Friday, December 20, 2013

AMBI PUR'S From Smelly To Smiley Showcase

Hi Korang,



Sapa yang suka bau busuk kan?





Aku lagi lah, kalau bau tu cam dekat tapi tak nampak memang confirm-confirm aku pi cari sampai dapat. Selalunya menda yang busuk ni cam sampah, makanan tak buang 2-3 hari, stoking, berak Dak UBAN dengan ABG NIN dan jugak sarung bantal yang diperam sampai kepam.

Hahahahahha ini semua yang dalam rumah aku lah. Rumah korang aku tak tau.


Jadi bila ada kempen pewangi rumah jenama Ambi Pur's iaitu From Smelly To Smiley ni, aku pun duk sibuklah nak pi tengok kan. Betul ke tidak, apa yang diorang cakap tuh.

Showcase yang di adakan selama 3 hari di Berjaya Times Square hari tuh, memang best.


Ada speech ye, "In a recent Ambi Pur aircare survey conducted among ASEAN countries, we found out that 95% respondents would take action to eradicate unpleasant smells, and among the top actions incluse using an aircare product. However, many do not realise that most products in the market simply mask over odours instead of completely remove them. This showcase is to let comsumers see, touch, smell and experience for themselves how Ambi Pur can effectively eliminate bada odours once and for all", kata Goh Seng Jone, Communications Manager of P&G Malaysia Sdn Bhd.



Kemudian ada Smelly to Smiley blindfold challenge, Ms Jenny Chew (Sales Director P&G Malaysia), Haniff & Ray dari ERA FM pun ada join sekali challenge ni. Mereka semua ni tutup mata sebelum masuk ke bilik yang penuh dengan bau-bauan yang kurang menyenangkan.






Once diaorang buka mata je terus terperanjat dengan apa yang ada depan mata. Padahal masa tutup mata tadi bukan harum baunya.


Kira memang terbukti lah keberkesanan Ambi Pur's ni. Tetap harum walaupun ada jua bau-bauan yang mendatang kan.

Selain itu, ada gak jualan pewangi-pewangi ni. Harga runtuh uolls. Beli 2 percuma 1, ada dapat free gift, ada permainan dan memacam lagi. Sangat best.




Pelbagai jenis produk Ambi Pur ini seperti,

Air Effect Spray & Ambi Pur Aerosol Spray

Air Effects (275g) RM15.95

Aerosol Spray (300ml) RM6.90

Electrical Plug Starter

Starter Kit RM19.90

Refill RM14.90

Set & Refresh

Starter Kit RM15.95

Refill RM12.80

Premium Clip & Mini Clip

Premium Clip RM17.50

Mini Clip RM11.90

Refill RM12.50

Febreze with Ambi Pur Fabric Refresher

Refresher RM10.70

Refill RM7.90






Ada gak youtube video 'Potong Stim' dari jurucakap Ambi Pur's iaitu pasangan adik beradik Hafiz dan Hani Hatim. Alah DJ Hunny Madu tu lah.

Kalau nak tau lebih lanjut lagi mengenai produk Ambi Pur ni, boleh layari www.facebook.com/AmbiPurMY





Thursday, December 19, 2013

Roti Naan Bersama Ayam Tandoori Untuk Dinner

Hi Korang,

Citer makan-makan lagi.

Bini malas masak memang cam tu, jawabnya asyik ke kedai jelah kan.

Lately ni aku bukan malas masak but balik keje selalu nau lambat. Sejak-sejak bekerja dalam kereta ni ke sana kemari mensettlekan errands office ni balik rumah pun dah tak menetu masa. Rasanya kucing-kucing aku Dak UBAN dengan ABG NIN tu mesti membebel asyik balik lambat je kan.

So dinner yang paling senang sekali adalah makan kat kedai mamak.

Semuanya cepat dan murah plak tuh.


Selalu yang akan aku order ialah ROTI NAAN bersama AYAM TANDOORI.

Selain daripada ringkas dan cepat, malah berkhasiat plak tuh. Yelah sebab masak tak pakai minyak kan, semuanya bakar/panggang je bagai kan.


Apa itu Roti Naan? (cilok dari google.com)

Roti nan adalah roti yang dibakar dalam tempayan dengan menggunakan haba dari arang. Roti nan agak lembut, dan tak berminyak, which is baik untuk kesihatan berbanding roti canai. Roti ini membekalkan karbohidrat, jadi ia alternatif yang baik kalau korang tak mahu makan nasi.


Apa itu ayam tandoori? (cilok dari google.com)

Ayam Tandoori ialah sejenis ayam yang dipanggang/ dibakar dengan menggunakan suhu yang tinggi dalam tandoor (bermaksud oven tanah liat), namun terlebih dahulu telah diperap dengan yogurt dan rempah Tandoori Masala (terdiri daripada campuran rempah “garam masala”, bawang putih, halia, jintan, cili cayenne, perahan limau, dan beberapa rempah yang lain).

Apmacam, terbaek ooo

Harga tak de lah mahal pun tak sampai pun RM10.00 untuk 2 hidangan ni. Kalau roti nan korang kosong je tak de flavour kira murah sket, kalau berperisa garlic la, cheese la memang mahal sket. Ayam Tandoori standard harga RM5 - RM6 sepiring.

Banyak plak aku membebel ek, padahal nak citer pasal dinner je ni. Dah melalut ke laut plak. Memang nampak sangat perangai food blogger tu terbawak-bawak kan, semua nak citer.

Ni terikut-ikut foodblogger Hazman la ni, asyik citer pasal makan je kan hahahahahahhahaha

Makan jelah kalau dah suka..



Cuma 2 Sudu KORDEL'S ACTIVE OAT 35 Bagi Kurangkan Kolestrol Dalam Badan

Hi Korang,

Orang-orang comel macam aku dengan Mr Big ni memang senantiasa mencari solution untuk mengurangkan lebihan lemak yang ada di dalam badan ni.

takut-takut time ni nak minum

Bukanlah nak kurus sangat pun but nak kurangkan simptom-simptom penyakit 3 serangkai ni macam high blood pressure, sakit jantung dan kencing manis. Ini yang paling over the top list penyakit glamer masa kini.

ok kite minum dulu air hijau ni

Tapi ingat senang ke nak kurangkan makanan sedap berisiko tinggi ni, jawabnya haruslah payah kan. Sebab kita semua terdedah dengan makanan seperti ni setiap hari. Pepagi je dah roti canai, nasi lemak dan teh tarik. Tengahari plak hidangan nasi campur dan makan plak western food yang melazatkan. Itu belum kira lagi minum petang macam kuih muih dan kek.

hah lega, kesihatan sungguh lah

Aku rasa dengan 2 sudu KORDEL'S ACTIVE OAT 35 setiap hari at least boleh kurangkan kadar kolestrol yang ada dalam badan kita. Ianya di rumus khas untuk memenuhi keperluan gaya hidup kita-kita ni yang sibuk.






bahan 'MAGIC' dalam oat yang membolehkan ia untuk mengurangkan tahap kolesterol dalam badan adalah oat beta-glucan ianya satu bentuk serat larut. Melarutkan di dalam saluran penghadaman, ia membentuk gel tebal yang mengikat kolesterol dan kolesterol seperti bahan-bahan yang berlebihan dalam usus dan membantu ini daripada diserap oleh badan.


Hanya 3g oat beta-glucan yang diperlukan setiap hari untuk mendapat kebaikan dan ini boleh didapati dalam dua suduKORDEL'S ACTIVE OAT 35.

Aku sempat belajar dari blogger Kelly Siew tentang beberapa resipi menggunakan KORDEL'S ACTIVE OAT 35 ni. Boleh ke tak aku makan ek.

Di antara resipi yang menggunakan KORDEL'S ACTIVE OAT 35 ni adalah

Green Smoothie

Beetroot Hummus with Carrot and Celery Sticks

Prawns and Avocado Salad with Homemade Coriander Mayo

Meatballs in Marinara Sauce

Cauliflower 'Mac and Cheese'

Lemon Tarts

Memang masa memula Kelly hidangkan tu cam seram-seram nak makan. Once dah masuk mulut, ermm yummy. Sangat lazat tak terhingga.


"As an avid health-conscious person myself, I have made it an important factor to eat 'cleanly', which means that sometimes my menu can be quite plain. By learning that I can do more with PromOat without sacrifing any of the flavour, I can now be more adventurous with my daily diet. I must say it was a surprisingly englightening discovery with PromOat" kata Kelly Siew.


Kebaikan Mengambil KORDEL'S ACTIVE OAT 35 ni:

Low in calories
Complete meal replacement
Lower down cholesterol level
Nourishes the skin and removes wrinkles
Improve symptoms of constipation
Slimming
Anti-aging

ACTIVE OAT 35 ini boleh di dapati di kesemua farmasi yang berdekatan korang pada harga RM65.00 satu.


Kalau nak tau lebih lanjut meh klik http://www.kordels.com.my atau hubungi customer careline di 03-55 69 4337 / email di ask-kordels@cambert.com.my


p/s : aku tak tau rasa yang original produk Kordel's ni coz diorang ni tak de kasi setin untuk ktorang cuba. so tak leh nak komen apa-apa la ek.