Monday, May 19, 2014

Manjung Yong Tau Foo Untuk Menu Makan Tengahari


Hi Korang,

Lama tak citer pasal makan ek.

Moh lah kita ke Lakefields Sg Besi untuk makan tengahari nanti hehehehe..

Ramai bebudak blogger duk review kedai ni dan cakap sedap. So seharusnya aku pun nak pi cuba gaklah bagi nak membuktikan samaada betul-betul sedap ke tak.


Bergeraklah ktorang ke Manjung Yong Tau Foo ni lunchtime last week.

Orang belum ramai lagi, maklumlah baru kul 12 tghari cam tu. Yong Tau Foo pun baru nak setup bagai. So aku duduk je lah tunggu orang datang anto menu.


Memandangkan first time kat sini, so tujuan utama of courselah nak makan yong tau foo, aku mintaklah suggestion daripada budak tukang amik order tu. Dia cadangkan untuk amik pakej yong tau foo untuk 2 orang. Takde dalam menu tapi diorang boleh buatkan.

Orite, bontot berat nak bangun, suruh jelah budak tu buat..

Yong tau foo mari, jom makan


Hah ko memacam ada, penuh gak semangkuk beso yong tau foo ni. Makanlah berdua dengan budak office aku ni. Makan makan dan makan


Inilah dia sos special yang diorg duk gembar gemburkan. Bolehlah sesuai dengan tekak orang melayu kita ni.

bertambah-tambah makan 


Selain daripada yong tau foo, ada jugak diorang jual makanan lain macam nasi goreng, mee goreng dan segala jenis yang bergoreng.

Ok nak datang time tengahari nanti, ini hah detailsnya

Manjung Yong Tau Foo
No 10, Jalan Tasik Utama 7,
Medan Niaga Tasik Damai,
Lake Field, Sungai Besi

Phone : 019-3558533 (En Amirul)
Hashtag : #manjungyongtaufoo

Kalau datang reramai, eloklah buat booking coz kedai ni tak lah besar sangat. Kena plak korang datang 20 orang kan, itu belum kira orang lain yang walk in bagai. Courtesy sket uolls ye!

Mai pi nar… sekali sekala makan makanan menu sihat sedap gak la...

Pencuci Pinggan Mangkuk ZIP Yang Ada Vitamin E Untuk Kulit

Hi Korang,

Sabun basuh pinggan ni, kalau tak kena gaya beli boleh makan tangan di buatnya. Kena plak kulit tangan yang sensitif kan, siap kang tup-tup mengelupas je.


Cousin aku K Elin kena penyakit cam tuh, memang tak boleh basuh pinggan. Kalau terpaksa basuh gak, pakai sarung tangan.Cian plak bila aku tengok tangan dia hari tuh.


Sebab tu la Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd iaitu pengeluar pencuci pinggan mangkuk jenama ZIP mengeluarkan produk ZIP yang di perbaharui bahan kandungan yang kaya dengan formulasi Vitamin E yang baik untuk kulit tangan.


“As a brand that is trusted by home makers in Malaysia, we would like to thank our loyal users for the unyielding, tender love and care in ensuring the kitchen is spotless and gleaming with happiness. Today we would like to present to you with a gift that will care for your hands as you clean. The all new ZIP dish washing liquid is tough on the stains and gentle to your delicate hands. These are intangible brand experiences that we, at Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd, strive for when formulating our latest products innovation. ZIP is your trusted friend in giving the moisture care that your hands need whilst washing dishes Mr Francis Ng, General Manager Marketing of Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd berkongsi cerita mengenai keunikan produk ZIP E-Moist ni.

Dr Ab ni sangat cantik tau in person


“Vitamin E is widely known for its versatile health and beauty function such as the antioxidant function, speeding up cells regeneration and its excellent moisturising property. Women can now give the extra special nourishing care for their hands beyond just topical applications but also in your dish washing liquids” Dr Abrizah Ousman, pakar kulit dermatologi menjelaskan lagi tentang manfaat Vitamin E untuk tangan kita. Suri rumah juga diingatkan untuk memilih produk isi rumah yang diperkaya dengan manfaat ini kerana ia bukan sahaja untuk membersihkan kotoran yang sukar tetapi memastikan tangan seperti tangan memmpunyai kelembapan selicin sutera.

ensem lah chef ni, lupa nak tanye nama plak

Ok puas dah belajar pasal produk ZIP ni, now its time untuk baking dan decorating. Since The Cooking House ni tempat orang belajar masak, ktorang para media pun dapat jugak merasa memasak di sini. Aku dah ke sini beberapa kali dah, so kira cam dah expert sket lah.

baca resipi dulu

cuma tinggal nak deco je

team aku, team reporter hahahaha

Ktorang diberikan task untuk menghias cupcake, cookies, cakes in the jar mengikut kreativiti masing-masing. Hah ko, berhempas pulas kuarkan idea. Eleh tipu je, kuar idea sket pun. 

hasilnya... tada...


Dah siap mendeco, kenalah kemas so time tulah ktorang dapat merasa kebaikan dan kelembutan pencuci pinggan mangkuk ZIP ni. Memang bestlah.


Korang pun dah boleh dapatkan produk ZIP ni kat memana kedai pun yang dengan rumah korang. Ada 3 varian wangian iaitu Lemon Verbena, Lime atau Teh Halia pada harga RM4.10 untuk pek 900ml.


Haruslah aku cadangkan pada K Elin nanti, biar dia cuba dulu berkesan ke tak produk ZIP pada tangan dia. Korang pun boleh cuba gak.

Sunday, May 18, 2014

KitKat #BiggerBreak, Jom Berehat Seketika

Hi Korang,


Kerja kerja kerja, itulah kerja kita seharian.


Dari celik mata sampai nak tutup mata balik time nak tidur kan. Rasa cam non-stop je anggota badan kita bergerak. Dekat rumah keja, kat opis keja dan kekadang tu dalam kereta pun kita buat kerja gak. Mana taknya, reply email, tulis surat, update social media status dan memacam lagi lah.

Tak caya? Meh tengok infographic ni ek


Bila korang tengok chart tu, barulah nampak kadar kestressan tu kan. Hehehehe cam plak aku boleh terfikir ayat cam tu ek.

Cam ne nak hilangkan stress? Erm mehlah makan coklat. Lebih-lebih lagi coklat KitKat Chunky ni.

Ni ada sket info lagi kebaikan coklat, wah best lah cam ni

1. Lower BMI. Coklat memastikan korang lebih bertenaga dalam sukan memanjangkan masa korang menjalankan aktiviti dan peluh juga banyak dikeluarkan dari badan

2. Kurang stroke dari berlaku. Sesiapa yang ada sejarah stroke, dalam kajian coklat boleh mengurangkan kejadian stroke kepada 20%

3. Perlindungan UV damage pada kulit korang. Kulit dan mata menghadapi bahaya UV damage matahari. Bahan Flavonoid dalam coklat memastikan korang dilindungi UV 

4. Tinggi Fibre dalam coklat. Coklat membolehkan korang kenyang bayangkan korang dalam diet, tup-tup craving for KFC, fried fries, wedges, boleh makan coklat. pakar berkata ini membolehkan korang kenyang dan rasa tidak ingin makan junk foods dan menjauhinya.

5. Kesihatan jantung terjamin - Makan coklat banyak faedahnya. turun kolesterol, jauhi daripada penyakit jantung, diabetes, ada anti-oxidant juga ..

Ermm banyak dah tu kebaikan coklat. Actually ada lagi sebenarnya..


Kenapa aku pilih KitKat #BiggerBreak?

Of courselah wei. 

Aku kalau otak dah penat aku memang kena cari supplemen sket untuk rehat sekejap. Bukanlah kena makan ubat sangat pun but more craving to sweet things. Bagi aku menda-menda yang manis ni dapat menenangkan fikiran yang serabut kan macam KitKat Chunky ni, memang menepati citarasa aku.


Lagi plak memana kedai ada jual KitKat Chunky ni, so bila stress tu pi je beli kan. Makan-makan sambil lepak depan TV memang betul-betul rileks la.

Kalau perut kosong lapo memang aku tak boleh nak bekerja, at least dengan adanya KitKat Chunky ni bolehlah buat alas perut before makan kalau kita sibuk kan.


Itulah citer aku dengan KitKat Chunky..

Korang kalau stress ke tengah bengang dengan someone ke kan, mehlah makan coklat ni. Confirm-confirm boleh release stress punya la.

Meh layan video Zizan yang kaki makan KitKat Chunky ni


Kelakar ek… memang release stress betullah..





Apa lagi mohlah makan coklat KitKat Chunky #BiggerBreak

This is a sponsored post from Nestle Malaysia that contains affiliate links relevant to the Nestle Kit Kat Chunky “Bigger Break” campaign . I received compensation in exchange for writing this review. Although this post is sponsored, all opinions are my own.