Saturday, October 18, 2014

OH MY ENGLISH! Tamatkan Musim Ketiga Hujung Minggu Ini

Hi Korang,

Bagi peminat setia sitkom Oh My English (OME) mesti sedih dengar berita ni tau..


Siri sitkom pendidikan Oh My English! bakal melabuhkan tirainya untuk musim ketiga pada hujung minggu ini. Episod akhir ini akan disiarkan pada hari Ahad, 19 Oktober 2014, jam 11 pagi secara eksklusif di Astro TVIQ (Saluran 610) dan siaran serentak dalam definisi tinggi (HD) di Astro Maya HD (Saluran 135). Bukan itu sahaja, episod kali ini juga padat dengan drama tatkala kedengaran bahawa See Yew Soon bakal meninggalkan SMK Ayer Dalam! Tetapi adakah khabar ini benar?


Para peminat Oh My English! Musim Ketiga pastinya tidak sabar untuk mengetahui kesudahan musim ini dan apa sebenarnya yang berlaku di SMK Ayer Dalam. Namun kenyataannya, salah seorang dari watak kesayangan para peminat ini bakal meninggalkan Oh My English!. Persoalannya, siapakah watak tersebut? Semuanya akan terjawab dalam episod akhir musim ketiga pada hari Ahad ini.

Selain itu, bagi mereka yang ketinggalan untuk menonton episod-episod sebelum ini dan juga dua telefilemnya; Oh My Ganu! dan Hello America, juga berpeluang untuk menontonnya semula. Para penonton boleh menyaksikan kesemua babak yang padat dengan pengajian Bahasa Inggeris menerusi Maraton Istimewa Hujung Minggu Oh My English! Musim Ketiga secara berterusan selama dua hari berturut-turut iaitu pada hari Sabtu, 18 Oktober dan Ahad, 19 Oktober, dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan semula pelbagai gelagat, karenah dan telatah lucu serta rangkaian ilmu pengetahuan yang disajikan. Para peminat juga boleh berinteraksi secara langsung menerusi Twitter dan Instagram, dan pos-pos yang terpilih akan disiarkan di Astro TVIQ, saluran 610 semasa siaran maraton ini.


Putri Yasmin Megat Zaharuddin, Naib Presiden Perniagaan GenNext Astro berkata, “Astro ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada para peminat yang terdiri dari semua peringkat umur atas sokongan berterusan terhadap siri yang telah memasuki musim ketiga ini. Tatkala kita semakin hampir untuk penamat bagi satu lagi musim, Oh My English! terus mendapat sambutan menggalakkan daripada rakyat Malaysia. Kami tidak mungkin akan sampai sejauh ini tanpa sokongan anda semua. Sebagai tanda penghargaan, kami akan menghadiahkan anda dengan sebuah lagi karya telefilem istimewa cuti sekolah pada bulan Disember ini. Oleh itu, nantikan ketibaannya dan kami berharap agar karya ini akan diterima baik oleh para peminat.”

Jangan ketinggalan menonton episod kemuncak Oh My English Musim Ketiga dan siaran marathon khas khusus untuk semua para peminat Oh My English! pada hujung minggu ini.

Layari laman resmi Oh My English! di www.ohmyenglish.com.my untuk maklumat lanjut atau mempelajari Bahasa Inggeris menerusi permainan-permainan interaktif dan kandungan-kandungan lain.


Untuk melanggan Astro, hubungi kami di talian 1300 82 3838 atau layari www.astro.com.my

Friday, October 17, 2014

Makan Sedap Di Pusat Penjaja Taiping (Belakang BOMBA)

Hi Korang,

Aku rasa cam bengong plak tulis entry tunggang terbalik cam nie.

Sekejap citer pasal makan, sekejap pasal beauty, sekejap pasal event kan ermm lantaklah janji korang dapat segala info apa yang ingin aku sampaikan ye.

So kita berbalik pada citer aku sekeluarga bercuti-cuti Malaysia di Taiping hari tuh sempena cousin aku kahwin kan. Malam tu kan ktorang bermalam di Taiping Golf Resort, jadi haruslah keluar mengisi perut yang lapar ni.


Suppose aku google dulu tempat makan mana yang sedap di Taiping ni tapi nan adonye langsung tak de masa ek. Nasib baik petang tuh ktorang sempat jalan-jalan di sekitar Lake Garden Taiping ni then ternampaklah Pusat Penjaja di belakang Balai Bomba, jadi Mr Big cakap kita semua makan kat sini lah coz nampak cam tempting je dari jauh.

Agaknya weekend kot, punyelah payah nak cari parking. Ada 3-4 kali tawaf kat kawasan ni coz diorang kat sini semuanya jalan sehala. Kalau silap sket abissss!




Masuk-masuk je, dah nampak pelbagai jenis gerai jual makanan yang membuatkan air liur aku meleleh. Ada yong tau foo, sate, sotong kangkung, ABC dan memacam lagi lah. Gilorss banyak ooo

Sebab ktorang ramai so order macam-macam tapi sket-sket ek.

Ni aku nak tunjuk ni

Sate

Sotong Kangkung

Yong Tau Foo

Hah amik ko, semua makan dengan berselera sekali. Maklumlah time hujan kan, sejuk jadi semuanya lapar. 


sate ayam dan daging

sate tetel

sate limpa

Tak cukup tambah lagi dan lagi dan lagi dan lagi sampai ayah aku cakap sudahlah tu. Pi mintak resipi kat makcik sate tu ek, buat sendiri kat rumah.




Rasa insaf sekejap dibuatnya kan..

Cam tulah citer makan-makan sedap ktorang sekeluarga di Bandar Taiping ni.

Memang tak puas sangat berjalan coz limited time kan, mungkin satu hari nanti mesti akan kemari lagi. Nak amik gambo romantik kat Lake Garden pun tak sempat la wei..

Foodpanda Malaysia Raikan WORLD FOOD DAY Dengan Servis Penghantaran Percuma

Hi Korang,

Di pagi-pagi jumaat yang indah ni, meh baca sket mengenai kerja amal yang sedang dilakukan oleh FoodPanda sempena World Food Day ye..


Satu Minggu Perkhidmatan Penghantaran Percuma Dari Semua Restoran dan Meal Penajaan Untuk Rumah Kurang Bernasib Baik

Foodpanda Malaysia meraikan Hari Makanan Sedunia 2014 dengan menawarkan perkhidmatan penghantaran percuma di seluruh negara dari 16 hingga 24 Oktober 2014 Sempena sambutan ini, foodpanda Malaysia juga telah memilih Rumah Hope dan Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah (RACTAR ) untuk penajaan foodpanda makan itu. 

sumber dari google.com

Dalam tempoh seminggu ni, pelanggan Foodpanda boleh menyumbang kepada rumah-rumah dengan klik pada "Penaja Meal" dan memilih nilai daripada hidangan iaitu RM10, RM30, RM50 dan RM100. Foodpanda Malaysia akan sepadan dengan jumlah yang didermakan kepada rumah-rumah. Selain daripada menyertai program penajaan foodpanda, pelanggan diingatkan daripada keluarga yang kurang bernasib baik di sekeliling mereka, sama ada jiran-jiran mereka, rakan-rakan atau saudara mara yang mana mereka juga boleh meminta untuk menghantar makanan kepada. 

Sambutan Hari Makanan Sedunia tahun ini yang bertemakan 'makan dunia, menjaga bumi' adalah amat sesuai untuk foodpanda. "Sebagai sebuah syarikat penghantaran makanan, selain daripada memenuhi jangkaan pelanggan kami untuk penghantaran makanan teratur dan menepati masa, kami juga memastikan bahawa kita mempunyai pilihan makanan sihat yang berkhasiat dalam sistem kami untuk menggalakkan pemakanan sihat di kalangan pelanggan-pelanggan kami. Rumah yang kurang bernasib baik juga diingati pada hari ini dan kami berharap untuk melanjutkan makan foodpanda ditaja untuk lebih banyak rumah dalam masa terdekat" kata Claudio Abitante, pengarah urusan foodpanda Malaysia. 

Foodpanda Malaysia menggesa orang ramai untuk menyokong program penajaan ini supaya rumah boleh menikmati makanan yang lebih berkhasiat dan menikmati kualiti hidup yang lebih baik melalui sokongan mereka. Program ini akan memberi manfaat kepada seramai 130 kanak-kanak daripada kedua-dua rumah. 

sumber dari google.com

Syarikat itu bercadang untuk membuat Hari Makanan Sedunia merupakan sambutan tahunan dalam meningkatkan kesedaran mengenai makanan berkhasiat dan mengingati mereka yang kurang bernasib baik.

So korang yang terutamanya pelanggan setia Foodpanda ni, bolehlah sertai kempen ni. Bukan apa, selain dapat makan daapt jugak pahala kan..

Selamat beramal korang…