Friday, October 10, 2014

Table Talk Restaurant TTDI, Makan Malam Di Sini

Hi Korang,

Aku memang jarang ke TTDI ni kalau tak de hal, malas nak jalan jauh sebenarnya.

Kalau pi siang, aku akan park ada satu public parking dengan Mc Donalds tuh then jalan kaki je ke mana aku nak pi kan. Tapi kalau malam, just park kat tepi-tepi jalan depan shoplot ni.


Oleh sebab hari tuh ktorang dapat jemputan makan ke Restoran Table Talk ni, so berjalanlah sampai ke mari dan sebab tak biasa dengan keadaan kat situ waktu malam kira berpusing gaklah mencari tempat dan parking but manage sampai on time makanan pun sampai tau.


Restoran Table Talk ni terletak di hujung jalan Datuk Sulaiman ni, kalau korang tak bukak mata besar-besar memang tak nampak signboard coz dek terlindung dengan pohon-pohon merendang tu kat pembahagi jalan ni.




Berkonsepkan ala fushion so menu pun ada western cuisine yang dah difushion kan. Kemain ayat, skema sungguh hehhehehehehe

Sudahlah meh citer pasal makan ek

Appetizer

Appetizer Combo (RM35)

My Opinion : Not bad pembuka selera yang sebesar pinggan ni, ramai boleh makan so order sepinggan makanlah 3-4 orang.

Main Dish

Tom Yum Seafood Carbonara (RM22)

My Opinion : simple dish, rasa unik sebab ada rasa dan berkrim. Portion besar

Oxtail Linguine (RM32)

My Opinion : rasa ok tapi kalau gravy oxtail banyak sket lagi sedap, sekali portion besar.

Chicken Parmesan (RM28)

My Opinion : rasa dan bahan semua dah lengkap, sedap tapi bagi aku sayur bayam tu tak yah letak pun tak per, rasa cam dah banyak salad plak.

Mini Wagyu Burgers (RM38)

My Opinion : haruslah sedap, wagyu beef tuh. Memang kena dengan tekak ktorang


Desserts

Table Talk Signature Hot Plate Pancake (RM15)

My Opinion : memang special ni letak dalam pan kan, tapi kalau pancake tu nipis sket lagi lazat.

Chocolate Cake with Ice Cream (RM15)

My Opinion : no komen, awesome. Gabungan panas dan sejuk, sekali masuk mulut yummy..


Sebab apa aku letak verdict? Sebab kali ni tuan restaurant nak feedback daripada ktorang bloggers ni jadi letaklah kan. Lagipun korang bolehlah tau yang mana sesuai untuk order atau tidak, ikut tekak koranglah. Kira macam ni guideline gituh arghhh.

Kalau nak ke mari, ni alamatnya

Table Talk Restaurant
4, Jalan Datuk Sulaiman,
Taman Tun Dr Ismail,
60000 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : 03-7733-7718



Ok nak sambung keje dulu… sampai nanti...


Thursday, October 9, 2014

REVIEW | Sabun Seri Emas

Hi Korang,

Aku terima sample produk Sabun Resdung Seri Emas ni dah lama tapi di sebabkan aku salah letak so makan berhari jugak nak mencarinya. Tapi jumpa jugak akhirnya dalam beg laptop aku, ishk sampai ke situ plak kan.

Mari aku cerita sket mengenai Sabun Seri Emas ni ek


Sebenarnya, sabun Seri Emas merupakan sejenis sabun handmade yang diperbuat daripada madu (50%) dan kombinasi herba semulajadi (50%) seperti bunga tanjung, kulit kayu manis, minyak kelapa, kunyit dan ekstrak buah delima. 100% keluaran bumiputera. Sabun Resdung Seri Emas sangat sesuai digunakan sesiapa sahaja yang mengalami masalah resdung (hidung tersumbat, hidung berair, kerap bersin, gatal-gatal, kelemumur dan sebagainya). Kesannya boleh dirasai seawal tujuh hari dengan penggunaan secara berterusan.


Aku rasa memang aku tak de resdung tapi mak aku cakap kalau bersin pepagi non-stop tu jawabnya adalah resdung tuh tapi tak kronik, itu kata mak aku lah. Lagipun aku tak de masalah alergik at all dengan seafood pun, so kira ok la ek.

But kenalah berjaga-jaga jugak, manalah tau ulat resdung makan sket-sket daging hidung aku kan, tup-tup tengok dan berlubang je muka kan, eeeeee takutnya.

Sudah jangan nak merepek ek, baca lagi ni.

Cara nak guna plak, ishk meh sini aku ajar sket ek

1. Basahkan sabun sampai berbuih

2. Sapukan kat muka keseluruhan especially bahagian T Zone.

3. Biarkan sebentar dalam 2 or 3 minit.

4. Bilas dengan air cam biasa

5. Biarkan kering secara semulajadi

Kesan penggunaan sabun Seri Emas ni selama 3 hari

Aku dah guna 3 hari siang dan malam, so kira 6 kali dah kan. Memang nampak beberapa perubahan kat kulit muka aku ni.

1. Dah kurang rasa bersin waktu pagi lepas mandi. Kalau tak dah macam nak terkeluar biji mata bila bersin tuh tau.

2. Jerawat-jerawat pasir aku ni dah mula mengecil dan hilang, kalau tengok dari jauh nampak cantik je kulit muka aku ni, tapi bila tengok dekat hah ambik ko. So memang kuranglah.

3. Muka rasa cam bersih je, rasa segar sungguh.

Hah nampak kan, itu baru sket ye. Rasanya kalau lagi lama aku guna mesti lagi bersih kulit muka aku ni. Agaknya kotoran degil dalam kulit muka tu dah nak start keluar kot.

Harga sabun Seri Emas ni adalah RM60 untuk Semenanjung dan RM65 Sabah dan Sarawak termasuk pos. Kira ok lah tu kan, berpatutan sebab sabun tuh kalau korang pandai pakai memang boleh jimat dan tahan lama.


Untuk mendapatkan sabun Seri Emas ini, sila contact dengan pihak syarikat Seri Emas :



Cara pembelian : 
 Sms BB60 ke 0132298329

Aku suggest untuk korang-korang yang ada masalah yang berkaitan dengan hidung, mata dan sewaktu dengannya baik cuba dulu ek.

Jam Tangan ICE-WATCH – Ceria, Unik Dan Menarik Kini Bersama Kumpulan HABIB

Hi Korang,

Kegilaan terhadap jam tangan ICE-WATCH dari Belgium yang menampilkan warna ceria dan menarik telah merebak di seluruh dunia, bukansahaja dalam kalangan masyarakat biasa malah selebriti dan juga personality turut meminati jam tangan ini. Kepelbagaian warna pada ICE-WATCH kini meniti ke dalam hati rakyat Malaysia.

model Ice Watch yang terbaru

Aku pun sama minat dengan jam Ice Watch ni sebab warnanya yang sangat funky dan sesuai dipakai di apa jua majlis kan. Senang nak mix and match dengan baju katanya.


ni yang latest, BMW motorsport collection

Last week sempat juga aku ke majlis pelancaran ICE-WATCH di The Curve. Kebetulan Mr Big cuti so bawak sekali sebagai photographer aku. Senang sket nak ambil gambar coz dia kan tinggi.






Bagi meraikan pameran yang julung kalinya bagi ICE-WATCH oleh Kumpulan Habib di The Curve, Jean-Pierre Lutgen pengasas jenama ICE-WATCH turut bersama-sama turun padang bagi melancarkan secara rasmi jenamanya dengan gaya ceria, sepadan denganpersona daripada jam "ice-y".


Acara kemuncak iaitu upacara pelancaran yang diwakili oleh Dato 'Meer Habib dari HABIB dan Lutgen dari ICE-WATCH, diikuti dengan peragaan jam tangan terbaru musim ini oleh "Ice Girls" dan selebriti Malaysia.


ICE-WATCH turut serta bersama Habib Jewels dan Pandora di pameran Kumpulan HABIB di Curve Centre Court yang turut dikenalisebagai "HIP". "HIP" merupakan gabungan huruf pertama setiap jenama, Habib Jewels, Ice-Watch dan Pandora.

Pada tahun ini, Iapan butik ICE-WATCH telah ditubuhkan di Malaysia. ICE-WATCH merupakan jenama mewah mampu milik dan dianggap setanding dengan jenama jam tangan fesyen di seluruh dunia dimana ICE WATCH menjadi kegemaran ramai sama ada golongan mudamahupun golongan yang berjiwa muda dari semua lapisan masyarakat. Jam tangan yang bergaya dan mudah digayakan ini mempunyaiwarna menarik lantas menjadikan ICE-WATCH sebagai aksesori yang sempurna dalam pemilihan pakaian, dari pakaian kasual, untukbekerja atau bersantai dengan kawan-kawan. Dengan harga yang mudah di beli, lebih ramai memilih untuk memiliki koleksi jam tangan menarik ini.


Dato 'Meer berkata, "ICE-WATCH adalah fenomena luar biasa kerana ia merupakan gabungan unik inovasi, kreativiti, mampu milik danmempunyai nilai kesederhanaan. ICE-WATCH merupakan jam tangan yang sesuai dipakai oleh pelbagai lapisan umur, gaya dan latarbelakang si pemakai. Sesuai dengan apa jua pakaian, membuatkan ICE-WATCH menjadi pilihan ramai pengemar fesyen. KumpulanHABIB sangat mengalu-alukan kedatangan jam tangan ICE-WATCH ke dalam keluarga kami kerana kami dapat melihat potensi besar jenama ini.

Lutgen merupakan Ketua Pegawai Eksekutif ICE-WATCH menambah "Dengan harga berpatutan, kepelbagaian warna dan kombinasireka bentuk yang menarik, ICE-WATCH boleh ditukar-tukar mengikut gaya dan mood si pemakai. Anda tidak boleh mempunyai hanyaseutas jam tangan ICE­ WATCH kerana ia perlu menjadi sebahagian daripada koleksi jam tangan yang menjadi pilihan anda dalam hidup."


"Kami juga begitu teruja dengan kolaborasi antara ICE-WATCH dan Habib. Kedua-dua syarikat yang diterajui oleh usahawan yangmempunyai keinginan yang mendalam bagi memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan. Dengan sokongan yang luar biasa daripadaKumpulan HABIB sebagai pengedar, ia memberi potensi dan peluang yang besar kepada kami untuk meneroka di pasaran Malaysiadan kami berharap ICE-WATCH dapat mewarnai kehidupan masyarakat di Malaysia. "

Menurut Lutgen, jenama ICE ini melambangkan nilai-nilai yang berkaitan dengan unsur "ais" itu sendiri - ketelusan dan kesucian dandiserikan lagi bersama tabung lutsinar.



Peminat dan pengemar fesyen di Malaysia boleh mengharapkan reka bentuk baru dengan bahan­bahan baru pada jam tangan yang pastimembuatkan jenama ini teguh di atas setiap permintaannya.

Sebagai ahli baru kepada Kumpulan Habib, ICE-WATCH menyertai Kumpulan HABIB, bersama­ sama Habib Jewels dan Pandora dariDenmark. Dalam HABIB Group, HABIB juga turut membawa masuk jenama berlian terkemuka iaitu Hearts On Fire. Pandora dan Hearts On Fire diedarkan secara eksklusif oleh Habib di negara ini.


Di kawasan Lembah Klang, Butik ICE-WATCH boleh didapati di Ampang Point, The Curve, Nu Sentral dan pusat membeli-belahAlamanda. Di bahagian-bahagian lain trut boleh didapati di Gurney Paragon di Pulau Pinang, Palm Mall, Seremban, Kompleks JBCC, JohorBahru dan East Coast Mall, Pahang.

Korang juga boleh lawati ke http://www.facebook.com/ice.watch untuk melihat ICE-WATCH dengan lebih dekat.