Tuesday, October 14, 2014

Lupa Kata Laluan, Padan Muka!

Hi Korang,

Aku memang ada masalah kalau nak mengingat sebarang password.


Tak kira lah password laptop ke, online banking ke, password pintu office ke sampai kekadang tu password email pun tersalah-salah taip kan.

Sudahnya tulis dalam buku especially yang berkaitan dengan hal kerja.

Tup-tup buku plak hilang, ermm tak ke naya tuh!

Ambik ko.

Create balik password kan, orang kata reset password balik.


Tapi yang paling aku menyampah sekali bila create password. Bukan apa, sekarang ni plak kalau nak create password mesti kena ada

1. Capital letters

2. Numbers

3. Symbol

4. Mesti lebih dari 7 characters.

5. Tak boleh guna balik password lama, sket pun tak boleh.

Tak ke letih aku nak mengingatkan semua-semua menda ni. Ini rules kat office aku lah. Even password laptop ktorang pun kena reset every 3 month. So bayangkan sepanjang 6 tahun aku kerja kat company aku ni dah berapa banyak aku tukar password.

Ermm sado je… podehh btol lah!!

Jadi apa kena mengena aku taip entry ni citer kat korang ek?

Sebenarnya nak bagitau buku yang selalu aku tulis note pasal password ni tak hilang, cuma basah kena air kopi tadi. Huhuhuhuhuhuhuhu la cam ne aku nak retrieve balik semua nombor-nombor ni kan!


Moral of story?

Jangan minum sambal borak-borak pasal menda yang mengarut yang boleh mengakibatkan korang gelak sampai nak tersembur keluar air atau pun cawan tertumpah air kat meja ek.

Padan muka aku!

Korang pernah kena cam aku gak tak?



Monday, October 13, 2014

Nasi Ambeng Di Rahsia Kopitiam, Bangi

Hi Korang,


Kan aku cakap, walaupun aku dah lama tak balik Johor tapi dalam sebulan mesti nak pekena makanan Johor tau. Kuat sungguh tarikan kuasa Johor ni ek, luaskan kuasamu sangat!

Tup-tup petang tuh, cam teringin sangat nak makan tapi tak tau apa pun.

Bila lalu je depan kedai Rahsia Kopitiam ni, terus teringat yang diorang ada makanan Johor selain kacang pool kan, apa lagi terus singgah masuk.

Terus je order Nasi Ambeng sebab dah biasa makan kan.

Inilah dia Nasi Ambeng

Nasi Ambeng ni merupakan makanan orang Jawa yang dihidangkan semasa ada keraiaan atau majlis kenduri-kenduri gituh lah. Tapi sekarang dah moden, anytime, anywhere dah boleh makan Nasi Ambeng ni.

ayam kicap

serunding kelapa

mee goreng

sayur tempe

Di antara bahan-bahan yang terkandung di dalam Nasi Ambang ataupun Nasi Ambeng ini adalah nasi putih, ayam masak kicap, ikan masin, urap, mee goreng/mee hoon, sambal tumis, sambal belacan, sayur tempe goreng dan serunding kelapa. Kira ini yang biasa orang hidangkan lah.

Cara nak makan? Ermm gaulkan semua sekali dan makan.

Selalunya masa aku kecik-kecik dulu, ktorang makan dalam dulang seramai 4 orang. Memang terbaek ooo, lepas je terawih bulan puasa mesti ada hidangan ni setiap malam jumaat. Kena kengkawan ko yang tengah selsema time tu kan, haruslah geli nak makan sesama sedulang.. eeeee… pengotor ek.

Tapi sebab dah biasa, ktorang je.

Sudah merepek-repek plak ek.

Ini hah tempatnye:-

Rahsia Kopitiam
No.1, Jalan 15/1D,
Seksyen 15, 
Bandar Baru Bangi.

Direction: masuk ikut belakang Petronas, nampak 1st junction masuk kanan. Then sampailah kedai ni. Alah sebaris dengan restoran BurgerByte je.

Korang yang tak pernah lagi cuba nasi ambang ni eloklah pi cuba. Tak de rasa pelik mana, sedap je lah. Alah macam korang makan nasi kerabu dan nasi dagang tu je..

Ok selamat makan korang…

Saturday, October 11, 2014

Guardian Memperkenalkan Monitor Tekanan Darah untuk Menangani Masalah Hipertensi di Malaysia

Hi Korang,

Sedikit info untuk korang baca di hujung minggu ni ek

Hipertensi membunuh secara senyap, selalunya tanpa sebarang simptom. Ia membebankan sistem kardiovaskular yang membawa kepada pembesaran kebuk jantung dan merosakkan salur darah yang membekalkan darah ke jantung. Peningkatan tekanan di dalam salur darah menyebabkan pendarahan intrakranium dan boleh merosakkan organ-organ penting termasuk hati, ginjal, otak dan paru-paru.

Hipertensi merupakan faktor risiko utama kematian di rantau Asia Tenggara dan meragut sehingga 1.5 juta nyawa setiap tahun1 Kesihatan Sedunia (WHO). Di Malaysia, 32% daripada rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas menghidap hipertensi2. 

Risiko hipertensi tidak sepatutnya menjadi begitu tinggi kerana ia boleh dielakkan. Pencegahan dan kawalan adalah jauh lebih murah dan selamat berbanding intervensi seperti pembedahan pintasan kardium atau dialisis yang mungkin diperlukan jika hipertensi gagal dikesan dan dirawat awal.

Seperti penyakit tak menular yang lain, kesedaran mampu membantu pengesanan awal manakala pengawasan di rumah membantu memastikan pengambilan tetap ubat-ubatan, tabiat kesihatan yang baik dan kawalan penyakit yang lebih baik3 Guardian, rangkaian kedai farmasi, kesihatan dan kecantikan terkemuka di Malaysia, telah menyahut permintaan untuk pemantau tekanan darah berkualiti tinggi dan mampu milik untuk kegunaan di rumah bagi membantu pengawasan dan kawalan hipertensi yang lebih baik dalam kalangan rakyat Malaysia. 


Monitor Tekanan Darah Guardian ini dilengkapi paparan LCD yang besar agar mudah dibaca termasuk oleh warga tua. Ia menampilkan antara muka yang mesra pengguna dan menghilangkan kegusaran pemantauan di rumah. Dengan julat kaf boleh laras yang menerima ukur lilit lengan daripada 22cm hingga 36cm, ia boleh disesuaikan untuk pelbagai saiz lengan, memberikan bacaan tekanan darah yang selesa, boleh dipercayai dan tepat. Ia juga dilengkapi penunjuk degupan jantung yang tidak teratur. 

Rekabentuk peranti ini menitikberatkan kesederhanaan, aspek praktikal dan fungsi. Ia menampilkan operasi mudah satu butang bagi memulakan dan menghentikan proses pengukuran dan paparan maklumat penting dalam pemantauan tekanan darah iaitu tekanan sistolik dan diastolik, kadar denyutan nadi dan tarikh serta waktu bacaan. 

Ia menggunakan Klasifikasi Tekanan Darah WHO yang memudahkan pemantauan di rumah – optimal ke normal dalam julat hijau, hipertensi ringan ke sederhana dalam julat jingga dan hipertensi teruk dalam julat merah. 

Monitor Tekanan Darah Guardian membenarkan dua kumpulan pengguna individu dengan kapasiti 90 memori setiap satu. Ini bermakna sepasang pengguna boleh berkongsi satu peranti lantas menjimatkan kos berbanding membeli dua unit berasingan. 


Untuk bacaan yang lebih tepat, purata bagi tiga bacaan tekanan darah terakhir digunakan kerana Guardian memahami kepentingan bacaan yang tepat untuk ketenangan jiwa dan menghapuskan bacaan positif yang palsu.

Monitor Tekanan Darah Guardian merupakan peranti perubatan yang menerima pengesahan CE dan telah menjalani serta mendapat kelulusan dalam ujian ketepatan dan kebolehpercayaan yang ketat. Ia mempunyai julat bacaan 0 hingga 299 mmHg dan mampu mengesan bacaan nadi antara 40 hingga 199 denyutan seminit. Ini menjadikannya sesuai untuk pengguna dengan pelbagai tahap kesihatan dan tekanan. 

Pemantau kaf lengan yang anggun dan kecil ini beratnya hanya 254gms dan boleh muat di dalam beg tangan. Ia didatangkan dengan waranti setahun daripada kecacatan pembuatan.

Menurut Cik Segolene Defline, Pengarah Jenama Korporat bagi Kesihatan & Kecantikan di The Dairy Farm Company, Limited, “Guardian mempromosikan amalan pemantauan sendiri bagi mengawal hipertensi. Kami juga berhasrat mendidik dan membantu mereka yang mempunyai hipertensi dan mereka yang berisiko. Kami menyediakan alat bantuan yang berguna bagi memantau, mengawal dan memahami tekanan darah dan melengkapi rawatan yang disediakan oleh pusat rawatan kesihatan”

Mengurangkan Risiko Tekanan Darah

Selain memantau tekanan darah setiap hari, individu berisiko dan mereka yang mempunyai tekanan darah tinggi sepatutnya mengurangkan pengambilan garam dan mengamalkan pemakanan seimbang. 

Menurut WHO, bersenam secara konsisten serta mengelak daripada merokok dan minum minuman keras juga boleh membantu mengawal tekanan darah.

Harga dan lokasi jualan

Monitor Tekanan Darah Guardian boleh didapati di kesemua kedai Guardian seluruh negara dan e-kedai Guardian di https://online.guardian.com.my pada harga RM199 seunit.

Untuk tempoh terhad dari 25 September – 29 Oktober 2014, Monitor Tekanan Darah Guardian dijual pada harga RM129 dengan pembelian RM50 ke atas oleh pengunjung Guardian dalam satu resit. Anda juga boleh tukar beli sebarang set monitor tekanan darah terpakai atau tunjukkan kad keistimewaan Guardian Golden Privilege untuk menikmati harga promosi ini.