Thursday, May 15, 2014

BerZUMBA Untuk Butterfly Walk Di TTDI Park


Hi Korang,


Selama Mr Big tak de ni, aku banyak join event during weekend.


Yelah nak penuhi masa lapang, lagipun tak de apa nak buat sangat kat. Padahal kat umah banyak je keje kena buat tapi malas, so baik berouting dengan Butterflies girls ni.


Ntah cam ne aku tak boleh jumpa TTDI Kiara Park ni pun aku tak tau. Padahal dah set kat WAZE app siang-siang lagi. Bukan apa pun, TTDI Park ni terbahagi kepada 3 taman. 1 untuk senaman leisure-leisure, kat sini ada orang zumba, slow jog, bersenam mudah. 1 lagi taman which is sebelah belakang tu untuk hardcore runner, climber, cycler kan dan 1 lagi taman untuk photoshot coz dengar citer tempat tuh cantik sangat.


Aku pun dengan banggalah mendaki bukit kat taman sebelah belakang ni, eermm sayup je bila pandang belakang bukan main tinggi lagi kan. Menitik keluar peluh jantan ni. Dah sampai separuh bukit aku daki, rasa lain macam. Kata bebudak team butterlies ni diorang tunggu kat pintu depan. Ni satu pintu pun aku tak nampak, yang ada cuma nyonya jual sayur dengan apek jual jus buah.

Tanya guard kat situ, rupanya aku salah taman. Arggh sudah!!

Check kat FBchat memang confirm salah park. Apa lagi berlari aku turun bukit tu, tak sampai 10 minit dah sampai keta. Start enjin jalan ikut instruction yang abang guard tu bagi. La rupanya aku miss simpang je. 



Masuk kanan terus je then lega sket nampak bebudak butterflies ni. Cari parking then terus register dulu.





Sebab dah exercise panjat bukit tinggi tu tadi, aku malas nak berjalan lagi. Tup-tup blogger Dina dengan Liz ajak berzumba je kat depan entrance TTDI park ni. Ok amik port memasing, belakang semak tinggi ni dan mulalah berzumba.




Ingatkan zumba tu cam chillax gituh, rupanya lagi banyak peluh jantan + peluh betina kuar. Walaupun stepnya mudah nak ingat tapi mak oi terkial-kial gaklah.

Aku senang, ikut je orang depan buat, nasib baik blogger rawlins depan aku so follow je apa dia buat. Hehehe not bad jugak for first timer cam aku ni.

cilok dari blog Dina, partner in Zumba crime

Rasanya dekat 1 jam lebih gaklah ktorang berzumba. Memang terbakar lemak-lemak dan terbukak dada kann, laju je jantung aku mengepam darah. Really fresh rasanya.


Abis zumba, terus pi beratur kat van Gong Cha tu, coz ktorang dapat free drinks walaupun panjang tapi gigih beratur uolls. 

dengan Rawlins si tokeh PB dan Liz

ditambah plak dengan Innanie, si burfday girl hari tuh

So tersenggut-senggut cam semut je bergerak tapi tak per sempat gossip-gossip update berita segenap dimensi kan.

Aku ada kupon 3 sebab aku beli voucher 2 + Dina kasi satu coz dia nak balik awal kan. Hah kiri kanan bawak air gong cha ni sampai tergoncang-goncang di buatnya.


Anyway thanks kepada The Butterfly Project for this awesome event, huhuhu tak sempat nak borak panjang dengan mamasan Tammy dan si peggy Illy tuh. Sangat seronok dapat bakar lemak di pagi ahad yang ceria tuh.

Nak berzumba lagi lah, ermm mari.....

Wednesday, May 14, 2014

Buffet Ramadhan 2014 Di Eastin Hotel Petaling Jaya


Hi Korang,


Ini first time aku ke ramadhan review di Eastin Hotel ni. Before ni tak pernah pun. Ermm sukanya, yeah makan-makan lagi.









Untuk tahun ini, Swez Brasserie mempersembahkan buffet Ramadhan yang bertemakan ‘1001 Rasa Selera Kampung’ yang menghidangkan pelbagai jenis makanan kampong yang bakal mencuit selera kita di bulan puasa nanti.








Lebih dari 200 jenis makanan masakan kampong, di antaranya Ikan Patin Masak Lemak Tempoyak, Daging Salai Bercili, Pais Ketam Bunga, Kuzi Kambing Panggang bersama Nasi Arab dan pelbagai lagi.








Buffet dinner ini juga menengahkan hidangan seperti ayam percik, satay daging dan kambing, ikan bakar, serunding, ulam-ulaman dan pelbagai jenis kerabu.



Untuk hidangan dessert plak, agak special sket. Pihak Eastin hotel menghidangkan buah durian sebagai sebahagian daripada buffet ‘1001 Rasa Selera Kampung’ ni. Hebat tuh, lepas makan berat-berat dapat plak makan durian plak. 












Pelbagai jenis durian dihidangkan dalam bentuk pemanis mulut seperti Durian Cream Puff, Baked Durian Cheese Cake, Durian Paradise (Crepe Cake), Durian Cream Brulee, Durian Swiss Roll, Bubur Durian dan memacam lagi lah. Buffet durian di tempatkan di poolside area di Level 2.

Ini di antara yang sempat aku rasa masa preview malam hari tuh. Aduiyai sampai senak-senak perut dibuatnya sebab banyak kan..





Untuk buffet ‘1001 Rasa Selera Kampung’ ni, ianya bermula dari 29hb Jun 2014 – 27hb Julai 2014 dari 6.30petang hingga 10.00 malam.

Harga buffet ramadhan 2014 di Swez Brasserie ni adalah

Minggu Pertama Ramadhan : RM 98++ per adult , RM49++ per child

Minggu Kedua sehingga Keempat Ramadhan : RM110++ per adult, RM55++ per child

Pengunjung juga boleh menikmati promosi yang di tawarkan BUY 10 FREE 1 untuk buffet ‘1001 Rasa Selera Kampung’ ini. Untuk tempahan Buffet Ramadhan 2013 di Eastin Hotel boleh hubungi Restoran Swez Brasserie di talian 03-7655 1111, sambungan 183

Semakan halal di www.halal.gov.my Sijil Halal Eastin Hotel didaftarkan di bawah Syarikat DAMANSARA INDAH SDN BHD (EASTIN HOTEL)

Jom kita ke :-

EASTIN HOTEL PETALING JAYA
13, Jalan 16/11, Pusat Dagang Seksyen 16, 
46350 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.




Korang yang stay atau pun kerja area Petaling Jaya or Damansara ni, kalau tak sempat nak balik time Ramadhan ni boleh berbuka puasa di sini. Bagi aku not bad hidangannya, memang menepati citarasa tekak orang melayu betul.






Tuesday, May 13, 2014

Kebaikan InnerShine® RubyCollagen Essence Dan GIVEAWAY CANTIK Untuk Korang


Hi Korang,

Ini adalah 48hrs STICKY POST, scroll down for new entries


Aku memang pernah cuba pun produk InnerShine® RubyCollagen Essence ni ermm lama gakla dulu. Siap jadi one of the testimonial pun masa produk ni baru keluar dulu. Sempat masuk TV kejap tau uolls hehehehe (ketawa riak manja..)


Yelah korang, memang sedap minum InnerShine® RubyCollagen Essence ni. Aku amalkan rasanya selama 30 hari itu pun dengan siap terlupa-lupa bagai nak minum dan hasilnya amat memberangsangkan.


Walaupun tak de lah serta merta boleh nampak perubahan tapi aku boleh rasa sendiri kesannya di muka.


Pati anti-penuaan inovatif dengan formula RubySignature™ ini mengandungi Astaxanthin dari Sweden serta mikro kolagen yang mudah diserap kulit. Formula unik untuk menjaga dan melindungi kulit ini memberi kesan nyata dengan penggunaan kerap beberapa minggu sahaja. Tanpa disedari, kulit muka akan bertambah lembut dan kelihatan berseri-seri.

Ermm bertapa kuatnya Astaxanthin ni ek. Memang nampak effect kat muka lah.

Bukan setakat kulit muka je but bahagian dalaman korang pun ada mula menunjukkan kesan-kesan positif macam sistem perkumuhan semakin senang, kulit-kulit kering mula berubah ke arah ke lembapan.


Sekarang ni, BRANDS Innershine sedang mengadakan Peraduan “Retain, Redeem & Reward” oleh InnerShine®, korang akan menikmati ganjaran tambahan dengan bekalan minuman kecantikan yang mujarab ini. Dari sekarang hingga 30 Jun, dengan pembelian tiga pek 14 botol x 50ml InnerShine® RubyCollagen Essence, korang dapat menebus satu lagi pek percuma bernilai RM152.90.

Ada lagi ni,

Selain itu, korang juga boleh mengambil bahagian dalam pertandingan Facebook InnerShine Signature untuk memenangi pelbagai hadiah-hadiah hebat seperti iPad Mini dan kamera FUJIFILM Instax. Layari www.facebook.com/InnerShineSignature untuk maklumat pertandingan atau dengan membeli pek edisi khas Peraduan “Retain, Redeem & Reward” InnerShine® dari farmasi terkemuka yang terdekat.

Ok its GIVEAWAY Time untuk pembaca setia blog CikLilyPutih.Com


Korang berpeluang untuk memenangi 6 botol seorang produk InnerShine® RubyCollagen Essence. Cuma kena jawab 2 soalan bersama 1 ayat-ayat power ye

Soalan 1 :

Apakah bahan utama yang terkandung di dalam InnerShine® RubyCollagen Essence?

Soalan 2 :

Apakah nama peraduan yang sedang diadakan oleh pihak BRANDS Innershine?

Kemudian lengkapkan ayat ni ‘Saya suka baca blog Cik Lily Putih kerana..............’ (tulis ikut mood korang lah, nak panjang ke pendek ke kan coz yang pilih nanti bukan aku ek, Mr Big tau. Kalau nak menang silalah tulis pepanjang ek macam apa cadangan korang tentang blog aku ni kan)

Cuma komen je jawapan korang kat entry ni dengan cara begini:-

Nama:
Email:
Jawapan Soalan 1 :
Jawapan Soalan 2 :

Ayat-ayat cinta korang : ‘Saya suka baca blog Cik Lily Putih kerana..............’

Tak yah susah nak buat blogpost bagai ye tapi kalau nak buat chance korang nak menang beso ooo uhauhauhauahuahaua

3 pembaca bertuah akan memenangi 6 botol InnerShine® RubyCollagen Essence courtesy daripada Cerebos Malaysia Sdn Bhd. Bolehlah korang sesama cantik berseri cam aku ek.


So apa tunggu lagi, meh baca dan jawab soalan-soalan mudah yang amat tu ek dan jangan lupa join sekali Peraduan “Retain, Redeem & Reward” oleh InnerShine® ni gak tau.

Ini baru contest minggu pertama, eh ada lagi untuk minggu kedua tau. So stay tune je kat blog aku ni tau..