Friday, August 22, 2014

#Malaysia Berkabung Untuk MH17

Hi Korang,

Nothing much nak citer di pagi Jumaat yang sayu ni..


Al-fatihah

Dan kepada ahli keluarga dan waris, di harapkan redha dan tabah menghadapi semua ini. Memang its takes time but slowly terimalah berita ini.




Thursday, August 21, 2014

Raya Bersama Kengkawan Lama #UiTMFrens

Hi Korang,

Ni baru ada mood nak citer pasal raya ek. 

letak gambo laksa rumah bobo hari tuh

Sebab weekend lepas, 2 hari berturut-turut pi beraya rumah kengkawan lama. Ye sangat lama, rasanye lebih 10 tahun tak jumpa. Alah kengkawan masa belajar dulu bebudak Ex-CTRP kat ITM Sri Iskandar tuh. Yelah time aku masuk ITM bila graduate jadi UiTM. Hebat kan

gelak sakan kan ko..

Actually tak plan pun event ni, semuanya melalui whatsapp kan. Borak punya borak, so terbukak mulut one of team members ajak jumpa kat rumah kawan ktorang ni.


Abis je open house rumah blogger ruby.my petang sabtu tuh, terus pecut ke Kuang. Nasib baik dari Sri Damansara dah dekat kan, dengan tak tau jalan so ikut Waze jelah. Ermm sampai gak ke rumah Farid ni. Rumah kampong wei, cantik je tepi jalan besar. Mr Big suka keadaan rumah dia ni coz rasa aman je bila lepak kat depan rumah dengar bunyi katak, cengkerik bagai.

Alah tak ramai pun, cuma ktorang berdua, yang tukang ajak berdua, orang kuat Sime Darby dan tuan rumah yang merupakan orang kuat kat JPBD kat KL. Ermm duduk Kuang keje KL, nasib baik merempit dengan motor Roy gila-gila remaja tuh. Cepat sampai…

Makan, borak-borak tak henggat tapi aku balik dulu coz ahad paginya aku ada trip lawatan sambil belajar ke kilang yogurt kan.

geng balik awal, elle, ntah, bujal dan tuan rumah yang diri kat belakang bobo

Balik daripada rombongan tuh, terus ke rumah member lagi satu. Nasib baik dekat je dalam Kajang. Tapi lambat gak ktorang sampai coz dari umah mama. Ada yang dah balik pun masa ktorang sampai, tak perlah jumpa yang mana ada je.

ktorang lagi

gambo banyak gegar, pakai monopod auto beli dari China. thanks faroh yang tolong belikan untuk Z

sedap benau laksa bobo ni, sampai debe makan dok ingat

Sambung lagi sembang-sembang semalamnya yang tak abis. Mengimbau time belajar dulu, makan sampai terik perut ermm memacam lah

kuih raya, makan sambil borak-borak

amik ko, semua ni bobo masak tau

Sangat-sangat seronok.

Inilah dia friends forever…

Walau cam ne jauh, selalu bergaduh, kecik hati, mengutuk namun ikatan persahabatan tu tetap kukuh. I love you Elly, Bobo, Perchill, Debe, Z, Bjal, Farah..

Nanti buat kat umah aku plak, makan-makan ek. Teringin benau bebudak ni nak datang melawat #DakUban kat umah sarang burung merpati aku ni ek..

Cerita Pasal Perodua AXIA

Hi Korang,

Lama plak tak tulis pasal cerita kereta-kereta ni. Nampak nau lama tak pi workshop kan. Ok tak per, disebabkan 2-3 hari ni Mr Big sibuk benau citer pasal Perodua AXIA ni meh aku tulis pasal ni lah.

Nasib baik one of editor www.Pandulaju.com ni kawan aku, so senang hatinya aku cakap kat dia, aku nak cilok beberapa info mengenai Perodua Axia ni kat website dia.

Moh kite,


Perodua AXIA merupakan model terbaru keluaran Perodua dan sudah pun membuka tempahan di kesemua 180 pengedarnya di seluruh Negara.


Sedia maklum, Perodua Axia hadir dalam empat varian: Standard E, Standard G, Special Edition (SE) dan Advance. Hasil janaan enjin tiga silinder bersesaran 1.0L, Axia turut dikenali sebagai kenderaan cekap tenaga (EEV) pertama Perodua yang menawarkan penjimatan bahan api sehingga 21.6km per liter.

Ok cara sebutan nama Axia, perkataan ‘Axia’ (disebut a-zee-a) dipilih dengan menggabungkan perkataan Asia, di mana ‘X’ sebagai angka roman bagi nombor 10 yang mewakili model ke-10 Perodua.

Berikut adalah harga tempahan Perodua AXIA ni ek



So media crew daripada online portal www.pandulaju.com telah pun ke media test drive baru-baru ni dan mereka telah pun mencuba memandu Perodua AXIA ni. Mintak maaf bebanyak, no pictures lagi katanya sebab ada embargo lagi.

Nanti kalau dah boleh release, dia kasilah a few photos kat aku so bolehlah aku kasi korang tengok ek.

Tapi kan, ntah ye ntah tidak Mr Big nak beli tuh, tapi sibuk nau citer kan. Risau gak aku ni, 2-3 kereta bebanyak nak buat apa kan.

Ermm...

Info dan photos dari:


dan