Sunday, August 17, 2014

OH MY ENGLISH DAY OUT, Boleh Beramah Mesra Dengan Mereka Secara LIVE

Hi Korang,

Adik-adik ke anak-anak yang minat siri TV Oh My English ni, ada berita baik untuk korang tau.

K lily baru je dapat tahu pasal ni, tu yang nak hebah-hebahkan pada korang tu ye


Oh My English (OME) Day Out kembali lagi tahun ini dengan lebih hebat dan menarik dengan meluaskan lagi lokasinya ke lima buah negeri di serata Malaysia iaitu Johor, Penang, Terengganu, Sarawak dan Lembah Klang, berbeza dengan tahun lepas di mana ianya hanya diadakan di sebuah lokasi sahaja. OME Day Out akan memulakan siri jelajahnya pada 16 Ogos 2014 (Sabtu) bermula dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang, bertempat di Southern College, Johor Bahru, Johor.

OME Day Out adalah sebuah program pendidikan berkonsepkan bengkel kemahiran untuk memantapkan pengetahuan dan penggunaan Bahasa Inggeris melalui kaedah yang menyeronokkan. Program ini juga bertujuan untuk memupuk kesedaran di kalangan para pelajar mengenai kepentingan untuk menguasai Bahasa Inggeris dan memupuk nilai-nilai murni dengan suntikan hiburan dalam pembelajaran.


Selain itu, para peserta akan turut berpeluang untuk mengenali secara lebih dekat serta berhibur bersama watak-watak kegemaran mereka di dalam siri Oh My English yang akan membuat penampilan istimewa serta sesi beramah mesra bersama para peserta OME Day Out. 


Siri berkonsepkan hiburan pendidikan ini telah memasuki musim yang ketiga dan disiarkan pada setiap hari Ahad, jam 9.30 malam secara eksklusif di Astro TVIQ (saluran 610). Oh My English Musim Ketiga dibintangi oleh Jibam (Akhmal Nazri), See Yew Soon (Roax Tan), Mazlee (Zhafir Muzani), Anusha (Kaameshaa), Jojie (Nadiya Nisaa), Putri (Amyra Rosli), Khai (Shafiq Kyle) serta guru-guru kesayangan mereka Mr. Henry Middleton (Zain Saidin), Cikgu Ayu (Tiz Zaqyah), Miss Soo (Carmen Soo), Cikgu Bedah (Sherry Al Hadad) dan Cikgu Fatimah (Ogy Ahmad Daud), juga tidak dilupakan Rahim R2 yang memegang watak sebagai Sarjan bin Mejar.

Butiran siri jelajah OME Day Out adalah seperti berikut:

No
Tarikh
Lokasi
1
Sabtu, 16 Ogos 2014
Southern University College, Johor Bahru, Johor
2
Ahad, 24 Ogos 2014
Han Chiang High School, Penang
3
Sabtu, 27 September 2014
UCSI University, Terengganu Campus, Kuala Terengganu
4
Sabtu, 4 Oktober 2014
Swinburne University, Kuching, Sarawak
5
Sabtu & Ahad, 11 & 12 Oktober 2014
UNITEN, Selangor



OME Day Out ditaja oleh Nestle Mat Kool, dicetuskan oleh S.O.X. School of Xpax dengan kerjasama daripada Papermate Inkjoy. Hadiah utama ditaja oleh Lenovo Technology Sdn. Bhd.

Saturday, August 16, 2014

Kempen Negaraku Astro #kitasama Menayangkan 48 Rancangan Merdeka

Hi Korang,


Semalam tengahari time lunch sempat pi ASTRO. 

Maklumlah dekat benau dengan office so boleh singgah. Alah tak sampai 5 minit pun. Astro mengadakan kempen untuk National Day 2014 tak lama lagi ni kan.


Sempena Hari Kemerdekaan ke-57 Malaysia, Astro akan menjalankan dua kempen Merdeka yang bermula dari 15 Ogos 2014 hingga 16 September 2014 sebagai tanda penghormatan kepada Malaysia dan semua rakyat Malaysia. Kempen pertama, Negaraku akan mempersembahkan Malaysia melalui 48 program baru di beberapa saluran TV Astro untuk meraikan keindahan dan kepelbagaian negara Malaysia. Kempen Merdeka yang kedua, Kempen Derma Darah #kitasama di seluruh negara yang bertujuan untuk memperkuatkan mesej kami iaitu “Semangat Perpaduan Mengalir dalam Diri Kita”


Henry Tan, Ketua Pegawai Operasi Astro berkata, “Sempena sambutan Merdeka ini, kami akan menjalankan dua kempen. Kempen Negaraku akan menyiarkan 48 program tempatan dan antarabangsa yang baru untuk meraikan kepelbagaian, keunikan, keindahan dan perpaduan Malaysia. Untuk menambahkan lagi elemen keseronokan dalam kempen ini, kongsilah detik-detik kemerdekaan anda bersama kami dengan menggunakan hashtag #kitasama. Pada masa yang sama, kempen derma darah #kitasama ini menekankan kepentingan perpaduan kebangsaan dan sifat tolong-menolong antara rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang”.


Terdapat 48 rancangan baru, antaranya ialah ‘Saloma’ (Astro First, CH480), ‘Selempang Kuning’ dan ‘Kerana Anggun’ (Astro PRIMA, CH105), ‘Sambanthan’ (Vaanavil, CH201) dan ‘Family GO CUTI’ (Astro AEC, CH301), ‘Jiwa dan Ragaku’ (Astro Arena, CH801), ‘Oh My English!: 1957 Merdeka Part 1 dan 2’ (Astro TVIQ, CH610), dan banyak lagi.


Kepelbagaian dan kebudayaan Malaysia juga akan menjadi fokus kali ini dalam saluran TV antarabangsa Astro dengan rancangan-rancangan utama seperti ‘Ride & Seek: Borneo’ (HISTORY, CH555), ‘Jonathan Phang’s Gourmet Trains’ (AFC, CH703), ‘Time Capsule Malaysia’ (HISTORY, CH555), ‘Malaysia Street Food Circus with Makansutra’ (TLC, CH707), ‘Megastructures: The Penang 2nd Bridge’ (National Geographic Channel, CH553), ‘KL Enforcers’ (CI, CH732) dan ‘Eye on Malaysia: Malaysia’s Best Teachers’ (Discovery, CH551).


Dato’ Dr Faraizah Bt Dato’ Abd Karim, Timbalan Pengarah Pusat Darah Negara berkata, “Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Astro kerana menjemput kami untuk menjadi sebahagian daripada kempen derma darah #kitasama. Kempen ini juga disokong oleh sekumpulan artis yang boleh meningkatkan kesedaran orang ramai tentang kempen ini. Kami juga ingin mengambil peluang ini untuk menggalakkan lebih banyak rakyat Malaysia untuk menderma darah kepada Pusat Darah Negara kerana hanya terdapat 2.5% daripada rakyat Malaysia yang menjadi penderma.”




Bakat-bakat dan artis Astro telah meluangkan masa untuk menyertai kempen derma darah #kitasama. Sarimah Ibrahim dari MIX FM, Radio Astro menyatakan bahawa, “Kempen derma darah #kitasama ini bertujuan untuk menyampaikan mesej penting bahawa walaupun kita mungkin berbeza dalam pelbagai aspek, tetapi akhirnya, kita semua sama sahaja dan dapat bersatu padu sebagai satu negara. Saya berasa amat bangga menjadi sebahagian daripada kempen yang menggariskan kepentingan perpaduan negara.” 


Kempen derma darah ini akan diadakan di 8 negeri termasuklah Malaysia Timur untuk menggalakkan rakyat Malaysia supaya menderma darah kepada Pusat Darah Negara Malaysia. Orang ramai dijemput untuk menyertai kempen derma darah ini di:

· KSL City Mall, JB (15 dan 16 Ogos), 

· East Coast Mall, Kuantan and Greentown Mall, Ipoh (23 dan 24 Ogos), 

· Cheras Leisure Mall, Klang Valley (30 dan 31 Ogos), 

· Stadium Sultan Mizan, Planet Gempak Kuala Terengganu (5 dan 6 September), 

· Prangin Mall, Penang and Centerpoint, Kota Kinabalu (13 dan 14 September), and 

· Plaza Merdeka, Kuching (16 September).


Para penonton boleh melayari www.astro.com.my/Negaraku untuk mendapatkan jadual rancangan Merdeka dan juga maklumat lokasi kempen derma darah #kitasama

Friday, August 15, 2014

Mee Kolok Goreng Di Pasar Tamu Bintulu

Hi Korang,

Ermm jumaat kan, so mood nak menulis tu kelaut dah sket.

Tak sabar nak balik kemas umah, rasa 3-4 hari rumah cam bersepah je. Balik dah malam tak sempat nak kemas bagai, budak 2 ekor tu #DakUban dengan #DakPusat tu ada je aktiviti nak menyelerakkan umah. Ishkk geram sungguh tau.

Ek tak de maknanya aku nak kasi resipi mee kolok goreng ni ek. Walaupun nak buat senang tapi mana nak cari mee kolok itself. Aku cuma nak tunjukkan gambar je cam ne rupa menu mee kolok goreng tuh.

Ni hah,
  
 

 
  

Aku merasa makan mee kolok goreng ni di Pasar Tamu Bintulu hari tuh. Hari tuh bukan semalam, bukan minggu lepas tapi 2-3 bulan sebelum puasa ye. Sengalkan, itulah boleh terlupa plak nak citer kat korang. But Actually satu apa pun aku belum cerita pasal Bintulu trip tu kan.

Itu pun kalau korang perasan lah huhuhuuhu…
 

 
 
 
Sebenarnya aku baru jumpa balik folder yang ada gambar trip aku ke sana. Alah bukan pi hotel pun, sekadar pi kerja so malaslah nak citer kan. Takkan aku nak tunjuk gambar site office, gambar crane, gambar projek kan. Ermm boring wokeh!

Tengok merapu lagi.
 
 




Sepatutnya aku order mee kolok je tapi aku fikir aku dah selalu makan dulu so tak delah aku nak order kan, kira nak cubalah mee kolok goreng ni. Nampak macam maggi goreng je but rasanya lain sket. Ada rasa cam basah-basah sket, maybe berpunca dari air rebusan daging agaknya. Tapi malas aku nak tanye, so snap 2-3 keping gambar dan terus bedal.

Cam tulah kisahnya. Padahal nak citer sket je, dah terus melalut selain plak.
 
Okla..
 
Enjoy di hujung minggu ye..