Wednesday, April 2, 2014

Pembukaan NU SENTRAL Shopping Mall Dengan Kehadiran MasterChef All Stars


Hi Korang,

Walaupun busy ke sana kemari but stil aku sempat ke Nu Sentral ahad lepas.


Nu Sentral ni terletak betul-betul berada di kawasan KL Sentral ni, boleh dikatakan berhadapan betul dengan KL Sentral Station dan bersebelahan dengan Aloft Hotel. Actually acara perasmian termasuk aktiviti untuk majlis pembukaan ni berlangsung selama 2 hari tapi aku sempat ke hari kedua je coz hari pertama tuh busy dengan aktiviti lain.

NU Sentral is Malaysia’s first truly fully integrated ‘green’ lifestyle mall located in the heart of the nation’s largest transit hub KL Sentral

Once masuk je ke dalam Nu Sentral ni, erm wow bestnya. Its actually shopping mall yang aku rasa bersesuaian sekali bagi pelancong yang baru sampai ke Malaysia. Yelah KL Sentral tu center for everything, pusat pengangkutan awam. Interchange LRT, monorail, Komuter, ERL semuanya di sini.




Walaupun nampak cam tak berapa nak siap dari luar tapi bila masuk je ke dalam mall ni, ermm dah ada banyak kedai macam MacCity, Shepora, Starbucks, butik baju dan memacam lagi lah dan dah ramai orang pun ke mari.

Untuk aktiviti hari kedua ni, ada MasterChef All Stars Battle.



Ada 6 orang selebriti MasterChef All Stars yang menjayakan program ni iaitu Celina, Soo Wincci, Imelda, Michael Ang, Brian dan Zamir yang comel tu. Mereka di bahagikan kepada 2 team, Team Merah untuk ladies dan Team Biru untuk men. Kira macam battle of sexes la ni.



Cabaran diorang senang je, alah kena masak macam Peti Saji Misteri gituh.





Korang pun tau kan, kalau ade Michael Ang, Imelda dengan Brian memang gamatlah suasana kan. Memang ye pun bukan main kecoh masa time nak siapkan hidangan tuh. Selebriti yang lain nampak cam fokus je but diorg ni pok pek pok je kan. Tapi penonton yang ada kat situ memang terhibur, gelak sakan tak henti-henti dibuatnya.



Hampir 15 – 20 minit cam cam tuh, kedua-dua team menjaya menyiapkan hidangan mereka. Team Merah sangat cantik presentation so colourful dan Team Biru simple je presentation tapi menggiurkan. Ktorang bebudak bloggers ni di beri penghormatan untuk merasai sendiri hidangan mereka ni. Wah feel honoured gituh tau. Kemudian vote untuk pilih team mana yang menang.



Of courselah Team Biru yang menang, walaupun nampak simple tapi sedap dan bersesuaian dengan bahan yang digunakan, bukan nak kata Team Merah tak sedap cuma pilihan bahan-bahan untuk terlalu unik sangat hehehehhe jangan marah je Team Merah.

cilok dari Instagram Ruby. Aku paling comel sekali kan

Haruslah aku paling comel kan, tapi mesti korang cakap Zamir yang comel.. ishk kecik ati tau

Kemudian ada sessi bergambar bersama peminat, ermm haruslah jangan lepas peluang. Ktorang still jadi yang pertama lagi.. Syiok sungguh rasa tau. Kemudian barulah orang ramai plak dapat bergambar dengan mereka.



Ada juga sessi bersama Soo Wincci pada petang tuh, ramai gak tertunggu nak dengar lagu terbaru Soo Wincci ni, sedap gak.


Hah panjang lebar plak aku citer pasal event ni ek, alah bukan apa seronok benar rasanya. Memang Nu Sentral ni akan menjadi lokasi tumpuan para pelancong dan kita sendiri rakyat Malaysia ni sebab segalanya ada di sini. Nak makan ke, nak shopping ke semua lengkap lah

Kalau nak tau lebih lanjut lagi mengenai Nu Sentral ni meh check it out kat sini ek : www.facebook.com/nusentral

Of course akan ke sini lagi coz banyak lagi store belum buka, so sekarang ni cuci-cuci mata dulu la ek.


p/s : mintak maaf gambo tak berape nak cantik ek coz pakai tekan je shutter button ni. 

*****************************


Kalau korang ingin mengikuti perkembangan aku dengan lebih mudah lagi cepat dan advance selain dari membaca di blog, boleh follow aku seperti di bawah... 

Instagram : @ciklilyputih

Twitter : @ciklilyputih

Google+ : +ciklilyputih

Fanpage : ciklilyputih.Com


p/s : musim nak tambahkan kenalan baru di social media, mana tau korang bertuah boleh dapat mystery gift kan


HARUM MALAM Kini Berwajah Baru


Hi Korang,

Ada siapa lagi tak tau apa itu HARUM MALAM? Ermm korang ni. Sini korang aku citer sket.


Produk HARUM MALAM ni adalah supplemen dalaman mewangikan tubuh sepanjang masa. Diadun dengan ekstrak ros dan kaya dengan ekstrak herba seperti sirih, buah tin, kismis, madu, goji, limau purut, kayu serapat, buah delima, manjakani, pueraria lobata, pueraria mirifica yang dapat membantu mengatasi bau yang kurang enak dari tubuh.


Hasilnya tubuh akan wangi semulajadi jika diamalkan berterusan. Ia mampu membantu menyihatkan dan mencegah bau badan. Ianya juga dapat mencegah masalah dalaman wanita, memberikan tenaga dan menambahkan stamina untuk melakukan aktiviti seharian.

Aku dah pernah cuba produk Harum Malam ni dan ternyata memang berkesan. Korang boleh baca kat ENTRY Wanginya Harum Malam dan ENTRY Pengalaman Mencuba Harum Malam siap dengan video sekali tau.

Sekarang ni produk Harum Malam ni di datangkan dengan packing yang terbaru. Sangat merah dan cantik tapi bagi aku simple.



Setiap bahagian tu penuh dengan informasi mengenai kandungan bahan-bahan yang di gunakan. Kira sambil minum tu bolehlah baca sekali segala info yang ada kat situ.

packaging lama dan baru, sama cantik kan

Korang pun mesti cuba tau, selain daripada harganya murah tapi manfaatnya sangat terbaik. Itu aku akui ye


FACEBOOK :






Kalau nak tengok testimonial lain boleh ke instagram : www.instagram.com/Harummalam_official


Dah dekat 3 botol aku minum sebagai minuman tambahan tenaga untuk badan dan hasilnya ermmm malu nak citer la hehehehhehehe




Tuesday, April 1, 2014

Mari D.I.Y Deco Kek Di Cake Sense, TTDI



Hi Korang,

Aku memang boleh buat kek tapi bab decorate or menghias tu memang payah. Langsung tak tak de skill, keras tangan di buatnya.


Bila dapat invitation ke Cake Deco D.I.Y di Cake Sense ni rasa cam seronok plak. Yelah boleh perasan-perasan jadi Baker. 




Kedai yang aku pi ni kat TTDI, actually 12 outlet lagi di Lembah Klang ni dan selain daripada menjual kek, mereka juga menjual pelbagai jenis pastri dan roti.


Ok meh kita mulakan acara ‘Deco It Yourself’. Menghias kek menggunakan imaginasi dan impian korang sendiri ye.


Kita boleh membuat 2 jenis pilihan saiz kek iaitu saiz 5" berharga RM35 dan saiz 7" berharga RM50, boleh juga buat pilhan 3 jenis condiments / toppings. Kalau korang nak kek korang cantik lah boleh je tambah lagi toppings tu dalam RM1.50 je

Untuk special toppers,lingkungan harga dari RM2.50 hingga RM15 bergantung pada saiz dan jenis.

Pom poms - RM2.50
Flags (Small) - RM2.50
Flags (Big) - RM4.00
Sunflower - RM9.00
Ballerina - RM12.50
Banner - RM15.00

Cepat lah mula, terhegeh-hegeh betul.

Ada 4 cara mudah untuk mendeco kek impian korang


Langkah 1: Pilih kek korang

Nak saiz 5” ke 7”






Langkah 2 : Pilih 3 toppings

Ada 24 jenis toppings yang telah pun disediakan. Korang boleh pilih mengikut hati korang. Nak yang warna ke tak de warna ke, bentuk love ke kan.


Langkah 3 : Boleh tulis/lukis dengan pilihan 3 jenis krim berwarna

Dengan krim ni korang boleh, tulis ke nak lukis ke apa yang korang suka. Nak lukis muka orang lagi best kan


Langkah 4 : Tambahkan special toppers

Ini untuk mencantikkan lagi kek korang. Nak letak bendera ke, bunga ke alah ikut kreativiti memasing.

Siap dah pun.

Ok kacau bebudak lain plak kan.




Meh lah tengok hasil kerja aku.




Ok ok inilah hasil keras tangan ktorang berlima hari tuh. Semuanya cantik-cantik belaka kan. Aku punye je simple sangat.



Selain daripada tu, kek yang dah siap dihias mestilah ada di jual. Kitaorang dapat rasa Lemon Sky Ruffle (RM80) yang disediakan oleh chef pastri di Cake Sense ni.



Cantik kan designnya, beropol-ropol tu yang mahal tuh. Esklusif sungguh dan sedap plak tuh. Lemonnya memang terasa.


Ni kalau ada birthday celebration ni, boleh korang dating hias kek kat sini. Tak kira untuk siapa pun, yang tersayang ke, tercinta ke, terkasih ke, terbenci ke, tergaduh ke, apa jua sambutan lah. Nanti sambutan Hari Ibu bulan Mei nanti, tak yah susah nak fikir kan.

Meh la korang ke sini ek:-


Cake Sense TTDI
26, Jalan Tun Mohd Fuad,
Taman Tun Dr Ismail,
60000 Kuala Lumpur.
Contact No.: 603-7727 0176
Facebook: fb.com/cakesense
Instagram: #cakesense


Tapi kek kat sini memang sedap tau, kek yang aku dapat tuh still sedap rasanya walaupun dah seharian dalam fridge kan. Rasa coklat awesome..