Monday, March 10, 2014

Terkejut Dapat Hadiah Dari LAZADA Malaysia

Hi Korang,

Aku boleh tak perasan yang entry LAZADA ni terlupa nak post ek.

Patutlah rasa cam tak lengkap je dunia blogging aku ni. Memang aku dapat ni dah lama rasanya dalam 2 minggu lebih kot. Itu yang duk cari mana entry ni hilang. Terselit celah folder ni rupanya. Ok cer-cepat publish ek


Masa dapat tu memang terperanjat gak, yelah company beso nak bagi hadiah ni. Memang beso kotaknya hehhe. 


Comel benau tulisan Ms Aaliyah Soraya ni, mesti orangnya cantik gak lah. Wah pepandai je aku agak ek, sesungguh aku bukan ahli nujum yang terrer. Kalau betul, barulah aku jadi terrer kan.

Bukak-bukak je tengok ada ni.


Hah ada memacam kan. Rasa seronok sungguh. Yelah semuanya barang orang pompuan. So haruslah aku gunakan sebaik mungkin. 

untuk muka lagi berseri

kasi kurus sket tang perut


mesti lagi vogue bila pakai ni

Bertambah lagi koleksi barangan untuk di review, so far yang skincare tu not bad lah sesuai dengan kulit muka aku ni ek.

Lain kali sila-sila bagi advertorial product untuk direview yang best-best kan.

hadiah kite tak de lah #DakChik, tak per nanti kite mintak wet food bebanyak ek


Tengok bebudak ni pun sibuk nak bukak kotak, eh hadiah untuk kita tak de ke Ms Aliyah... ishk poyo tau kucing-kucing aku ni

Thanks LAZADA Malaysia. I really like!



Sunday, March 9, 2014

Senarai Pemenang Bagi Pacific Coffee GIVEAWAY Blog Cik Lily Putih



Hi Korang,

Korang pasal giveaway memang cepat dan laju je kan.


Hehehhehe aku pun sama gak lah. Hadiah FREE sapa tak nak kan, haruslah mau tapau semuanya. Tapi ni ada untuk kengkorang yang kaki komen pasal Pacific Coffee hari tuh.


Ok sesiapa yang dah komen kat entry Pacific Coffee hari tuh, inilah pemenang nya

1. Falihin Jasmy

2. Are_Rull

3. Syuhada salleh

4. Wendy Pua

5. Hazman Fadzil

Sila emailkan butir-butir peribadi korang ke ciklilyputih@gmail.com dengan tajuk email SAYA MENANG NOTEBOOK COKLAT.


Kasi sekali

nama penuh,
email,
alamat nak di hantar,
no tepon dan
apa jua instruction pasal penghantaran korang tu lah..


Kalau korang nak pick up sendiri pun lagi best coz aku boleh bagi MYSTERY GIFT tau. Location aku of courselah kat Bangi or Kajang kan.

Alah ikut suka korang lah…


Anyway congrats dan terima kasihlah coz sudi join GIVEWAY CIK LILY PUTIH yang sempoi ni ek

Sape yang tak join tu rugi sangat oooo

Ok itu je..

Selamat berhujung minggu korang..






Saturday, March 8, 2014

Dynas Mokhtar Duta Johnson’s Baby Milk and Rice, Baik Untuk Bayi dan Ibu

Hi Korang,

Memang Johnson & Johnson ni terkenal dari aku kecik dulu.


Especially baby yang baru lahir, mak-mak confirm beli produk Johnson & Johnson ni kan. Kira brand no. 1 dalam market kalau produk untuk baby kan.

Sekarang ni Johnson & Johnson memperkenalkan rangkaian baru Johnson’s baby Milk and Rice. Ianya di perkaya dengan ekstrak beras, rangkaian baru ini membantu memberi khasiat menyeluruh untuk kulit dan menjadikannya lebih lembut dan mulus, selepas hanya 1 kali penggunaan je.

Aku sendiri dah pun cuba masa media launching hari tuh.




Sementara nak tunggu guest lain sampai, aku sempat pi singgah ke booth urutan yang di sediakan. Lega betul rasanya bila dapat mengurut, walaupun kat tangan je tapi best oo. Orang plak tak de, so dapatlah urut kedua belah lengan. Terbaek ooo


Cik Eunice Tan, Pengurus Komersial Johnson & Johnson Malaysia, berkata dalam ucapannya bahawa para ibu sememangnya ingin menumpukan perhatian mereka pada anak-anak mereka, walaupun mereka mempunyai jadual yang padat demi menguruskan kerja dan keluarga pada masa yang sama.



Duta baru untuk rangkaian baru Johnson’s®baby Milk and Rice dan ibu kepada dua orang anak, Dynas Mokhtar merupakan simbol wanita moden yang sibuk untuk mengimbangkan kehidupan peribadi serta kerjayanya. Walaupun memainkan pelbagai peranan, antaranya sebagai hos TV, pelakon, model, dan usahawan, dia berasa adalah penting untuk menjalin hubungan yang unik dengan kedua-dua orang anaknya, Khyra Khalyssa, 4 tahun, dan Mohamed Haqaish, 1 tahun setengah.


Dynas juga berkongsi bahawa Mandian Johnson’s® baby Milk and Rice merupakan mandian kegemaran anak-anaknya. Mereka menggemari wangiannya yang lembut dan menenangkan serta kelembutan kulit mereka selepas mandi.


“Selain daripada mematuhi standard yang ketat, rangkaian produk Johnson’s® baby mempunyai tanda perniagaan Clinically Proven Mildness®. Tanda ini meyakinkan para ibu dan pakar kesihatan bahawa produk ini sesuai bagi kulit bayi yang sensitif,” kata Tan.



Rangkaian baru Johnson’s® baby Milk and Rice kini boleh didapati dalam bentuk mandian, losyen dan bedak dan boleh didapati di semua pasar raya di seluruh negara. 


Untuk maklumat lanjut, sila layari www.facebook.com/iLoveJohnsonsBaby.com.