Sunday, May 18, 2014

Makan AisKrim KING'S, Boleh Jumpa Dato' Chef Fazley

Hi Korang,

Ok kaki kaki ais krim, mesti suka baca citer aku ni punye lah..


Minggu lepas, aku dapat invite pi makan-makan aiskrim tau. Alah kat Giant USJ tu je. So redahlah jem yang kaw kaw lepas Sunway toll tuh. Sempat sampai jua..

Sudah meh citer pasal aiskrim ni..


King’s melancarkan kempen ‘Ice Cream Inspirations” mereka hari ini memberi inspirasi kepada penggemar aiskrim untuk menikmati aiskrim mereka sedikit berbeza dan lebih menarik lagi.

Beberapa aktiviti bermula sempena kempen ini. Antaranya termasuk Peraduan King’s 1.2L Ice Cream Inspirations, bengkel masakan pencuci mulut King’s eksklusif dan resipi pencuci mulut edisi terhad King’s penuh inspirasi yang akan membangkitkan selera korang!



Bagi peraduan King’s 1.2L Ice Cream Inspirations, korang berpeluang untuk memenangi bekalan ais krim selama satu tahun apabila resipi mereka dipilih sebagai salah satu resipi inspirasi. Para peserta dikehendaki melayari laman web King’s melalui www.fnncreameries.com (Malaysia) dan muat naik foto resipi ciptaan mereka, kemudian hantarkan resipi kreatif mereka menggunakan ais krim King’s bermula 1hb Mac. Peserta boleh menghantar seberapa banyak resipi yang mereka mahu sebelum 30hb September 2014. Semua penyertaan akan diadili oleh panel hakim yang terdiri daripada Dato' Chef Fazley dan eksekutif daripada F&N Creameries Sdn. Bhd. Pemenang akan dimaklumkan melalui telefon dan e-mel.


Satu lagi aktiviti yang harus korang nantikan adalah bengkel masakan pencuci mulut King’s, yang akan diadakan bermula Mei 2014 di lokasi terpilih seluruh negara. Dato' Chef Fazley, yang baru-baru ini telah dilantik sebagai duta jenama King’s akan menerajui bengkel masakan dan juga menunjukkan cara-cara menarik dan mudah untuk menyediakan pencuci mulut.Maklumat lanjut mengenai bengkel ini boleh didapati di laman web King’s. 




Korang boleh menikmati aiskrim King’s 1.2L. King’s 1.2L yang boleh didapati di semua pasar raya besar seluruh negara pada harga RM7.20 sebekas.

Sempena kempen ini, dua variasi baru diperkenalkan; iaitu King’s 1.2L Carnival, variasi Neapolitan yang berjalur nipis perisa vanila, coklat dan strawberi dan juga King’s 1.2L Tic-Tac-Toe, corak papan dan dengan selang-seli perisa coklat dan vanila.


Dengan sembilan perisa untuk dipilih, anda bagaikan di dalam penerokaan aiskrim, mencari cara terbaru untuk menikmati aiskrim King’s. Perisa lain yang sedia ada di dalam bekas 1.2L adalah Chocolate, Vanilla, Choc o’ Chips, Chocolate Chip, Sweetcorn, Raspberry Ripple dan Cookies n’ Cream.

Ok suka lah tu ek, ic cream lover.

Apa lagi jom kite pi beli ais krim King’s, masuk peraduan kan. Untung-untung boleh menang hadiah best-best.

Saturday, May 17, 2014

RETURN TO ZERO, Kisah Benar Isteri Kehilangan Anak Dalam Kandungan



Hi Korang,


Nanti pada 20hb Mei 2014, channel tv Lifetime (Ch 709 on Astro) akan menayangkan satu telefilem yang bertajuk RETURN TO ZERO. Ermm bagusnya telefilem ini hingga dipilih menjadi salah satu official selection of RIFF Awards 2014, and CINEQUEST Film Festival.

Mari-mari layan sket synopsis telefilem nie ek,


“Based on a true story, Return to Zero tells the story of a successful couple, Maggie (Minnie Driver) and Aaron (Paul Adelstein), who are preparing for the arrival of their first child. Just weeks before their due date they are devastated to discover that their baby son has died in the womb and will be stillborn.




The two attempt to go on with their lives but cannot escape their postpartum grief and their relationship has been forever altered by this loss. They try to cope in a myriad of ways through denial, escape, and alcohol but when Maggie discovers that Aaron is having an affair with a co-worker, she decides to end the marriage”


Ok ok tak leh nak citer bebanyak kang korang tak nak plak tengok kan.

Bagi aku:-

Sebab aku dah tengok citer ni kan, so memang memang sangat menarik. Plot ceritanya memang straight forward but emosinya ermm aduiyai sangat terkesan di hati. Lebih best mak-mak dan pregnant mum yang tengok lagilah tak boleh nak di bayangkan betapa strugglenya siibu nak menghadapi segala dugaan yang datang ni. Kalau aku yang berada kat tempat si isteri, memang boleh jadi tak betul dibuatnya.

Eleh excited la tu kan.


Jom tengok telefilem ‘RETURN TO ZERO’ ni ek

Premieres 20 May, Tuesday at 8pm on

Lifetime (Ch 709 on Astro)

Repeats on 25 May, Sunday at 9pm and 31 May, Saturday at 4pm

Korang stay tune je tau depan tv dan jangan lupa dengan tisu sekotak sekali ek selain popcorn dan suami tercinta ye..







Friday, May 16, 2014

Pakej Perkahwinan ‘KL-PJ Wedding Fair 2014’ Di Holiday Villa Hotel Subang.

Hi Korang,

Tak lama lagi mula musim perkahwinan tiba, yelah dekat-dekat nak cuti sekolah ni. Mesti dah siap prepare apa yang patut di hari bersejarah tu kan.


Abis yang sibuk nak kahwin ni, cam ne plak?

Of courselah korang kena survey-survey dulu kan, cari yang mana sesuai dengan budget kahwin korang. Maka seharusnya korang ke 6thKL-PJ Wedding Fair 2014 yang akan berlansung pada 23hb Mei 2014 hingga 25hb Mei 2014 bertempat di Mid Valley Exhibition Centre dan team dari Holiday Villa Hotel & Suites Subang turut mengambil bahagian di dalam pameran ini.



Ini merupakan pameran perkahwinan yang esklusif yang dibawakan khas untuk keperluan perkahwinan korang daripada A – Z. Di sinilah korang boleh berjumpa dan mendapat khidmat pakar perunding professional serta pelbagai tawaran menarik yang telah pun disediakan termasuklah samples of designs, displays, pakej dan idea-idea kreatif bagi perkahwinan korang.

So Holiday Villa Subang ini akan berada di Booth B9, Hall 2 Mid Valley Exhibition Centre.



Aku sempat ke preview Bridal Fair yang di adakan di CIBO Ristorante Italiano apa yang diorang akan pamerkan nanti semasa pameran tersebut.





Di Holiday Villa ni, ada beberapa tempat yang menarik bagi mengadakan majlis perkahwinan korang. Ada Victorian Ballroom yang boleh menempatkan hingga ke 350 tetamu (banquet setting) yang bersambung dengan The Victorian 2 dan juga lovely courtyard garden yang dibuat lokasi cocktail atau pre-dinner drinks area. Ada juga Classics Ballroom yang boleh menempatkan 500 tetamu (theatre style) dan The Vintage Ballroom yang merupakan ballroom yang paling besar boleh menempatkan 1,000 tetamu (banquet setting) untuk majlis korang nanti.

Itu baru lokasi kan, now pasal wedding pakej untuk makanan dan minuman plak. Takkan tetamu datang tak kasi makan plak kan. Ishkk korang ni ek

Pihak Holiday Villa telah menyediakan beberapa pakej F&B yang bersesuaian bagi bakal pasangan pengantin melayu, cina dan india.


Untuk pengantin melayu

Pakej Menu Kasih
RM1050++ per table of 10 orang (weekday)
RM1110++ per table of 10 orang (weekend)

Pakej Menu Manja
RM1150++ per table of 10 orang (weekday)
RM1210++ per table of 10 orang (weekend)



Untuk pasangan pengantin cina

Pakej Menu Double Happiness
RM1388++ per table of 10 orang (weekday)
RM1448++ per table of 10 orang (weekend)

Pakej Menu Heavenly Romance
RM1488++ per table of 10 orang (weekday)
RM1548++ per table of 10 orang (weekend)


Untuk pengantin India

Pakej Menu Sapna
RM1090++ per table of 10 orang (weekday)
RM1200++ per table of 10 orang (weekend)

Pakej Menu Chandini
RM1190++ per table of 10 orang (weekday)
RM1300++ per table of 10 orang (weekend)

Bukan setakat menu makanan yang cukup lazat dan enak malah pelbagai jenis perkhidmatan yang disediakan temasuk penginapan bilik secara percuma, food tasting, wedding cake, decorative pair of ice craving, wedding favours, fresh floral, complimentary bridal suite dan banyak lagi.


Ada banyak lagi tawaran-tawaran menarik yang terdapat di dalam pakej pengantin di Holiday Villa Hotel & Suites.

Ktorang di hidangkan hidangan makanan Itali masa preview hari tuh. Ok jom makan ek. Jemput tengok je tau. Hehehhe







So kalau dah berkenan di hati korang tuh, just call diorang pun wedding planner di 03-56337813 untuk info lanjut pasal pakej, nak tambah ke kurangkan ke bolehlah.

Kalau nak datang hotel ni pun boleh je,

Holiday Villa Hotel & Suites
9, Jalan SS12/1, 47500 
Subang Jaya, Selangor
Tel : 03-56338788



Ok korang, congratulations and happy planning…