Sunday, February 16, 2014

Kehilangan

Hi Korang,

Citer last 2 weeks

Aku memang purposely tak nak citer lagi coz rasa sedih tu still ada lagi.


Now kucing hitam gelap aku, Dak Uban dah tinggal sorang coz Dak Ning dah tak de lagi dengan ktorang.

Akibat main plastik kecik Dak Ning jatuh dari tingkat 9 ke bawah. Memang tragis sangat time tuh. Ktorang berpusing satu rumah mencari, rupa-rupanya bile jenguk balkoni dapur nampak Dak Ning dah terbaring kat lantai bawah tingkat 1.

Cer-cepat turun, siap bawah beg plastik sekali.

Rupanya dia main plastik yang bungkus pau, petang tadi Mr Big pi beli. Agaknya plastik tu ngam-ngam saiz mulut dia itu yang menutup pernafasan dia tuh.  Badan dia tak de apa cuma banyak darah keluar kat mulut dalam plastik tuh. 

Terus je bungkus dan buang dalam tong sampah coz rumah ktorang mana ada tanah kan. 

Dak Uban memang rasa sangat kehilangan coz tak de lagi teman yang dia nak gaduh, main, share makan kan. Duk mengiau mencari Dak Ning, kedepan ke belakang mencari.


Sudahnya dia duk termenung je sampai sekarang ni. Cian plak aku tengok, may be rasanya kena cari kawan baru untuk Dak Uban ni lah..

Itulah citernya..

Walaupun kucing tu binatang tapi bila dah lama bela ni memang rasa sayang yang amat sangat.



Saturday, February 15, 2014

Isu Servis Kereta, Meh Buat Survey Di Paultan.Org

Hi Korang,

Weekend ni sessi entry santai tapi bermanfaat sket lah.


So kalau korang perasan aku ada post entry pasal website penjagaan kereta iaitu Carama.com. rasanya 2-3 bulan lepas kot yang mana korang especially orang-orang pompuan perlu ambil tahu tips penyelengaraan kereta ni.

Isu mencari bengkel kereta ni, nampak banyak bengkel kereta di merata tempat, kita just singgah masuk dan terus pi service kan tapi hakikatnya tidak mudah untuk mencari bengkel di Malaysia yang beroperasi dengan secara jujur dan pada masa yang sama menyediakan perkhidmatan yang memuaskan. Menurut Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) 2012 laporan tahunan, terdapat 1,695 aduan dibuat berhubung dengan pusat perkhidmatan penjagaan kereta dan 90 peratus daripada rasa tidak puas hati adalah kepada kualiti perkhidmatan yang disediakan. Tidak syak lagi kita semua telah mendengar cerita-cerita yang sama apabila ia datang kepada penjagaan kereta.

Sekarang, korang perasan tak menda-menda cam ni?

1) Adakah korang membayar harga yang tepat untuk perkhidmatan kereta, atau korang ditipu?

2) Betul ke bahagian ni kena repair?

3) Adakah alat ganti tulen digunakan? Cam ne nak check ek?


So untuk memudahkan korang memahami isu-isu pasal kereta ni, Carama.com bersama dengan blogger kereta Paultan.org menjalankan satu kaji selidik or survey bagi mengenalpasti pandangan korang mengenai isu servis kereta di Malaysia ni.


Aku menggalakkan korang para pembaca yang ku sayangi untuk mengambil bahagian dalam kaji selidik ini bagi membantu mendapat gambaran yang lebih baik mengenai tingkah laku pengguna terhadap kereta di Malaysia. Pemikiran dan input korang akan dapat membantu Carama meningkatkan kualiti servis kereta di Malaysia.

Wah kemain kan.

Carama berharap untuk memberi keyakinan dan ketenangan fikiran untuk pemilik kereta di Malaysia - dengan membantu mereka mencari bengkel yang betul, dan membayar harga yang tepat. Dalam jangka masa panjang, Carama berusaha untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan dan pembaikan di Malaysia dan akhirnya meningkatkan taraf bengkel-bengkel biasa ni.


Apa yang korang dapat?

Dengan mengambil bahagian dalam survey ini korang berpeluang untuk menikmati perkhidmatan kereta berkualiti melalui bengkel Carama! Setiap daripada korang akan menerima bernilai Dolar Carama 'RM 10 lepas abis je buat survey. Dolar Carama korang boleh tebus apabila korang menempah perkhidmatan seterusnya atau pembaikan melalui bengkel Carama.

1 Carama Dollar = RM1.

Apa lagi moh check it out


Godek-godek ye camne How Carama works di www.carama.com dan cer-cepat LIKE Carama kat Carama Facebook untuk promosi hebat mengenai kereta korang tau.

Isi je apa yang patut dalam survey tu, lepas dapatlah voucher untuk service kereta. 

Ok ape..

Anyway, 
Happy weekend korang..




Friday, February 14, 2014

Awak Buat Saya Happy Bila Minum Di Sini

Hi Korang,

Sekarang rasa lagi happy bila pi lepak kat Starbucks

Bukan apa, sejak bertukar ganti gift card daripada yang biasa ke love design ni rasa cam seronok sangat.


Rasa cam nak pi minum kopi hari-hari kat sini. La dah kenape plak Cik Lily ni kan. Ermm mesti ada something ni rasanya..

Kan..

Kan..

Kan..

Kalau nak tau, dalam love card tu ada RM300 value hehehehehehe

Yesza, banyak kan.

Ada seseorang yang sangat awesome lagi baik hati telah men'top-up'kan sampai jadi sebanyak gituh valuenya. Itulah banyak giler tuh, boleh tahan rasanya 3 bulan tuh kan.

Tapi bukan top-up suka-suka ye, rupanya ada kerja menanti disebalik kad love ni.

Alah tak perlah, janji dapat minum kopi selalu. Lagipun kerja yang dia bagi tu simple nau bagi aku. Kacang putih je tuh.

Ok, balik karang nak singgah Solaris Putra lah pekena hazelnut hot chocolate dulu lah.

Chow...