Wednesday, August 13, 2014

REVIEW | Filem The Expendables 3

Hi Korang,

Lama tak pi tengok wayang lah.


So tadi sempat pi ke One Utama tengok filem The Expendables 3. Dah apply ½ day leave dan bos kata ok so aku pun cabut lah.

Mesti ramai yang tertunggu-tunggu kesinambungan filem ni daripada The Expendables yang pertama kan. Walaupun aku perasan ramai yang duk sibuk download free yang cetak rompak punye filem ni, not for me sebab aku suka tengok gambar yang clear cam wayang tuh.


Sudah jangan nak mengarut, meh layan sket synopsis filem The Expendables 3 ni

Barney, Christmas and the rest of the team comes face-to-face with Conrad Stonebanks, who years ago co-founded The Expendables with Barney. Stonebanks subsequently became a ruthless arms trader and someone who Barney was forced to kill... or so he thought. Stonebanks, who eluded death once before, now is making it his mission to end The Expendables -- but Barney has other plans. Barney decides that he has to fight old blood with new blood, and brings in a new era of Expendables team members, recruiting individuals who are younger, faster and more tech-savvy. The latest mission becomes a clash of classic old-school style versus high-tech expertise in the Expendables' most personal battle yet.

Ok paham kan serba sedikit jalan ceritanya. Jeng jeng jeng..


Bagi aku:-

Of courselah start je filem action dah ada action scene, sama macam The Expendables 2 gak. Diorang pi menyelamatkan salah seorang team member yang dulu untuk tugasan yang mencabar seterusnya. So dalam tugasan besar ni memacam konflik yang berlaku sehingga Barney ni bubarkan team lama dan tubuhkan team yang baru kata orang pucuk muda gituhlah. Yelah ko nak fight orang jahat tahun millennium ni kenalah guna senjata canggih dan tech savvy tak boleh nak harapkan tenaga sangat kan.

Part ni sedih sket, macam orang kata habis madu sepah dibuang kan tapi sebenarnya si Barney ni sayangkan teamnya lama takut diorang mati. So tubuhkan team baru yang awesome bergaya ni, tapi bak orang kata kalau tak de yang lama, yang baru tu tak berapa berguna sangat kan.

So kesudahannya… alah korang pi tengoklah sendiri ek hehehehehhe

Aku tak jadi spoiler, kang aku plak korang marah..

Anyway watak Galgo (Antonio Banderas) sangat kelakar, dia berjaya buat aku dan satu panggung gelak tak henggat. Sebijik macam watak Puss in Boots dia buat.

Movie Rating : 4/5 stars


Filem The Expendables 3 ni akan mula di tayangkan pada 15 Ogos 2014 di pawagam seluruh Negara. Baik book tiket cepat, aku rasa weekend memang penuh orang tengok citer je nanti..

Ok Selamat menonton korang!


Para pelakon filem The Expendables 3


Tuesday, August 12, 2014

Sarapan Pagi Di Cafe Barbera KLIA Airport

Hi Korang,

Dah tengahari, baru sibuk nak citer pasal breakfast kan.

Jauh plak pi breakfast ek, la bukanlah tadi pun kejadian tapi dah sebelum puasa kot. Ntah lupa dah aku ni.


Sementara nak tunggu flight aku ke Bintulu hari tuh, dengan perut laparnya aku pusing satu KLIA airport ni untuk cari makanan. Masa tuh, Mc Donalds penuh sangat wei, nak turun bawah aku malas plak. Tup-tup pusing-pusing nampaklah kedai kopi ni.

Jom masuk.


Tapi aku tak amik gambo kedai pun coz perut dah lapar kan. Sini aku citer sket, kedainya macam coffee shop biasa. Selain jual kopi dan the, diorang jual gak pastry yang nampaknya sedap dan enak sekali.

Dahlah tu, moh order

Beef Focacia Sandwich

Americano

Nampak! Simple je sarapan aku. Yang penting mesti ada kopi. Ramai orang cakap minum kopi ni boleh boost energy kasi kita bertenaga untuk bekerja kan but not for me, minum kopi ni sebab suka bau biji kopi tuh. Ermm harumnya..


Kalau tak minum pun tak per janji boleh bau kan.

Tapi kalau tak minum cam ne nak dapat bau tuh… so jawabnya haruslah kena minum… hahahahahahah apa punye statement bengong ni kan..

Sebab portionnya besar, aku tak abis pun makan walaupun makan slow-slow still tak habis jugak sebab rotinya tu cam feeling betul. Dah rasa kembang kat perut aku dah ni.

kenapa plak aku baca buku ni ek.. ishkk

Tinggalkan roti tuh, just minum kopi sambil chillax baca buku je

Baru feeling-feeling traveler sket ek

Nak cuba, ni lokasinya

Cafe Barbera @ KLIA
Main Terminal Building (Level 5)
Departure Hall,
Kuala Lumpur International Airport (KLIA)
Malaysia.

Tel: 603-8776 6626




Kalau transit ke atau gate departure belum buka lagi, boleh lepak-lepak kat sini.

REVIEW | GLAMGLOW® SuperMud™ Clearing Treatment Mask

Hi Korang,

Lama dah tak cuba produk mask terbaru ek. Itulah sibuk dek makan je dengan geng-geng makan, now nak citer plak pasal beauty product yang aku terima dari The Butterfly Project Malaysia.

Mask GLAMGLOW ni merupakan jenama mask yang senantiasa menjadi sebutan para youtubers dan selebriti Hollywood sebab popular kat sana kan.

Disebabkan popular dengan keberkesanannya, aku pun haruslah nak mencuba dan nak rasa sendiri betul ke segala fakta yang diperkatakan ataupun auta semata-mata. Apalagi, pi collect kat Parkson KLCC last week.

Jeng jeng jeng!


Inilah dia GLAMGLOW® SuperMud™ Clearing Treatment Mask

Apa lagi, marilah cuba!


Buka penutuplah dulu. Nampak tak yang hitam-hitam tuh. Itulah supermud dia.


Mehlah tempek dimuka. Tapi jangan tebal-tebal ye, kang keras plak kulit muka tuh. Slightly sapu secara rata di seluruh muka. Kena cepat, dia ianya cepat kering.


Sementara nak tunggu kering, meh main dengan DakUban yang sibuk nau nak pakai mask ni. Dia pun teringin nak cantik gak ni


Biarkan selama 15-20 minit. Jangan lelama nanti khasiatnya hilang malah bertambah plak daki kat muka korang tuh.


Nampak tak? Ermm comel kan muka kak ton. Licin flawless berseri-seri maklumlah segala kotoran degil, blackhead, whiteheads dan pun hilang di bawah arus supermud tu tadi.

Janganlah buat tiap-tiap malam sebab excited kan, seminggu 2 kali dah ler.


Sedikit info menngenai GLAMGLOW® SuperMud™ Clearing Treatment Mask

Bau: Natural smell

Warna: Clay grey colour alike

Ingredient List: Aqua (Water), Kaolin, Magnesium Aluminum Silicate, Sodium Hydroxide, Eucalyptus Globulus Leaf, Mandelic Acid, Charcoal CI 77266, Parfum [Limonene, Linalool, Benzyl Benzoate], Glycolic Acid, Azelaic Acid, Lactic Acid, Pyruvic Acid, Salicylic Acid, Xanthan Gum, Aloe Barbadensis Leaf Juice, Maltodextrin, Iron Oxides CI 77491, Mentha Piperita Oil, Butylene Glycol, Glycyrrhiza Glabra Root Extract, Glycerin, Chamoilla Recutita Flower Extract, Calendula Officinalis Flower Extract, Cucumis Sativus Fruit Extract, Hendera Helix Extract, Symphytum Officinale Leaf Extract, Phenoxyethanol, Ethylhexylglycerin, Caprylyl Glycol, Hexylene Glycol, Methylchloroisothiazolinone, Methylisothiazolinone

Harga: RM240

Boleh di beli: Any Sephora Outlet

Website: 

Facebook:


Terima kasih tak terhingga kepada The Butterfly Project Malaysia yang sudi kasi aku cuba produk tanggalkan blackheads ni. Kalau tak, confirm aku tak tau pun kebagusan produk ni ek

The Butterfly Project Malaysia Official FB Page:

Website: 

Korang, memana bloggers yang minat dengan beauty, makeup ni boleh check it out website mereka, memang ada pelbagai info menarik yang korang mesti suker giler lah.