Wednesday, April 16, 2014

GUARDIAN People Choice Awards 2014 Kembali Lagi


Hi Korang,

Rasanya ini tahun kedua aku join Guardian People Choice Award ni walaupun anugerah ni dah diperkenalkan 13 tahun yang lepas. Ermm dah lama ek, rasa rugi plak lambat dapat tau.


Guardian, peneraju rangkaian farmasi, kesihatan dan kecantikan kini menukar nama Anugerah Pilihan Pelanggan kepada Anugerah Pilihan Pengguna bagi mengiktiraf sokongan mereka kepada cara popular tersebut yang diadakan setiap tahun.


Selain itu, Guardian turut memperkenalkan satu kategori anugerah yang baru, Anugerah Pilihan Remaja bagi menunjukkan penerimaannya terhadap trend yang semakin berkembang di kalangan remaja, dimana mereka bangga dalam menyuarakan pemilihan barangan kesihatan dan penjagaan diri mereka.

Macam biasa, kita sebagai para pelanggan Guardian boleh mengundi jenama kegemaran korang dan memenangi pelbagai hadiah hebat dalam masa yang sama.


Korang pun boleh join, caranya senang je.

1. Spend minimun RM20.00 dalam single receipt kat memana store Guardian bermula 3 April – 29 April 2014.

2. Nanti korang diberikan form dan korang just VOTE produk mana yang menjadi pilihan hati korang mengikut kategori yang dipertandingkan.

3. Dah siap, hantar balik kat Guardian. Itu je.

Semua penyertaan boleh dihantar menggunakan borang peraduan atau layari www.facebook.com/guardianmalaysia untuk mendaftar dan mengundi jenama kegemaran korang. Korang di ingatkan untuk menyimpan resit pembelian untuk pengesahan pemenang dan penebusan hadiah.


Hadiah-hadiah untuk GUARDIAN People Choice Awards 2014 seperti berikut :

Hadiah Utama – baucer Guardian RM10,000 dan percutian spa 3hari/2malam untuk 2 orang di Hotel Mandarin Oriental Kuala Lumpur

Hadiah-hadiah lain termasuk :

Dua (2) hadiah pertama berupa baucar Guardian RM5,000 setiap seorang.

Tiga (3) hadiah kedua baucer Guardian RM1,000 setiap sorang

Tiga (3) hadiah ketiga berupa baucer Guardian RM500 setiap sorang

50 hadiah saguhati berupa baucer Guardian bernilai RM50 setiap seorang.


So masa PC bagi award ni hari tuh, ktorang para bloggers ni dah disediakan satu segmen iaitu ‘Media Shopping Challenge’. Ktorang di kehendaki mencari dan menentukan apakah kategori barangan di dalam yang senarai yang di sediakan.

Hah mengelabah memasing mencari barang dalam Guardian Sunway Piramid ni, dengan aku-aku pun berlari gak. Ermm dapat jugak semua list barangan tu tau. Yang best tuh, aku menang first prize lagi. So dapatlah hadiah sebotol minuman kesihatan tajaan Lennox. Ermm rasa berbaloi gak lah. Tak sia-sia berlari ke sana kemari mencari barang tadi.

Hehehhehehehehhe sukerlah. Suke sangat dibuatnya. Rasa cam tak percaya pun ada gak.


Bagi kategori Anugerah Pilihan Remaja, korang anak-anak dara dan teruna yang berumur di antara 13 – 19 tahun layak mengundi produk kegemaran korang. Guardian juga menyediakan beberapa hadiah bernilai RM10,000 termasuk tiga (3) PS4 dan tiga (3)iPad Air. Apa yang best untuk kategori ni, para remaja boleh menyertainya secara percuma tanpa sebarang pembelian. Hehehehhe best ek


Terdapat 90 kategori yang mengambil bahagian tahun ni dan hampir 400 produk dipertandingkan dalam Anugerah Pilihan Pengguna dan Anugerah Pilihan Remaja yang terdiri daripada produk penjagaan rambut, penjaggan muka, penjagaan diri, kosmetik, kebersihan, makanan tambahan, ubatan, produk ibu dan bayi, konfeksi, barangan rumah dan perhiasan.

Sempat lagi nak join tau..

Tercari-cari Vitamin B Tambahan Untuk Sayangku Si Pesakit Diabetes.


Hi Korang,

Kalau tengok saiz badan Mr Big memang boleh dah boleh agak mesti penyakit kan. Yelah bila dah berumur dan saiz badan comel bebenau cam tu of courselah penyakit mula singgah.

Memang ye ko, Mr Big ada high blood pressure dan dah start level gula (high blood sugar) meningkat tambahan plak dengan ada penyakit keturunan ni dalam keluarga so payah gak lah kan. Takut-takut nanti jadi Diabetic nerve damage plak iaitu penyakit kerosakan saraf plak. Ishk bahaya dah tuh.

Control tu memanglah control but ubat-ubatan kena amik jugak. Bermulalah jelajah dari satu farmasi ke kedai ubat yang lain, kira merata gaklah ktorang cari. Ada dah jumpa ubat supplemen Vitamin B dan dah cuba pun ni tapi cam tak efektif rasa kata Mr Big. 

Kalau boleh nak cari yang 1500 mcg active form vitamin B12. Ini yang di sarankan oleh doktor lah.

Tup-tup ada plak kengkawan yang prihatin mengenai ktorang punya problem mencari supplemen Vitamin B ni. So ada orang tuh syorkan vitamin tambahan dari “LIVE-WELL MECOMIN” 

Produk kesihatan “LIVE-WELL MECOMIN” ni mengandungi mecobalamin, neurologically-aktif Vitamin B12 yang penting untuk sistem saraf pusat dan periferi. 

Mecobalamin melindungi daripada penyakit neurologi (saraf) dan mempunyai keupayaan untuk menjana semula saraf yang rosak dalam badan (terutamanya pesakit kencing manis) dengan kerosakan saraf periferal. 

Para pesakit kencing manis dan pra-diabetes dinasihatkan untuk menambah dengan mecobalamin kerana mereka adalah yang paling terdedah kepada kerosakan saraf periferal. Jika kerosakan saraf tidak dirawat bagi tempoh yang panjang, pesakit diabetes menghadapi risiko yang lebih tinggi daripada terpaksa di potong kakinya.

Mak oi, cam tu sekali ek.


Lagilah bertambah takut aku dibuatnya bila dapat tahu perkara-peraka cam ni. Yelah kalau kita boleh mengubati why not kan. Mana tau boleh berkurangan dan rasa kesan positif tu mula meresap ke dalam badan. 

Kita ni orang kata lebih baik mencegah daripada merawat, kalau dah teruk nanti cam ne sampai nak kena potong-potong kaki bagai kan. 

So terpulanglah pada budi bicara memasing ek 

Aku, haruslah kena pastikan Mr Big ambil sebiji kapsul MECOMIN (500mcg) 3 kali lepas makan. Ikut prescription yang tertera. 

Semoga ada perubahan. 

Tuesday, April 15, 2014

Sajian Jawa ‘Yok Maring Dapur’ Di Grand BLUEWAVE Hotel Shah Alam


Hi Korang,

Aku memang bukan orang jawa pun walaupun duk membesar dengan disekelilingi orang jawa kan. Yelah kat JB tu time aku sekolah dulu semuanya orang jawa. Sebab tu aku dah terbiasa dengan makanan jawa ni. Kira macam tempe tu kena makan setiap hari lah bila time balik sekolah.


Bila Achiek dari Grand Bluewave ni jemput makan ke Royale Songket untuk promosi ‘Yok Maring Dapur’ ni, memanglah tak lepaskan peluang.





Promotion di sepanjang bulan April ni bertemakan Keenakan Sajian Asli Jawa. Makanan daripada masyarakat Jawa dengan mengekalkan ciri-ciri khas rasa dan teknik masakan.







Di antara menu popular seperti Nasi Ambeng, Pecal Jawa dan Udang Pecel Goreng dan memacam lagi. Tambah istimewanya lagi, korang akan turut dijamu dengan keenakan pemanis mulut yang disediakan oleh Chef Firdaus selaku Chef Pastri.












Nasi Ambeng Jawa, ermm I like...

Promosi ‘Yok Maring Dapur’ Grand BlueWave Hotel ni bermula dari 1hb April - 30hb April 2014

Harga buffet ‘Yok Maring Dapur’ iaitu di Restoran Royale Songket ialah

RM89.35nett bagi dewasa
RM44.70nett bagi kanak-kanak (4-11 tahun)
RM66.15nett bagi warga emas (60 tahun ke atas)


Jom kita ke


Restoran Royal Songket
Grand BlueWave Hotel,
Persiaran Perbandaran, Seksyen 14,
40000 Shah Alam, Selangor.
Tel : 03-5511 8811 ext 2612

Sesiapa yang tengah mengidam nak makanan Jawa tu bolelah ke sini. Tak de pelik mana pun makanan diorang ni, sedaplah sebenarnya.

Tapi Nasi Ambeng memang favourite aku tau sebab semua komponen ada, just gaul then terus masuk mulut.