Tuesday, September 9, 2014

BBQ Picnic Di Pantai Bagan Lalang, Sepang

Hi Korang,

Aku selalu impikan piknik ala-ala english kat padang or taman gituh, macam bawak bakul rotan 4 segi, bentang kain cadar merah petak-petak dan makan roti-roti dan scones tu time piknik tu kan.

Ermm nan adonye


Ini Malaysia wokeh, belum jumpa lagi padang or taman yang sesuai pun untuk di piknik. Mr Big cakap apa, tak yang nak berangan sangatlah. Mari piknik belakang umah mak je sebab ada sungai cetek boleh mandi-mandi sekali. Tak nak aku lah.


Sudahnya weekend lepas before National Day, ktorang sekeluarga ke Pantai Bagan Lalang berkelah disitu. Memang tak terlintas pun dalam kepala otak ni, Mr Big yang gatal-gatal bukak mulut ajak mama, siti dan gemuk semua pi berkelah. Malam jumaat tuh, abis je keje terus pi shopping kat Giant beli barang-barang BBQ.


Aku cuma prepare ayam dan lamb marinate, coleslaw, jajan dengan barang utensil untuk BBQ. Mama bawak meehoon goreng dengan sandwich je. Alah simple-simple je menu, bukan apa sangat pun.

Sabtu tu, on the way amik Siti singgah beli nasi lemak 5-6 bungkus dengan nasi putih kosong je. Alah nak tambah-tambah makanan je. Highway Seremban ni, asal weekend je jem memanjang dari Bangi sampai ke Seremban. Nasib baik dah biasa dengan jalan Bukit Mahkota, hah turun situ dan terus ikut jalan lama. Seronok gak lalu kampung-kampung dapat tengok pemandangan indah sket.

siap meja bagai, ko hado

Sesampai je kat Pantai Bagan Lalang, just nice ade spot cantik untuk ktorang landing. Sekali ktorang turun je, semua orang pandang. Mana taknya yang turun 3 orang tapi barang-barang macam nak berniaga pasar malam. Hehehehhe aku sendiri pun nak tergelak dibuatnya.

memula hidup api dulu

ok mari start masak


Lepas bentang-bentang, susun barang Mr Big mula hidupkan api dapur BBQ. Senang pakai dapur ni, cepat hidup api dan tak de asap banyak keluar dari dapur sebabnya bertutup kan. Ktorang just susun-susun barang dan siapkan makan.

makan nasi lemak ditepi pantai

chicken wings hasil masakan chef Mr Big

Lepas makan tuh, lepak je chillax tengok ari laut, nak mandi air dah mula surut plak.

sibuk plak aku nak tolong kan

Kemudian datang plak memember UiTM aku ni, tak plan pun. Diorang nampak gambar piknik aku ni kat Instagram, ermm memasing terus call nak join sekali. Apa ada hal, makanan banyak kan. Kalau tak cukup pi beli kat kedai belakang ni ek

seronok makan lauk-lauk kampung tepi pantai kan

si kecik ni pun sama gak suke makan

dengan gemuk dan siti

Cukup-cukup berselera makan di tepi pantai, tambah plak dengan angin sepoi sepoi bahasa. Sambil makan sambil borak-borak kisah lama kan, awesome. Mr Big plak, dah siap masak, terus membuta kejap. Sempat lagi tuh.

tengok tengahari tu, air laut nun di sana belum naik lagi

Dah petang sket, baru ktorang turun ke pantai, air dah mula pasang. Malas nak mandi so bercamwhore bagai jelah ek. Bila kat tengah laut ni, airnya cantik dan jernih sket dari tepi pantai tuh.

sama je perangai tak berubah dari dulu

sila abaikan pompuan gemuk duk tengah tu ek

Sebelum maghrib, ktorang dah gerak keluar dari situ. Tak bermalam pun coz chalet semua penuh maklumlah cuti 3 hari.

Bagi korang yang tak tau apa yang best kat Gold Coast Sepang/Pantai Bagan Lalang, meh aku bagi tau:-

- ikut jalan ke Morib tapi Bagan Lalang nie dekat Sungai Pelek.

- Gold Coast Resort nie macam Palm Island kat Dubai. Sangat cantik.

- Hotel Sri Malaysia betul2 mengadap pantai. Selalu sgt bilik penuh bila weekend

- Seafood? terbaek dan harga berpatutan

- Public toilet? berkilat ko. Bersih gila. Macam toilet kat umah. Terasa betul2 selesa.

- Kedai makan?melambak2. Murah plak tu.

- Kalau nak camping, tak yah sewa tapak. Korang pacak je khemah kat memana yg korang suka.

berlatarbelakangkan sepang gold coast resort

Memang seronok sekali sekala tukar angin melepak-lepak during weekend. So tak delah duk mengadap laptop dan pi event kan. 

Otak pun kena rileks gak dik oi..

hah cuti sekolah minggu depan ni, boleh la ke sini pada korang yang tak de plan tu ek..


WATSONS Mencari Duta Remaja Bagi FACE OF YOUTH (FOY) 2014

Hi Korang,

Kita sambung balik aktiviti aku berevent kan. 

Rasa cam lama betul tak pi event, yang ni last week before aku pi travel hari tuh


Watsons Malaysia sekali lagi memulakan perjalanan untuk mengubah belia bagi kempen Face Of Youth 2014 . Ini merupakan tahun ke-8 kempen ini di adakan bagi mendekati golongan muda Malaysia, melawat kampus di seluruh negara dan menemui Duta muda Jenama belia untuk menyerlahkan pemimpin di kalangan golongan muda. 


Kempen ini ditetapkan untuk menarik lebih daripada 3,000 belia muda Malaysia di antara umur 18 - 25 untuk menyediakan platform untuk membentuk penampilan dan kesihatan mereka. Face Of Youth 2014 disasarkan untuk menjadi salah satu platform yang terbesar dengan pengambilan yang merangkumi 30 universiti, digital dan platform social media. Siri acara akan bermula pada bulan September dengan uji bakat di universiti-universiti utama, di mana pada akhirnya hanya 20 peserta akhir akan dipilih untuk berada dalam berjalan untuk menjadi Face Of Youth 2014. 

Selain itu, tahun ini adalah yang pertama yang kita menambah reality show untuk Face Of Youth 2014 terdiri daripada ENAM (6) episod yang akan dihasilkan oleh Homegrown Productions dan disiarkan lebih EC Inspirasi (bahasa berbilang saluran belia di 111) di Hypp TV yang dilihat oleh lebih 3.2millions penonton. 


"Ini siri aktiviti adalah sebahagian daripada Watsons senaman penglibatan yang berterusan dengan Belia Malaysia. Pada Watsons, kami mahu Belia Malaysia tahu bahawa mereka memang mampu memberi kuasa kepada masyarakat. Mungkin semua ia memerlukan seseorang untuk membimbing dan membantu mereka dan menunjukkan kepada mereka bagaimana untuk membawa keluar yang terbaik dalam diri mereka setiap hari ", yang disebut Danny Hoh, Pengawai Pemasaran Watsons Malaysia semasa pelancaran tersebut. 

para penaja bagi kempen Face Of Youth 2014

20 peserta akhir akan menghadapi sejumlah empat (4) cabaran yang lengkap dan di seluruh cabaran-cabaran ini, peserta akan dapat membangunkan dan meningkatkan kemahiran kepimpinan mereka, pengurusan masa, kerja berpasukan, memudahkan mesyuarat dan menghasilkan persembahan yang berkesan yang akan menyediakan mereka untuk masa hadapan. Semua cabaran-cabaran ini akan dipamerkan di Papar Realiti untuk penonton. 


Pemenang Face Of Youth 2014 (Lelaki & Perempuan) akan diumumkan dalam acara Finale yang bakal berlangsung pada bulan November di Sunway Pyramid. Pemenang bukan sahaja akan berjalan rumah dengan pengalaman luas dan pengetahuan tetapi hadiah sehingga RM30,000. 


Semasa pelancaran itu, hadirin juga telah dirawat dengan penampilan tetamu dan perkongsian oleh Melissa Ong, ketara NTV7 Wartawan Penyiaran & Michael Christian Simon, Ketua Pegawai Eksekutif EC Inspirasi Channel, diikuti dengan persembahan khas oleh Warner Music popular artis.



Awi Rafeal pun sempat jugak perform 1 lagu yang tengah hot ni kat drama Kusinero Cinta tuh, memang suara dia sedaplah.. arrrr suker dia..

So adik-adik yang berminat nak sertai Watsons Face Of Youth 2014 tu boleh layari ke www.watsons.com.my untuk details selanjutnya ye..





Monday, September 8, 2014

Makan Beef Ribs Di Tony Roma’s Sempena Promosi Bulan Kelahiran Aku.

Hi Korang,

Lunch last week, aku dapat invitation ke Tony Roma’s untuk menikmati promosi istimewa mereka. Ehem ehem bulan kelahiran aku, saje aku letak supaya korang boleh prepare bagi hadiah kat aku kan

hehehhehehe memain jelah!


Actually bukanlah menu baru pun, cuma menu yang di improvise kan lagi. Wah kemain ayat, sebenarnya tak reti nak tulis dalam bahasa melayu perkataan tuh. Hehehehehhe..

Mehlah tengok apa yang di hidangkan pada tengahari tuh.


Tony’s Signature Combo – RM79.90

2 ketul Beef Ribs dan 2 fillet medallions yang dihidangkan sekali bersama sos istimewa. Ada juga udang bersaiz jumbo yang siram Tennessee butter dan fresh baked crostini termasuk side dish th broccoli dan loaded mashed potatoes

Tony’s Signature Combo *Custom Portion – RM55.90 


Salmon Scampi Pasta – RM42.90

Pasta Linguine yang di sautéed bersama bawang putih , fresh basil, tomato pesto dan sedikit chipotle. Di atasnya pula grilled salmon dan Asiago cheese.


Four Cheese Stuffed Sirloin – RM61.90

Daging beef sirloin yang mengandungi cheese yang berperisa sautéed mushrooms, caramelized onions dan 4 jenis blended cheeses yang disiram sos di atasnya. Dihidangkan sekali dengan dua pilihan side dish


Ok pencuci mulut or dessert omputih kata,

Raspberry Brownie Royale – RM8.90

Two warm, rich mini cocoa brownies covered with a scoop of vanilla ice cream and drizzled with raspberry sauce 

Chocolate Chunk Cookie Sandwich – RM8.90

Vanilla ice cream nestled between two warm chocolate chunk cookies, topped with caramel, chocolate sauce and whipped cream

Bagi menu-menu special ni, ianya bermula dari 18th August – 21st September 2014, kira sempat lagi nak terjah ke restoran Tony Roma’s ni.

Apa lagi, jom singgah ye



Cineleisure G-32 Ground Floor
Mutiara Damansara
47800, PJ
Selangor, Malaysia
603-77287833

Dan juga kesemua outlet Tony Roma’s yang berhampiran dengan korang.

Aku selalu pi yang kat Pavillion punye sebab lepas balik kerja lagi dekat jika nak di bandingkan dengan outlet yang lain, Mr Big pun senang nak pi dari officenya.

Sedap oooo