Saturday, March 15, 2014

ASTRO ARENA dan UTUSAN MALAYSIA Teruskan Kerjasama BAgi Memartabatkan Arena Bola Sepak Tanah Air


Hi Korang,

Sementara nak tau berita terkini pasal #MH370, meh kita layan sket cerita pasal arena bola sepak tanahair kita kan

Kuala Lumpur, 11 Mac 2014 – Astro Arena dan Utusan Malaysia telah menandatangani perjanjian persefahaman pada hari ini menandakan usaha sama yang berterusan dalam mempromosi, mengukuh serta membangunkan arena bola sepak di Malaysia. Upacara perjanjian ini yang berlangsung di Wisma FAM diwakili oleh Lee Choong Khay, Ketua Perniagaan Sukan Astro bersama dengan Datuk Mohd. Nasir Ali, Pengarah Eksekutif Kumpulan Utusan Melayu (M) Bhd.

Sesi sidang media. Dari kiri: Lee Choong Khay (Ketua Perniagaan Sukan Astro), Yang Hormat, Dato’ Sri Subahan Kamal (Naib Presiden FAM), YBhg, Datuk Mohd Nasir Ali (Pengarah Eksekutif Kumpulan, Utusan Melayu Malaysia Berhad).


Kerjasama yang bermula dari tahun 2013 ini diteruskan lagi untuk tahun 2014 dalam mempromosikan sukan bola sepak Liga Malaysia musim ini.  Pihak Astro Arena dan Utusan Malaysia akan saling menyalurkan perkongsian sumber berita dan liputan menyeluruh di antara kedua-dua pihak dalam menyampaikan liputan yang mendalam mengenai perlawanan-perlawanan bola sepak tempatan.

Selain itu, melalui kolaborasi mantap ini, barisan pakar dan wartawan sukan daripada akhbar Utusan Malaysia akan tampil dalam beberapa program siaran Astro Arena sebagai tetamu dan ahli panel bagi berkongsi sisi pendapat mereka mengenai acara sukan dan perlawanan yang berlangsung. Manakala, barisan personaliti dan pengulas sukan Astro Arena juga akan turut menitip nukilan pendapat mengenai perkembangan sukan bola sepak negara yang dimuatkan di dalam akhbar Utusan Malaysia.

Sesi penyerahan memorandum perjanjian.


Lee Choong Khay, Ketua Perniagaan Sukan Astro berkata Astro Arena selaku saluran sukan 24 jam pertama di rantau ini sentiasa berusaha untuk membawakan rangkaian perlawanan bola sepak liga tempatan terbaik kepada para penonton. Astro Arena juga telah membuktikan industri sukan bola sepak di Malaysia mendapat sokongan yang luar biasa dan berada di kelasnya yang tersendiri apabila hampir setiap perlawanan liga Malaysia yang disiarkan mencatatkan jumlah tontonan yang sangat memberangsangkan.

Bagi pihak Astro, kami berbesar hati kerana dapat menyambung lagi kerjasama padu ini bersama rakan media yang berpengalaman seperti Utusan Malaysia dalam membangunkan arena sukan bola sepak tanah air. Kami akan meningkatkan usaha dalam menyediakan liputan komprehensif dan maklumat terkini mengenai sukan bola sepak melalui saluran Astro Arena dan siaran akhbar Utusan Malaysia. Kami berharap agar kerjasama yang terjalin ini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan untuk memajukan sukan negara,” tambah beliau lagi

Sementara itu Pengarah Eksekutif Kumpulan, Utusan Melayu (M) Bhd, Datuk Mohd. Nasir Ali berkata, Jalinan kerjasama kali kedua dengan Astro Arena selaku penyiar rasmi LIGA Malaysia dan FAM yang merupakan pentadbir aktiviti bolasepak di Malaysia merupakan sesuatu yang sangat membanggakan dan besar ertinya kepada kami dalam usaha meningkatkan imej Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia sebagai akhbar berwibawa yang menyiarkan berita sukan yang tepat, terkini dan komprehensif.

Sesungguhnya kami amat menghargai sinergi kerjasama yang melibatkan ketiga-tiga belah pihak ini sebagai usaha berterusan dalam meningkatkan taraf dan nilai sukan bola sepak tanah air kita”.

Dari kiri: Azman Fahmi Osman (Penolong Naib Presiden, Penjanaan Pendapatan Astro Arena), Lee Choong Khay (Ketua Perniagaan Sukan Astro), Yang Hormat, Dato’ Sri Subahan Kamal (Naib Presiden FAM), YBhg, Datuk Mohd Nasir Ali (Pengarah Eksekutif Kumpulan, Utusan Melayu Malaysia Berhad), Dato Hassan Mohd. Noor (Pengarang Utusan Malaysia) , John Nienabar (Pengurus Besar, Penerbit Eksekutif Astro Arena).


Ternyata Astro Arena sentiasa berusaha memberikan yang terbaik dalam menyokong dan memajukan sukan tanah air. Ini terbukti apabila pelbagai inisiatif turut diambil untuk memenuhi kehendak tontonan para peminat sukan di Malaysia. Antaranya ialah dengan menyiarkan kandungan sukan dalam format definisi tinggi (HD) untuk perlawanan bola sepak tertentu dan meluaskan lagi capaian siaran melalui perkhidmatan Astro On The Go.


Di samping itu, bagi meraikan pelbagai acara sukan perdana pada tahun 2014 ini, Astro Arena akan turut menyiarkan Piala Dunia FIFA 2014 dengan membawakan 30 perlawanan secara langsung dan lima perlawanan tertunda dengan ulasan dalam bahasa Melayu bagi memenuhi kehendak tontonan dari semua peringkat golongan. Astro Arena juga akan menayangkan acara sukan serantau untuk tahun ini seperti Sukan Komanwel Glasgow 2014 dan Sukan Asia ke-17 di Incheon bagi memastikan para penonton dapat mengikuti perkembangan wira-wira sukan negara yang beraksi di persada antarabangsa.

Friday, March 14, 2014

Breakfast Di ALOAF Café, Pavilion



Hi Korang,

Aku jarang breakfast kat tempat-tempat cam ni.

Yelah area The Mines ni ada apa lah sangat, setakat roti canai mamak dengan nasi lemak mahal kat bistro level bawah ni adalah.

So pagi tu ada keje luar, sepantas kilat aku ke KL. Kang lelambat makin jem teruk. 

Just ni time je aku sampai Pavilion before 9am.


Appointment kul 10, still ada masa untuk breakfast. Pusing-pusing ternampak ALOAF Café ke restaurant ni ek, nak classified kedai ni apa pun aku tak sure, ala lantak lah.

Orang tak ramai so pilih spot cantik sket, kot-kot mana tau ada mamat hensem nak breakfast tak de geng so boleh setable dengan aku. Ermm tup-tup mode gatal plak kuar ek. Giler ke!


Sudahnya order Potato Pan Cake.


Sedap gak tau. Kentang tu direbus sket dan aku rasa diorang sagat kot sebab tu nampak cantik je. Tambahan plak ada smoked salmon dan scramble eggs ermm memang terbaek uolls.


Minum pink guava juice sudah. Dahlah memang sedap kan. 

Hah licin ko walaupun makan tak berteman kan. Kalau berteman rasanya bertambah-tambah aku makan dibuatnya. 

Duduk dalam 40 minit cam tu sambil peratikan orang lalu lalang kat depan ni. Last-last terjumpa plak kawan lama yang masuk nak breakfast gak, so duduk lah semeja sambil borak-borak kan.

Punah harapan nak semeja dengan mamat comel ek..

Gatai ko kan Lily!



Bag Of Love - New Year, New You


Hi Korang, 

Lama plak tak review pasal beauty box ‘Bag Of Love’ ni. 


Kali ni untuk tahun baru, rasa ada perubahan sket. Yelah New Year, New You kan. Mana taknya begnya dah jadi berkali ganda besar. Dulu size comel je, now dah macam tote bag. Cantik plak tuh, boleh bawak jejalan kemana-mana.

Mehlah tengok apa ada dalam beg comel ni ek


1) Etude House Wonder Pore After Sun Special Set (full size products range from RM 69.90 – RM 79.90)

Ada

a. Deep Cleanse Wonder Pore Clay Clear 7 in 1 total pore solution (10g)

b. Refine Wonder Pore Freshner 7 in 1 total pore solution (25ml)

c.Soothe & Hydrate Moistful Aloe Soothing Gel (10ml)

Sangat sesuai untuk kulit bermasalah seperti aku yang comel ni. Ia boleh mengimbangkan tahap kesihatan kulit muka, membersihkan secara mendalam, kecilkan pori-pori muka dan melembutkan kulit ye.

2. Wella Profesional Product

2) Wella Professional Enrich Moisturizing Shampoo (50ml) – RM55.00
3) Wella Professional Enrich Moisturizing Treatment (25ml) – RM58.00

Cam biasa, sapu kan rambut dan rinse kan. Treatment punya pun cam tu gak. Rasa sangat menyegarkan lepas mandi tau. 

3. Alqvimia Body Range

Ada

a. Alqvimia Body Sculptor Oil, RM370 for 150ml

b. Anti Cellulite Body Oil, RM290 for 150ml

c. Shape Reducer Body Oil, RM290 for 150ml

Lepas mandi je, sapu terus kat tempat yang korang nak kuruskan ye. Hehehehhe


4. King of Mask All-In-One Collagen Mask, RM5.90 per price

Letak kat muka 30 minit dan kemudian tanggalkan. Tak yah nak basuh biarkan ia kering sendiri ye

5. Uber Men Whitening Hydra Gel Cleanser and Toner Effect RM11.90 (full size)

Memang produk untuk orang lelaki la takkan aku nak cuba gak. So pass baton kat Mr Big. So dialah yang kena cuba. Sedap gak katanya, selesa je lepas guna pencuci muka ni.



Ada dapat gak voucher dari MrLens (RM20 x 2 pcs) dan 1x Strip Ministry of Waxing (RM30). So dapatlah beli contact lens baru dengan harga murah sket.


Ermm itu jelah yang aku dapat citer. Korang kena cuba sendiri benda-benda yang sesuai dengan kita ni, barulah serasi bersama.

Nak subscribe? Meh ikut instruction kat bawah ni

Subscribe for a month at RM39.90 each, 

or RM119.70 for 3 months dapat hadiah misteri 

or RM478.80 for 12 months dan bulan ke-13 dapat PERCUMA!


Meh check it out kat 


Ermm memang berbaloi-baloi sungguh !

Korang cuba la ek!