Friday, September 26, 2014

RB berganding bahu bersama Save the Children untuk “Save a Child Every Minute”

Hi Korang,

Sedikit info di pagi Jumaat yang indah ini

RB (dahulu dikenali sebagai Reckitt Benckiser), syarikat peneraju dunia bagi produk kesihatan dan kebersihan pengguna, baru-baru ini melancarkan kempen di seluruh negara yang bertujuan mencegah kematian akibat cirit-birit di kalangan kanak-kanak di bawah usia 5 tahun – melalui kempen “Save a Child Every Minute.” Bersandarkan visi global dalam usaha meningkatkan taraf kesihatan dan kebersihan untuk lebih 200 juta individu menjelang 2020, RB telah bekerjasama dengan Save the Children untuk menangani kekurangan amalan kebersihan dan fasiliti kebersihan. Sebagai sebahagian daripada kempen ini, RM1 daripada setiap jualan berjumlah RM20 bagi produk Dettol dan Harpic di antara Ogos dan September 2014 akan disalurkan kepada Save the Children untuk program mencegah kematian akibat cirit-birit ini. Melalui inisiatif serupa sepanjang tahun ini meliputi negara di Asia Tenggara seperti India, Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand, Bangladesh dan Sri Lanka, RB menyasarkan untuk meraih kutipan keseluruhan bernilai GBP 280,800.


RB telah bekerjasama dengan Save the Children sejak 2003 dan meraih lebih £15 juta (~ RM77.9 juta) dan membantu 2.5 juta orang termasuk 1.5 juta kanak-kanak untuk pelbagai program di seluruh dunia. Pada tahun 2013, kerjasama 'Healthier kids, Happier homes' dilancarkan semula dengan sasaran untuk mengurangkan jumlah kematian kanak-kanak akibat cirit-birit menjelang 2020 dan RB telah memeterai pelaburan sebanyak £23.5 juta (~ RM121 juta) sehingga 2015. Dengan fokus kukuh terhadap teknologi dan inovasi, RB juga komited untuk menyediakan produk penyelesaian bagi membantu menghentikan kematian kanak-kanak akibat cirit-birit. 


Berucap pada majlis pelancaran kempen ini, Encik Chander Mohan Sethi, Naib Presiden Kanan, RB Asia Tenggara: “Kami percaya bahawa setiap organisasi perlu dipacu dengan satu tujuan jelas. Bagi RB, tujuan kami adalah menyediakan penyelesaian berinovatif kepada individu untuk kehidupan lebih sihat dan keluarga yang lebih bahagia. Pencapaian kami tidak hanya menerusi produk berinovatif, malah turut dibantu kerjasama inovatif untuk mewujudkan kesedaran tentang kesihatan dan kebersihan. Kami juga percaya, kerjasama bersama Save the Children merupakan satu bukti terhadap komitmen kami kearah perubahan dan membantu menyelamatkan banyak nyawa kanak-kanak di bawah usia 5 tahun daripada mati akibat cirit-birit.”


Hina Nagarajan, Pengurus Besar bagi RB Malaysia & Singapura pula berkata, “Sebagai sebuah organisasi beridentitikan kesihatan dan kebersihan, kami percaya ia adalah tanggungjawab utama untuk tampil ke hadapan dan memainkan peranan penting dalam mengurangkan statistik membimbangkan melibatkan kematian akibat cirit-birit di seluruh dunia. Kerjasama kami bersama Save the Children dengan tujuan “Save a child every minute” akan dijalankan menerusi pendekatan holistik: dalam merawat dan mencegah insiden cirit-birit dan juga bekerjasama dengan pihak-pihak berkepentingan dalam menangani masalah ini. Bermula Ogos, kami menyasarkan untuk meraih RM50,000 dengan menderma 5% daripada hasil jualan produk Dettol dan Harpic di antara 1 Ogos 2014 sehingga 30 September 2014.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kerjasama RB bersama Save the Children, layari - http://www.rb.com/our-responsibility



Tentang RB

RB (dahulu dikenali sebagai Reckitt Benckiser) merupakan sebuah syarikat peneraju dunia dalam sektor kesihatan dan kebersihan pengguna. Syarikat ini beroperasi di lebih 60 negara dengan ibu pejabat di UK, Singapura, Dubai dan Amsterdam serta mempunyai pasaran di hampir 200 negara. Pekerjanya dianggarkan seramai 37,000 orang di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut sila layari www.rb.com/my-sg

TENTANG SAVE THE CHILDREN

Save the Children berkhidmat di lebih 120 negara dan membantu menyelamatkan nyawa kanak-kanak, memperjuangkan hak mereka dan membantu memenuhi potensi diri mereka. Untuk maklumat lanjut sila layari: www.savethechildren.org.uk

Thursday, September 25, 2014

Nasi Lemak Pak Nasser, Suka Order Bila Naik Air Asia

Hi Korang,

Menjadi kegemaran aku kalau travel jauh lebih dari 1 jam flight harus ada makan. La bukan apa, lapar wei duduk lelama tak de buat apa pun kan. Tak kan nak tidur manjang je sepanjang flight.


So masa travel ke Indonesia hari tu aku naik Air Asia sebab murah sangat wei flight masa ktorang book hari tuh. Haruslah add-on dengan makan sekali sebab harganya jauh lebih murah beli secara online daripada beli on the spot at kapal terbang.

Ini menu aku masa on the way ke Kuala Lumpur.

Nasi Lemak Pak Nasser

Rata-rata ramai Malaysian especially orang melayu pilih menu ni bila fly dengan Air Asia, nasi lemak tuh memang jadi favourite orang kita kan. Nasib baik aku order time nak balik coz masa ktorang nak ke Jakarta Airport langsung tak sempat nak makan yang berpunca daripada keadaannya jalannya yang ‘macet’ teruk walaupun pada hari sabtu.


Bagi aku yang penting mesti ada nasi, sambal tumis, kacang, ikan bilis dan telur baru betul ikut resipi nasi lemak. Lauk-lauk tu sampingan, ada pun boleh tak de pun tak pe. So far nasi lemak Pak Nasser ni memang menepati citarasa aku lagi. Tengoklah sampai licin aku kerjakan, nampak sangat kelaparan yang amat di situ kan.

Cuma yang aku kurang berkenan hanya packagingnya.


Kecil sangat bagi aku yang tangan besar ni, dengan cutlery plastiknya lagi. Hampir-hampir gak lah ayam rendang aku terbang ke orang sebelah kan. Itu belum kira berlaga siku masa nak makan, maklumlah seat space tak berapa besar, kena plak orang kiri kanan aku ni comel-comel belaka saiznya, mau tak tercucuk mulut dengan garfu bila terlanggar kan hehehhehehe..


ermm ada lagi citer makan di awan biru ni tau..

aku citer memang senantiasa ada tapi masa tu yang tak de huhuhuhu...


Wednesday, September 24, 2014

Butterfly Girls Night Out Di Indulge, TGV 1 Utama

Hi Korang,

Hampir-hampir terlupa lagi, memang masalah daya ingatan kurang peka dah ni.


Mana plak aku nak cari little black dress ni, orang lain aku rasa mesti gempak giler dress up kan. So selongkar dalam almari ternyata ada gak lah baju yang ala-ala menepati tema ‘Little Black Dress’ ni, terus bawah later lepas kerja salin baju kat office then desut ke 1 Utama.



Rupanya Indulge ni kat tingkat atas dalam TGV 1 Utama ni, merupakan panggung wayang esklusif yang mempunyai tiket kaunter sendiri, lounge, dining area dan 2 panggung esklusif yang boleh menempatkan 32 dan 40 orang sahaja untuk satu-satu tayangan. Yang best tuh, seat kerusinya sangat besar dan boleh di adjust mengikut keselesaan pengunjung serta ada bantal dan selimut sekali tau. Hehehe

Nampak tak betapa esklusifnya, kira kalau korang nak bawak someone specially ke, boleh ke mari.


Sebelum event start, ktorang dengan senang hatinya duk bercamwhore di 123Cheese photobooth. Selagi orang tak datang, selagi tulah ktorang duk bergambar sakan.



Kemudian singgah kejap kat MUSE booth, ada produk kecantikkan di situ. Dah nama pun girls day out, of courselah mesti ada beauty thing. Ktorang di perkenalkan product terbaru dari Muse by Watsons iaitu Indeed Labs yang akan di keluarkan tidak lama lagi.



Indeed Labs™ skin care concerns are addressed with innovation; by targeting optimal, cutting edge ingredients and using only high concentrations of the rarest and most effective actives from clinical laboratories in Switzerland, Spain, France and the United States. They seem like a no nonsense brand that believes in pushing the boundaries of science and challenging the status quo of beauty standards. Indeed


Seronoknya, malah ktorang jugak di antara orang-orang pertama yang dapat menggunakan produk ni, tak sabar nak cuba dan tulis review kan.

Tammy -  founder of The Butterfly Project

Ms Regina Robin

Tammy selaku mamasan dan juga founder The Butterfly Project ni memberikan sepatah dua kata tapi berpatah-patah jugak dia cakap sampai TGV respresentative Ms Regina Robin tak yah nak cakap pepanjang sangat lagi, hehehhehehe.

Ok its dinner time


Untuk merasai keenakan makanan di Indulge ni, ktorang dihidangkan 10 jenis makanan dengan cara ala fine dining. Makan satu per satu ek

Appetizer

Pumpkin Salad 
Rocket leaves with honey roasted pumpkin,Cherry tomatoes & capsicums, with Balsamic dressing (RM 15)

Smoked Duck Salad 
Smoked duck breast served with mesclun greens, Capsicum & skewed with kiwi and balsamic dressing (RM 15)

Entree

Lamb Koftas
Lamb patties served with green salad (RM 14)


Stuffed Potato Skins
Potato skins stuffed with turkey bacon & mozzarella (RM 12)

Main Dish

Cajun Chicken 
Grilled boneless chicken thigh with Cajun seasoning (RM 20)

Grilled Salmon
Served with seasonal vegetables with lemon butter sauce (RM 28)

Grilled Lamb Rack
Served with seasonal vegetables & rosemary sauce (RM 28)

Dessert

Signature Panna Cotta
Italian cooked cream topped with raspberry (RM 12)

Nutty Tortilla Banana
Tortilla filled with peanut butter, cornflakes & freshly sliced banana (RM 12)



Hah makan sambil borak-borak dengan tablemate Sabby, Mira dan Charmaine. Seronok memacam citer dan gossip semua keluar tau, ishk tak yah sibuk nak tau ek


Kan ada tema malam tuh, so haruslah ada Best Dressed Awards, dan mereka-mereka inilah yang menang. Congrats to Sabby, Cindy Tong dan Caroline Ng, korang memang cantik, anggun, menawan, awesome dan sewaktu dengannya.

Movie time..


Ktorang di bawa naik ke atas kat movie hall tengok filem Lucy. Ishk sejuk betul area ni. Masuk-masuk je ermm luasnya panggung ni, kerusi sikit je.


Ermm cercepat pilih tempat, aku duduk dengan Mira sekali. Hah apa lagi bergambar lagi, kira cam jakun-jakun di situ, main adjust2 kerusi, main selimut, makan dessert plak, semuanya sebelum movie start.


Sebenarnya boleh je makan masak tengok movie tapi takut tak concentrate dengan filem Lucy ni huhuhu.



Abis event dalam kul 11 lebih cam tu, ermm terus desut balik ek.

Ok ok kata-kata akhir

Thanks to TGV Indulge, The Butterfly Project, 123 Cheese dan Muse by Watsons coz bagi pengalaman yang menyeronokkan.

Lepas ni, haruslah ke sini dengan Mr Big plak. Dia suka pi tempat yang semuanya ada sekali, nak makan ada, nak tengok wayang ada semuanya lah..


TGV Indulge is opened from 11am with tickets priced at RM45 (meals not included). For more information about Indulge and to book tickets, please log on to http://www.tgv.com.my or via TGV Cinemas’ Movie Buddy app which is available on the Apple App and Google Play store.

Indulge,TGV Cinema 1 Utama
03-7722 2590

123Cheese.my

Muse by Watsons

The Butterfly Project – Beauty Bloggers