Tuesday, May 13, 2014

"Oh My English!" Musim Ketiga Kini Kembali


Hi Korang,

Siapa yang tak pernah tengok "Oh My English!" (OME!) sebelum ni? Ermm tipu sangat kalau tak pernah tengok kan.


Berikutan kejayaan siri "Oh My English!" (OME!) musim pertama, kedua, "Oh My Ganu!" dan "OME! Hello America", kini siri hiburan pendidikan popular ini bakal kembali dengan musim ketiga.


Musim terbaru ini bakal menyaksikan para pelajar kelas 3 Merah telah meningkat setahun dewasa tatkala mereka memulakan semester yang baru di dalam kelas 4 Merah. Watak-watak kegemaran korang seperti Jibam, See Yew Soon, Mazlee, Anusha, serta guru-guru kesayangan mereka Mr Henry Middleton dan Cikgu Ayu akan kembali dalam musim ni dengan kisah serta jalan cerita yang lebih segar.




"OME!" musim ketiga bakal menyaksikan barisan bakat baru dan juga veteran yang sangat berpengalaman dalam industri hiburan. Pelakon terkenal yang telah merangkul pelbagai anugerah, Fauziah Ahmad Daud atau lebih mesra dengan panggilan Ogy akan bergandingan dengan seorang pelakon yang melonjakkan namanya menerusi lakonan mantap dalam drama "Adam & Hawa" iaitu Nadiya Nisaa.

Selain itu, pelakon jelita tanah air yang berjaya mencipta nama menerusi lakonan beliau dalam beberapa siri drama Filipina iaitu Carmen Soo juga akan turut serta di dalam siri ini bersama pelakon komedi yang hebat iaitu Rahim R2.


Malah "OME!" juga akan memperkenalkan bakat-bakat baru yang semakin meningkat naik antaranya Amyra Rosli, Shafiq Kyle, Juzzthin dan juga Sherry Alhadad yang pastinya akan menyuntik kemeriahan dengan telatah dan gelagat mereka di samping mengetengahkan elemen pendidikan dan juga pengajaran nilai-nilai murni yang menjadi teras kepada rancangan ini.



Selain daripada barisan pelakon utama yang sedia ada, terdapat ramai selebriti popular tanah air yang akan turut membuat penampilan khas sepanjang musim baru ini antaranya Faizal Hussein, Hans Isaac, Rashidi Ishak, Waris dan Bront Palare yang pastinya akan menggamatkan lagi suasana. Pastikan anda terus menonton kesemua 23 episod untuk musim ketiga ini bagi mengetahui watak yang akan dibawa oleh barisan pelakon baru dan penampilan khas ini.

Menurut Naib Presiden Perniagaan Astro, Putri Yasmin Megat Zaharuddin berkata, "Kami di Astro begitu komited dalam memenuhi kehendak para penonton kami yang terdiri dari pelbagai golongan termasuklah golongan belia seperti para pelajar sekolah rendah dan menengah. 


"Janji kami untuk membekalkan rangkaian program televisyen yang relevan dan menarik telah terbukti menerusi penyiaran siri "Oh My English!" yang bukan sahaja menghiburkan malah menjadi sebuah alat bantuan pembelajaran Bahasa Inggeris di luar bilik darjah yang berkesan. "Oh My English" diterbitkan dengan kaedah yang interaktif dan mudah difahami serta sesuai untuk tontonan ibu bapa, para pelajar dan seluruh ahli keluarga".


"Oh My English" musim ketiga akan mula bersiaran pada setiap hari Ahad jam 9.00 malam, bermula dari 18 Mei secara eksklusif di Astro TVIQ (saluran 610) dan siaran serentak di Astro Maya HD (channel 135).


Selain itu, para peminat boleh mendapatkan kandungan pengajian Bahasa yang lebih mendalam meliputi kosa kata, tatabahasa, sebutan, peribahasa dan banyak lagi melalui variasi permainan dan aktiviti dengan melayari www.ohmyenglish.com.my. Korang juga berpeluang untuk berjumpa dengan watak-watak kegemaran mereka secara langsung melalui pelbagai aktiviti seperti jerayawara, sesi beramah mesra dengan peminat, ‘OME DayOut’ dan lain-lain lagi.



Monday, May 12, 2014

Blog CikLilyPutih.Com Terpapar Di Harian Metro


Hi Korang,

Nasib baik blogger Yana Yassin yang TAG aku di Facebook pasal ni, kalau tak ermm langsung tak tahu menahu pun. Jarang beli suratkhabar coz baca news online je nowdays.

Ermm ayat poyo melampau sungguh

Akhirnya setelah bertahun-tahun berblogging ni, dapat jugaklah di muatkan di dalam ruangan Majalah M Harian Metro ni.


Peluang ni terbuka bila one of the journalist di Harian Metro ni call untuk interview bulan March hari tuh. Dia dapat no aku dari event Simplot masak-masak dulu. Lama dah tuh, cuma aku je tak de masa nak pi jumpa.

Apa yang di cerita dalam slot tuh ?

Alah more details pasal blog Cik Lily Putih, apa yang ditulis, pengalaman menjadi blogger, pasal background tuan punya blog. Hah itu je..

Tapi ramai yang duk komen pasal ada satu gambar sebelah bawah artikel ni. Aku purposely mintak journalist tu letak gambar ktorang beramai-ramai dengan YB KJ. Seronoklah diorang, dapat masuk news sekali.

Hopefully perkara-perkara sebegini dapat menguatkan lagi semangat untuk berblogging ek.

Sempena dengan berita baik ni, aku akan adakan GIVEAWAY tak lama lagi. So adelah rezeki untuk korang kan. Nanti entry GIVEAWAY CANTIK dalam minggu ni ek

p/s : mintak tolong food blogger belikan suratkhabar coz kat kedai mamak bawah opis ni dah abis plak.



SECRET LAXING Bagi Mereka Yang Ingin Bakar Lemak Badan

Hi Korang,

Aku rasa ramai jugak orang kat luar sana yang senantiasa tercari-cari produk yang membantu untuk bakar lemak dengan cepat kan, lagi pun tanpa ragu-ragu ermm betul kan?

Me too!

Hehehhe tada! Now aku dah jumpa lagi


Memperkenalkan Secret Laxing yang merupakan produk pelangsing menggabungkan berbagai aspek pengurangan lemak tubuh dalam satu botol secara mudah, sihat dan efektif. 

Aku memang berkenan dengan produk-produk yang berbentuk minuman cam ni, yelah orang cam ni aku mana ada masa banyak untuk bersenam setiap hati kan. Inilah yang di katakana diet tanpa lapar. Meh sini aku kongsikan sedikit khasiat yang tersendiri produk Secret Laxing ni.


1. Membantu mengawal berat badan dan membentuk tubuh yang ideal.

2. Membantu mengecilkan lingkaran pinggang dan merampingkan perut.

3. Membantu meningkatkan pembakaran kalori & lemak tubuh (thermogenic) agar terjadi penurunan massa lemak dan peningkatan massa otot

4. Green Tea membantu menormalkan kolesterol dan gula darah.

5. Sebagai anti-oksidan dan mengoptimalkan proses detoks racun dan memperbaiki sistem pencernaan.

6. Membantu memperbaiki penampilan tubuh dan mengencangkan otot. 

7. Membantu mengawal rasa lapar.

8. Membantu meningkatkan energi dan stamina.

9. Membantu meningkatkan metabolisma pembakaran lemak menjadi energi.

10. Mengandungi serat konsentrat untuk membantu melancarkan proses buang air besar dan memperbaiki sistem pencernaan tubuh. 

11. Membantu mencegah timbulnya penyakit merbahaya.

12. Membantu menjaga kesihatan mata dan kulit serta menjadikan tubuh awet muda.

Yang penting matlamat utama adalah untuk kurus sambil berdiet tanpa lapar. Maknanya bukanlah langsung tak boleh makan apa pun kan, tapi dengan bantuan Secret Laxing ni dapatlah kurang-kurangkan apa yang patut.

Di antara bahan-bahan yang terkandung didalam produk Secret Laxing ni adalah Honey, Prune, Delima, Goji Berry, Sireh, Beet root, L-carnitine, Senna Leaf, Garcinia Cambogia, Green Tea, Acai Berry, Dandelion, White Kidney Bean, Grape Extract, Rose water dan pelbagai lagi jenis bahan.


Cara pengambilannya?

Boleh diminum terus setiap hari

Digalakkan untuk mengambil 2 sudu besar 2 kali sehari sebelum makan atau bersenam 

Ok ok ada sedikit pantang ye mengenai produk Secret Laxing ni.

✿ Jangan makan lebih dari yang dianjurkan.
✿ Dilarang makan oleh ibu hamil dan menyusui.
✿ Sesuai dimakan dari umur 18 – 50 tahun.
✿ Hindari minuman bersoda dan minuman beralkohol, kerana akan mengurangkan efek produk.
✿ Perbanyak minum air putih dan buah untuk melancarkan sistem metabolisme tubuh dan meningkatkan kerja suplemen ini.

Faham kan, ala mudahnya.

Harganya:

RM33.00 sebotol bagi semenanjung

RM39.00 sebotol bagi Sabah & Sarawak

BRD18.00 sebotol bagi Brunei

SGD18.00 sebotol bagi Singapura


Cara nak order, cam ne plak?

Boleh order secara terus melalui Fanpage mereka iaitu:-



Info Lanjut mengenai produk Secret Laxing dan pelbagai jenis lagi produk-produk di rangkaian Legacy Secret, korang boleh klik kat link bawah ni ek







Aku memang tak sabar lagi nak minum produk Secret Laxing ni. Nanti dah cukup genap 30 hari aku citer kat korang kesan-kesan yang jadi kat aku ek.

Meh lah order lekas ek