Bab makan-makan memang tak pernah abis.
Senantiasa ada jelah, non-stop orang memanggil mengajak review. Bak kata pepatah rezeki jangan di tolak, musuh jangan di cari.
Jom sekali lagi kita ke PICC untuk buffet ramadhan 2014 kan
Masih mengekalkan hidangan tradisi dimana kebanyakan makanan adalah hidangan yg di sediakan sendiri oleh barisan chef yg profesional.
Di antara menu yg ada di sana adalah seperti Gulai Tunjang, Briyani PICC, Kambing Panggang, Ayam Panggang, Rendang Paru, Sambal Goreng Jawa, Ayam Gulai Nangka dan Gulai Daging Pisang Muda.
Buffet kali ini menampilkan sajian dihidangkan mengikut tema seperti "Pembuka Selera", "Sup Masyuk Berasap", "Gerai Utama PICC", "Mangkuk Panas", "Kawah Berapi", "Sejuk Badan", "Kebun Buah Pak Rusmie" dan "Dahaga". Semua bahagian ini tersedia dalam set buffet Ramadhan di PICC dan semua di sediakan segar dan terbaik oleh chef2 PICC.
Tapi lain nya berbuka puasa kat sini bukan setakat dapat makan yg sedap2 tetapi juga pihak PICC mengadakan cabutan bertuah dengan hadiah duit raya sehingga RM3000. Manakala hadiah barangan bernilai sehingga RM10,000 seperti TV LED 40' dan telefon pintar Samsung Note 3 dan banyak lagi. Sekiranya anda makan buffet Ramadhan di PICC secara automatik akan layan untuk sertai cabutan ini dan keputusan akan di umumkan pada minggu pertama bulan Syawal di laman Facebook PICC.
Selain tu juga, ada lagi special berbuka puasa di PICC Putrajaya ini untuk tahun ini. Tetamu yg dtg akan di hiburkan oleh seorang penghibur tanah air yg popular iaitu Rosma AF setiap hari sepanjang bulan Ramadhan ini. Sambil makan bukan sahaja dpt hadiah malah dpt berhibur lagi mana nak cari hanya ada kat PICC Putrajaya. Buat tempahan anda sekarang selagi masih di buka.
Bagi syarikat atau mana badan yg mahu menganjurkan majlis berbuka puasa secara exclusive boleh buat tempahan di PICC Putrajaya dengan harga tawaran istimewa. Bagi Pakej Ramadhan Exclusive ini di sediakan di hall2 yg ada di PICC ini dan hidangan juga special lain dari tetamu lain. So anda boleh buat tempahan sekarang dengan berhubung sperti di bawah.
Untuk buffet ‘Hidangan Tradisi Warisan Budaya’ ni, ianya bermula dari 30hb Jun 2014 hingga 27hb Julai 2014.
Harga buffet ramadhan di PICC ni adalah
RM80++ untuk dewasa
RM40++ untuk kanak-kanan (6 – 12 tahun)
Untuk tempahan, korang boleh hubungi 03-8887 6000 ext Cafe@PICC
Jom kita ke
Cafe@PICC
Putrajaya International Convention Centre,
Dataran Gemilang, Presint 5, 62000
Putrajaya