Wednesday, May 21, 2014

30 Hari Lagi Untuk Ke EH EH BAZAAR 2014!

Hi Korang,

Ingat lagi tak entry aku pasal projek EHEH Bazaar 2014 ni hari tuh? alah masa PC kat KL Live tuh.

Hah yang tu lah..

Rupanya cuma tinggal 30 hari lagi? kejap je kan.


Pejam celik, pejam celik dah tinggal sebulan saja lagi untuk kita sama-sama memeriahkan bazaar terbesar di Malaysia, Mega Bazaar 2014 anjuran syarikat Eh Eh Bazaar Sdn Bhd.

Lagi plak tinggal 100 booth saja?

Itulah siapa sangka, sudah lebih 900 orang mendaftar sebagai vendor pada 21 dan 22 Jun ini bertempat di MAEPS Serdang. Awalnya macam tidak percaya, tapi itulah hakikatnya apabila kesemua peniaga online berebut-rebut mendapatkan ruang niaga di Mega Bazaar 2014 ini.

Menurut Pengarah Urusan Eh Eh Bazaar Sdn Bhd, Puan Iffah Zaimi, pihak penganjur sendiri tidak percaya dengan sambutan yang diterima."Tinggal lagi 100 saja gerai yang masih kosong dan belum ditempah lagi. Dalam masa seminggu selepas Sidang Media Mega Bazaar 2014, lebih 500 booth kami sudah ditempah. Ini kerana harga yang kami tawarkan begitu berbaloi untuk dua hari berniaga," katanya.


Menariknya, Mega Bazaar 2014 berbeza daripada kebanyakan bazaar lain kerana ia adalah paling besar dan bakal direkodkan dalam sejarah penganjurannya sendiri.

Malah lebih 50 selebriti terkenal seperti Neelofa, Hanez Suraya, Yana Samsudin, Adira, Afdlin Shauki, Amer Forteen dan ramai lagi akan turut memeriahkan Mega Bazaar 2014 ini dengan membuka gerai masing-masing.

The Mega EH EH Bazaar 
(Bazaar Usahawan Melayu Online) 
Terbesar Di Malaysia

Tarikh : 21hb dan 22hb Jun 2014 (Sabtu – Ahad)

Masa : 11 pagi – 7 malam

Tempat : Malaysia Agro Exposition Park Serdang, MAEPS

Korang boleh contact untuk pertanyaan lanjut kat bawah ni.

Nama : En Murshid Eunos 012-2772636

atau pun

telefon je office


EH EH BAZAAR Sdn Bhd
No.27-1-1B, Jalan Medan PB 2B,
Section 9, Pusat Bandar Baru Bangi, Selangor
Tel no. 03-8926 1440

La kenapa tunggu lagi? 

Kepada korang yang begitu aktif berniaga secara online di laman sosial Instagram dan Facebook umapamanya, ini adalah peluang keemasan untuk korang semua berniaga secara offline.




Segmen Bloglist Bubblynotes.Com 48 Jam #1

http://www.bubblynotes.com/2014/05/segmen-bloglist-bubblynotescom-48-jam-1.html
Segmen Bloglist Bubblynotes.Com 48 Jam #1 bermula dari 20/5/2014 SEHINGGA 22/5/2014, jam 9.45 a.m... Semua blogger tak kira yang baru atau lama, femes atau tidak, retis atau tidak dijemput untuk memeriahkan segmen ini... Tujuan? Pertama, haruslah nak pilih 10 orang blogger yang bertuah untuk masuk bloglist Bubblynotes.Com dan nak rapatkan lagi silaturahim sesama kita, follow memfollow untuk semua blogger2 yang menyertai segmen ini. Pemenang segmen akan dipilih oleh pakcik Random.Org...

Hanya 4 Langkah Mudah Diperlukan:
1. FOLLOW blog Bubblynotes.Com 
2. Buat entri bertajuk: Segmen Bloglist Bubblynotes.Com 48 Jam #1
3. Copy coding yang telah disediakan ke dalam ruangan HTML dan Publish entry. Untuk copy coding di bawah, sila HIGHLIGHT semua coding dan tekan CTRL + C secara serentak.

Kemudian pastekan coding seperti tutorial di bawah ini...

 
4. Tinggalkan URL entry uolss ke dalam ruangan komen di bawah. 

Simple dan mudah kannn??? Segmen copy+paste paling awesome kot bagi iolss... 

PEMILIHAN PEMENANG:
1. 10 blog akan dipilih melalui Pakcik Random. (random.org) 
2. Pemenang akan diumumkan pada 23/5/2014.

Sempat Lagi Nak Menang RM100K Dalam YEO’S #80daysdrinktocash Contest

Hi Korang,


Ingat lagi kan entry aku pasal contest gempak meletops YEO’S Menang RM100K ni kan.

please janganlah amik, ni kita punye. kita pun nak masuk contest ni tau..

Itulah nak bagitau ni tinggal beberapa hari saja lagi peluang korang untuk memenangi wang besarrr dalam contest minum air YEO’S ni je.


Meh baca ni,

Ermm cuba "KALAU AKU MENANG RM100K" dari contest YEO’S ni. Apa yang aku nak buat dengan duit tuh. Seharusnya lah settlekan hutang puitang yang tinggi menggunung macam Mount Kinabalu tu kan. Bagi sket kat mak aku supaya dia boleh sambung rumah sampai ke sungai so nanti ktorang dah boleh ada swimming pool dalam rumah kan. Hehehehhe.

Balance tuh buat pi jejalan dan yang paling penting aku nak pasang air-con kat seluruh rumah aku, tak kiralah dapur ke, toilet ke, bilik of course sudah tentu kan, lately ni Malaysia panas sangat walaupun hujan je tiap-tiap petang.


Arghh impian mengarut sangat tapi mana tau jadi kenyataan sebab aku hari-hari hantar penyertaan ke contest YEO’S ni tau.

La korang ni, tak tau nak hantar penyertaan cam ne ? ishk meh tengok video ni ek


Ermm cepat-cepat hantar details kat wechat ek sebab contest ni akan berakhir pada 31 Mei 2014, eh ada masa lagi nak pi beli air YEO’S yang sedap ni kan. Ikuti perkembangan YEO’S Malaysia WeChat Official Account (ID: YeosMalaysia) dan jom la sertai YEO’S 80 Days Drink to Cash Contest sekarang!


La blur lagi kaedahnya, korang boleh klik entry details kat sini dalam official website YEO’S ni ek http://www.yeos.com.my/contest/index.php

Meh layan sket pesanan penaja kita yang terbaek ni ek



ONLY ONE LUCKY PERSON will walk away with the Grand Prize of RM100,00, and it could be YOU!

Entries close at 6.30pm, 31st May 2014, so don't miss this chance to walk away with RM100,000 Cash. Submit your entries now.


Cepatlah pi beli ni ek, aku ni pun dah abis minum 2 carton still tak menang gak tapi tak per usaha tangga kejayaan..

Moh kite..