Sunday, February 23, 2014

Maybelline Lip Polish by Color Sensational, Tergoda Dibuatnya


Hi Korang,

Lama tak pi event Maybelline ek..


So hari tuh dapat invitation ke Maybelline Lip Polish ni kat NAKED Restaurant Plaza Damas. Nasib baik dah biasa dengan tempat ni so kira ok la kan.


Lip Polish? Ermm mesti korang ingat lip gloss gitu kan. 

Sebenarnya tidak wokeh. 


Maybelline Lip Polish by Color Sensational adalah 3 dalam 1 produk bibir yang menggabungkan 3 bahan penting yang membuat bibir kita lebih menarik dan seksi! Ia adalah lip balm, gincu dan lipgloss dalam satu! La betul la, 3 fungsi dalam 1 lipstick je. 





Jadi tak payah nak bawak bebanyak lipstick dalam handbag kan. 1 je dah cukup.


Ia di datangkan dalam 10 jenis warna yang sangat sangat menarik. 

cam ni ye adik-adik yang kusayang.. ishk

gedik nau rasanya aku tengok.. ishk

Korang hanya perlu ingat TIGA perkara ajaib mengenai Maybelline Lip Polish . 

Ia amat berpigmen seperti gincu, 
Ia mempunyai kemasan berkilat seperti bibir-gloss, 
Ia mempunyai manfaat pelembab seperti bibir-balsem. 

Itu merupakan gincu, bibir-gloss, dan balsam bibir semua-dalam-satu!


So kalau nak hypnotise laki korang supaya duk melekat dengan korang, ni aku share sket tipsnya ye.

1. Change Your Look
2. Make Eye Contact
3. Go Red
4. Chocolate Does The Trick
5. A Little Touch
6. Peek-A-Boo

ini yang aku dapat untuk menggoda Mr Big malam karang ek

ini bukan tangan saya, pinjam tangan orang lain

Ok teruja la tu korang kan, nak menyeksikan diri depan laki memasing kan. 

Korang boleh dapatkan Maybelline Lip Polish by Color di memana jua farmasi, Watson, Guardian, shopping centre yang berdekatan dengan orang dengan harga RM32.90 satu.


Meh check it out untuk lebih lanjut ye :

Official Website : http://www.maybelline.com/

Maybelline Malaysia Facebook Page : https://www.facebook.com/maybellinenysimplyfab


feeling-feeling model kejap ek

Apa lagi jom merah bibir ye.. Biar dari jauh orang cakap, mak oi merahnya mak ngah ek. hehehhehhe





Saturday, February 22, 2014

Vistana Titiwangsa Kuala Lumpur Hotel Berwajah Baru


Hi Korang,

Pernah dengar tak hotel ni? ermm nama cam familiar kan but betul ke tidak ek


Itulah masa aku memula perasan nama hotel ni. Rupanya Hotel Vistana KL yang terletak betul-betul dekat area Pekeliling tuh di beri nafas baru. 

Ooo revamped balik la ye.


Once aku masuk je ke ruangan lobby hotel ni, rasa cam lain betul. Dah tak de design lobby hotel dulu lagi semuanya bertukar corak. Itu belum tengok area lain lagi ek


Pelancaran penjenamaan semula telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Datuk Dr Ong Hong Peng, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, bersama-sama dengan Pengarah Urusan YTL Corporation, Tan sri Dato 'Dr Francis Yeoh Sock Ping. 


Tagline Vistana jenama baru ialah 'Vibrance, Verve and Value' yang menjanjikan suasana yang moden dan selesa ditambah pula dengan perkhidmatan yang lebih baik dengan tawaran harga yang kompetitif.

HUB 247

Cafe

Gym

Sekarang ada ada kemudahan free WiFi di seluruh hotel, ada HUB 247 yang membolehkan para tetamu melayari internet dan business solution dan juga Cafe yang menyediakan pelbagai jenis makan baik breakfast, lunch dan dinner.

Meh tengok bilik hotel plak ek

Executive Deluxe Room RM300+

produk 'Mangosteen' keluaran YTL sendiri

Executive Suite RM500+

katil king tau

Lokasi Vistana hotel ni, bagi aku memang best sebab sekeliling kawasan hotel ni memang banyak public transport macam hentian putra, station monorel, station LRT. Semuanya walking distance je.

Mari berenang sepuasnya..

Korang bolehlah ke sini


Vistana Titiwangsa Kuala Lumpur
9 Jalan Lumut, Off Jalan Ipoh, 
50400 Kuala Lumpur, Malaysia.

Tel: +60 3 4042 8000 
Fax: +60 3 4041 1400 
Email: viskl@ytlhotels.com.my 

GPS: N 03° 17' 45.39" E 101° 69' 56.2" 

Sekali sekala chil-chil di KL masa weekend apa salahnya kan. Seronok apa, travel by public transport kan.

Ermm, may be one day kot


Friday, February 21, 2014

Hadiah Dari Sahabat Blogger


Hi Korang,

Ada seorang hamba allah iaitu sahabat blogger ni telah hadiahkan aku sesuatu.

Memula aku mintak details dia coz dia ada sample nak hantar and tup-tup dia pun mintak gak details aku. Bila aku tanya, aku cakap ade lah...

Alamak ade lahhhh... seram gak wei

Tapi aku tak berapa kisah sangat lah, alah kengkawan apa salahnya kan..

Later last week, masa check mail box ni nampak ada surat untuk aku plak. 


Simple je

tiada kata secantik bahasa

Tengok kata-katanya. Kalau korang rasanya ada masa tak nak buat cam ni? ermm ini semua effort wokeh. Hasil air tangan sendiri.

Itu baru kad, hadiahnya korang belum tengok lagi. Alah tak yah la, nanti korang jelessssss... hahahhaha


Anyway terima kasih kat blogger Tirana Aduka for special gift ni. 

Really tak sangka gak tau, ada gak orang nak kawan dengan kita hahhahahaha

Ini semua poyo!! ermm ke aku yang poyo sebenarnya ni



Anyway,

Salam Jumaat Korang...