Thursday, June 19, 2014

Buffet Ramadhan 2014 Di The SAUJANA Hotel

Hi Korang,

Kita sambung lagi citer pasal jalan-jalan cari makan ni ye. Jemputan buffet ramadhan memang tak pernah putus untuk blog www.ciklilyputih.com ni ada yang sampaikan kena pass kat blogger lain untuk cover. Syukur sangat !


Jadi hari ni kita ke The Saujana Hotel di Subang.





Menghidangkan lebih daripada 140 masakan tradisional termasuklah pembuka selera, ulam-ulaman, hidangan utama dan pencuci mulut. 











Di antaranya adalah kerabu manga muda, kerabu tempeh, gado-gado, bubur lambuk, lemang, serunding, ketam masak lemak cili padi, daging rending tok, nasi hujan panas, nasi minyak dan memacam lagi.







Terdapat juga 15 jenis gerai-gerai yang menyediakan hidangan ala warung seperti roti canai, murtabak, sate, kambing golek, kebab, buah-buahan dan pelbagai lagi.









Untuk buffet Ramadhan 2014 ni, ianya bermula dari 28hb Jun 2014 – 27hb Julai 2014 dari 6.30petang hingga 10.00 malam.

Harga buffet ramadhan 2014 di Saujana Hotel ni adalah

RM 115++ untuk dewasa
RM 57++ untuk kanak-kanak (6-12 tahun)

Bagi group booking (lebih daripada 20 orang), boleh dapatkan Special Group Dining Deal of 10% tau.

Untuk tempahan sila hubungi, 03-7843 1234 ext 6122 atau email ke dine@thesaujana.com


Jom kita ke :-

The Saujana Hotel
Saujana Resort,
Jalan Lapangan Terbang SAAS,
40150 Kuala Lumpur

Telefon: 03-7843 1234


Ini adalah salah satu option bagi mereka yang tinggal di kawasan Subang Jaya, Ara Damansara even Shah Alam pun untuk korang berbuka puasa. So tak yang susah-susah nak masuk KL kan. Balik kerja terus je singgah ke sini.

Selamat menjamu mata korang!



Nissan TEANA Serba Baru, “Berinspirasikan kepada Sifar Graviti”

Hi Korang,

Masa travel je Bintulu tu, ada launching Nissan TEANA ni, so cam biasa ada assistant yang tolong pi cover event ye.

Meh baca sket info pasal kereta terbaru Nissan ni ek


Edaran Tan Chong Motor (ETCM) melancarkan Nissan Teana serba baharu yang amat ditunggu-tunggu. Dikilangkan di Tan Chong Motor Assemblies (TCMA), Serendah Malaysia, Nissan Teana serba baharu generasi ketiga menawarkan para pelanggan di Malaysia dengan penampilan yang lebih berprestij. Ia diserlahkan menerusi gayaan hadapan agresif, reka bentuk gril baharu yang kemas dan lampu utama dengan lensa projektor. Ia sememangnya sebuah sedan yang hadir bersama ciri pintar dan kontemporari, lari daripada reka bentuk sedan konvensional untuk segmen D.


Pada majlis pelancaran, Pengarah Eksekutif Edaran Tan Chong Motor, Dato’ David Chen berkata: ETCM berbesar hati untuk memperkenalkan Nissan Teana serba baharu generasi ketiga kepada pengguna di Malaysia. Sedan terbaharu dalam segmen D ini merupakan model utama kami. Tagline  Teana serba baharu  iaitu “Drive to Greatness” membuktikan prestasi pemanduan, kemewahan dan keselesaan terbaik untuk semua pelanggan kami yang bijak menilai serta golongan usahawan muda. Setiap inci dan perincian Nissan Teana serba baharu telah dihasilkan dengan teliti untuk mereka yang menghargai perkara lebih baik dalam hidup. Kami percaya bahawa gayaan yang kemas, inovasi termaju dan kemewahan Nissan Teana serba baharu akan menawarkan pemanduan yang luar biasa!”.

Perubahan utama pada Nissan Teana serba baharu ialah enjin QR25DE yang baru dibangunkan bersama penambahbaikan ketara pada  julat tork yang rendah dan sederhana. Kebuk pembakaran yang telah dipertingkatkan dan kecekapan emisi juga membuatkan prestasi pemanduan varian 2.5XV lebih lancar dan ekonomikal. Enjin penuh kuasa ini didatangkan bersama sistem CVTC Berkembar (Twin Continuously Variable-valve Timing Control) Nissan.


Teana 2.5XV hadir dengan kuasa maksimum 173hp dan tork lebih tinggi iaitu 234Nm jika dibandingkan dengan model terdahulu (228Nm). Nissan mengekalkan penggunaan enjin MR20DE yang telah terbukti pada varian 2.0XL dan 2.0XE. Enjin empat silinder, 16 injap bersesaran 1,997cc itu menawarkan kuasa maksimum 136hp dan tork 190Nm.


Kesemua tiga varian itu dibekalkan dengan kotak gear XTRONIC CVT generasi seterusnya yang menawarkan penjimatan bahan api mengagumkan, berkuasa dan pecutan yang tepat terutama ketika hendak memotong kenderaan lain di lebuh raya. Ia juga tahan lasak berbanding transmisi automatik konvensional. 70% komponen XTRONIC CVT telah direka semula untuk mengurangkan tahap geseran dalaman dan menjadikannya lebih kompak. Berdasarkan kepada data ujian dalaman Nissan, Nissan Teana 2.0 liter baharu boleh mencapai jarak 13.5km/l manakala Teana 2.5 liter pula boleh bergerak sejauh 13.3km /l.

Suspensi belakang Multi-link dan sistem Stereng Kuasa Elektro-Hidraulik (Electro-Hydraulic Power Steering, EHPS) telah digabungkan untuk menawarkan pemanduan yang lancar, selain lebih stabil dan mencengkam di atas jalan raya. Keseimbangan di antara stereng responsif dan pengendalian yang selesa membantu menawarkan pengalaman pemanduan lebih selamat serta meyakinkan ketika membelok.

Ciri AUC (Active Understeer Control) menggunakan logik kawalan pintar dan penggerak brek bermaklum balas tinggi untuk mengaktifkan brek pada bahagian dalam roda hadapan ketika mengambil selekoh tajam. Teknologi inovatif yang turut berfungsi ialah VDC (Vehicle Dynamic Control) dan TCS (Traction Control System). Ia membantu pemandu meningkatkan kawalan, selain menyediakan belokan yang selamat serta lancar di atas jalan yang licin, basah atau berpasir.


Rekaan luarannya cukup elegan dan menarik. Penampilan baharu yang lebih aerodinamik menyerlahkan rasa sebuah sedan yang premium dan berkualiti. Garis karekter yang beralun dan tajam dari arah hadapan ke belakang mencetuskan aliran momentum dan mengurangkan daya pekali seretan. Gril hadapan diletak dengan kemas di antara lampu utama jenis projektor yang menghasilkan gayaan berani dan sofistikated pada bahagian hadapan. Varian 2.5XV dilengkapi bumbung suria yang menawarkan pandangan dan cahaya semula jadi ke dalam kabin.

Melihat dengan lebih dekat ruang dalaman Nissan Teana serba baharu, anda pasti kagum dengan kemasan berwarna perak serta tempat duduk dibalut kulit yang lembut dan berkualiti tinggi. Kabin ini sememangnya luas dan selesa. Reka bentuk tempat duduk hadapan dioptimumkan untuk rasa lebih luas berbanding saiz sebenarnya. Terdapat penambahbaikan yang ketara pada ruang kaki penumpang belakang berbanding model sebelum ini.


Nissan Teana serba baharu hadir bersama kapasiti ruang kargo sebanyak 516 liter. Tempat duduk yang boleh dilipat dengan konfigurasi 60:40 menggantikan reka bentuk yang ada pada generasi terdahulu bagi membolehkan barangan besar dapat disimpan dengan lebih mudah.

Sama seperti menaiki kelas pertama penerbangan, Nissan Teana serba baharu dilengkapi Reka Bentuk Tempat Duduk “Berinspirasikan kepada Sifar Graviti” yang membantu mengurangkan beban pada otot dan tulang belakang, selain menambah baik aliran darah. Ia membantu mengurangkan keletihan jika memandu dalam tempoh yang lama. Pada masa sama memastikan pengalaman pemanduan yang selesa sepanjang perjalanan yang jauh.

Bunyi bising di dalam ruang kabin Nissan Teana serba baharu telah dikurangkan secara signifikan. Terima kasih kepada penggunaan material yang menyerap bunyi bising, meredam getaran dan kekasaran (NVH). Bukan itu sahaja, varian 2.5XV dilengkapi Sistem Audio Premium BOSE dengan 9 unit pembesar suara yang menawarkan kualiti bunyi keliling mengagumkan.


Paparan ADAD (Advanced Drive Assist Display) bersaiz empat inci dengan warna grafik 3D diletakkan di hadapan pemandu agar mudah dilihat. Manakala butang kawalan audio dan sistem kawalan jelajah (cruise control) diletakkan pada stereng agar mudah dioperasi. Untuk lebih mudah dan selesa, Nissan Teana serba baharu dilengkapi Kawalan Suhu Automatik Dua Zon dengan corong pendingin hawa di belakang, Kunci Pintar (sistem kemasukan tanpa kunci) dan butang penghidup enjin.

Nissan Teana serba baharu menawarkan satu rangkaian ciri keselamatan inovatif yang mengutamakan aspek keselamatan pemandu dan penumpang. Ia dilengkapi enam beg udara SRS di seluruh kabin untuk melindungi mereka yang tersayang. VDC (Vehicle Dynamic Control) dan TCS (Traction Control System) bersama beberapa sistem kawalan keselamatan seperti AUC (Active Understeer Control), ABS (Anti-locking Braking System), EBD (Electronic Brakeforce Distribution) dan BA (Brake Assist System) yang membantu pemandu supaya terus dapat mengawal kenderaan dan mengelak halangan dalam situasi cemas. Ciri-ciri termaju ini meningkatkan kestabilan kenderaan dan mengelakkan gelinciran di atas jalan yang licin. Sementara HSA (Hill Start Assist) pula mengelakkan kereta daripada mengundur ketika hendak memulakan perjalanan di laluan berbukit.


Lampu utama jenis Xenon dengan Pengaras Automatik dan Pembersih (hanya ada pada varian 2.5XV), mampu meningkatkan pandangan pada waktu malam. Lampu utama itu hadir dengan Sistem Lampu Automatik Termaju yang akan menyala secara automatik ketika hujan (atau kondisi gelap) apabila penggilap cermin hadapan dioperasikan secara berterusan.

Ciri-ciri keselamatan yang lain termasuklah Lampu Brek Ketiga LED yang diletakkan pada posisi tinggi, poin tempat duduk kanak-kanak ISOFIX, tali pinggang keledar hadapan dengan pengehad beban dan pra-regangan, Emergency Locking Restraint (ELR) 3 poin, penggilap cermin hadapan boleh ubah kelajuannya, binaan badan kukuh serta binaan hadapan kenderaan untuk perlindungan pejalan kaki.



Nissan Teana serba baharu boleh didapati dalam tiga varian: 2.5XV, 2.0XL and 2.0XE. Lima warna disediakan termasuklah satu warna baharu iaitu biru (Storm Blue), selain warna perak (Tungsten Silver), hitam (Diamond Black), emas (Bronze Gold) dan putih (Brilliant White).

Harga Nissan Teana serba baharu di atas jalan ialah  RM169,900 untuk varian 2.5XV, RM149,800 bagi model 2.0XL dan RM139,800 untuk 2.0XE. Semua varian ini hadir bersama jaminan selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 100,000km, mana-mana tiba dahulu.


Tempahan dan pandu uji kini boleh dibuat di semua bilik pameran Nissan di seluruh negara. Orang ramai boleh mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai Nissan Teana serba baharu di laman web: www.teana.com.my atau menghubungi talian 1800 88 8368. Maklumat lanjut mengenai model-model Nissan yang lain, para pelanggan boleh melayari laman web  www.nissan.com.my atau kunjungi mana-mana bilik pameran Nissan di seluruh negara.

+++

APPENDIX


AKSESORI YANG BOLEH DIDAPATI: NISSAN TEANA SERBA BAHARU
No.
Alat ganti
Harga Unit (RM)
1.
Tinting - V-Kool 4mil Security Film           
4,200
2.
Trunk Tray
250

Wednesday, June 18, 2014

Samsung Starlight Cinema, Percuma Dengan Samsung GALAXY Life

Hi Korang,


Wayang pacak? Sesetengah orang memang tak pernah dengar atau tak tau langsung pasal menda ni. Itulah zaman korang tak sama dengan zaman ktorang kan.


Wayang pacak ni actually dah lama wujud sebelum adanya tv lagi terutamanya orang-orang kampung lah, tak de duit nak beli tv so tunggulah wayang pacak during weekend kat padang sekolah. Aku sendiri tak pernah rasa time tu coz aku belum lahir lagi. Mak aku lah citer ni.

muke lebor pinggan gamaknye pompuan ni la hehhee

Semalam dapat jugak aku rasa sendiri cam ne rupa keadaan tengok wayang pacak ni. Terima kasih kat Samsung yang create event ni untuk #mygalaxylife user. Untung gaklah aku pengguna Samsung smartphone ni. Hehhehehehe..


Ktorang boleh tersampai awal plak kat Bukit Kiara Equestrian Park ni, so nak tunggu blogger lain lambat plak kan. Hah terus je masuk. Tak yah tiket tau, bukak Samsung Galaxy Life app ni cari #StarlightCinema punya icon then terus tekan redeem. Yeah dapat masuk! 1 tiket untuk 2 orang so Mr Big tak yah sesusah nak cari tiket.

Sementara nak tunggu movie start, so merayap-rayap tengok booth apa yang ade kat situ.


Rupanya booth makan, so apa lagi meh beratur.

issac yang happy dapat makan cupcake

Time beratur tuh, siap-siap bukak #mygalaxylife app ni untuk redeem apa yang patut. Tak yah nak kuar duit, just redeem je segala voucher yang ada.

Aku sempat redeem,

Project C cupcakes

Pizza Hut

Gong Cha

Crazy Potato

Burger Bakar Kaw Kaw

Ada lagi sebenarnya booth-booth lain tapi tak sempatlah nak redeem coz kekenyangan yang amat.

Ok its show time.


Malam semalam citer Fast & Furious 6. Action movie yang ada Vin Diesel, Paul Walker, Dwayne Johnson The Rock tuh. Selalu tengok screen tak berapa besar kat umah hah amik ko punya bapak besar giler kan. Rasa cam puas sangat, macam nak terkeluar-keluar kereta tu ek.



Aku just bawak tikar je untuk alas tempat duduk sebab malu nak bawak bantal bagai kang orang kata nak pindah plak. La majoriti yang datang siap bawak comforter, kerusi lipat bagai, ishkk rugi sungguh. Kat sini ada jugak di sediakan bean bag tapi ktorang terlambat sampai kan so bean bag semua sudah abis orang amik. 

Ermmm rugi-rugi….

Ishk memang seronoklah berpeluang tengok #StarlightCinema ni.

Walaupun tepon semart aku Samsung MEGA yang ramai duk kutuk besar yang amat kan, tapi aku ada Samsung Galaxy Life app. Hahahah korang tak de kan. Itulah kutuk orang lagi.


Meh sini aku ajar camne korang boleh dapat semua ni secara FREE wokeh.

1. Muat turun aplikasi Samsung Galaxy Life kat phone korang klik link yang aku letak ni http://bit.ly/1krYGwz

2. Lepas tu korang createlah akaun baru di Samsung Galaxy Life app ni

3. Update profil akaun letaklah nama, email semua bagaikan

4. Kemudian korang redeem je FREE PASS Samsung Cinema Starlight di kaunter ( Bukit Kiara Equestrian )


Bukan setakat #StarlightCinema je ada bagi lagi voucher makanan, pi kelas masak, buku, gadget yang korang boleh redeem.

Thank you Samsung for this special invite ek

Apalagi korang ni nak fikir-fikir, bukan kena bayar pun. Download jelah cepat!

Kang melepas #StarlightCinema ni jangan nak salahkan aku ek….