Thursday, September 11, 2014

Wah SHELL FuelSave Challenge 2014 Sudah Ada Pemenang Bagi Wilayah Pertama

Hi Korang,

Meh kite recap balik entry Shell Fuel Save Challenge 2014 yang baru-baru aku ada citer kat korang kan.


Ternyata dah ada pemenang tau iaitu Encik Gunasegaran Alageri telah dinobatkan sebagai juara Wilayah Selatan. Selain membawa pulang hadiah tunai yang bernilai RM2,000, beliau juga berpeluang mewakili Wilayah Selatan dalam Pusingan Akhir yang bakal diadakan di Kuala Lumpur pada Oktober.


Beliau bertanding dengan sembilan peserta lain dari wilayah Selatan dan mencatatkan 22.09 km bagi satu liter Shell FuelSave 95 sejauh laluan 95 km yang ditetapkan dengan memandu Inokom Elantra 1.6 Sport, kereta rasmi Cabaran Shell FuelSave 2014 yang ditaja olehHyundai-Sime Darby Motors Sdn. Bhd.

Gunasegaran yang berasal dari Larkin, Johor, berkata, “Cabaran hari ini banyak memberi manfaat kepada saya kerana saya berpeluang mengalami dengan sendiri betapa senangnya untuk memaksimumkan kecekapan minyak – menerusi pilihan yang lebih bijak dengan menggabungkan penggunaan Shell FuelSave 95 dengan Petua Shell FuelSave. Saya pasti akan mengamalkan petua ini dalam pemanduan saya setiap hari untuk mempertingkatkan kecekapan minyak. Selain itu, saya berasa tak sabar-sabar lagi untuk bertanding dengan tiga lagi pemenang wilayah dalam Pusingan Akhir.”


“Kami berasa amat teruja untuk mengadakan Cabaran Shell FuelSave sekali lagi tahun ini. Ia dapat menunjuk kepada kita bahawa tabiat menjimat minyak yang bijak dapat mempertingkatkan kecekapan minyak dalam keadaan memandu yang sebenar,” kata Jasme Mohd Johan, Pengurus Runcit Wilayah Selatan, Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd.

Duta Shell FuelSave, Fahrin Ahmad turut hadir untuk memberi sokongan kepada para peserta dengan membuat persembahan bagi menunjukkan Petua Shell FuelSave Colin Chin, saintis bahan api Shell yang tersendiri. Fahrin juga bersorak memberi galakan kepada para peserta dan berkongsi petua penting dengan mereka pada saat-saat terakhir sebelum permulaan cabaran tersebut.


Shell juga telah memperkenalkan Shell FuelSave Journey, satu aktiviti di laman web yang menyeronokkan untuk para peserta yang menyertai Cabaran Shell FuelSave. Menerusi aktiviti ini, para peserta dapat mempertingkatkan pengetahuan mereka dari segi pilihan yang lebih bijak untuk mempertingkatkan kecekapan minyak, di samping berpeluang memenangi pelbagai hadiah dan ganjaran yang eksklusif.


Aku pun sibuk gak masuk dalam website Shell FuelSave Journey ni, alah senang je jawab soalan berkaitan dengan cara pemanduan korang, nanti dapat points. Lebih tinggi points lebih banyak peluang korang untuk sertai Cabaran Shell FuelSave ni.

Eh, ada lagi info yang nak aku bagi tau ni,


Korang yang miss nak pi roadshow kini masih berpeluang menyertai Cabaran FuelSave FuelSave 2014 dengan menyertai tiga lagi cabaran wilayah yang bakal diadakan di Kuantan, Penang dan Kuala Lumpur.

Alah selain daripada dapat belajar teknik pemanduan yang betul dan selamat, ada jugak aktiviti permainan yang sesuai bagi sesi keluarga lagi pun boleh menang hadiah jugak. Lagi satu lagi satu, Shell’s Celebrity Ambassador Fahrin Ahmad pun ado, so bolehlah berselfie dengan beliau kan.


Untuk maklumat lanjut dan terkini mengenai Cabaran Shell FuelSave 2014, sila layari www.shell.com.my/fschallenge. Masih berkesempatan lagi untuk memenangi hadiah RM20,000 daripada Shell ni wokeh.

Wednesday, September 10, 2014

Lunch Nasi Campur Saje

Hi Korang,

Makan tengahari, ermm haruslah pekena nasi kan.

Tak kiralah nasi campur, nasi ayam, nasi itik, nasi padang, nasi beriyani, nasi minyak, nasi dagang. Asalkan nasi je, semua orang akan happy.

Walaupun kita tahu yang nasi tu merupakan salah satu agen penggemukkan tapi kita ni rakyat Malaysia especially melayu, kalau satu hari tak makan nasi boleh rasa cam nak mati dah wei kecualilah bagi orang-orang yang mengamalkan diet atkins kan.

Ermm akuuuuuuuuu.....

cencalok, tempe goreng dan ikan gurame sedappnye

Memang suka makan nasi campur time lunch, sebab aku suker lah.Tambahan plak kalau ada lauk kegemaran kan, haruslah makan 2-3 pinggan. 

Mana tak peha besar bertingket-tingket kan. 

Alah tak perlah, asalkan pandai mengawal cara pemakanan tak salah kalau hari-hari makan nasi, tengok orang dulu-dulu elok je makan nasi hari-hari tapi badan tetap maintain jugak

Kalau mak aku, orang dulu semua rajin-rajin belaka. Cuma orang sekarang ni malas yang ampun cam aku ni lah...

Dah kenapa aku citer pasal nasi campur ni? sebab ni baru masuk office makan tengahari pun belum lagi ni.. arghhh lapooo...

Wordless Wednesday - Masak Apa Ni

Hi Korang,

Lama plak tak tulis pasal wordless wednesday ni


Ermm agak-agak berapa hidangan atau menu yang boleh aku masak dengan bahan-bahan ni.

Apa lagi jom masak!