Friday, July 25, 2014

Guna AMBI PUR dan FEBREZE Je Untuk Segarkan Udara Di Rumah

Hi Korang,

Umah aku kan ada kucing, so haruslah ada bau-bauan kurang menyenangkan bila balik rumah.


Dengan #DakUban berak lagi, dengan #DakKecik tu muntah hairball lagi kan, so memacam bau ada. Nak tak nak, sampai je rumah perkara pertama sekali yang aku buat adalah kemaskan tempat diorang ni dulu, nasib baik letak kat balkoni so tak delah maunya menusuk ke lubang hidung sangat.

Itu kucing, abis bau-bau lain atau habuk ke yang meletak kat sofa ke bantal ke, perabot ke tak kira lagi

Memang rumah nampak kemas dan cantik je tersusun kan tapi kuman atau alergen boleh je berkumpul di mana-mana. So menda-menda halus ni boleh menyumbang kepada simptom-simptom asma. Hah sudah, takut sesak nafas je plak nanti.

So dengan adanya Ambi Pur dan rangkaian Febreze First Defense House Dust Reducer korang dan keluarga korang kini dilindungi daripada alergen bawaan udara.


Direka khusus untuk menyahbau dan habuk di rumah, Ambi Pur First Defense Air Effects dan Febreze First Defense Fabric Refresher mampu memberikan suasana segar kepada ruang tamu dan juga memastikan korang sentiasa bernafas dengan sempurna dan hidup lebih ceria. Produk ini juga mampu menjadikan rutin mengemas lebih efisien. Dengan bantuan teknologi Trap and Lock House Dust Reduction, produk terbaru ini mampu memerangkap partikel-partikel debu hama, debunga dan sel mati haiwan peliharaan.


Semburan Febreze First Defense Fabric Refresher pada permukaan fabrik mampu mengurangkan 95% alergen bawaan udara dan pada masa yang sama mampu menyahbau. lni memastikan fabrik kekal segar dan berbau harum. Semburan Ambi Pur First Defense Air Effects di kawasan persekitaran pula membantu memerangkap dan menyah bau busuk. Produk ini juga boleh memerangkap sehingga 75% alergen yang terkandung dalam udara persekitaran.


Bagi mendapatkan udara yang segar di rumah, korang digalakkan untuk melakukan semburan ke permukaan fabrik sebelum memulakan aktiviti berkemas. Hal ini bertujuan mengelakkan alergen yang berada di fabrik daripada teresebar luas di udara. Gabungan Ambi Pur dan Febreeze adalah ideal bagi memerangkap partikel-partikel alergen tatkala melakukan kerja rumah seperti menukar langsir. Dengan produk ini, korang juga tidak perlu risau jikalau anak-anak bermain berhampiran dengan perabut di rumah!

Ambi Pur dan Febreze First Defense Clean Air of Odour

Kita mungkin tidak mampu mengawal kualiti udara di luar terutamanya dikala masalah jerebu yang melanda negara sekarang tetapi kita mampu untuk memastikan udara di dalam rumah sentiasa segar dan bersih. Dengan bantuan rangkaian Ambi Pur dan Febreze Clean Air of Odour, anda sekarang boleh menyahbau yang kurang menyenangkan dengan lebih mudah. Diformulasikan dengan teknologi OdoShieldTM yang mengandungi 10 kali ganda bahan yang mampu menyahbau, produk ini begitu sesuai untuk memerangkap dan menyah bau yang kurang enak yang mungkin terhasil daripada sampah sarap, asap dan jerebu.


Melindungi keluarga korang daripada bau busuk dan debu rumah kini lebih mudah dengan inovasi terbaru Ambi Pur dan Febreze. Rangkaian terbaru First Defense akan berfungsi sebagai pelengkap kepada rangkaian produk-produk daripada Ambi Pur dan Febreze yang lain. Produk terbaru ini boleh didapati di semua pasar raya terkemuka di Malaysia dan juga rangkaian farmasi terpilih.

Rangkaian Produk dan Senarai Harga


First Defense House Dust Reducer

1. Ambi Pur Air Effects Pure Refreshment 275g – RM17.50

2. Ambi Pur Air Effects Gentle it Leaves No Scent Behind 275g – RM17.50

3. Febreze with Ambi Pur Fabric Refresher Pure Refreshment 370ml - RM11.90

4. Febreze with Ambi Pur Fabric Refresher Pure Refreshment Refill 320mI – RM8.70



First Defense Clean Air of Odours

1. Ambi Pur Air Effects Clean Zest 275g – RM17.50

2. Ambi Pur Air Effects Clean Splash 275g – RM17.50

3. Ambi Pur Set & Refresh Clean Zest 5.5ml – RM17.50

4. Ambi Pur Set & Refresh Clean Zest Refill 5.5ml – RM13.90

5. Ambi Pur Set & Refresh Clean Splash 5.5ml – RM17.50

6. Ambi Pur Set & Refresh Clean Splash Refill 5.5ml – RM13.90

7. Febreze with Ambi Pur Fabric Refresher Clean Splash 370 ml – RM11.90

8. Febreze with AmbiPur Fabric Refresher Clean Splash Refill 320 ml – RM8.70


So make sure rumah kita wangi ye so orang yang bertandang pun rasa cam happy je

Thursday, July 24, 2014

Nak Join DOVE ‘Serlahkan Dirimu’ Contest Lah

Hi Korang,

Rambut gugur?

Haruslah hilang keyakinan dalam diri tau. Yelah dah elok-elok cantik nampak confident, tup-tup rambut gugur plak. Abis segala seri tadi lenyap dibuatnya. Sedang elok je suami korang main-main rambut korang time tengok tv, gugur plak rambut. Terus mood ke laut kan. Takut plak aku


Menyedari isu-isu sebenar yang dihadapi oleh wanita,kempen Dove Rambutmu, Mahkotamu berharap untuk memberi inspirasi kepada wanita untuk membiarkan keyakinan mereka bersinar melalui sekali lagi kerana mereka mengatasi keguguran rambut dalam 14 hari dalam kempen “Serlahkan Diri Dalam 14 Hari Dengan Dove”.

Kempen bertujuan untuk membantu mereka mendapatkan semula keyakinan diri mereka lebih 14 hari melalui satu siri aktiviti yang di luar zon selesa mereka sendiri. Aktiviti ini adalah bertujuan untuk membantu wanita mencapai potensi penuh mereka dan menggalakkan keyakinan manakala meyakinkan wanita bahawa mereka boleh menghentikan kejatuhan rambut dalam 14 hari dengan Dove Hair Fall Rescue System

Memperjuangkan kempen untuk mendapatkan semula keyakinan diri adalah dua wanita sebenar, Suhainah dan Shariffah Nadia, yang juga merupakan kawan-kawan rapat. Suhainah dan Shariffah berkongsi bagaimana mereka mengatasi keguguran rambut untuk mendapatkan semula keyakinan dan ketenangan fikiran mereka. Kedua-dua wanita, yang telah berkahwin dengan dua kanak-kanak setiap, merasakan bahawa kejatuhan rambut mengganggu hubungan mereka dengan suami masing-masing.

Suhainah dan Shariffah kedua-dua menyelesaikan siri aktiviti di Dove Rambutmu, Mahkotamu ‘Serlahkan Diri Dalam 14 Hari Dengan Dove’.


Harga rangkaian Dove Hair Fall Rescue System:
· Shampoo 375ml – RM 14.90
· Conditioner 180ml – RM 9.90
· Intensive Hair Tonic – RM 32.90

Korang suka la tu, bab-bab mencantikkan diri kan.


So perempuan-perempuan yang berada di Malaysia ni boleh sertai kempen ‘Serlahkan Diri Dalam 14 Hari Dengan Dove’ dengan hanya log in ke https://apps.facebook.com/serlahkandirimu/ .


Langkah-langkah termasuk adalah : -

· Untuk 14 hari, kena siapkan misi setiap hari

· Share kan misi dengan gambar ataupun ayat-ayat

· Satu digital video yang direka untuk korang berdasarkan misi 14 hari yang lengkap

· Nak menang, korang kena share personal digital video korang di Facebook page. Lagi ramai orang share video korang, lagi tinggi chance korang untuk menang

Meh aku tunjukkan sket cam ner rupa contest ‘Serlahkan Diri Dalam 14 Hari Dengan Dove’ ni ek




lepas je korang register segala details korang, nanti keluarlah tugasan yang korang kena lakukan


dah siap. submit je dan tunggu tugasan seterusnya esok hari

korang boleh view jugak galeri peserta lain ek. eh redmummy pun ada ni.


Hadiah-hadiah bernilai sehingga RM20,000 menanti para pemenang.

Dah tunggu apa lagi, setakat upload gambar dan selfie korang kan dah terrer. Meh cepat bertindak!! hehhehehe


Bagai mana rangkaian shampoo Dove ni bertindak ek?

The Shampoo cleanses the scalp.

The Conditioner after shampooing helps prevent breakage and strengthens hair from root to tip, visibly reducing hair fall due to breakage in two weeks2.

The Leave-On Intensive Hair Tonic is applied directly to the scalp, and works to visibly reduce hair fall. After just two weeks, hair fall is visibly reduced and hair is stronger from the roots.

About Dove Hair Fall Rescue System

Dove Hair Fall Rescue System contains a ground-breaking technology, Trichazole Actives help anchor hair firmly in place at the roots, nourishing the area where hair fall occurs.




Wednesday, July 23, 2014

Resipi Sup Tulang Sedap Dengan PHILIPS Pressure Cooker

Hi Korang,


Kan aku menang hadiah dari PHILIPS masa Philips Ultimate Cook Off hari tuh kat AEON Big Subang Jaya, ermm last week aku bawak balik pressure cooker ni ke rumah mak aku untuk di cuba.

Ini first time, tergagap jugak lah.


Browse dalam buku resipi tu aku ternampak resipi sup tulang. Ermm memang lama dah tak makan sup tulang ni coz lately harga tulang melampau-lampau naiknya kan kat KL ni. Suruh mak aku beli 2kg kat Pasar Jasin tu murah sket.



Mari aku citer sket bahan-bahan untuk masak sup tulang gerenti sedap ni

Bahan-bahan :

Tulang daging lembu tak kira berapa kilo yang korang nak masak

5 ulang bawang kecil - ditumbuk

setengah labu bawang putih ( kira-kira 5-6 ulas ) - ditumbuk
1 inci halia - ditumbuk

1 sup bunjut ( atau lagi senang, beli sup bunjut yang siap ada rempah ratus seperti kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan sebagainya. Senang! )

Lobak merah di potong panjang

Kentang yang di potong ikut suka

Garam

Daun sup dan bawang goreng untuk hiasan

Cara-cara :

Ni kan first time aku guna pressure cooker ni, so kenalah buat some setting sket. Nasib baik ada manual yang banyak membantu, yelah semuanya main tekan-tekan butang je.


1. Masukkan bahan-bahan yang ditumbuk tadi di dalam periuk ni


2. Masukkan rempah ratus yang memacam tuh, bunga lawang, kayu manis, buah pelage dan Bunga cengkih ke dalam periuk ni.


3. Masukkan tulang


4. Masukkan air mengikut kesesuaian, jangan lebih dan jangan kurang ek.


5. Masukkan lobak merah dan kentang sekali


6. Barulah di kacau rata tau, termasuk rempah yang dimasukkan memula tadi. Tutup periuk


7. Ok pilih button TENDON/BEEF dan tekan butang START. Ni senang sebab tak yah nak setting apa-apa pun. So tunggu lah selama 30 minit, bolehlah masak lauk lain plak.



8. Lepas 30 minit, kita kena alihkan muncung kat atas penutup tuh untuk keluarkan wap-wap. Ade arahan kat penutup tuh.


9. Nampak tak segala mak neka asap keluar, itulah sebab kalau tuang air ikut suka hahahah. yang keluar tu semua lemak-lemak dari tulang tu tadi. boleh nampak cam berminyak kan periuk tuh

10. Ermm sedapnya bila dah masak, harum baunya.



Di sebabkan terlalu excited dengan sup tulang ni, so time buka puasa hari tuh aku tak sempat pun nak ambil gambar product endingnya.Mana taknya, time buka tu terus ngap makan sup tulang cicah roti kosong je.

Ermm licin seperiuk..

Tapi tak per, semua orang dapat rasa. Nenek aku bukan main sedap lagi sup tulang ni.


Of courselah sedap malah senang pulak tu nak sediakan, just campak-campak, tekan butang then masak. Bukan setakat sup je lah, boleh masak ayam, ikan, bubur, daging dan boleh buat kek lagi.. memacam kan lalalalalalalla…

Next time nak cuba resipi ini plak la..