Tuesday, December 31, 2013

Kucing Perlukan Teman Untuk Bermain

Hi Korang,

Sekarang ni kucing hitam legam aku Dak UBAN tu dah ada kawan baru.

ni masa memula bawak dia balik umah, kecik je. macam anak rimau

Namanya Abang Nin, sempena warna bulunya yang kuning tu kan.

Memula malas nak bela seekor lagi tapi ramai yang kata at least bela 2 ekor barulah si UBAN tu ada kawan nak memain nanti. So tak delah keje dia nak gigit tangan aku ajak main kan.

makan kena asing, kalau tak kang gaduh je

Si Nin ni adik ipar aku Si Siti yang bagi. 

Actually kucing ni dia jumpa dalam hujan kat bawah rumah dia, terperangkap dalam pokok-pokok. So si Siti ni amiklah dia then bela. Kemudian plak sibuk ktorang nak cari peneman Dak UBAN ni, itu yang dia bagi tuh.

Perangai Abang Nin berbeza langsung dengan Dak UBAN.

Si Nin ni macam kucing kartun Garfield tuh. Lazy fat cat. Sangat malas nak bergerak kecuali kalau Dak UBAN ajak main. Dia ni lepas je makan tup terus pi baring kat tempat-tempat yang dia rasakan selesa macam depan tv, atas katil aku, katil bilik belakang 2 bijik tuh.

Pemalas ya ampun.

Kekadang tuh sampai time makan pun kena kejutkan dia. Kuat tidur betul. Lepas makan kang, pi beri-beri then sambung tidur balik.

malaslah abg nin ni



Itulah kerja dia seharian, sampai Dak Uban paksa dia main dengan gigit-gigit leher dia nak suruh dia bangun.

Ermm

bangunlah wei

Itulah dia ragam 2 ekor kucing aku tuh. Memacam perangai, panjat-panjat tu tak kiralah. Kira sofa ktorang kat depan tv tu dah macam tempat PLKN diorang. Kejap terbang ke sana, kejap terbang ke situ. Diorang ni bukan berjalan kalau memain, semuanya melompat dan macma tupai je plak aku rasa.

Ok tu je aku nak citer, nanti sambung lagi ek pasal budak 2 ekor ni.


Oh ye, blogger K Jie ada tanye hari tuh, Dak UBAN tu jantan ke betina. Jantan K Jie, malas nak bela kucing betina nanti asyik beranak je. Bela dua-dua ekor jantan, barulah kucing GAY hahahaha havoc havoc havoc ee..

Urban sungguh kucing-kucing aku ni lah



My EPIDERME Journey #Part 1-Cleanser & Toner

Hi Korang,


Bila ada kulit muka cam aku yang mempunyai masalah berminyak ni, agak payah untuk mencari bahan yang sesuai untuk menjaga kan. Itulah aku memang senantiasa bertukar-tukar. 

So kalau korang perasan aku selalu tulis pasal skincare tu sebab aku sentiasa mencuba, kena tak sesuai dengan muka walaupun baru 2 kali pakai, terus aku stop dan bagi kat orang. Sebab tu stock skincare aku melambak-lambak kat umah ni.


Sekarang ni aku tengah duk cuba produk dari ovesea iaitu jenama EPIDERME. Actually diaorang contact aku untuk try cuba produk keluaran diorang. 

Ni aku citer sket pasal EPIDERME ni ek

“EPIDERME is a revolutionary skincare brand developed and manufactured in USA by a reputable R&D team which practices Science-based Aesthetic Medicine. Using the latest scientific research and pharmaceutical quality ingredients, develops innovative products by utilizing the latest and most effective in scientific ‘green’, organic, safe and natural ingredients and technologies in order to achieve the best formulary combination that fits EPIDERME’s philosophy. Most importantly, all EPIDERME products are Paraben-free”

Apa itu PARABEN? Meh sini baca info kat bawah ni

Source Wikipedia 

Ok paham anak-anakku..

Now aku akan sambung citer lagi pasal 2 produk yang pertama aku aku receive ni. Actually diorang provide aku a set of oily skin skincare but one by one tau. Tapi aku citer dalam English ek coz takut salah translate lain plak maknanya kan.

Face Wash Gel



Untuk detail, klik sini :


A mild pH balance facial cleanser that provides skin exfoliation, prevents pore clogging and smoothes away fine lines and wrinkles. It is rich in vitamins, calcium and minerals which increase skin immune function. Helps combat problematic skin caused by exposure to pollution, harsh climate, stress and hormonal imbalance.

Kebaikan (benefits):- 

Prevents pore clogging and reduce inflammation 
Smoothes fine lines and wrinkles 
Stimulates new cell growth 



Cara nak guna?


Sama macam korang basuh muka selalu tuh. 2 kali sehari. 

Kandungan bahan dalam Face Wash Gel :

Aqua (Water), Sodium C14‐16 Olefin Sulfonate, Sodium Cocoamphoacetate, Cocamidopropyl Hydroxysultaine, Glycerin*, Lactic Acid (L), Salicylic Acid, Garcinia Mangostana (Mangosteen) Fruit Extract, Yogurt Extract, Yucca Schidigera Root Extract, Rubus Idaeus (Raspberry) Fruit Extract, Citrus Nobilis (Red Mandarin Orange) Oil, Citrus Aurantifola (Lime) Oil*, Citrus Aurantium Dulcis (Orange) Peel Oil*, Citrus Grandis (White Grapefruit) Peel Oil, Citrus Medica Limonum (Lemon) Peel Oil*, Flavor/Aroma

*Certified Organic

My review : 
rasa lebih segar lepas gunakannya. Baunya sangat natural. Sangat mild dan tak menegangkan kulit muka langsung


Ok now aku sambung citer lagi pasal produk seterusnya iaitu 


Soothing & Hydration Lotion


Untuk detail, klik sini :


A refreshing combination of Aqua and Hyaluronic Acid formulated to provide extra moisture, improve skin texture, fight damaging free radicals and intensely hydrate skin.

Kebaikan (benefits):- 

Offers extra moisture 
Improves skin texture 
Fights damaging free radicals on skin 

Cara nak guna?


Just spray kat kawasan muka dan leher 2 kali setiap hari selepas membasuh muka tadi. Pakai kat luar je jangan korang sembur kat mata plak. Kira macam toner muka gituh.

Kandungan bahan dalam Soothing & Hydration Lotion :

Hamamelis Virginiana (Witch Hazel) Water, Aqua (Water), Alcohol, Glycerin, Polysorbate 20, Deuterium Oxide (Heavy Aqua (Water), Sodium PCA, Cucumis Sativus (Cucumber) Oil, Cucumis Sativus (Cucumber) Fruit Extract, Honey, Phospholipids, Borago Officinalis Seed Oil*, Fructooligosaccharides (D‐beta), Glucosamine HCI (D), Hyaluronic Acid, Sphingolipids, Commiphora Myrrha Oil, Benzyl Alcohol, Fragrance/Parfum (Natural)

*Certified Organic

My Review:
langsung tak pedih pun bila spray kat muka, ada bau vanila. So sedap je rasanya. Cepat kering, rasanya 5-6 saat cam tu dah kering pun.


So bagaimana dengan penerangan aku tadi?

Ok lah tu kan. Straight forward je.

Jadi aku harap review dan pandangan aku ni dapat buka mata korang mengenai produk skincare EPIDERME ni dan cara penggunaannya. Memanglah mereka ni baru kat Malaysia but why not kita cuba kan. Ada banyak promosi dan contest dalam Facebook diorang ni. 

Ada berita baik untuk pembaca blog www.ciklilyputih.com


Kepada 20 pembaca pertama entry EPIDERME ni akan mendapat sample FREE face wash gel. Yeah!! Best tuh, korang just komen dan sample akan terus di hantar ke rumah. 

So apalagi meh komen lekas ye kat entry ni tak kiralah nak tanya pasal produk ke, harga ke, keberkesanan ke, sesuai ke tak semualah yang korang suka. 


Epiderme Website: http://epidermeskin.com
Epiderme Facebook Page: https://www.facebook.com/Epidermeskin

Ok nanti kita sambung lagi EPIDERME Journey ni ke produk yang seterusnya ye so stay tune..





Monday, December 30, 2013

Dah 72 Bulan Kahwin


Hi Korang,


72 bulan kahwin? 

Ermm lama betul plak. Kalau congak balik baru je 6 tahun kitorang kawin.


Saje tajuk entry ikut blogger Ariffshah punya entry Seminggu Kawen hehehehhe comel plak tajuknya. Anyway Selamat Pengantin Baru ye dik..

Lupa plak nak citer pasal anniversary ktorang weekend last 2 week.


Alah tak de apa celebration pun coz tahun ni malas nak pi outing kemana-mana, musim-musim banjir ni kan. Memula dulu plan nak pi lepak pulau, snorkeling 24/7 je tup-tup baru perasan musim monsoon kan. Ermm terus cancel semua.

Sudahnya ktorang celebrate semua family members je.


Lepak kat Shah Alam umah si Gemuk (B.I.L) je, buat masak-masak menu hi-tea dan beli kek dari Secret Recipe sebijik. Senang abis citer. Ada meehoon Singapore, jagung rebus, triffle, cekodok, ubi ketuk dan air mango je.


Ermm hadiah?

Itulah aku sendiri pun tak sangka dapat hadiah, coz dah lama sangat tak bagi hadiah nie. Mr Big cakap aku dah ada semuanya sampai tak tau nak bagi apa lagi dah. Tapi still aku dapat hadiah gak hehehehhehe. Nantilah aku tunjuk, simple but nice.

Itulah dia citernya, rasanya lebih bahagia kot raikan dengan orang-orang yang tersayang.

Tulah, lepas-lepas musim banjir ni kita pi holiday kat pulau ye dear.. Tioman mau tak?