Thursday, June 12, 2014

Buffet Ramadhan 2014 Di BANGI Golf Resort, Bangi.

Hi Korang,


La first time lagi dapat pi ramadhan review di BGR Restaurant di Bangi Golf Resort ni.


Punyalah suka coz dekat benau dengan rumah. Actually ini kali kedua aku pi makan kat sini. Dulu tu masa bulan puasa gak but lagi 2 hari lagi nak raya coz Mr Big ada appointment dengan one of the manager kat BGR ni. So dapatlah ktorang merasainya sendiri buffet ramadhan di sini. Ya ampun, crowd memang ramai dah macam bazaar pun ada.



Kali ni, ktorang datang sebagai reviewer plak. Angkut sekali mama dengan Siti, si gemuk je tak de. 

Sesampai je dewan dah almost full dengan bloggers. Ada yang bawak keluarga, partners, kengkawan kan, erm jemputan untuk 5 orang haruslah bawak sekali. Kira macam spend time bersama keluarga but in the mean time buat food review sekali. Tak ke awesome tuh.

Seperti tahun-tahun sudah Bangi Golf Resort menyediakan lebih 100 jenis hidangan yang bakal disajikan untuk para pelanggan yang datang. 

Ada Cooking Showcase, Western Appetizer, Malay Appetizer, Snacks & Main Courses dan pelbagai lagi.




Bagi Cooking Showcase, korang di sajikan dengan Kambing Bakar, satay ayam dan daging, fried kway teow dan fried mee mamak. Ermm semua masak depan korang. So boleh lah tengok cam ner chef-chef ni masakkan.





Untuk Western Appetizer plak, selain daripada Beef lasagna, spaghetti with chicken carbonara, grilled boneless chicken ada satu jenis hidangan yang bagi aku agak unik sket hasil ciptaan chef sendiri iaitu Sous Vide Eggs with Mushroom Espuma

Sous Vide Eggs with Mushroom Espuma

Sous Vide Eggs

Ianya sebenarnya telur ½ masak yang di masak perfectly dan dihidangkan dengan special mushroom sauce. Korang kene rasa dulu so baru tau cam ne. Aku sampai nak explain susahlah. Mr Big sampai bedal bermangkuk-mangkuk sebab sedap.









Hidangan Malay Appetizer, Snacks & Main Courses, ada Lemang, Rendang daging, Cucur udang, Nasi Beriyani, Nasi Ulam, Gulai Kawah Daging, Sambal Sotong, Ikan keli masak lemak cili api dan pelbagai lagi.














Dessert pun ada macam-macam pilihan, selain daripada kuih muih melayu ada jugak hidangan pemanis mulut western seperti red valvet cake, chocolate fudge cake, crème brulee tartlet, chocolate mousse sundae, watermelon lychee jelly, young coconut jelly, crème caramel, sous vide pineapple panna cotta dan oreo cream cheese.






Aduiyai sampai letih-letih nak makan tau, nasib baik sambil makan sambil borak so cam seronoklah sket nak abiskan makanan ni semua. 

Untuk buffet ramadhan BGR restaurant ni, ianya bermula dari 2hb Julai 2014 hingga 26hb Julai 2014 dari 6.30petang hingga 10.30 malam.

Harga buffet ramadhan di BANGI Golf Resort, Bangi ni adalah

RM50 nett untuk dewasa

RM25 nett untuk kanak-kanak

Kalau nak booking senang je, korang boleh contact NURUL ATIKAH 012-343 1375 (email:atikah.bangigolf@gmail.com) call je dia, cakap nama CIK LILY PUTIH nanti pandailah dia adjust table untuk korang kan heheheheh, atau terus call 03 – 8925 3728

Jom kita ke


Bangi Golf Resort , 
No 1 . Persiaran Bandar. 
43650 , Bandar Baru Bangi. 
Selangor Darul Ehsan.

Tel : 03 - 8925 3728 / 03 - 8210 0265


Laman Web: www.bgrrest.com




Apa lagi, korang-korang yang dekat area Bangi ni memang patut pi cuba. Aku ni pun bulan puasa nanti mesti nak kemari lagi. Sebab nak makan ais krim bunga kantan yang sedap benau tuh.

Jom #BGRmakan


Tip Sayangi Kereta Anda | Servis Kereta Yang Masih Dalam Waranti

Hi Korang,

#DakOren aku tu dah pun berjalan RM30,000km tau.

Itulah dalam sekelip mata je, maklumlah asyik manjang pi event je kan. Sampai Mr Big pun bising, alah tak perlah cari rezeki sket-sket kan.

Lepas service 20,000km hari tuh rasa cam macam banyak je bayar tapi tak lah aku cuma bayar separuh daripada harga sebenarnya coz kereta aku ni still under warranty lagi. Kira ok lah kan.

Lepas tu ada plak reader tanya pasal hal pembayaran ni


Ooo tak paham ek dik

Cam ni citernya.

Walaupun kereta aku ni still under warranty lagi but chargers untuk spareparts memang kena bayar. Cuma yang FREE adalah labour charge. Aku rasa memane pengeluar kereta pun gunapakai perkara ni. Cam dulu masa aku pakai Waja, ini jugak terms dan conditionnya.

Masa sign agreement kereta dulu, dealer kereta dah terangkan pasal bab warranty ni. So memang dah alert. Memang FREE SERVICE for 3 years or mileage up to 60,000km, tapi untuk labour charge sahaja. Spareparts memang kena bayar.

Ok memintaklah budak munirah ni paham. Kalau tak paham ko tepon jelah K Lily ek.


Masa service 30,000km tu Mr Big yang pi anto coz dia still cuti lepas balik umrah tuh. Lepas je anto aku pi keje terus berdesut dia pi kan. Walaupun dah booking, dia still nak dapat no. 1 gak sebab dia nak balik tidur. Ishkk melampau ek, asal cuti je nak tidur. Weekend nak tidur, malam nak tidur pendek kata asal dia duk je umah bantai tidur je kan.


Untuk kali ni, aku cuma kena bayar dalam RM163.30 je.

Okla tu kan. Tak banyak yang kena tukar cuma yang sparepart asas je macam minyak hitam, oil filter, spark plug dan beberapa menda kecik-kecik kan. 

Kalau korang nak datang service kereta perodua, mehla ke sini 

Frontline Motor Sdn. Bhd. 
No. 7, Jalan P10/21, 
Taman Selaman, Seksyen 10, 
43650, Bandar Baru Bangi, 
Selangor 

Tel : 03-8926 8003 
Fax : 03-8926 9060 

In terms of harga aku tak berapa sure lah but kira selesalah untuk korang menunggu lama tapi yang penting mesti call buat booking dulu ye. Kalau tidak lagi lama lah korang menunggu. 

Itu je, nanti kita sambung citer lagi ek

p/s : menaip sambil tunggu bebudak lain datang untuk ramadhan review kat Holiday Inn ni.. heheheh sempat gituh kan..



Wednesday, June 11, 2014

REVIEW | ENCHANTEUR PARIS Body Lotion And Serum

Hi Korang,


Memang banyak pilihan losyen badan masakini kat pasaran kan? 

So yang mana satu pilihan hati korang… ermm ke tak guna langsung body lotion kat umah ni. Ishkk mana boleh tak guna penting tu tau.


Aku kat rumah ada, dalam handbag ada, kat opis ada even dalam kereta pun ada, just standby incase kalau tengah-tengah jem boring tak de apa nak buat bolehlah sapu losyen kat tangan kan.

Aku dapat cuba ENCHANTEUR Paris Body Lotion and serum ni. Thanks to The Butterfly Project for this ye. Dapatlah main sapu sana sini kan, yelah pilihan banyak. Mehlah aku citer sket sesatu ek

ENCHANTEUR PARIS All-In-One Whitening

All-in-One Body Serum giving you Multiple Benefits in 1 application for Fair, Beautiful Soft skin even if you are out under the sun.
· SPF24++ Sun Protection against harmful UVA & UVB sun rays
· Licorice Concentrate to whiten and even out skin tone
· Hyaluronic Hydration for 24hours hydration

ENCHANTEUR PARIS Triple Whitening Lotion

Triple Whitening Body Lotion gives you Fair & Radiant skin that will love to flaunt through 3 whitening action in which 3 main whitening ingredients – Vitamin B3, Sakura & Licorice Concentrates work together to Whiten & Even Out skin tone
· Vitamin B3 helps stop the aggregation of melanin to prevent pigmentation
· Sakura Concentrate works tyrosinase activity to even out skin tone
· Licorice Concentrate prevents the formation of dark pigment


ENCHANTEUR PARIS Firm and Repair

Firm & Repair Body Lotion gives you Healthy, Supple & Youthful looking skin. This lotion is enriched with
· Micro Collagen that strengthens and firms up body tissues, keeping skin firm, supple and youthful looking
· Swiss Edelweiss protects skin against free radicals and works actively to repair damaged skin overnight

ENCHANTEUR PARIS Light and Fresh

Light & Fresh Body Lotion, a fast absorbing, water-based formulation giving you Fair, Fresh & Moisturized skin
It is a non-sticky and non-greasy lotion enhanced with:
· UV protection against harmful sun rays
· Licorice Concentrate that prevents the formation of dark pigment
· Portulaca and Aloe Vera Concentrates that deeply moisturize your skin
Good for outdoor as it also comes in uplifting and refreshing fragrance that keeps you fresh even it is hot outside.


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

MY REVIEW


Aku suka keempat-empat losyen ni coz baunya ermm wangi sangat. Kalau dah sapu tuh, dah tak yah nak pakai perfume. Baunye melekat hingga ke petang orang kata. Especially orang yang berada sekeliling aku, rasa bangga gituh.

Lepas tu plak losyen ni sangat cepat meresap ke dalam kulit. Tak sampai 3bminit gituh tak de kesan dah, biasalah kulit aku kan tebal so kadar penyerapan tu tak sama dengan orang lain hehehehe.


Kalau waktu siang aku pakai Light and Fresh coz aku ni kat aktif kesana ke mari kan so bau tuh still ada je dan kalau malam plak haruslah guna Firm and Repair sebab baunya harum yang boleh buatkan aku cepat je nak tidur

Korang sukalah wangi-wangi ni kan.


Meh layari www.enchanteur.com.my atau FB di https://www.facebook.com/EnchanteurMY untuk nak tau lebih lanjut pasal produk ni.

Kalau nak pi beli, boleh dapatkan Enchanteur Paris Body Lotion di kedai berhampiran korang.