Sunday, September 28, 2014

Philips VISAPURE Beauty Pampering Session @ Vila Manja SPA,KL

Hi Korang,


Dapat lagi jemputan dari Philips, yeah suka suka suka..

awal sangat sampai

Kali ni untuk produk kecantikkan terbaru mereka iaitu Philips VISAPURE. Media launch di adakan di Vila Manja SPA kat Jalan Damai KL ni. Ermm sebab dah biasa pergi tak delah sesat barat pun cuma jem teruk kat Jalan Ampang tapi managed jugak sampai awal ek.

makan-makan dulu

Sepatutnya aku masuk second session tapi di sebabkan tersampai awal, malas nak buang masa joinlah 1st session ada beauty bloggers yang lain macam YanaYassin, Liza Razak, Ashley, Rane dah 2-3 orang bloggers lain.


Terus je aku masuk masa product briefing di jalankan oleh pakar aesthetic physician Dr Christina Chea mengenai kulit muka kita secara umum. Maklumlah bila umur meningkat ni,kulit nak kena jaga especially bahagian muka, kang orang kata umur baru 30an tapi bila tengok muka dah macam 50an ermm korang nak ke? Haruslah tidakkkk


So Philips VISAPURE ni merupakan alat pembersih muka yang sangat-sangat lembut dan mencuci kulit muka 10 kali lebih efektif daripada tanah. Hah gituh sekali! Produk VisaPure ini direka oleh pakar dan technical experts dari Philips sendiri dan diuji oleh expert skincare laboratories, digabungkan dengan dermatological expertise melalui smart technology untuk kita-kita ni.


Menurut kata Dr Christina, memang kita semua basuh muka dengan tangan je kan,of courselah bersih tapi di celah-celah lubang pori-pori ke, parut jerawat ke kita tak nampak kan. So VisaPure ni membantu kita bagi membersihkan lagi kotoran-kotoran degil tu ek.

Ermm seronoknya bila dengar menda-menda kecantikkan cam ni. Tapi tak guna jugak kalau teori saje praktikal tak de kan.

amik gambar dulu

So abis je product briefing, ktorang di bawa ke atas Villa Manja untuk sessi tutorial plak. Wah tutorial gituh, ktorang di tempatkan di beauty station sorang satu. Siap ada beautician sekali ek.

Aku di terangkan satu per satu cara menggunakkan VisaPure ni.


Tengok ni aku cuba sendiri kat tangan, memula lukis dulu garisan guna eyeliner


tengok hasilnya yang sebelah kanan tuh guna #VisaPure la

Kemudian letak pencuci muka pada kedua-duanya, lepas yang satu tu guna jari dan satu lagi guna VisaPure ni. Ermm hilang terus daki kan.

letak foundation kat kulit orange tuh

tengok #VisaPure bekerja, abis licin semuanya

Yang kedua, cuba plak pada kulit orange. Kita sedia maklum yang kulit orange kan cam berlubang-lubang tu. Now kita test letak foundation kat sekeliling orange tuh.

kyushuk benau menengoknya

Hah ko terus hilang segala kotoran degil termasuk di celah-celah lubang di permukaan kulit orange tuh. Power kan.


Ikut je step by step cara bersihkan muka menggunakan Philips VisaPure ni ek


buat kat dahi 20 saat je

kat pipi plak, 20 saat ye

Terus cuba di muka sendiri plak, nampak kesan-kesan di bahagian yang kelam-kelam tu hilang. Rasa cam bersih betul kulit muka ni.

Meh kita tengok apa yang terdapat didalam kotak comel ni ek

set Philips #VisaPure yang aku dapat

Model SC5275/10 (orange color) Rm799
2 speed setting
Normal brush head and Sensitive brush head


Model SC5265/12 (blue color) Rm699
1 speed setting
Normal brush head

The brush head normally have to be replaced after 3 – 6 months.



Normal skin replacement brush head SC5990 RM59

Sensitive skin replacement brush head SC5991 RM69

Exfoliating skin replacement brush head SC5992 RM69

Korang kalau minat sungguh dengan Philips #VisaPure ni, pergi je ke memana Harvey Norman Outlet yang berhampiran dengan korang ek, tak pun layari laman web www.philips.com.my

Nanti aku citer apa kesannya setelah menggunakan Philips VisaPure selepas sebulan ek..

Tunggu..




Saturday, September 27, 2014

Kenny's Quarter Lite Meal secara PERCUMA Sempena World Heart Day 29hb September 2014

Hi Korang,

Ada berita baik korang yang kaki makan ayam sihat. Wah ayam sihat bagai kan..

Baca ni



Hah tulah

Ayam sihat nilah.

Sempena 'World Heart Day' pada 29hb September 2014 ni, Kenny Rogers ROASTERS akan memberikan hidangan Kenny's Quarter Lite Meal secara PERCUMA dengan pembelian hidangan RED Hot Meal

Ermm jomlah singgah ke restoran Kenny Rogers yang terdekat dengan korang ek..

Malay food blogger, jom kita pi nak tak?


Friday, September 26, 2014

Taiping Golf Resort, Hanya Semalam Saje

Hi Korang,


Kalau nak ikutkan cerita pasal bercuti di Jakarta hari tuh, memang belum habis lagi. Tapi aku takut korang bosan so aku up entry citer Travel yang lain plak ek.


Trip ke Taiping ni memang mak aku yang plan, mak aku tau. Dia just cakap je nak kemana, buat apa, tidur mana semuanya ktorang uruskan. Yelah ko, takkan nak suruh mak aku buat booking hotel plak manalah dia tau menda canggih-canggih ni kan.

Ktorang sekeluarga ke Taiping pun sebab cousin ktorang kawin. Pak Itam aku dapat menantu lelaki lagi, alah orang setaman jugak, kira senanglah ktorang pi bertandang on the next daynya.

Pepagi lagi ktorang dah bergerak dalam kul 6.30 pagi, itu pun adik aku lembab sangat bangun akibat seronok benau tidur kat bean bag besar yang aku dapat dari Courts Mammoth dulu. Nasib baik highway belum start jem lagi coz boleh plak minggu tu start cuti sekolah.

makan sekeluarga

Ktorang stop kat RnR Rawang untuk breakfast sambil tunggu acik aku sekeluarga untuk konvoi sekali. Lagipun anak acik aku, Dak Idah takut nak drive lalu masuk ke Terowong Menara bila sampai area Ipoh tu nanti, so adik aku akan drive separuh jalan untuk sampai ke Taiping. Kelakar budak tuh, boleh plak drive separuh-separuh, baru lulus lesen P gamaknya gituh.

Ktorang sambil ke Kamunting dalam kul 10.30 pagi dan terus ke rumah Pak Itam aku. Dekat benau dengan toll Taiping (U) dan bandar Taiping,10 minit je drive. Sesampai orang baru habis marhaban, so ktorang duk lepak-lepak sekeluarga reramai dengan sedara mara yang lain sampai abis majlis.


Ingatkan Pak Itam aku tak sediakan rumah untuk ktorang, la ade rupanya


So mak aku cakap takperlah bagi sedara mara lain duduk umah tuh, ktorang terus ke Taiping Golf Resort untuk bermalam di situ. Aku booking thru Agoda.com je, senang. Untuk resort superior room yang ada 2 katil super single baru RM100 je termasuk sarapan sekali.Terus aku book untuk 2 bilik sebab ktorang berlima.

lobby resort

Dekat memang dekat dengan Bandar Taiping, cuma nak masuk tu ke dalam sket. Golf resort wokeh, haruslah tempatnya privacy dan tenang so orang nak main golf rasa relaks je. Hehehe

Inilah tempatnya memang macam dalam hutan kan.


Bilik ktorang facing hutan rimba sebab bilik yang facing golfcourse tu dah penuh. Alah tak perlah, dapatlah cuci mata dengan pemandangan yang hijau dan sejuk je.

Mehlah intai apa kemudahan yang ada di dalam bilik ktorang ni ek


siap ada extra toto dan bantal lagi

katil ni alih ketepi, kemudian bentang toto kat tengah

sofa bed yang boleh buat tidur lagi, besar plak tuh

Ktorang dapat connecting room, yeah haruslah best coz tak yah nak keluar masuk itu main door. Bilik tu memang besar sungguh, sampai acik aku sekeluarga boleh tidur sekali. Diorang memang standby bawak toto bagai, ktorang yang billik pompuan ni alihkan katil ketepi dan dah boleh mentang toto kat tengah-tengah tuh.




Bilik airnya simple je, yang penting bersih. Cuma water heater je tak de, sojuk ooo bila mandi memalam kan.

Mr Big kat pintu connecting room la tuh, nak pasang air con

ktorang panaskan lauk dan siap masak maggi sekali tau

Aku rasa resort ni dah lama kot coz keadaan perabutnya yang nampak dah lama, tapi yang penting air-connya sejuk kemain. Siap nak tidur tutup aircon lagi, maybe resort ni dah dekat dengan Bukit Larut so rasa-rasa sejuk bukit tuh tempias kat resort ktorang ni.



Pagi ahad tu, lepas breakfast aku ingatkan nak pi swimming dengan diorang ni ermm tak kesampaian hajat sebab aku kena siapkan ada beberapa kerja advert kan (terlupa ada dateline), nasib baik bawak ipad. Sudahnya adik aku yang pi mandi dengan cousin ktorang yang lain ni.

lobby Taiping Golf Resort

Seronok sekali sekala bercuti sekeluarga cam ni, bukan apa mak aku busy yang melampau-lampau. Banyak benau aktiviti dia kat kampung tu sampai nak pi holiday pun payah. Ini kalau bukan adik dia dapat menantu, memang ktorang tak dapat rasa berjalan sekeluarga ke Taiping ni.

Nanti aku citer plak tempat makan yang ktorang pi semasa di Taiping ek