari www.shell.com.my/fschallenge untuk memperoleh maklumat lanjut mengenai Cabaran Shell FuelSave 2014.

Wednesday, October 22, 2014

Hi Tea Di Lavista Cafe,Bangi Dengan OFFPEAK.MY

Hi Korang,

Petang-petang kalau nak pi minum-minum sambil lepak-lepak menjajau jugak nak cari tempat kat Bangi ni kan. Lagi pulak ada jumpa client ke, kengkawan ke kan so haruslah kena selesa baru lama sket nak chit-chat.


Sekali sekala nak jugak tukar angin, minum petang di hotel tapi kalau difikirkan harganya pulak mahu nangis dibuatnya kan.


So ada satu website bernama OFFPEAK yang menawarkan diskaun harga makanan di beberapa restoran yang terpilih. Bila dengar cam tu je, terus jelah google website OFFPEAK ni kan. Klik sana, klik sini, confirm je booking terus start kereta drive ke Bangi-Putrajaya Hotel ni. 

Once sampai je kat Cafe Lavista ni, terus je tunjukkan booking slip tuh.

Yeah, mari makan..

Inilah dia hidangan ala-carte yang menjadi santapan ktorang pada hari tuh.

Pizza (RM38.90)

Club Sandwich (RM37.20)

Nasi Goreng (RM37.20)

Penang Char Kuay Teow (RM33.10)

Sangat-sangat awesome sekali dengan portion hidangannya yang amat besar serta sedap memang menarik hati dan perut aku yang bekeroncong time kan di tambah lagi dengan harganya yang murah setelah di tolak diskaun dari OFFPEAK.MY


Seronok gak sekali sekala, minum-minum petang sebegini. Sambil makan sambil borak-borak dengan diorang ni sampai tersandar-sandar dibuatnya.

Selain daripada menu ala-carte, ada juga hidangan buffet di Lavista Cafe ni. Mehlah kite tengok apa yang ada di buffet line kan











Semuanya sedap-sedap belaka especially menu bergrill, tapi aku tak sempat amik gambar pun sebab asyik benau makan kan.

Korang pun mesti interested nak tahu cam ne nak dapatkan diskaun makan hebat ni kan.

Nah ini dia websitenya, aku tunjukkan satu per satu ek cara nak buat dapatkan harga istimewa ni



2.register je dulu, guna FB account atau email pun boleh


3.pilih restoran yang korang nak pi, ikut suka lah. Aku nak pi makan kat Lavista so pilihlah restoran ni. Letak segala details macam berapa orang nak pi, tarikh dan waktu.


4. tengok dah siap pun booking. tengok details betul-betul ek, kang salah plak.

Jangan lupa plak, lepas je confirm nak lagi senang print je booking slip yang di hantar kat email korang. Bawak je dan tunjukkan pada mereka yang bertugas kan.

Yang penting service OFFPEAK.MY ni free je tak yah keluar satu sen pun untuk buat booking ni, tapi makanan tu yang korang order tu kenalah bayar. Kan dah dapat diskaun.

Itu saje


Bukan setakat Cafe Lavista ni je, ada lebih daripada 100 restoran yang terdapat di dalam list Offpeak dan semakin bertambah dari hari ke sehari, cuma kena browse sesatu la ek.

Meh LIKE social media Offpeak seperti berikut ek

Facebook: Offpeak.my

Instagram: Offpeak.my

Google+: Offpeak.my

Twitter: Offpeak_my

Hah suka la tuh, mari-mari banyak lagi restoran aku pi makan dengan gunakan service OFFPEAK ni, korang stay tune jelah kat blog aku ni ek..



Tuesday, October 21, 2014

XES Premium Boutique Kini Di Buka Di QUILL City Mall

Hi Korang,

Last week, sempat jugak aku ke pembukaan rasmi butik premium XES di Quill City Mall.


Rupanya hari tu jugak adalah hari pembukaan mall ni sekali, so haruslah ramai orang dan banyak jualan murah kan. Dapat jugaklah aku sambar blouse 2 helai kan demi nak dapat Jusco voucher RM50 tuh. Ini angkara hasutan Nannie dan Ayu la ni. Hahahahahhaha


XES membuka butik premium bagi mengembangkan lagi perniagaan yang terletak di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur iaitu di Quill City Mall dan menawarkan trend terkini pada harga yang berpatutan dan bakal menjadikannya pengalaman membeli-belah yang luar biasa untuk semua orang.



Seluruh konsep pembukaan adalah Gaya Vintage dengan sentuhan lembut moden untuk meraikan pencapaian Shellys Pemasaran dalam menambah satu lagi besar XES Premium Boutique yang dibuka dari 10 pagi hingga 10 malam.








Di antara koleksi kasut dan beg yang menjadi pilihan pelbagai golongan masa kini.



Yang baru dinobatkan Miss XES Elegant, Mico Pun Chiew Yoek dan Pengarah Urusan Shellys Marketing Sdn Bhd, Encik, Simpson Wong melancarkan pembukaan dan berkata, ''Ia telah usaha berterusan kami untuk meningkatkan pengalaman pelanggan di kedai-kedai kami dengan kualiti terkemuka produk, persekitaran yang seronok dengan rasa kontemporari dan perkhidmatan yang memuaskan dari XES Premium Boutique.'' 

Dengan bermottokan

XES - Superior comfort for happy feet!
XES Signature - Bring out your personality

Rasanya XES Premium Boutique dapat memenuhi kepuasan pelanggan dengan koleksi-koleksi yang terbaik lagi cantik.





Ada acara peragaan kasut dari model-model XES termasuk juga dengan Miss XES Elegant, Mico Pun Chiew Yoek yang cantik manis ni ek.

Terima kasih kepada Sabrina yang sudi menjemput kitaorang ke launching event ni, walaupun simple tapi sangat seronok