Wednesday, March 26, 2014

IL DIVO Musical Affair Memang Terbaik


Hi Korang,

Aku jarang pi tengok concert yang membabitkan international artist ni.

Selain daripada tiketnya yang mahal dan aku tak berapa minat artist yang datang tuh tak kiralah apa negara pun.


Bila Genting offer 2 tiket VIP ke IL Divo ni aku jadi cam tergatal nak pi plak. Yelah ko, aku memang minat diorang ni dari dulu, dengan suara soprano yang boleh membolehkan meremang bulu roma kan.

Kali ni paksa Mr Big, walaupun aku tau dia memang langsung tak minat music sebegini. Agaknya bini dia asyik duk membebel je suruh amik cuti lah, itu lah inilah. Dia ikutkan jugak. 

Lepas solat Jumaat, ktorang terus gerak ke Genting.

Kereta tak banyak naik, dengan cuaca jerebu lagi ermm cuak-cuak jugak aku dibuatnya. Sampai atas boleh plak kabus tebal dan sejuk. Dahlah aku ni dengan short je bagai, alah redah je lah. 


Check in First World dah tak susah, dah ada kiosk belambak-lambak, booking bilik guna iHolidays memang senang. Masuk bilik, letak beg rehat kejap then terus je merayap jalan-jalan di Genting ni, singgah minum jap and then terus je pi collect tiket kat lobby Arena All Stars.

Dalam kul 8pm cam baru bergerak dari bilik ke Arena All Stars. Ramainya orang tapi tiket dah bernombor so oklah tak berebut tempat. Ktorang dapat seat PS2 RM390. Ermm jadi lah. Dalam 10 minit cam tu, konsert pun start.


Kumpulan yang dianggotai oleh Sebastien Izambard, Carlos Marin, David Miller dan Urs Buhler rasanya ketua pelantun vokal IL Divo ini kebiasaannya membawakan lagu-lagu latar dalam teater serta muzikal dari Barat.







Walaupun IL Divo ni penyanyinya agak berumur tapi bila part nyanyi memang terbaik. Suara awesome. Bila lagu yang diorang bawak tu cam biasa dengar je, semua orang turut serta nyanyi then bile time lagu latin tu hah ko ternganga dibuatnya coz tak paham kan. 




Antara lagu popular ILDivo yang dipersembahkan bertajuk Tonight, Some Enchanted Evening dan Somewhere Over The Rainbow.

Bila nak abis tuh, audience cam tak nak je bangun dan suruh diroang nyanyi lagi, ermm betul-betul ko diorg keluar sekali lagi dan perform 2 lagu iaitu My Way dan Time To Say Goodbye. 

Rasa sangat beruntung lah dapat menonton konsert terbaik ni ek

muka gembira lepas tengok concert

lets supper


Thanks Genting for this special invite.

Ermm still terbayang-bayang lagi...

p/s : gambor tak cantik coz seat nampak cam dekat tapi jauh sebenarnya coz bukan dapat pass media ye..



Tuesday, March 25, 2014

Dance Marathon Di World Kidney 2014


Hi Korang,

Pepagi ahad lepas, aku sempat pi menari samba ria kat One Utama.


Ala korang, suka-suka je join charity event ni yang di anjurkan oleh National Kidney Foundation of Malaysia (NKF) dan Celebrity Fitness Malaysia.


Walaupun event start kul 9.30pagi tapi dah ramai dah tunggu dari kul 7pagi lagi, yelah sebelah tu kan ade Central Park, so diorang jogging dulu then terus kemari.




Majlis di rasmikan oleh Yang Berhormat P.Kamalanathan, Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia sebelum beliau melawat booth-booth kesihatan yang telah pun disediakan.


Memang ramai orang tau, semuanya pakai warna merah sebagai tanda menunjukkan sokongan pada NKF. Yelah tema untuk tahun ni ialah “Kidney’s Age, Just Like You”.



Memang betul korang, menari 3 jam non-stop, ada tarian Zumba, Kukuwa African Dance, Les Mills Sh’bam dan juga Dance N Attitude (DNA), semuanya dari Celebrity Fitness punye instructor.

Aku?


Melompat-lompat, pusing kiri kanan, kiri kanan dalam 10 minit dah semput, ermm memang metabolism aku rendah betul lah.





Sudahnya aku duk amik gambar orang menari jelah..

mentedarah ayam grill kat BBQ chicken

Ishkk memang kena bersenam gak la aku ni, berjalan tu memanglah ada but fizikal exercise tak de ooo. Kira bahaya gak aku ni

Ok ok aku bersenam lepas ni nanti ek..



Monday, March 24, 2014

Ke Pejabat ABNxcess Di Puchong



Hi Korang,

Pernah dengar ABNxcess ni?


Of course lah pernah kan. Memang ramai yang tak familiar dengan ABNxcess ni, just setakat dengar nama ada lah ek.

Ok meh story sket pengenalan,




ABNxcess adalah pengendali televisyen kabel tunggal di Malaysia, yang dilancarkan pada 8 Jun 2013. Syarikat ini menawarkan perkhidmatan televisyen kabel melalui rangkaian kabel yang telah beroperasi sejak 2012.

ABNxcess dimiliki dan dikendalikan oleh Rangkaian Penyiaran Asia (M) Sdn Bhd, sebuah anak syarikat milik penuh ini ABN Media Group. Ia mempunyai operasi di Pusat PERNIAGAAN Suria Puchong terletak di Puchong, Selangor, Malaysia.

Dapat tangkap kan? Ermm



Kira macam Telco service provider yang ada kat Malaysia ni yang menawarkan servis televisyen dan high speed internet melalui satu cable dengan harga berpatutan.



Terdapat pelbagai jenis siaran TV dan radio boleh di dapati dan juga kepelbagai jenis kelajuan internet yang korang boleh nikmati.

Ni di antara pakej yang di sediakan


Ermm not bad harganya, memacam channel boleh tengok.

banyaknya TV, berpinau mata nak tengok

main game pun boleh ye

nak surfing-surfing lagi la boleh

Bab coverage ni yang aku tak berapa nak gemar ni, mehlah check it out ABNxcess dah boleh pasang ke belum kat tempat korang


Sebab tu aku marah coz area rumah aku Bangi belum masuk lagi, so cam ne aku nak pasang kan. Dahlah memacam citer ada kat channel diorang ni.




Inilah device nya kalau di pasang kat umah korang ni. Kecik je kan. Nak pasang pun nampak senang je.



Lepas ni boleh korang buat pilihan yang sesuai dengan budget korang kan.




Erm kalau kat area rumah aku dah ada coverage mau rasanya aku tukar ek but tengok dulu lah cam ner.

Ok itu je info mengenai ABNexcess yang terkini, kalau ada lagi yang hot-hot atau pakej yang best-best aku update lagi kat korang ek