Monday, June 16, 2014

Buffet Ramadhan 2014 Di VISTANA HOTEL Bersama 101 Resipi Tok Wan

Hi Korang,

Sejak Vistana Hotel ni direbranding hari tuh, aku still belum ada masa lagi untuk kesana.


Nasib baik ada Ramadhan review minggu lepas, dapatlah jejak kaki ke sini lagi.

Siapakah Tok Wan tuh ek

Tok Wan ni merupakan panggilan/gelaran nenek bagi mereka yang berada di Pahang. Kalau kita just panggil nenek, Wan, grandma kan hehehe

Bertemakan 101 resipi Tok Wan, pihak Vistana menjanjikan 101 jenis resipi pelbagai rasa daripada pembuka selera seperti kerabu hingga ke pencuci mulut kuih muih tradisional.



Pilihan pembuka selera yang berkhasiat seperti ulam-ulaman macam ulam raja, jantung pisang, kacang botol dan petai, Di tambah pula dengan pelbagai jenis sambal mahupun colek seperti sambal belacan, cencaluk, tempoyak, budu dan sambal nenas.












Untuk sajian utama Tok Wan menghidangkan ayam bunga rampai, rendang daging, ikan talapia goreng berempah andassam pedas ikan tenggiri. Di antara pilihan lain yang bersesuaian di makan bersama dengan nasi panas adalah ayam percik, gulai daging dengan nangka, paru paru goreng berlada, daging masak kicap dan lada hitam, ikan sembilang masak tempoyak, pajeri terong dan rebung masak lemak.

Meh intai pemanis mulut plak,












Sangat awesome kan. Aku sendiri makan dessert dulu then baru cuma main course, serius pilihannya sangat sangat banyak dan sedap.

Untuk buffet 101 Resipi Tok Wan ni, ianya bermula dari 29hb Jun 2014 – 27hb Julai 2014 dari 6.30petang hingga 10.00 malam.

Harga buffet ramadhan 2014 di Swez Brasserie ni adalah

RM 48++ untuk dewasa
RM30++ untuk kanak-kanak (4-12 tahun)


Jom kita ke :-

Vistana Hotel Kuala Lumpur Titiwangsa
Jalan Lumut,
50400 Kuala Lumpur

Telefon: 03-4042 8000
Official website : 


Buffet Ramadhan ini di adakan di tingkat 3 Banquet Room dan hotel ini di lengkapi dengan parking yang luas dan untuk kemudahan untuk solat di sediakan untuk mereka yang berbuka puasa di sini.

Time puasa, malas nak balik sebab jem bolehlah singgah kat sini jap. Tak de lah mahal sangat pun daripada tempat-tempat lain ek.

Shokubutsu SPA Day Out

Hi Korang,

Masa cuti Hari Agung hari tuh, tak jugak aku melekat kat umah.

Bekerja lagi ye untuk blog.

Tapi yang ni best sket coz nama je bekerja tapi berleisure sebenarnya hahahahaha

gedik benau aku pegang bunga, bunga lily tak do ke




Aku dapat jemputan ke Shokubutsu SPA Day Out di Vila Manja, Jalan Damai Ampang. Bukan aku je, ada blogger lagi gak macam mamasan Tammy, Innanie, Sabrina dan K Adib Lawyer sempena meraikan pemenang pemenang peraduan "Manjakan Dirimu Bersama Shokubutsu" yang pernah dijalankan dengan kerjasama Majalah Penerbitan Kumpulan Karangkraf, MIDI dan Seri Dewi Keluarga di sekitar awal tahun ni. Dengan kakak-kakak wokeh.



inilah para pemenang ye.. diorang ni sangat cool sungguh...

Rupanya para pemenang ni mendapat hadiah yang cukup special tajaan Vila Manja iaitu Pakej Spa yang merangkumi sesi urutan relaxation, urutan hot stone, scrub badan, terapi mata serta mandian relaxation yang menggunakan siri mandian dunia terkemuka Shokubutsu dan seluruh pakej bernilai RM599 di Vila Manja Spa ni. Haruslah seronok yang amat 


Sebelum tu ada kata-kata aluan dari Farah selaku PR bagi produk Shokubutsu "World Famous Bathing Series" ni. 




Di ikuti pula dengan sedikit speech daripada bos besar Shokubutsu Malaysia dan seterusnya merasmikan majlis yang special ni. Cakap melayu wokeh, ko mampu hehehe. Sangat melayu baku tapi ktorang ok je.


Ktorang di bahagikan kepada 2 group sebab tak muat reramai nak berspa kan, lagipun kakak tukang urut tu bukanlah ramai so ikut turn lah. 


Aku, innanie dan sab dalam group 2 so ktorang kena tunggu dulu. Sementara tunggu tuh, ada disediakan game untuk ktorang hiburkan hati. Mengah-mengah gaklah gak lah cangkung duduk nak siapkan jigsaw puzzle dan main brainy game tu kan.. 


Abis game cepat so dapat rehat-rehatkan diri kat ruangan menunggu tuh, sempatlah baring-baring. Maklumlah baru lepas pekena light lunch je coz nak urut-urut mana boleh makan banyak, kang kuar semua apa yang masuk tadi.

Ok its SPA time..

Ktorang dapat merasai sendiri sesi urutan relaxation, urutan hot stone, scrub badan, terapi mata serta mandian relaxation dengan produk mandian "World Famous Bathing Series" dari Shokubutsu ni. 

Ok sedikit info aku citer mengenai Variasi produk mandian "World Famous Bathing Series"


Ohsen Therapy (purple) ramuan istimewanya Mineral Ohsen dan Hinoki Cypress dan kebaikkannya adalah untuk mengembalikan tenaga melalui kekayaan kandungan mineral kolam air panas. Hinoki Cypress pula merupakan pohon yang biasa digunakan dalam penghasilan kolam mandi air panas di Jepun yang berupaya melegakan tekanan harian dan membantu pernafasan


Balinese Escape (hijau) yang mana ramuan istimewanya adalah frangipani dan sweet basli. Dua bahan ini dapat merannsangkan dan aroma terapinya yang hebat untuk menyerlahkan lagi kecantikan luaran di samping memberikan anda ketenangan dan kedamaian yang sepenuhnya


Oriental Charm (merah) yang mana mengandungi orange peel dan goji yang mana fungsinya dapat melegakan dan menyegarkan. Ianya juga membantu anti penuaan.



Ada pilihan pek 3 saiz
pek botol 220 ml - RM6.50 
pek isian 500 ml - RM7.95
pek botol 650 ml - RM14.90

Masa mandi tuh, aku cuba kesemua varian ni. Yang aku pilih adalah Oriental Charm erm sangat memikat hati baunya. Tapi ramai yang prefer Balinese Escape coz baunya ala-ala cam mandi lulur.

kakak therapist yang awesome, kak tolong simpan rahsia saya tau... huhuhuhu..

Lega ko bila dapat berurut satu badan. Kakak yang urut aku tuh, cakap badan aku banyak angin dan urat kaki pun masuk angin gak. Mana taknya, ke sana ke sini merayap pi event kan.


Selesai kedua-dua group berspa dan main game, tibalah masanya untuk penyampaian hadiah. Alhamdulillah, group kitaorang menang jugaklah beberapa hadiah. So bukak hamper, bahagi sama rata kan barulah adil.

Sangat-sangat seronok baru kenal dengan kengkawan baru.


Terima kasih Shokubutsu Malaysia for this special invite. Best sungguh dapat merasai pengalaman spa di Vila Manja. Urat-urat badan kembali normal tau.


Korang kalau nak tau lebih lanjut pada produk Shokubutsu "World Famous Bathing Series" dan juga produk lain, meh layari ke Fanpage Shokubutsu Malaysia ye..

Ok jom pi mandi ek..




Sunday, June 15, 2014

TOTAL IMAGE Smelly No More Deodorant, Hilang Bau Badan!

Hi Korang,

Tengah syiok duk berborak dengan kengkawan lain, tup-tup terbau plak menda yang kurang menyenangkan. La rupanya ada seseorang ni bau badannya ermm sangat sangat mengharumkan. 

Aiyo!

Nak tegur salah, tak tegur salah. Sudahnya kenalah tahan hidung selama mungkin ek. Itula namanya kawan kan, tapi aku mesti nak tegur jugak mamat ni satu hari nanti. 


Aku mesti nak introducekan mamat tu Deodorant Smelly No More dari Total Image. 

Deodorant ni mengandungi iaitu Garam mineral semulajadi yang mampu menghalang pembiakan bakteria yang merupakan punca utama bau badan.

Apa Itu Total Image Smelly No More

Deodorant yang diperbuat daripada garam mineral semulajadi

Berfungsi 300% lebih berkesan berbanding deodorant yang hanya menutup dengan wangian. 

Menghalang pembiakan bakteria punca bau badan. 
Menghapuskan bau badan dengan efektif! 

Tambah lagi sket, ianya Hypo-allergenic, bebas alcohol dan wangian, Tidak melekit dan tidak berminyak, Tidak menggelapkan kulit dan tidak mengotorkan baju.

Sesuai untuk golongan lelaki dan wanita


Punca bau badan adalah dari gabungan peluh dan bakteria. Peluh sebenarnya tidak berbau dan proses ini berfungsi sebagai satu cara semulajadi badan untuk menyingkirkan toksin. Bakteria merupakan punca utama bau badan dimana bakteria memecahkan peluh kepada asid lemak berbau. Kebanyakan deodorant komersial di pasaran sama ada berfungsi dengan menghentikan proses semulajadi perpeluhan atau dengan menutup bau dengan wangian. Oleh itu, deodoran komersial kebanyakannya kurang berkesan dalam mengatasi punca utama bau badan.

Produk ini boleh digunakan pada kawasan bermasalah seperti ketiak, leher, belakang lutut, tapak tangan dan tapak kaki. Ianya juga disyorkan untuk korang yang kerap berpeluh atau mereka yang sering melakukan aktiviti-aktiviti berat seperti atlet sukan.

Sesuai untuk semua, produk ini semula jadi, selamat, ekonomikal and merupakan penyelesaian bau badan yang berkesan.


Cara penggunaan Deodorant Smelly No More

Mudah je nak guna deodorant ni. Basahkan tip ketulan deodorant tu, gosokkan pada bahagian yang dikehendaki. Bukan setakat kat ketiak kita boleh pakai malah kat belakang lutut, leher dan juga di kaki. 
Produk Total Image Smelly No More ni boleh didapati di Guardian, Watsons, Caring, Vitacare dan semua farmasi utama seluruh negara. 


Harga Total Image Smelly No More
Pek 60gram RM16.90
Pek 120gram RM24.90


Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi :

No.phone : 03-62721111 
facebook : 



Korang yang rasa-rasa ada masalah teruk macam ni, baiklah pi cuba ek, mana tau berkesan untuk kurangkan apa yang patut kan