Saturday, May 10, 2014

Pameran Dinoscovery by Dinosaurs Live Kini Di DISCOVERIA, AVENUE K


Hi Korang,

Cuti-cuti hujung minggu ni korang ke mana je? 

Yang berfamily tuh, bawak anak-anak ke taman je ke, ishk mehlah ke DISCOVERIA


Pameran Dinoscovery by Dinosaurs Live! interaktif selama setahun ini mempamerkan dinosaur animatronik yang direka-semula, berlatar belakangkan set pengembaraan seperti kehidupan sebenar. Buat pertama kalinya, pameran ini dibawa ke Asia Pasifik bertempat di ruang pameran seluas 13,000 kaki persegi di Kuala Lumpur.



Sesuai untuk kanak-kanak berumur 3 tahun ke atas, Dinoscovery by Dinosaurs Live! menjanjikan keseronokkan untuk seisi keluarga dengan membawa pelawat melalui zaman Mesozoik melalui 15 aktiviti interaktif.


Antara tarikan utama pameran ini termasuklah Dino Quest, iaitu aktiviti mencari specimen dinosaur dengan menggunakan teknologi RFID (Radio Frequency Identification). Kesemua pelawat yang mengunjungi pameran ini akan dilengkapi dengan peta ahli paleontologi dan tag RFID yang akan membantu mereka mencari penemuan yang menarik. Setelah setiap aktiviti telah diselesaikan, pengunjung akan menggunakan pelekat yang diberikan dengan menampalnya di tempat yang betul di dalam peta. Pelawat yang mengumpul kesemua pelekat akan diberikan sijil Ahli Paleontologi Junior atau sijil Ahli Paleontologi Expert oleh Kapten Dinoscovery di akhir penjelajahan pameran ini. 


"Dinoscovery oleh Dinosaurs Live! direka untuk memberikan satu pengalaman yang sangat menyeronokkan, di mana pengunjung dapat melihat saiz sebenar dinosaur dan memerhatikan pergerakan mereka serta mendengar ia mengaum di dalam habitat mereka. Selain daripada itu, pameran ini juga menyediakan peluang kepada pengunjung untuk menonton dokumentari dinosaur di Pawagam 3D yang disediakan,” kata Datuk Lim.


Antara aktiviti-aktiviti lain yang menarik ialah peluang untuk mengambil bahagian di dalam pengembaraan menyelamatkan dinosaur dengan menembak haiwan perosak, menggali serta mencari fosil dan peluang mempelajari tekstur bahan buangan dinosaur. Aktiviti seperti memanjat dinding untuk melihat rupa sarang burung zaman dinosaur, cabaran interaktif berlari bersama Velociraptor serta peluang untuk bergambar bersama dinosaur berlatar belakangkan tiga suasanan berbeza turut disediakan. 


Pameran ini juga memberi peluang kepada pengunjung untuk mempelajari mengenai evolusi dinosaur melalui kiosk interaktif yang dilakukan secara perbandingan serta menganalisis haiwan masa kini seperti ayam dan gajah dengan dinosaur seperti Theropod dan Sauropod.

"Dinoscovery oleh Dinosaurs Live! disokong oleh Malaysia Major Events, sebuah bahagian di Malaysia Convention and Exhibition Bureau (MyCEB), iaitu sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. "Dinoscovery by Dinosaurs Live! merupakan pameran pendidikan yang bagus untuk seisi keluarga, terutamanya untuk kanak-kanak. Ia juga sesuai untuk pelancong yang melawat Malaysia bersama keluarga dan anak-anak mereka" kata Tony Nagamaiah, Pengurus Besar Malaysia Major Events.


Harga tiket masuk :-

Kanak-kanak (17 tahun ke bawah) = RM35.00 untuk rakyat Malaysia dan RM50.00 untuk bukan rakyat Malaysia 

Dewasa = RM25.00 untuk rakyat Malaysia dan RM40.00 untuk bukan rakyat Malaysia. 

Warga emas (60 tahun ke atas) dan golongan kurang upaya = RM19.00 seorang.


Waktu pameran dibuka dari 10:00 pagi hingga 10:00 malam, setiap hari termasuk cuti sekolah dan cuti umum, dengan kemasukan terakhir pada pukul 9 malam.

Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan mengenai pameran, sila layari www.discoveria.com.my atau hubungi +603-2181 7218.

Memana cikgu yang nak buat rombongan sekolah ke kan, bagus pameran cam ni. Aku sendiri pun nanti nak pi, kena tunggu Mr Big balik dulu ye..


Friday, May 9, 2014

Peluang INSTASELLER Berniaga Bersama ARTIS Di Mega Eh Eh BAZAAR

Hi Korang,

Bagi korang peniaga Instagram atau pun yang mempunyai butik online dan online shop mesti suka dengan berita baik ni. Pendek kata kepada semua para peniaga online diluar sana lah.

Selain daripada duk cari customer secara maya, why not korang setup booth bagi kembangkan lagi perniagaan korang tuh.


Syarikat Eh Eh Bazaar Sdn Bhd dengan kerjasama strategik Dewan Pernigaan Melayu Malaysia (DPMM) WP Putrajaya dan Kolej UNITI menganjurkan acara juala secara besar-besaran sekali gus menghimpunkan seramai mungkin usahawan online menerusi MEGA BAZAAR : Bazaar Usahawan Melayu Online Terbesar di Malaysia.

Acara yang akan berlangsung sekitar Jun nanti bertempat dia Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) ini mengangkat objektif bagi memegang rekod sebagai satu perhimpunan besar-besaran bagi usahawan online selain menggalakan aktiviti keusahawanan terutamanya di kalangan bumiputera dan membantu meningkat ekonomi ummah serta mempromosi produk dan pernigaan usahawan online kepada rakyat.


“Ramai usahawan online akan berada di situ dan lebih menariknya terdapat lebih 50 artis dan selebriti akan turut sama menjual pelbagai produk mereka. Jika kita lihat hari ni, golongan selebriti juga tidak melepaskan peluang untuk menjalankan perniagaa mereka di laman sosial masing-masing" kata Puan Iffah Zaimi, Pengurus Urusan Eh Eh Bazaar Sdn Bhd.

Korang mesti dah excited nak join kan, ini detailsnya.



The Mega EH EH Bazaar (Bazaar Usahawan Melayu Online Terbesar Di Malaysia

Tarikh : 21hb dan 22hb Jun 2014 (Sabtu – Ahad)

Masa : 11 pagi – 7 malam

Tempat : Malaysia Agro Exposition Park Serdang, MAEPS


Info Penting Bagi Bakal Peniaga InstaSeller

Harga 1 booth : serendah RM400 untuk 2 hari (depends pada lokasi kawasan di dalam dewan)

Saiz Tapak Tersedia : 1.8meter x 1.8meter (6kaki x 6 kaki) / 36 kaki persegi

Peralatan Tersedia : Pembahagi ruang, meja 3’x3’, alas meja dan 2 kerusi

Bilangan Tapak Disediakan : 1,197 unit


So korang kaki niaga ni sila rebut peluang yang ada ni, selain daripada mendapat keuntungan yang kaw-kaw gitu, korang jugak boleh beramah mesra dengan selebriti tanahair, mana tau tup-tup booth korang sebelah booth Neelofa ke kan. Dia pun ada berniaga sama nanti time tuh.


Korang boleh contact untuk pertanyaan lanjut kat bawah ni.

Nama : En Murshid Eunos 012-2772636

atau pun

telefon je office

EH EH BAZAAR Sdn Bhd

No.27-1-1B, Jalan Medan PB 2B,
Section 9, Pusat Bandar Baru Bangi, Selangor
Tel no. 03-8926 1440


Tapi kalau korang nak mintak tolong aku booking kan pun boleh jugak, kira cepat sket que korang untuk dapatkan booth la coz aku special invite sket.

Join jangan tak join.

Aku nanti datang nak shopping je bukan nak berniaga pun, nakc ari baju plus size yang payah ni

Thursday, May 8, 2014

Makan Salmon Di Jaya Grocer, Bangi Gateway


Hi Korang,

Ni citer last week.

Sebab nak pi beli barang-barang #DakUban ni, ktorang sampai ke Bangi Gateway ni.

barang si DakUban sihitam tuh

Selalunya kalau nak makan Salmon je baru ktorang ke sini. Memang tak de niat pun nak makan Salmon hari tuh coz dalam hati dah terfikir kedai Sate Baung yang sedap sebelah taman je ni. Kedai ni belum sempat buat review lagi ek coz malas hehehhe

Malas nak lalu kat El-Fresco diorang ni, ktorang jalan menonong ke rak-rak barangan kucing. Nak beli barang untuk eliminate odor je. Sambil tuh, ingat nak beli susu. 


Tup-tup Mr Big cakap, alah makan kat sini lah. Si Salmon tu cam memanggil-manggil je suruh singgah. Aku pun terus pi pilih ikan Salmon kay kaunter wet market tuh. Kat sini, kalau nak makan western macam steak, lamb chop ke even Salmon kita kena pi piih kat area wet market diorang. Ko kalau korang nak daging murah portion kecik ke, daging mahal saiz besar ke semua boleh.

Amik je kat wet market tuh then bawa ke Café El-Fresco ni, nanti diorang masakkanlah. Time tu bolehlah kalau korang tambah side dish ke tak ke kan. Ikut suka jelah. 

Sudahnya aku makan Salmon sorang, Mr Big pi makan grill chicken plak coz dia nampak tempting je ayam tu kat kaunter kan. 

Chicken Chasseur with Cheese Gratine

Salmon Fillet with Aglio Olio Spagethi

Hah apa lagi mari makan. 


Dah kenyang kan, hah apa lagi bayor jelah.

Lepas dah makan tuh, baru balik sambung shopping. Beli menda tu je sebenarnya.