Friday, July 11, 2014

Buka Puasa Di SOI23 Pacific Regency Hotel Suites

Hi Korang,

Kali ketiga buka kat KL dalam bulan puasa ni.


Nasib baik hari tuh aku dengan Mr Big cuti coz ada hal family matters, kalau tak mesti sampai lambat punyalah. Nak-nak pulak location tempat ni di tengah-tengah KL kan.

Ktorang sampai agak awal ke Pacific Regency nie, tak de nak bua tapa terus nak ke tingkat 23 dan tunggu je terus dalam restoran. Nak menunggu orang lain, main jelah gadget memasing.


Untuk bulan puasa ni, Soi23 menghidangkan buffet bertemakan ‘Resipi Ibunda’. Di antara yang special adalah Rendang Daging Hiris Daun Kunyit, Siakap Goreng Berempah, Sambal Goreng Udang Petai, Ayam Penyet dan Soi Kambing Kuzi berserta ulam-ulaman dan kerabu yang authentic.



Sementara nak tunggu azan, ktorang beramai-ramai pi serang buffet dish tu coz nak amik gambar. Korang tengok jelah gegambar ni.


















Ok dessert plak,





Ermm mengancamnya..

Haruslah terbuka selera kan sekarang ni walaupun lama lagi time berbuka.





Untuk buffet ‘Resipi Ibunda’ ni, ianya bermula dari 1hb Julai 2014 hingga 27hb Julai 2014.

Harga buffet ramadhan di Soi23 Restaurant ni adalah

RM88++ untuk dewasa
RM44++ untuk kanak-kanan (6 – 12 tahun)


Untuk tempahan, korang boleh hubungi 03-2332 7777 ext 6807 atau email ke fnbadmin@pacific-regency.com

Jom kita ke


Pacific Regency Hotel Suites,
KH Tower,
Jalan Punchak,
Off Jalan P.Ramlee
Kuala Lumpur

Tel : 03-2332 7777


Mentang-mentang ktorang ni ramai, di berinya tempat yang istimewa. Hah ko, duk borak sambil nak abis waktu buffet kan..

Pelembap Bibir LIPICE ‘Naturally You’ Cantik Macam Diana Danielle

Hi Korang,

Lipbalm or pelembap bibir? Ermm korang pakai tak?


Aku, harus kena pakai coz bibir aku ni senantiasa cepat kering, maklumlah asyik duk bertapa dalam aircond je kan. So memang ada je dalam handbag, rasa cam kering sket, terus tenyek kat bibir arr baru lega sket.


Apa jenis lipbalm pun aku ok coz tak de lah sensitif sangat kulit bibir aku ni. Boleh je beli sebarang brand, tak de pantang cuma pantang jumpa je hehehehehe




LipIce, jenama pelembap bibir nombor satu di Malaysia kini melancarkan slogan “Naturally You”, seiring dengan pengumuman perlantikan duta terbaru mereka, iaitu bintang terkenal Malaysia Diana Danielle. 


Sebagai personaliti tempatan yang dikenali dan disayangi ramai di kaca televisyen dan juga layar perak, Diana akan menyandang peranannya sebagai jurucakap bagi jenama LipIce dan akan membintangi setiap iklan televisyen dan cetak mulai bulan Julai 2014 yang akan datang.

Ada 5 jenis variasi pelembap bibirnya iaitu Sheer Color, Tinted, Fruity, Color Gloss dan Water Color. Selaras dengan LipIce yang membekalkan produk yang riang, “trendy” dan bergaya, korang boleh memilih mana mana daraipada lima jenis pelembap bibir yang sesuai dengan jenis majlis dan gaya hidup mereka yang tersendiri.

“Penjagaan bibir kini bukan lagi cuma rutin seharian, malahan ianya sudah menjadi sebuah gaya hidup,” kata Lim Mei Yuen selaku Pengurus Besar untuk Rohto-Mentholatum.“Kami menggalakkan pengguna untuk mempercayai diri sendiri dan menjadi “Naturally You” dalam mengayakan gaya bibir anda yang tersendiri!”


Pelembap Bibir LIPICE SHEER COLOR

LipIce Sheer Color adalah pelembap bibir yang unik di mana warnanya boleh bertukar bagaikan magik menjadi satu rona merah jambu yang unik untuk anda!

Ianya diformulasikan dengan kandungan madu lilin lebah semulajadi yang lembut untuk tujuan kepelembapan yang lebih kekal.


Ianya diperkaya dengan ramuan semulajadi yang lain seperti Shea Butter, Minyak Kacang Macadamia, Minyak Buah Jojoba, Minyak Kacang Ternifolia dan juga Ekstrak Minyak Aloe Vera menjadikan bibir lebih lembap, licin halus dan sihat.

Ianya juga mengandungi elemen anti pengoksidaan yang berkesan seperti Vitamin E untuk melegakan bibir dan melindunginya daripada alam sekitar yang membahayakan.

Boleh didapati dalam 3 pilihan variasi: Shimmer, Strawberi dan Tanpa Haruman dengan harga jualan RM14.90 setiap satu.


Pelembap Bibir LIPICE TINTED

Pelembap bibir LipIce Tinted memberikan sentuhan warna untuk menaikkan seri warna semulajadi bibir anda dan menyegarkan bibir yang nampak kusam dan tidak bermaya.

Ianya diperkaya dengan Asid Hyaluronik untuk mengunci hidrasi dengan tujuan kelembapan yang lebih kekal. Ianya juga mengandungi Kolagen untuk meningkatkan kekenyalan dan tekstur bibir.




Pelembap bibir LipIce Tinted juga mengandungi Vitamin E, sejenis elemen anti pengoksidaan yang membantu membaiki bibir yang kering dan kembalikan bibir kepada keadaan lembut dan halus.

Formulasi khas SPF15 digunakkan bagi melindungi bibir anda daripada pancaran UV yang merbahaya.

Boleh didapati dalam 3 pilihan warna: Baby Pink, Poppy Pink dan Rose Red dengan harga jualan RM9.90 setiap satu.


Pelembap Bibir LIPICE FRUITY

LipIce Fruity adalah pelembap bibir untuk setiap keadaan dan keperluan bagi mengekalkan bibir anda dalam keadaan licin dan kelihatan segar dan menyelerakan sepanjang hari di setiap detik.




Ianya memiliki ramuan pelembap semulajadi yang memberi sensasi dingin untuk melegakan bibir yang kering dan mengelupas. Pelembab bibir tanpa warna berperisa buah-buahan ini akan menjadi teman bergaya sejati anda, kemana saja anda pergi!

Boleh didapati dalam 4 pilihan perisa yang menyelerakan: Strawberri, Limau, Epal dan Anggur + Buah Blackcurrant dengan harga jualan RM8.90 setiap satu.


Pelembap Bibir LIPICE COLOR GLOSS

LipIce Color Gloss menyerikan bibir anda dengan kilauan semulajadi supaya anda tampak lebih glamor dan bergaya. Ianya melembapkan bibir anda sambil memberikannya satu sentuhan yang bercahaya dan berkelipan!




Ianya diperkaya dengan Minyak Benih Kacang Macadamia, Ekstrak Aloe dan juga Minyak Lanolin untuk melembapkan dan melembutkan bibir anda, dan kandungan Vitamin E pula bertujuan untuk membaiki bibir yang kering dan memastikan bibir sentiasa licin dan sihat.

Boleh didapati dalam 3 pilihan warna yang mempersona: Summer Pink, Sweet Bean dan Candy Apple dengan harga jualan RM12.90 setiap satu.


Pelembap Bibir LIPICE WATER COLOR

Pelembap bibir LipIce Water Color menyerikan anda dengan sentuhan merah jambu yang kelihatan sihat dengan pelbagai tona merah jambu yang cantik.

Ianya diformulasikan dengan Asid Super Hyaluronik untuk memberi dua kali ganda keupayaan pengekalan kepelembapan dan ramuan khas Ceramide bertindak untuk menegangkan sel kulit, kolagen dan juga elastin untuk menjadikan bibir anda lebih kental.




Ianya juga mengandungi ramuan anti penuaan terkini iaitu MaxilipTM dan juga Vitamin E untuk mengurangkan garisan halus dan mengekalkan kelembutan bibir anda.

Boleh didapati dalam 3 pilihan tona merah jambu yang mengasyikkan: Vintage Pink, Dancing Pink, Kissy Pink dan Rock ‘n Pinkdengan harga jualan RM14.90 setiap satu.


Siri produk LipIce terbaru ini boleh didapati di semua farmasi, kedai ubat dan pasaraya besar utama di seluruh negara, dan harga pasaran adalah di antara RM8.90 ke RM14.90. Dapatkan variasi LipIce anda hari ini dan temui gaya bibir atau ‘LipStyle’ anda yang tersendiri!


Kesemua 5 varian aku dah cuba dan yang paling best sekali adalah Pelembap Bibir LIPICE FRUITY perisa epal. Rasa cam nak makan bila sapu kat bibir. 

Ishkk mana boleh, puasa oooo