Friday, March 14, 2014

Bag Of Love - New Year, New You


Hi Korang, 

Lama plak tak review pasal beauty box ‘Bag Of Love’ ni. 


Kali ni untuk tahun baru, rasa ada perubahan sket. Yelah New Year, New You kan. Mana taknya begnya dah jadi berkali ganda besar. Dulu size comel je, now dah macam tote bag. Cantik plak tuh, boleh bawak jejalan kemana-mana.

Mehlah tengok apa ada dalam beg comel ni ek


1) Etude House Wonder Pore After Sun Special Set (full size products range from RM 69.90 – RM 79.90)

Ada

a. Deep Cleanse Wonder Pore Clay Clear 7 in 1 total pore solution (10g)

b. Refine Wonder Pore Freshner 7 in 1 total pore solution (25ml)

c.Soothe & Hydrate Moistful Aloe Soothing Gel (10ml)

Sangat sesuai untuk kulit bermasalah seperti aku yang comel ni. Ia boleh mengimbangkan tahap kesihatan kulit muka, membersihkan secara mendalam, kecilkan pori-pori muka dan melembutkan kulit ye.

2. Wella Profesional Product

2) Wella Professional Enrich Moisturizing Shampoo (50ml) – RM55.00
3) Wella Professional Enrich Moisturizing Treatment (25ml) – RM58.00

Cam biasa, sapu kan rambut dan rinse kan. Treatment punya pun cam tu gak. Rasa sangat menyegarkan lepas mandi tau. 

3. Alqvimia Body Range

Ada

a. Alqvimia Body Sculptor Oil, RM370 for 150ml

b. Anti Cellulite Body Oil, RM290 for 150ml

c. Shape Reducer Body Oil, RM290 for 150ml

Lepas mandi je, sapu terus kat tempat yang korang nak kuruskan ye. Hehehehhe


4. King of Mask All-In-One Collagen Mask, RM5.90 per price

Letak kat muka 30 minit dan kemudian tanggalkan. Tak yah nak basuh biarkan ia kering sendiri ye

5. Uber Men Whitening Hydra Gel Cleanser and Toner Effect RM11.90 (full size)

Memang produk untuk orang lelaki la takkan aku nak cuba gak. So pass baton kat Mr Big. So dialah yang kena cuba. Sedap gak katanya, selesa je lepas guna pencuci muka ni.



Ada dapat gak voucher dari MrLens (RM20 x 2 pcs) dan 1x Strip Ministry of Waxing (RM30). So dapatlah beli contact lens baru dengan harga murah sket.


Ermm itu jelah yang aku dapat citer. Korang kena cuba sendiri benda-benda yang sesuai dengan kita ni, barulah serasi bersama.

Nak subscribe? Meh ikut instruction kat bawah ni

Subscribe for a month at RM39.90 each, 

or RM119.70 for 3 months dapat hadiah misteri 

or RM478.80 for 12 months dan bulan ke-13 dapat PERCUMA!


Meh check it out kat 


Ermm memang berbaloi-baloi sungguh !

Korang cuba la ek!

Thursday, March 13, 2014

Berangan Itu Indah

Hi Korang,

Busy sket ari ni so entry pun ciput je..

Tengok gambar ni, so kelam sket coz jerebu lah.. Faktor penglihatan pun kelabu je lah kan.


Niat dah pasang lama tapi ilmu tak cukup lagi. Lagi pun nak beli clubs tu sangat mahal ooo. 

Kalau setakat nak main kat driving range tuh, mungkin boleh di usahakan kot dalam masa terdekat ni. Tapi nak jadi member kat golf club sakit sket ooo

ermm apa-apa pun mesti cuba dulu kan, baru tahu kemampuan kita.

Anyway, Selamat makan korang...

Ari ni tak de entri pasal makan coz aku belum sempat pi makan dari pagi tadi ni tau




Wednesday, March 12, 2014

KOSE ‘SEKKISEI’ Lotion Mask & GIVEAWAY Menarik Untuk Korang


Hi Korang,

Aku memang kurang info sket mengenai produk kecantikan ‘KOSE’ dari Jepun ni. Maklumlah bagi aku produk sebegini maybe bersesuaian dengan orang yang kulit muka kurang bermasalah kan. Tapi TIDAK ye, orang-orang cam kita ni pun boleh gunakan.


Ok meh aku citer sket sejarah wujudnya ‘KOSE’ ini

KOSÉ was established in Japan in 1946, when cosmetics were considered luxuries with goods still in short supply. At a time when even products with inferior quality will sell, Mr. Kozaburo Kobayashi, KOSE company’s founder, instilled the standard that continues to this day of insisting on high-quality products for our customers. This number of customers grew as a result. 

KOSÉ’s bestselling skincare and cosmetic brands include SEKKISEI, SEKKISEI SUPREME, SEIKISHO, ESPRIQUE, BEAUTÉ de KOSÉ, INFINITY, ASTALUTION, MOISTURE SKIN REPAIR, JUNKISUI and more. 



So minggu lepas aku berpeluang ke KOSE Beauty Workshop di Pavilion Shopper Room. First time masuk ke area sebelah sini coz selalu pi tempat makan je.

rangkaian product Kose Sekkisei

meja ktorang

tengok TVC Kose Sekkeisei dulu

inilah kulit yang sihat

faktor kulit jadi tak sihat

tips penjagaan kulit muka yang betul

Selain daripada belajar mengenai keseimbangan kulit muka kita, aku dapat mencuba rangkaian produk ‘SEKKISEI’ ni. Ada liquid wash, lotion, emulsion dan juga sun protect gel. Ok aku nak citer sket mengenai jeng..jeng..jeng..


‘SEKKISEI’ Lotion Mask

Sekkisei Lotion Mask ni merupakan losyen yang membaikpulih jauh ke dalam kulit yang kusam dan bermasalah, ianya bertekstur halus seperti salji dan mempunyai kuasa penghidratan yang lembut daripada kira-kira 100 jenis ekstrak tumbuhan timur.


Ia boleh menyeimbangkan kadar kelembapan kulit, mencegah kekusaman, kulit kasar dan jerawat yang disebabkan oleh kekeringan serta kemerahan akibat pancaran matahari dan pantulan matahari di dalam kawasan bersalji.


Warna putih mendung di dalam SEKKISEI Lotion mudah meresap ke dalam kulit muka yang mewujudkan kulit bertekstur halus dan Nampak berisi. Dengan sedikir kesegaran, losyen ini akan meninggalkan permukaan kulit berasa selembut sutera nama terhidrat. Kulit muka akan mendapat kecerahan secara semulajadi.

Di antara bahan terkandung di dalam SEKKESEI Lotion ni adalah

Oriental Plant Extracts:

Coix Seed Extract effects suchs as increased metabolism, whitening, moisturization and prevention of skin roughness.

Angelica Extract have disinfectant, whitening and moisturizing effects.

Melothria (White Lotus) extract suppress melanin production has whitening effects on the skin.


9 Kebaikkan KOSE Sekkisei Lotion Mask adalah :-

Translucency
Penetration
Moisturizing
'0'Pores
Whitening
Smoothing
Firming
Relaxing
Evenness


Ok penat membebel bercerita, meh aku tunjukkan bagaimana menggunakan lotion mask ni. Ni belajar masa di beauty workshop tu lah


1. Tuangkan SEKKISEI Lotion ni di dalam penutup botol sehingga sampai line terakhir.


2. Masukkan mask kedalam penutup botol sehingga ianya menyerap. Kalau tak de mask, guna cotton pad pun boleh. 


3. Nampak cam dah menyerap tuh, keluarkan mask


4. Terus buka lipatan mask dan letakkan di muka yang telah korang bersihkan sebelum tuh.




5. Biarkan 5-10 minit di muka. Sambil tu boleh lah bercamwhore kejap ek

6. Tanggalkan mask, kemudian ada lebihan losyen tuh, tekap-tekap kat muka ek sampai meresap. Tak yah cuci, biarkan je


7. Ok cuba rasa muka korang, ala-ala puteri salju tak. Lebih lembut, cerah dan terpancar keindahan ek.

Oh ye, korang boleh gak gunakan di leher, di badan selain daripada di muka. Kalau tak nak gunakan sebagai mask la kan.


Harga bagi SEKKISEI Lotion ni adalah

Untuk 200ml – RM170.00

Untuk 360ml – RM260.00


Dan boleh di dapati di setiap KOSE counters di mana-mana department store

Ok ok, berita baik.


KOSE dan Nuffnang bermurah hati untuk memberikan korang sample produk SEKKISEI Lotion dan rangkaian yang lain tau. 

Caranya mudah je,

Korang cuma komen, 

1. Apakah 3 bahan utama yang digunakan di dalam KOSE Sekkisei Lotion Mask?

2. Namakan 1 kelebihan menggunakan KOSE Sekkisei Lotion Mask. (Any 1 out of the 9 benefits)

Just komen kat entry ni berserta 

Nama:
Email :
URL blog :

So senang aku nak contact nanti kalau korang menang. Tak delah aku nak search satu per satu kat google nanti.


Ada 34 packs KOSE Sekkisei Lotion Mask untuk diberikan kepada setiap pemenang tau. Mehlah join lekas GIVEAWAY simple Cik Lily Putih ni ek. Best tuh.


Bukan tu je, KOSE sekarang ni sedang mencari muka-muka baru bagi SEKKISEI Cinderella. Wah dapat jadi model Sekkeisei tuh. Ermm mesti korang teruja nak join kan.

Caranya, just follow exactly instruction kat bawah ni ek


Senang kan. Just hantar gambar profile korang dan mintak tolong kengkawan korang LIKE je gambar tuh. Itu je.

Kalau nak tau lebih lanjut mengenai produk SEKKISEI Lotion ni ataupun rangkaian produk KOSE yang lain, korang boleh klik kat bawah ni





Contest ni bermula daripada 12hb Mac 2014 hingga ke 12hb April 2014. Sebulan tuh, mai lekas cepat korang join ye.

So cer cepatlah komen ek. Lagi lekas komen possibility nak menang GIVEAWAY tu pun ada lah kan. Jangan lupa join contest SEKKISEI Cinderella tu tau

That’s all