Sunday, September 14, 2014

#FOMO - Fear of Missing Out

Hi Korang,

Weekend-weekend ni, meh layan sket entry ilmiah ni ek

New research from Groupon Malaysia has found that FOMO, the social phenomenon that has taken over the online world, affects nearly half the nation with 47 per cent of Malaysians experiencing it. Interestingly, Malaysia was found to have the second highest FOMO rate in the region, ahead of Singapore who had the lowest FOMO rate. Could it be that Malaysians have become more “kiasu” than their Singaporean neighbours?


FOMO, otherwise known as the Fear of Missing Out, or #FOMO, is a form of social anxiety where one is compulsively concerned about missing out on key social interactions, good times, new experiences or something great. Surprisingly, the main cause of FOMO in Malaysians is hearing friends and family talk about their own experiences (43 per cent), significantly higher than seeing pictures from friends and family on social media (25 per cent). Between our social circle constantly discussing their latest escapades and incessantly posting food and travel photos on social media, it’s no wonder Malaysians are acutely aware of what they’re missing out on.

Why don’t they leave the house and get amongst it? 38 per cent of Malaysians identified a lack of funds as the main obstacle standing in their way, while 29 per cent quoted a lack of spare time as the issue. At the top of most Malaysians’ bucket lists for this year is to explore their own local backyard (72 per cent, the highest in the region). The study also yielded interesting results in the sense that Malaysians are the highest advocates of exploring their own city, compared with the rest of the Asia Pacific nations, who would prefer to go out of their cities. Perhaps despite a lack of spending power and time constraints, Malaysians are happy to make the most out of their environment and continue their exploration in a more inward fashion, turning #FOMO into #YOLO (You Only Live Once).

Next on the list is international travel (50 per cent), and domestic travel coming in third at 47 per cent. It seems that not only have Malaysians been taken over by FOMO, but they have also been bitten by the wanderlust bug. Doesn’t matter if it’s hitting up local hot spots or traveling across international waters, Malaysians just want to explore. When it comes to traveling on home turf, Malaysians identified Langkawi, Penang and Cameron Highlands as their “top three to see” before January rolls around.

“Our very own social circles are exacerbating FOMO in Malaysia, whether through word of mouth or social media, and a lack of funds and time are compounding this. Luckily the things we most want to see and experience are those, quite literally, in our backyard. With that in mind, Groupon wants to help Malaysians explore their city on a price tag that won’t break the bank. We literally have hundreds of new deals on the site every day, at prices up to 70 or 80 per cent off, which means no one has reason to experience FOMO,” said Rafiq Razali, CEO of Groupon Malaysia.


Hopefully infographic ni dapat bagi kefahaman kat korang lagi ek..

Selamat berhujung minggu

Saturday, September 13, 2014

Something Special Bagi Tuan Punya Blog CikLilyPutih.Com

Hi Korang,

Aku sendiri tak menyangka yang aku akan celebrate birthday aku pertama kalinya dengan orang-orang yang baru saje aku rapat.

Seriously tak sangka wokeh, rasa nak nangis pun ade


Anyway,

terima kasih sangat kepada Mazzy, As, Azie, Yan dan Ika coz sudi belanje kek harijadi yang comel. Mana nak dapat celebrate birthday dengan menu makanan Indonesia Pisang Keju dan Jus Alpokat original. Sangat-sangat awesome!

Semoga bila dah berumur lebih 35 tahun ni, perangai pun dapat lah berubah ye itu pesan Mr Big dalam wassap hari tuh.

Friday, September 12, 2014

Percutian di Jakarta Dan Bandung, Indonesia - Tip Perjalanan dan Budget Perbelanjaan

Hi Korang,


Entry seminggu menghilang tuh, sekadar mukadimah cerita travelog aku ni.

Untuk entri hari ni, aku akan citer secara overall mengenai shopping trip ni. Sebab apa shopping trip? Sebab ktorang langsung tak berkesempatan untuk pi melawat tempat-tempat bersejarah ke pelancongan ke kan kerana kekangan masa.


Actually trip ni dah lama bebudak PBB tempat kerja Mr Big ni yang plan, di sebabkan trip ni trip orang pompuan so lelaki tak boleh nak join, so Mr Big offer kat aku nak ikut sekali ke tak. Aku memang tak tau apa-apa pasal booking pun, semua bebudak ni yang handle. Yang aku tau siapkan duit dan bayar je.

Kita sebagai orang yang tak tau apa-apa, just follow, listen dan rileks je.

Memang tak de itinerary langsung untuk trip ni, aku rasa cam kelam kabut sket la. Maklumlah normally kalau aku travel, aku sendiri yang siapkan everything kan. Ini tak, so lagi sekali ikut je ye..

KLIA2 Airport

Of courselah naik Air Asia sebab everyone can fly kan. Aku bayar harga tiket RM90 (one way) dan add on baggage 25kg, makan-makan dan insurance. Semua sekali RM104 je. Ok lah kan.


Nak bagitau korang ni, airport KLIA 2 tu sangat-sangat besar ye. Aku rasa cam 3km berjalan nak sampai ke tempat boarding, tapi di sebabkan dalam bangunan yang berair-con so tak terasa sangat. Untuk international departure ni, kita Malaysian senan sket sebab ada check in passport kiosk. Ikut je instruction kat screen tuh, letak passport dengan thumbprint tangan dan settle. Tak yah orang imigresen tuh sibuk-sibuk nak Tanya banyak soalan kan.

2 kali imigresen dan kastam check bag dan sampailah ke tempat boarding. Aduiyai kurang dah lemak peha aku sket, travelatornya ada satu je tak macam KLIA airport melambak-lambak. Yang penting toilet banyak so tak de masalah kalau membuang sepanjang 3 km tuh.


Ktorang sampai ke Soekarno Hatta International Airport, Jakarta dalam kul 7.40pm cam tuh, perbezaan waktu lambat 1 jam kira 6.40pm kan tapi bukan main gelap dah time, rupanya diorang cepat malam dan cepat siang.


Hah masa nak balik nanti, korang kena sediakn duit rupiah untuk nak bayar airport tax IDR150,000 = RM41 je gituh. Kalau boleh asingkan siap-siap dalam envelope lain so tak delah tak duit nak bayar pi balik nanti.

Pengangkutan Dari Airport – Hotel - Airport

Dari airport nak ke hotel 55 Jakarta, bebudak ni dah siap-siap arrange pak supir Gusti, tak delah ktorang termanggu depan airport tuh nak cari teksi kan. Ramai yang kata naik teksi Bluebird sebabnya accurate dan tak tipu harga para pelancong. Alah lecehlah dengan beg besar-besar ni.


Malam tuh, jalan nak masuk Bandar Jakarta tak berapa nak jem so kira cam cepat gak lah ktorang sampai. Sangat menakutkan bila tengok para pemandu di Jakarta ni, selagi ada jalan selagi itulah diorang nak menyelit kan. Tak kisah, kereta ke, lori ke, bajai tu dah tentu lah kan.


Balik pun ktorang guna service pak supir Gusti ni alah nak senang kan. Lagipun dengan barang banyak mana mungkin supir lain mau dengan harga yang murah.

Penginapan di Hotel 55, area Mangga Dua, Jakarta


Selama 4 hari 3 malam ktorang berada di hotel 55 area Mangga Dua, bertaraf 2 bintang ni, walaupun murah tapi cuba korang tengok didalamnya awesome kan. Biliknya besar dan bersih.


Satu bilik untuk 3 orang, jadinya 1 katil queen dan 1 katil super single. Dengan segala kemudahan yang ada termasuk bilik air yang panjang lagi luas.

Tapi yang aku impress sekali kemudahan WiFi sangat best sebab laju sungguh. Normallnya kalau hotel kecik-kecik or even hotel besar pun WiFi hanya terdapat di lobby hotel je kan. Update status pun laju yelah. Dan lagi satu, siaran TVnya terbaek toqq, aku rasa lebih daripada 30 siaran termasuk Fox Channel dan hotel TV di sediakan. Siaran TV Indonesia sangat banyak, boleh di katakan setiap hari aku layan channel Indonesia ni.


Hotel ni betul-betul bersebelahan dengan Jakarta Kota Train Station, sebelah pagar je. Alarm clock aku, bila train yang pertama je sampai terus terjaga, bagus ek.

Lagi satu, kenapa bebudak ni pillih hotel ni sebab nya di dalam kawasan Mangga Dua tempat shopping yang heaven gituh. Dekat dengan

Mangga Dua Mall (0.5 Km / 6 min walk)
Pasar Pagi Mangga Dua (0.5 Km / 6 min walk)
ITC Mangga Dua Mall (0.6 Km / 8 min walk)
Chinatown (0.9 Km / 11 min walk)

Alamat hotel 55 
Jl Pangeran jayakarta No 8 Blok E No 1, Mangga Dua, Jakarta, Indonesia

Lepas tuh, kiri dan kanan jalan besar hotel ni, banyak gilers street food. Ktorang memang dont mind makan makanan street food ni. Dah sedap dan murah plak tuh, so far tak de sorang pun yang kena sakit perut cirit birit. Not bad jugak lah

Simcard Telco Indonesia


Jangan korang gatal-gatal nak roaming telefon korang ek, sangat mahal untuk daily use. Macam aku, beli je simpack Telco ni kat tepi jalan je depan hotel. Tak delah mahal pun, bayar je IDR37,000.00 = RM10 je untuk perbelanjaan telefon dan data internet sekali. Tak payah nak top up pulsa pun, cukup tau. Sebab tu kalau korang follow instagram aku, sekejap-sekejap aku update status. Internet laju katakan.

Pengangkutan Jakarta – Bandung – Jakarta


Ktorang memang sewa kereta Pak Ratno untuk trip ke Bandung dan jalan-jalan di Jakarta ni sebab harganya sangat-sangat berpatutan dengan service yang di tawarkan. Masa hari kedua tuh, awal pagi pak Ratno dah tunggu depan hotel untuk jemput ktorang ke Bandung.

No telefon Pak Ratno : +62 813 2288 7474 (whatsapp dulu pun boleh, nanti dia akan call korang)


Ktorang sewa Toyota Innova untuk trip ni, sebab luas dan banyak barang boleh bawak kan. Cara pemanduannya sangat smooth je, dalam masa 2 jam setengah ktorang dah sampai ke Bandung dalam kul 11 pagi cam tuh.

Masuk ke Pasar Baru Trade Center, shopping dapat harga pecah telur orang sana cakap. Lagi plak, Pak Ratno ni ada sediakan service porter secara percuma iaitu Mas Gono. Cakap je nak beli apa, Si Gono akan bawak ktorang terus ke kedai yang murah dan senang nak shopping segala ceruk rantau ktorang lalu siap ada service money changer sekali yang mana tak cukup duit tuh.


Agaknya ramai peniaga yang kenal dengan Pak Ratno dan Gono dalam Pasar Baru Bandung ni, diorang cam respek sket dengan ktorang. Harga barang-barang pun tak de mahal sangat, lepas tuh si Gono ni jaga ktorang dari pencopet yang ada dalam kawasan ni. Sehinggakan bebudak jualan kesian tuh, takut nak kacau ktorang.

Dengan Pak Ratno ni, korang boleh cakap je nak kemana memang dia boleh hantar punye tapi kalau tempat tu cam jauh, ramai orang, sesak, macet dia akan advise balik, bagi solution. Kalau tak dapat ke situ, dia akan cadangkan ke sini. Kira cam bagus kan, tak de lah kena tipu manjang je.

Perbelanjaan Selama 4 Hari Bercuti


Sesungguh aku tak tipu, aku bawak lebih daripada 5 juta sesama bercuti ni. Tapi aku tak abis pun duit tuh,

Ini aku listkan satu persatu ek

Hotel (4hari 3 malam) – IDR2,970,000 = RM805/6 orang = RM134 seorang

Transport (2 x airport transfer +jalan-jalan Bandung+Jakarta) – IDR450,000 = RM122

Simkard + pulsa (top up) – IDR37000 = RM10

Makan untuk 4 hari – IDR151,600 = RM41 (average lah, tak kira beli tepi jalan semua kan tapi makan kat sini murah sungguh)

Shopping - tak yah tulis lah, segan aku nak tulis nombornya

Jadi banker + emergency – IDR1,000,000 = RM276

Tapi itu average amount lah, bukan exact figure. So korang boleh jadikan panduan kalau nak pi bercuti nanti ek.

Yelah ko, kita tak tempat orang ni macam-macam boleh berlaku.

Memang aku aktifkan Maybank ATM Plus so kiranya bolehlah keluar duit kat ATM time emergency but seboleh-bolehnya tak nak lah kan. Mana tau, tup-tup kena cirit birit walaupun dah makan ubat yang kita dah bawak, transport meragam mintak tips pulak kan so kita kena prepare la kan.

Lagi plak, aku bukan tukar duit sekelepuk, since dari beli tiket flight tuh aku dah start tukar duit sket-sket kira tak terasa sangat, rate plak tengah murah dalam RM275.00 = IDR1,000,000.00 so apa ada hal kan.


Nanti aku akan citer lagi secara details mengenai tempat-tempat shopping yang ktorang pergi. Kalau semua campak dalam satu entry, memang muaklah korang nak baca ek. Aku memang take time nak menulis entry ni sebab aku tak nak satu info tertinggal pun. Jadi senang korang nak refer apa yang patut, tentang harga, budget hotel dan memacam lagi kan.

nanti citer naik bajai ek, seronok tau

So stay tune untuk entry shopping Jakarta – Bandung seterusnya, mesti ramai yang tunggu entry pasal makan especially malay food blogger ni kan. Semoga entry ni dapat membantu korang dalam menguruskan tips bercuti di Jakarta dan Bandung ye

Korang nak tanye apa-apa, meh komen cepat ek so aku boleh jawab dalam entry seterusnya.