Tuesday, May 27, 2014

Majlis Pelancaran Produk Baru Havarline Diamond | D-COLLAGEN



Hi Korang,

Jumaat lepas, sempat gak aku ke Hotel Royal Chulan Damansara untuk launching event bagi produk Havarline Diamond Sdn Bhd iaitu Diamond Collage @ D-Collagen.


Havarline Diamond Sdn Bhd, sebuah syarikat tempatan yang bergiat aktif di dalam industri estetika kecantikan, yakin rangkaian baru produk kosmetik yang di tawarkan dapat menggandakan pendapatan syarikat tersebut menjelang akhir 2015.

Ok meh aku terangkan sket D-Collagen ni apa ek?


D-COLLAGEN adalah inovasi formula kecantikan antipenuaan terkini dan makanan tambahan kesihatan yang di hasilan dengan kajian teliti terhadap fungsi collagen di dalam tubuh badan manusia. Gabungan formula collagen bersama bahan utama seperti bird nest, pitera, madu, goji berry, dan sengkuang putih mempercepatkan proses pemulihan sel kulit baru, melembab dan mencerahkan kulit secara alami, segar berseri, lebih anjal dan mulus dalam masa yang singkat

Ermm cam best je baca kan tang ingredients tu yang menarik. Semuanya bahan-bahan yang bervitamin dan berkhasiat tinggi.


Majlis ini telah dilancarkan oleh Yang Bhg Senator Dato' Seri Ahmad Bashah Bin Md. Hanifah, Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan.



Pengarah Urusan Havarline Diamond Sdn Bhd (HDSB), Cik Noor Haniem Baharom



Turut dilancarkan dalam majlis tersebut ialah rangkaian produk baharu termasuk D-Collagen, D-Babes iaitu White Coffee minuman intim dan dalaman untuk wanita serta rangkaian pilihan D-Soap iaitu sabun rawatan spa Carbo Bar Soap, Bird's Nest Soap, Dead Sea Mud Soap dan Marine Collagen Soap.


Untuk maklumat lanjut mengenai produk-produk keluaran Havarline Diamond Sdn Bhd (HDSB)

Hubungi :

Havarline Diamond Sdn Bhd (HDSB)
3A25, Level 3A, Blok A, 
No. 1, Jalan SS20/27, 
Damansara Intan, 
47400 Petaling Jaya, 
Selangor Darul Ehsan

Hotline : +6019 968 8000

Ataupun layari :

Website : dcollagen.asia
Facebook : DCollagen

dengan mereka yang comel-comel belaka..

dengan awek cun, ayu dan syuhada

Ermm kena cuba gak ni, sebab ada kopi kan. Kan favourite aku kopi kopi ni.

Monday, May 26, 2014

I Nak Wangi Cam You Gaklah DOWNY Parfum Happiness

Hi Korang,


Sapa tak suka wangi-wangi, angkat tangan!

Ermm memang tak lah jawabnya kan, cuma kucing aku je #DakUban yang tak suka wangi. Lepas je aku mandikan dia, terus berguling-guling dalam pasir tempat dia berr tuh… Sakit hati mak noks! Penat beli syampoo kucing mahal-mahal tapi jadi cam tu plak kan.


Dah tu badan je nak wangi, baju pun haruslah wangi jugak kan.

Sebab tu aku memilih DOWNY sebagai pelembut pakaian time aku basuh baju ni. Rasa cam letak minyak wangi plak

Ermm wanginya…

Meh aku citer sket ciri-ciri unik DOWNY ni ek


Downy ‘pelembut fabrik pekatan’, jenama nombor 1 di A.S memberikan lima kali kesegaran berbanding pelembut fabrik cair biasa. Disebabkan ia sejenis pekatan, hanya ½ penutup(20ml) sudah mencukupi untuk satu cucian. Malah, satu botol 400ml boleh bertahan sehingga 20 cucian, jadi anda memang boleh menggunakan sedikit sahaja.

Nak guna tak tau cam ne, ni meh sini sambung baca lagi ek


Arahan Penggunaan
Pada bilasan terakhir, masukkan Downy mengikut sukatan di bawah ke dalam air bilasan atau ruang pelembut pada mesin basuh.

Untuk cucian tangan
Tambah ½ penutup untuk 15-20 helai pakaian, rendam selama beberapa minit dan keringkan.

Untuk cucian mesin
Tambah ½ penutup untuk separuh muatan (sehingga paras air 35L). 1 penutup untuk muatan penuh (sehingga paras air 52L). Selepas kitaran membilas selesai, keringkan seperti biasa.Untuk hasil terbaik pada jeans, selimut dan tuala, tambahkan 1 lagi penutup Downy.


Alah sedikit je wokeh coz DOWNY ni pekat bangat..

Yang aku guna ni varian terbaru DOWNY Happiness yang amat sesuai untuk cuaca panas cam Malaysia ni wangiannya menyegarkan dan menarik serta nyaman untuk cuaca panas.


Ada banyak lagi Varian lain seperti Mystique, Sunrise Fresh, Anti Bacteria, Passion dan Innocence

Koleksi Downy Parfum yang dipertingkatkan dengan Teknologi Penukaran Bau boleh didapati di semua cawangan runcit utama bermula April 2014.


Harga runcit produk DOWNY adalah

RM5.85 untuk 370ml
RM10.90 untuk 900ml
RM20.90 untuk 1.8l

Sepanjang bulan April dan May, lovely couple Diana Danielle dan suaminya Farid Kamil akan berkongsi pendapat mereka tentang sama ada lelaki benar-benar tidak peka terhadap wanita selepas janji temu pertama dan menyeru para peminat Koleksi Downy Parfum untuk mengambil bahagian di dalam kaji selidik Clozette dan menimbulkan kesedaran di kalangan pengguna Malaysia tentang kebolehan untuk menghangatkan semula cinta dengan Koleksi Downy Parfum baru yang dipertingkatkan dengan Teknologi Penukaran Bau di laman-laman media sosial mereka


Ambil bahagian di dalam kaji selidik “Lelaki Tidak Peka Terhadap Wanita”di www.clozette.co/downy

Sertai perbualan di media sosial dengan #CluelessMan dan #DownyMY

Kongsi pandangan anda bersama Diana dan Farid di

Instagram & Twitter @DianaDanielleB | @FaridKamilZ

Facebook


Ok meh sambung basuh balik lagi ek... 


Senarai Pemenang 'GIVEAWAY CANTIK' InnerShine Di CikLilyPutih.Com



Hi Korang,

Aku boleh terlupa plak nak pilih pemenang untuk entry 'GIVEAWAY CANTIK' InnerShine ni kan. 


Ya ampun, mesti korang duk marah-marah aku punya lah, ermm maafkan makcik yang tua lagi alpa ni ek. Kerja banyak sebenarnya but bukan malas tau.

Ok aku dah pilih pemenang pun coz Mr Big malas plak nak tolong aku kali ni. Ishkk memang tau, sejak balik dari umrah ni asyik nak tidur je, jetlag konon kan.

Ini dia pemenangnya:-

Nama: Nuradyani bt. Rosly

Nama:Kien Mei

Nama: Nadira Jamaludin


So diharapkan ketiga-tiga pemenang ni akan email kan aku details sepenuhnya ye macam ni

Tajuk Email : Saya Pemenang Giveaway Cantik

sertakan 

Nama :
Alamat :
No tel :
Email :
URL:

Ok itu je. Kalau boleh secepat mungkin ek coz senang aku nak forwardkan details korang kat tokeh InnerShine ni hehehhe


Yang tak berjaya, eleh janganlah nak merajuk dengan aku tau. Korang sabar sket coz ada satu lagi pusingan untuk 'GIVEAWAY CANTIK' InnerShine ni. 

So selalu-selalulah lepak kat blog aku ni ek...