Wednesday, September 24, 2014

Pembersih Intim ORCHID - Harum Mewangi Di Taman Syahdu

Hi Korang,

Ingat pokok bunga Orkid tu ek, eh bukan lah.

Ini ada pencuci bahagian intim wanita ye bukan pencuci muka ke sabun badan kan. Sebab tu aku tulis taman syahdu, cover-cover lah sket kan.


Malu sket kat orang lelaki tuh hehehhehe

Orchid, jenama baru produk keluaran Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd, dalam penjagaan bahagian intim wanita, memperkenalkan rangkaian pembersih khusus wanita yang menggabungkan ciri terbaik herba tradisional dan pH seimbang yang terbukti secara dermatologi membersihkan bahagian intim wanita dengan lembut dan efektif.

Rangkaian Pembersih Khusus Wanita Orchid mengandungi ramuan tradisional yang suci dan menyubur sepertiManjakani, Kacip Fatimah dan Daun Sirih yang memberi bau yang segar, mencerahkan dan mengembalikan keanjalan kulit dan merupakan penyelesaian seimbang yang sesuai untuk semua jenis kulit. Formulanya yang lembut dirumus bagi meningkatkan kebersihan, keselesaan dan memberi pH keseimbangan 3.5, pada masa sama mengurangkan kerengsaan kulit dan ketidakselesaan yang kadangkala disebabkan oleh perubahan pH semulajadi di bahagian intim.

Ia juga mengandungi Aktif Pencerah Kulit yang membantu mencerah dan mengimbangkan tona kulit.


Apa yang membuatkan pembersih feminin Orchid unik?

Manjakani digunakan secara meluas dalam rawatan tradisional. Kandungan tannin yang tinggi membantu menegangkan bahagian intim selepas melahirkan anak. Sifat antiseptik semulajadinya berupaya mencegah jangkitan bakteria, kulat dan yis (punca utama gatal-gatal dan bau kurang menyenangkan pada bahagian intim wanita).

Kacip Fatimah, iaitu Tongkat Ali versi wanita, kaya dengan fitoestrogen dan mampu mengawal fisiologi wanita. Ia juga dipercayai mampu meningkatkan libido wanita untuk kebahagiaan rumah tangga secara tradisional.

Daun Sirih terkenal dengan kemampuannya menyegarkan dinding kelamin wanita, mengembalikan keanjalan dan mengurangkan cairan berlebihan yang boleh menyebabkan ketidakselesaan dan rasa tidak menyenangkan untuk sesetengah wanita.

Hah, nampak tak di situh. Kebaikan bahan-bahan yang di gunakan. Semuanya hasil keluaran kampung.

Romantis

Anggun

Intim

Satu survey telah pun di jalankan kepada lebih 100 wanita berkahwin yang telah mencuba rangkaian Orchid, mereka kagum dengan pembersih tersebut. Semuanya sebulat suara bersetuju bahawa Orchid membantu meningkatkan keyakinan diri dan merasai semula keghairahan dan kemesraan berumah tangga, menjadikan setiap malam bak malam pertama.

Mehla kita pulak cuba ek.


Orchid didapati dalam tiga variasi iaitu Romantis, Intim dan Anggun. Sebotol Orchid 210ml dengan reka bentuk feminin dijual pada harga RM4.90 dan boleh didapati di seluruh negara.


Tuesday, September 23, 2014

KLEENEX® “Share the Softness” Menjadikan Kelembutan Cara Hidup Rakyat Malaysia

Hi Korang,

Ada sedikit info untuk kita semua ek

Ketika rakyat Malaysia merayakan penubuhan persekutuan Malaysia 50 tahun lepas, Kleenex® memberikan cara baru kepada rakyat Malaysia sempena menyambut perayaan tersebut, iaitu dengan hanya mengamalkan perlakuan kelembutan melalui kempen “Share the Softness”. Kempen ini bermatlamat untuk mencapai sekurang-kurangnya 10,000 post di antara kalangan rakyat Malaysia yang berniat menjadikan kelembutan sebahagian daripada kehidupan seharian mereka!

sedih.. nasib baik tisu kleenex ade

Setiap peristiwa, besar dan kecil, boleh dijadikan bermakna dengan sentuhan kelembutan, dan Kleenex® mengingatkan lebih ramai rakyat Malaysia di mana-mana sahaja supaya menjadikan Malaysia tempat yang lebih lembut dengan mengambil waktu seketika untuk menunjukkan kasih sayang kepada orang tersayang dengan meluahkan kata-kata yang manis dan penuh keprihatinan.

Apatah lagi, sikap kelembutan ini juga membawa pengertian baru kerana setiap post Facebook menolong menyumbang kepada OrphanCARE, sebuah pertubuhan NGO yang menolong bayi-bayi terbiar dan anak-anak yatim mendapat rumah perlindungan dan penjagaan yang sempurna.


Ambillah peluang ini untuk mewujudkan perbezaan dalam kehidupan orang di sekeliling anda, serta mereka yang kurang bernasib baik. Bahkan pakar psikologi pun mengiktiraf bahawa perkara kecil adalah penting, daripada perlakuan kecil antara orang tersayang seperti membuat secawan teh untuk satu sama lain hingga kepada bercakap dengan lebih bersopan santun dan berbudi bahasa kepada satu sama..

Dari sekarang sehingga 27 September, Kleenex® mempelawa rakyat Malaysia meluahkan keprihatinan dan kasih sayang mereka melalui Facebook dengan tag yang mudah dan berpeluang untuk memenangi hadiah bernilai RM10,000.

Untuk menyertai,


1. korang cuma perlu ‘Like’ Facebook page Kleenex® Malaysia, www.facebook.com/Kleenex.Malaysia

2. cari post peraduan “Share The Softness”, dan mula berkongsi kelembutan. Tag pasangan, kawan, ahli keluarga atau jiran korang dalam bahagian komen post peraduan tersebut dan beritahu mereka betapa korang menyayangi mereka. Sertakan juga #kleenexsoftness!


Mesej yang paling menonjolkan kasih sayang akan memenangi Pek Kleenex® Softness eksklusif edisi terhad dan hadiah seperti kamera Polaroid, beg jenama Longchamp, rantai tangan Thomas Sabo dan banyak lagi!

Tidak lupa pada mereka yang kurang bernasib baik,


setiap post Share the Softness di Facebook serta setiap pembelian rangkaian produk CSR Kleenex® adalah bersamaan dengan derma sebanyak RM0.50 kepada OrphanCARE; cuma SMS kod unik yang terdapat pada produk Kleenex®.


Untuk maklumat lanjut tentang bagaimana hendak Berkongsi Kelembutan, kunjungi halaman Facebook Kleenex® (www.facebook.com/Kleenex.Malaysia). Untuk maklumat lanjut tentang Kleenex®, sila hubungi talian Kimberly-Clark Consumer Care di 1-800-82-1188 (bebas tol) pada hari bekerja dari jam 9 pagi hingga 5 petang.

jom kite!


Makan Di Food Court Pasar Baru Bandung.

Hi Korang,

Aku rasa citer bercuti di Bandung ni tak kan abis kan kalau aku buat sambil lewa je kerja-kerja update ni. Sebab tu aku dah rasa kena ada PA untuk uruskan blogging job ni.

Meh baca entry mengenai Bandung Trip sebelum ni ek


Dah mula start mengarut balik kan!

Korang ingat aku tak makanlah time shopping kain pasang murah tu ke, halo makan itu wajib wokeh.

nampak senyum je semua tapi sebenarnya lapar tak henggat

Masa time tengahari tuh, malas nak keluar dari bangunan Pasar Bar uni, ktorang lunch di Lantai 6 ada food court kat situ. Masuk-masuk je ktorang ni dah macam artis wokeh, macam di hurung dek semut. Para pekerja kedai makan kat situ sibuk mengajak ktorang ke kedai mereka.


Maklumlah time weekday kan, orang pun tak ramai so ada 2-3 orang customer datang berebut lah memasing kan. Akhirnya ktorang makan di Kemangi Sundanese & Seafood yang menghidangkan makanan sunda. Nasib baik aku dah biasa pi makan kat Cibiuk so tak delah culture shock kan.

hah berasap-asapkan, terbaek ooo

Ktorang orang ayam bakar penyet set yang boleh makan 2 orang, kira 3 set lah kan.


ok ambik gambar dulu sebelum bedal semuanya


Masa makanan tu sampai bukan main berasap-asap bagai, mana taknya diorang hidangkan dalam hotplate sebab tu panas. Di tambah plak dengan nasi putih panas dan sup tulang panas. Pendek kata semuanya panas-panas lah kan.

sayur dan ulam pun sedap tapi makan sikit jelah sebab ayam sedap bangat!

Dahlah panas, sambal pecal lel tu pedas plak. Makin terangkat-angkat dibuatnya. Aku langsung tak hirau rasa pedas dan panas tuh, yang penting sedap. Makan sampai bertambah-tambah nasi dibuatnya. Pekena plak dengan Es jeruk tuh lagi lah, tak boleh nak di bayangkan kesedapannya.

nampak tak muka kekenyangan memasing

Sampai time menulis entry ni pun duk terbayang-bayang keenakkan ayam bakar tu ek.

Abis makan, kira-kira budget jap then terus sambung shopping lagi sampai petang.

nasi dah abis, now its time to ratah ayam. sayur goodbye to you ek

Banyak review yang aku baca mengatakan kedai-kedai di food court Lantai 6 ni kurang bersih, ermm kotorlah kan. Tapi aku tengok ok je, tak de yang pelik pun. Meja pun berlap rapi tak delah berlekit-lekit sampai nak letak tangan pun geli.

Alhamdulillah sepanjang ktorang kat trip ni belum ada sorang pun yang terkena cirit birit walaupun ktorang memang suka makan di tepi jalan. Agaknya perut rakyat marhaen yang dah biasa susah tak de apa-apa kot.

Ok sambung next entry plak.

Sebelum tu nak mintak maaf, memang makan masa sket untuk aku update entry travel ni coz ada banyak lagi entry lifestyle lain yang aku kena update cepat.