Sunday, September 21, 2014

Mami Long & Papa Long

Hi Korang,

Weekend yang ceria sangat!


Ktorang dah pun jadi parents walaupun bukan anak sendiri kan.


Adik ipar aku Siti dah pun selamat melahirkan baby boy jumaat petang hari tuh.

Of courselah ktorang happy giler.


Comel sungguh baby boy sampai semua orang tak nak lepaskan dia especially si gemuk tuh. Ya ampun, bau baby sangat-sangat best.


Hari ni, ktorang nak pi beli barang-barang untuk si comel ni.

Suker-suker lah...

Seronoknya kalau ada baby sendiri kan, so bertabahlah dan berdoakan senantiasa supaya di murahkan rezeki..

Happy sunday everyone..

Saturday, September 20, 2014

Astro TUTOR TV SPM Bantu Pelajar Hadapi Peperiksaan Dengan Aplikasi Mudah Alih

Hi Korang,

Berita baik buat bakal calon peperiksaan SPM kerana Tutor TV SPM akan melancarkan sebuah aplikasi mudah alih ulang kaji yang bertujuan membantu mereka menyediakan diri bagi menghadapi peperiksaan nanti. Aplikasi Tutor TV SPM ini boleh dimuat turun untuk semua peranti iOS dan juga Android secara percuma.


Aplikasi Tutor TV SPM adalah sebuah aplikasi ulang kaji yang dilengkapi penilaian, rangkaian kuiz, nota rujukan bertopik, peta minda dan juga video tutorial yang pastinya memudahkan para pelajar untuk mengulang kaji pelajaran pada bila-bila masa dan di mana jua. Aplikasi ini akan memuatkan variasi kandungan pembelajaran berdasarkan sukatan pengajian yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk subjek-subjek teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah dan Matematik. Aplikasi ini direka khas untuk memudahkan pelajar mengakses kepada bahan rujukan, memupuk minat mengulang kaji dan membolehkan pelajar merancang pelan ulang kaji sendiri. 


Berikutan dengan arus kemodenan dunia, kita dapati lebih ramai remaja dan belia yang memiliki telefon pintar peribadi. Atas fakta berikut, kami berasa terpanggil untuk mencetuskan idea bagi membantu para pelajar dengan satu alat bantuan pendidikan yang lengkap, padat, menarik dan mesra pelajar. Kami cuba menekankan kaedah interaktif dan juga visual menarik dalam penyampaian informasi serius supaya lebih mudah difahami dan dapat diingati oleh para pengguna.



Selepas menjawab Penilaian di aplikasi Tutor TV SPM, satu senarai topik-topik cadangan untuk diulang kaji akan diberi berdasarkan keputusan Penilaian mereka. Mereka boleh ulang kaji menggunakan pelbagai rangkaian nota rujukan yang terkini dan jelas di mana para pengguna boleh menanda (highlight) ayat-ayat penting di dalam nota tersebut di samping menambah nota sendiri yang juga boleh disimpan untuk rujukan seterusnya. Selain itu, aplikasi ini turut menyediakan tip-tip berguna untuk menjawab soalan dan juga topik-topik yang perlu diberikan penekanan. 


Setelah rujukan dan ulang kaji dilakukan, para pengguna boleh menguji tahap pengetahuan mereka melalui variasi kuiz yang disediakan sebagai latihan sebelum menghadapi peperiksaan sebenar. Penerangan juga akan diberikan untuk setiap jawapan yang salah. Aplikasi ini turut mengetengahkan ciri interaktif istimewa dengan memuatkan video-video tutorial yang dipetik daripada siaran di saluran Astro Tutor TV SPM yang pasti dapat meningkatkan tahap pemahaman para pengguna. Dengan lebih 800 kuiz topikal beserta pelbagai nota rujukan dan tip berguna, semuanya boleh didapati dengan capaian mudah di dalam satu perisian aplikasi.

Bersempena dengan pelancaran aplikasi ini, Astro Tutor TV SPM akan menganjurkan pertandingan dengan menggunakan aplikasi Tutor TV SPM. Pertandingan yang akan bermula daripada 27 September hingga 17 Oktober ini memerlukan seberapa ramai para pelajar Tingkatan Lima di seluruh Malaysia untuk mengambil bahagian dengan memuat turun aplikasi ini dan menjawab Penilaian yang disediakan sebanyak mungkin. Mata akan diberikan bagi setiap jawapan yang betul dan sesi untuk menjawab Penilaian tersebut adalah tidak terbatas. Setiap mata yang diperolehi akan digabungkan dan pengguna yang mengumpul mata terbanyak untuk setiap subjek akan memenangi sebuah iPad Mini.


Oleh itu, muat turun aplikasi Tutor TV SPM secara percuma di Google Play dan App Store untuk menikmati satu pengalaman pembelajaran yang luar biasa. 


Untuk maklumat lanjut mengenai Astro Tutor TV SPM Mobile App, sila layari www.tutortv.com.my

Friday, September 19, 2014

Shopping Di Pasar Baru Trade Center, Bandung Indonesia

Hi Korang,


Dah khatam abis ke belum baca entry sebelum ni, Percutian di Jakarta dan Bandung 2014

Untuk reader bernama Esmail Johari, no supir Pak Ratno adalah +62 813-2288-7474. Awak whatsapp je dia, nanti dia akan terus call

Second day, ktorang bergerak ke Bandung.

macet nak masuk Kota Bandung

Di sebabkan day trip so gerak kena awal, sampai Bandung dalam kul 10.30pagi cam tuh. Cekap Pak Ratno bawak, kira macam dia dah hafal segala ceruk selekoh, lubang semua kan. Ktorang bantai tidur je, celik mata tup-tup dah sampai Bandung.


Nak ke Kawah Putih tak jadi sebab Pak Ratno cakap nanti tak de masa nak shopping, so tinggalkan tempat pelancongan tuh, trip kali ni adalah trip shopping. So shop till you drop jawabnya !

Sampai tempat parking Pasar Baru, Pak Ratno park betul-betul depan kedai Sir Cinta ni. Kedai ni merupakan kedai kain pemborong yang murah dan cantik-cantik belaka. Nampak cam kedai kecil je, tapi bila masuk amik ko, boleh naik juling dibuatnya.

kedai dekat parking je

Kedai Sir Cinta ni menjual segala jenis kain pasang, telekung, lace, shiffon dan sewaktu dengannya.

cantik kan





Aku yang tak berapa minat dengan kain pasang ni, langsung tergoda dibuatnya sebab murah sangat dan cantik-cantik belaka. Tambah lagi jurujualnya memang sangat friendly. Ko cakap je nak kain jenis apa, warna apa, corak apa dengan sekejapan dia boleh keluarkan dan lambakkan atas meja untuk korang pilih.


Sudahnya aku beli 4 helai kain pasang dan 7 telekung yang pelbagai corak yang yang cantik dan bersesuaian dengan jiwa. IDR1,700,000 habis di situ.


Masuk kedalam kompleks plak, nasib baik Pak Ratno sediakan Mas Gono sebagai Porter ktorang. Dialah yang tunjukkan tempat kat mana nak beli barang-barang yang ktorang inginkan.

auntie yang belakang tu tokeh kedai yang baik sekali


telekung untuk travel


Bawak pi kedai jual kain pelikat plak, hah sambung lagi shopping di tingkat 2 ni. Naik berpinau makan tengok kain tapi memang murah-murah. Harga dalam IDR50,000 ke IDR100,000 je. Tuan punye kedai tu siap offer lagi, kalau nak bayar dalam ringgit dan service tukar duit pun ada gak tau.


sambil tunggu packing boleh rasa-rasa dulu



Turun lagi ke tingkat bawah sekali, bahagian jual jajan-jajan. Alah cam keropok, kacang, pendek kata segala keluaran makanan dari Bandung gituh lah. Singgah shopping lagi kat sini. Kalau tak abis duit beratus ribu rupiah memang tak sah.


cantik kan? inilah yang aku beli

memasing dah penat shopping



Naik baik ke tingkat 3, bahagian jualan kain-kain lace dan shiffon. Singgah lagi ke sini, ada bebudak ni nak beli kain nak buat baru raya, baju pengantin bagai kan. Aku beli prada lace je, tak delah mahal sangat IDR400,000 je untuk 2 meter lebih. Hah nak buat baju apa lagi tak taulah. Tunggu ada mood baru pi tempah tailor kot.



Ada jugak singgah kat tempat jual t-shirt souvenir ni kat tingkat 5, nak borong lagi kat sini. 5 helai dalam IDR100,000 je. Baju kanak-kanak memang lagi kaw kaw murahnya.


Overall pengalaman shopping kat sini memang best. Yang pertama sebab murah dan kainnya berkualiti. Tapi yang tak berapa nak best, orang yang datang buat jualan kecian tuh, alah datang kat kita offer barang-barang runcit ni macam kopiah, beg shopping, fridge magnet, tshirt murah kann. Diorang selagi kita tak beli diorang akan ikut dan tunggu je sambil buat muka kesian. So kat sini hati kena tegar, kalau korang bagi muka nanti dia akan ajak geng-geng lain datang dan suruh korang beli plak.


pencopet/maling/penyeluk saku memang banyak berkeliaran tau so becareful. Letak beg semua kat sebelah depan dan senantiasa pegang bahagian zipnya ye

Aku rasa korang dah boleh budget kan berapa duit nak kena bayar bila ke sini, murah. Segalanya nak di beli. Kalau boleh bawah baju 2-3 helai je, sampai sini boleh abis semua.

Ingat ye bila dah beli banyak kain pasang/ baju/ telekung/ kain batik/ kain pelikat kena jaga-jaga sket bila sampai ke Kastam kita. Kalau nak tau apa yang jadi pada ktorang yang beli kain bebanyak ni, PM aku lah. Tak boleh citer kat sini, seram wokeh. Kalau dah kena tangkap tuh, bayar jelah saman/ kompaun jangan nak gaduh dengan diorang ni ek.

Aduiyai, ini baru entry kedua. Lepas ni akan menyusul lagi entry 3,4,5,6 dan banyak lagi. Belum citer lagi bab makan. Sabar ye korang ek..